Saturday, September 20, 2014

Dulu gemuk 3 kali ganda

Last week, Mak saya dari Kelantan datang menjenguk cucu.
Dia tenung gambar di dinding... tiba-tiba kata..
"Dulu saiz badan macam 3 kali ganda sekarang".

#ShakleeEffect. Berjaya kembali ke berat asal tanpa diet steroid.


Waa.... betul la tue....

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Kerek tul muka Adek ni. Hohoho...Review Mealshake

MAMA KORANG DAH BAGI MEALSHAKE HARI NI ?

MAMA SAYA DAH. 

SEDAP..............


Haih.... comel sangat anak yang sorang ni. Suka sangat dia minum susu campur Mealshake.
Dulu mula-mula campurkan Mealshake dalam susu, Adek macam tak berapa suka & kalau minum pun sure ada baki lagi. Tapi sekarang ni... licin sebotol dihabiskan tanpa bunyi. Waaa.....

Saya mula memberikan minuman Mealshake kepada kedua anak-anak saya kerana...

  1. Saya memberikan susu formula seawal mereka 1 setengah tahun. Bagi melengkapkan keperluan nutrient mereka yang mana sukar diperolehi melainkan dari susu Ibu, saya berusaha memberikan lebih nutrient dan vitamin selengkapnya melalui pemakanan tambahan Shaklee Mealshake.
  2. Berat badan kedua-dua anak saya memang selalu berada di paras garisan kuning. Bukan lah kurus kering, tapi sedikit underweight tapi masih tetap aktif. Dengan bekalan protein dari Mealshake, kedua mereka mampu meningkatkan berat badan walaupun secara sedikit-sedikit. 
  3. Bukan saja berat badan meningkat, ketinggian juga meningkat!
  4. Masalah kurang makan atau malas makan. Lebih rela bermain dan makan Jajan. So saya memilih Mealshake untuk membantu meningkatkan selera makan mereka. Dah jadinya sekarang ni hari-hari dah mintak dimasak nasi seawal pagi sebaik bukak mata. Pening dah Ibu derang. hehehe...
  5. Melawaskan pembuangan air besar. Tiada lagi sembelit. Yup.. seriusly betul. Tak tipu. Asal lepas makan je si Adek berak, si Kakak lak sibuk ke tandas. Tu pasal perut derang kempis walaupun makan banyak. Hmm... teori tu boleh pakai lah kan . ;-p
Dan... hasilnya kini... Si Kakak yang dulu sangat kurus sehingga boleh nampak tulang belakang berbonjol kini dah tambah berisi. Muka pun dah bulat. Bab makan, tolak batu, kayu atau pedas aje. Si Adek pulak dah mula dagu bertindih. Haa...lega dah nampak anak-anak semakin sihat kan ?

Mealshake Shaklee terbaik buat mereka setakat ini. Alhamdulillah...


Hubungi saya :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Cross Coaching di Faizland, Atmosphere Sri Kembangan

20 Sept 2014. Dah siap-siap block date kat kalendar. Hari untuk refresh semangat business.

Seawal pagi dah siap bagi, nak aim sampai ke Faizland sebelum jam 9 pagi. Macam biasa akan dijemput untuk join potluck. Tapi dek sebab takdan nak plan apa mau masak untuk potluck,  dengan pantas singgah Petronas Presint 9 dulu beli bekal apa yang patut. Tak tau dah apa nak bawak, ku capai aje 2 ikat air mineral ngan sebekas muffin coklat. At least ada something untuk dibawa. Yup... dah tau dah, apa yang dibawa tu tak sehebat apa yg orang lain bawa nanti. Takpe..yang penting ikhlas.

Sampai Faizland jam 9.15 am la gitu. Tak sure sangat memandangkan aku jenis tak pakai jam sejak-sejak kawen ni. Pintu opis belum bukak rupanya. So kita tunggulah kejap lepak atas tangga sambil layan FB.

Kali ni punya class dibuat style cross coaching. Leader dari group lain datang join coaching dan share ilmu kepada anak cucu dari susur galur berlainan. Kira takde konsep kedekut ilmu lah yer.. Best jugak cross coaching macam ni, kita boleh belajar dan share ilmu dan dengan lebih ramai orang. Takdelah kita hadap mak (upline) kita aje kan ? Sekali sekala mau jugak bertukar angin.

Kelas kali ni berpeluang belajar tentang target, peluang pendapatan RM5k, cara kickstart business, sharing pengalaman amalan rohani, ilmu pasal internet marketing dan juga tips-tips copywriting. Walaupun ada yang dah sedia tahu, tapi best jugak dapat penyampaian yang berbeza.

Pemberian dari Leaders
Di akhir kelas, ada la buat sikit kuiz & edaran goodie bags. Part ni yang paling best. Bukan setakat dapat buku nota ngan pen je, kali ni Master bagi botol brand tupperware, Leaders bagi hadiah kuiz GLA Complex (frust tak menang Vivix), and Mak saya bagi ole-ole dari trip US Long Beach yang dia join last month..dapat purse Coach. Part Coach tu rasa ralat sangat sebab tak biasa la nak guna barang-barang jenama nih. Mau agaknya purse tu disimpan je dalam gerobok buat perhiasan. kikiki...

Sebagai penutup kisah... ni ada sekeping gambar bukti kelas yang telah dihadiri.
Kami selesai kelas. Feeling refreshed!!

Thursday, September 11, 2014

Rindu si Tukang Urut.

Agak-agak dah seminggu.
7 hari tak jumpa.
Rindu dendam pada si Tukang Urut.

Haih... asyik lupa mau bersama gara-gara sibuk bersama anak anak muda. Kerap terlena bersama mereka.

Hmmm.... masa bersama sungguh bahagia. Hilang segala kusut sengsara. Hingga terlena diulit si Tukang Urut.

Tunggu saya datang nanti yaa....

Monday, September 8, 2014

Makan Collagen jadi Gemuk ?!

Makan Collagen Shaklee takkan ade naik-naik badan ni. 
Sebab saiznya hanya 1000 Dalton sahaja. Kecil dan mudah diserap oleh sistem penghadaman dan terus ke salur darah.
Collagen yang duk cakap bikin gemuk tu biasanya Collagen murah (maaf ye). Termasuk jugak kolagen dari rumpai laut yang direbus sendiri kat rumah. 
Sebab saiznya melebihi 3000D alton, sukar atau tidak diserap dengan mudah oleh badan. So bila makan jadikan kita kenyang je lah. Extra protein untuk badan lah kiranya.
Promo bulan ni Shaklee Collagen Powder. Murah dari harga biasa. Kualiti terjamin. 
TERBUKTI UJIAN KLINIKAL, HASIL MEMUASKAN DALAM MASA 8 MINGGU !!
Badan mampu menyerap kolagen dengan sempurna pada saiz 1000-3000 Dalton Sahaja

Badan mampu menyerap kolagen dengan sempurna pada saiz 1000-3000 Dalton Sahaja

Promosi Shaklee Collagen Powder. Buy 6 Free 1 (Oktober 2014)



Hubungi saya segera : 
Fb : Marsyithah Khidzir 
Email : foxnike@gmail.com 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171


Kenapa perlu sarapan berprotein tinggi ?

Sarapan Pagi Saya (ESP+Mealshakes+Honey Stars)
Sarapan berprotein tinggi mampu memberikan lebih tenaga untuk permulaan hari anda. Protein juga mampu membantu untuk tidur malam yang sempurna. Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu bersarapan dengan makanan berprotein tinggi!

KENAPA PERLU MAKAN PROTEIN ?
Protein adalah blok asas penghasilan sel-sel badan
Protein adalah building block  (blok pembina) bagi setiap sel badan kita. Ia amat diperlukan untuk kesihatan kulit, kuku, otot, rawan dan sel darah. Protein membantu membaiki dan memulihara tisu-tisu badan dan ianya juga diperlukan dalam penghasilan hormon dan enzim.
Protein Hebat untuk Tenaga Berkekalan
Apabila mengambil protein semasa sarapan, seseorang akan merasa lebih bertenaga dan lebih bersedia untuk memulakan hari di awal pagi. Badan juga lebih berasa bertenaga lebih lama yang mana akan turut menymbang kepada amalan pemakanan yang lebih sihat dan mampu mengawal berat badan.
TELUR
Telur seringkali disalahkan kerana kandungan lemaknya. Sebenarnya, hanya sedikit kandungan lemak di dalam 1 biji telur, malah berdasarkan kajian, telur sebenarnya membantu dalam merendahkan paras kolesterol. 
Telur adalah sumber yang baik untuk choline (sejenis mikronutrient), yang mana sangat penting untuk kesihatan otak dan sistem saraf. Choline juga membantu mengurangkan keradangan terutama mereka yang mengalami masalah jantung, kencing manis dan osteoporosis. Telur juga mengandungi carotenoids  jenis Lutein yang sangat diperlukan untuk kesihatan mata. Ia mampu membantu mengurangkan risiko masalah katarak.
Oleh itu, pecahkan sebiji telur setiap pagi ke dalam menu sarapan anda, dan jangan risau kerana ianya lebih menyihatkan.
Shaklee ESP (non-GMO). Mengandungi 9 jenis asid amino perlu


KEKACANG
Kekacang adalah sumber yang baik untuk bekalan protein. Ianya mengandungi lebih banyak serat dan antioksidan.
Tapi berhati-hati, tidak semua orang boleh mengambil kekacang. Mungkin ada di kalangan kita yang alah kepada sesetangah jenis kekacang.

PRODUK SOYA
Jika anda mengamalkan pemakan sayur-sayuran, soya mungkin salah satu sumber protein anda. Soya adalah sumber protein dari tumbuhan yang mana boleh didapati dalam berbagai bentu. Air, makanan, serbuk dan juga pill.
SHAKLEE ESP 

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Harga Pasaran : RM 150.00

Hubungi saya segera untuk lebih penjimatan 
Fb : Marsyithah Khidzir 
Email : foxnike@gmail.com 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Wednesday, September 3, 2014

Kenapa Kolagen dari sumber Ikan Lebih baik ?

KENAPA KOLAGEN DARI SUMBER IKAN LEBIH BAIK UNTUK ANDA


Kolagen adalah struktur utama yang didapati di dalam dan di luar badan kita. Ianya terdiri dari asid amino yang memberikaan ketegangan kulit dan kekuatan sokongan tulang, ligamen dan saluran darah. Walaupun kita mampu mendapatkan sumber kolagen dari pemakanan harian, namun faktor seperti pencemaran, penuaan, tabiat merokok mampu menyumbang pada kemerosotan penghasilan kolagen berkadar dengan masa/umur. Hasilnya muncullah kedutan, garis-garis halus dan kulit menggeleber. Dengan mengamalkan pemakanan sumber kolagen tambahan, ia mampu membantu mengurangkan masalah kekurangan penuaan.
Terdapat 3 jenis sumber kolagen:
  1. Kolagen dari Bovine : sumber dari binatang berkaki empat seperti lembu, kerbau
  2. Kolagen dari Porcine : sumber dari khinzir
  3. Kolagen dari Ikan : atau dikenali sebagai marine collagen sumber dari ikan laut dalam.
Kolagen Bovine dan Porcine lebih senang didapati dan kos pemprosesannya lebih murah. Oleh itu banyak syarikat yang mengeluarkan produk kolagen menggunakan kolagen dari sumber-sumber ini memandangkan ia mampu menjimatkan kos dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah. 
Namun, hasil kajian, hampir 3% populasi dunia mengalami masalah alah kepada kolagen bovine. Oleh itu digantikan dengan kolagen porcine yang mana simptom alahan adalah sangat jarang dan lebih dekat sifatnya dengan kolagen manusia. 

HATI-HATI YA! PASTIKAN SUMBER KOLAGEN ANDA HALAL

Kolagen dari sumber ikan  pula mempunyai bioavailability yang mana kadar peresapan pada badan yanglebih baik.

KELEBIHAN KOLAGEN DARI SUMBER IKAN

Kolagen sumber ikan biasanya diekstrak dari ikan salmon atau ikan merah (red snapper). Kolagen ikan mempunyai kada serapan yang tinggi iaitu sehingga 1.5 kali lebih tinggi dari kolagen bovine dan porcine. Ini kerana ia mempunyai berat molecular yang lebih rendah. Kolagen ikan mampu meresap melalui dinding sistem penghadpan dan terus ke saluran darah dan membawanya ke seluruh badan sehingga ke bawah lapisan kulit.



Kolagen adalah molekul terbesar dalam sistem badan manusia. Digelar 'supermolecule' kerana everage saiz molekul kolagen biasa adalah 300,000 Daltons dan ia sangat besar dan tidak mampu diserap oleh badan jika diambil dalam bentuk kolagen yang asal (contoh merebus sendiri rumpai laut/kaki ayam untuk sumber kolagen).

Untuk memproses kolagen supaya  senang diserap oleh badan, kolagen ikan akan melalui proses hydrolyzed (diuraikan dengan haba dan cecair) kepada molekul peptida yang lebih kecil bagi meningkatkan bioavailability. Shaklee Collagen Powder mengandungi kandungan kolagen dari sumber ikan merah yang bersifat hanya 1000 Dalton yang mana sangat membantu dalam proses penyerapan semasa melalui sistem penghadaman.





Dengan mengamalkan Shaklee Collagen Powder dari sumber ikan merah, berikut adalah kebaikan yang akan diperolehi :
  • Kulit rasa dan kelihatan lebih halus dan mulus
  • Membantu melembabkan kulit
  • Mengurangkan kedutan kasar pada kulit
  • Menyegarkan dan mengembalikan keserian kulit wajah
  • Membekalkan building blocks bagi penghasilan kolagen badan.
Dengan mengamalkan pengambilan produk kolagen, ia mampu membantu memperlahankan penuaan. Adalah digalakkan kita mengamalkan pengambilam kolagen seawal usia 30an, bila tanda-tanda penuaan semakin muncul. 
Testimoni Shaklee Collagen Powder
Molekul kolagen adalah sangat kasar (besar) untuk meresap melalui kulit. Oleh sebab itu kolagen berasaskan krim tidak memberi kesan yang baik untuk jangkmasa panjang berbanding dengan kolagen yang diambil secara pemakanan. 



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Monday, September 1, 2014

Promosi Mealshake September 2014 Buy 3 Free 1

Biasa promosi Shaklee Mealshake kena beli 6 baru free 1.



Untuk September & Oktober 2014 sahaja....
Beli 3 Free 1
Beli 6 Free 2
Beli 9 Free 3
Beli 12 Free 4

dan seterusnya.... haa.. kalau congak2 dah murah gila babas dah tu.

Masih berkira ker nak beli untuk kesihatan keluarga ?

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Sunday, August 31, 2014

Tersalah Petik Nama

Harini join rombongan Memetik Bunga di Taman Larangan di pekan Banting.

7 buah kereta konvoi dari Putrajaya ke Banting.

Gedebak gedebuk... berbalas pantun 10 minit... tengah tengah tu tetiba terdengar..
"...pertunangan antara si Bunga dengan Yusof.." ---- APAKAH !!!??

Ape ke hei nya tukang pantun sebun nama En. Suami pulak dah. Hahaha...

Ketersasulan wakil kami. Nak pinang untuk si Adik... tersalah sebut nama si Abang pulak dah.

Bini si Abang dah cuak muka hijau dah ni ooii!!

Dah dua-dua nama mula hurufnya sama. Tershasul la pulak dah.....sabar aje lah.


Thursday, August 28, 2014

Lara-lara kita Kari!! GLA Shaklee Buy 6 Free 1 (Ogos 2014)

Salaam Jumaat.

Selepas rasa frust pagi ni... ku bawa diri yang lara ke opis.
Nasib baik mood lara ni sekejap je. Tak boleh lama-lama lyan mood lara ni. Setan banyak duk hasad hati buat dosa.

Dapat gambar wasap...Mama ke penang.  Haih.. lama tak balik Penang. Tiba-tiba teringat kari la pulaaakk....

Esok family dari Kuantan nak datang Putrajaya. Ateh dia nak gi minang anak dara orang di Banting sana. Kira ramai la nanti kat rumah. Tapi bukan semua tidur rumah kami. Ada yg tido hotel, ada yg tido homestay. Mak ngan Ayah ajelah tido rumah kami.

Sementelah nanti ramai nak datang, plan ingat nak masak sikit untuk jamu tengahari esok. Terus dapat idea masak kari kepala ikan. Resepi dah siap di google. First time tengok resepi masak kari kepala ikan pakai beras sangai. Ni nak kena cuba nih! Harap2 jadi laaa... kalau tak malu kat tokey nasik dagang lak. kikiki....

Harini ni Abahnya cuti. So bila beliau bercuti, secara automatis dia jadi COO company Shaklee saya. Tugas harini beliau nak kena hadirkan diri ke Home Office Shaklee baru kat Sunway sana... pickup set GLA Complex Buy 6 Free 1 n cuba nasib dapatkan 5 ketul Herbal Blebd Cream (yg sangat kritkal stocknya seluruh Malaysia). Saya doakan berjayalah hendaknya misi beliau.

Friday, August 22, 2014

Salam Takziah Buat Keluarga dan Penumpang #MH17


Kepulangan yang dinanti. Walaupun hanya jasad yang tiba tetap memberi satu kesyukuran buat keluarga kumpulan pertama 20 jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas Penerbangan Malaysia MH17. Mereka antara 43 rakyat Malaysia yang terbabit dalam tragedi yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Jumaat 22 Ogos 2014 telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Malaysia sempena menyambut pulang jenazah mangsa-mangsa nahas ‪#‎MH17‬. Jalur Gemilang akan dikibar separuh tiang dan rakyat Malaysia disarankan memakai pakaian dengan warna suram. Kegiatan dan rancangan berunsur hiburan juga akan digantikan dengan program-program keagamaan.
 
Seluruh rakyat juga diminta bersama-sama bertafakur serentak selama seminit bagi menghormati mangsa tragedi MH17.
 
Al-Fatihah dan takziah.

Thursday, August 21, 2014

Kerisauan bila Anak Darjah 1

Sebulan dua ni... asyi duk fikir.. Fikir pasal nanti Kakak nak masuk darjah 1.
Yang pasti, waktu kerja Ibu sah sah kena tukar jadi WBB1. Dah maklum kat En. Suami... tahun depan kul 7.15 dah kena siap terpacak depan gate skolah.

Dah masuk Darjah 1, fikir pulak camana petangnya nanti. Nak masuk skolah KAFA aje terus, atau cari private KAFA yang ada program Transit ? --- yang ni masih dalam kajian.

Seriusly.. sangat risau. Tak tahu camana.  Kalau lah boleh, nak macam kita dulu dulu. Pagi gi skolah.. petang balik skolah, makan, mandi, pastu naik beskal gi rumah to guru mengaji. Petang kul 4.30 dah boleh lepas tepi padang tunggu geng main tali getah. 7.30 maghrib, bertempiaran lari balik rumah sebelum kena rembat ngan batang paip. hehehe...

Tapi untuk Kakak, terdapat sedikit kerisauan. Risau takut Kakak penat lepas habis sesi pagi. Dah penat, nanti takde mood pulak dia nak gi KAFA. Tau dah la Kakak tu... kalau dia penat, mula la macam-macam alasan keluar nanti.
Dah tu.. kalau cuti skolah, KAFA surely cuti gak kan ? Dah camana tu ? Adakah perlu Ibu bercuti sama lepak-lepak di rumah ? Atau daftarkan Kakak join aktiviti cuti Sekolah ? OH.. penatnya jadi budak 7 tahun skarang ni... T____T

And One more question: Kelas KAFA ada sesi mengaji ker eh ? Kalau takde.. nak kena hantar kelas mengaji malam pulak kan ?

---Promosi GLA Complex Sepanjang Ogos. Buat Ibu-Ibu yang sering stress...macam saya...---

Wednesday, August 20, 2014

Mesin Air Tapis Tercemar ?

Ramai suka beli air dari mesin air. Dengan harga yg murah, dianggap dah dapat minum air bersih. Tapi sangat terkejut bila ada yang mendakwa air dari mesin tapisan air ini tercemar dan tidak selamat untuk diminum.

mesin air risiko minum air tercemar
Shaklee juga mempunyai penapis air yang sangat praktikal, iaitu Get Clean® Water Pitcher.
Kepada anda yang masih tercari-cari penapis air terbaik dan yang paling praktikal, mari lihat kelebihan yang terdapat pada penapis air ini.
Water-Pitcher-Frame-tn
Get Clean® Water Pitcher berbentuk jug atau kendi, yang boleh diletakkan terus di atas meja tetamu, sambil ia menapis air paip.
Ia mudah alih dan ringan, jelas persepsi awal menunjukkan suatu kualiti yang sangat mementingkan aspek kebersihan. Menarik bukan?
***Ciri-Ciri Penapis Air Terbaik***
Jom kita lihat apa keistimewaan penapis air Get Clean® Water Pitcher ini, mengapa ia penapis air terbaik.
1. Mudah Alih : Satu-satunya penapis air yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja, tidak memerlukan plug atau wayar penyambung kepada paip.
Anda tidak perlu mengalihkan perkakasan dapur sedia ada semata-mata untuk meletakkan penapis air.
2. Mesra Pengguna : Get Clean® Water Pitcher mempunyai sistem notifikasi mudah yang memberitahu pengguna bila penuras perlu diganti.
Penggantian penuras boleh dibuat sendiri dengan sangat mudah, tanpa perlukan kepakaran, tak perlu panggil tukang servis, dan hanya menggunakan tenaga yang sangat minimum.
3. Mesra Alam : Sistem penuras jug air ini terdiri daripada satu unit penuras sahaja, iaitu blok karbon isian semula yang pertama di dunia yang diperbuat daripada arang tempurung kelapa.
Blok karbon berfungsi mengurangkan timbunan sisa dan sangat tahan lasak. Ia memberi kesan yang baik terhadap alam sekitar.
4. Menjimatkan : Get Clean® Water Pitcher menghasilkan lebih banyak air bersih pada setiap masa.
303 liter (80 gelen) daripada setiap kitaran hidup penuras, iaitu dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain.
5. Selamat & Semulajadi : Get Clean® Water Pitcher dapat menyingkirkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan banyak bendasing lain, di samping mengekalkan kandungan mineral air.
Ia disahkan berupaya mengurangkan klorin. Bahan sampingan klorin boleh memberi ancaman kepada kesihatan tubuh badan.
testi water pitcher2
6. Pengiktirafan : Get Clean® Water Pitcher diiktiraf oleh Persatuan Kualiti air (Water Quality Association (WQA) sebagai dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain dengan berkesan.
getcleanwaterpitcher_zps3a5fbf73
***Berapa Harganya?***
Get Clean® Water Pitcher berharga RM460 sahaja!
Hubungi saya untuk harga istimewa (mur..mur saja…), mahupun untuk sebarang pertanyaan, konsultasi & khidmat nasihat PERCUMA berkenaan penapis air terbaik ini.
Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Thursday, August 7, 2014

PRODUK SHAKLEE TERUS DARI GUDANG.


Tawaran produk Shaklee terus dari Gudang hanya dari kami. Penghantaran boleh diuruskan melalui Pos Laju atau Gdex ke seluruh Malaysia.
Konsultasi percuma akan diberikan bersama belian produk.

Penghantaran/Pick up sekitar Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan Bangi sangat dialu alukan bagi mereka yang inginkan lebih penjimatan.

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Tuesday, July 22, 2014

Apa itu Kolesterol ?

KOLESTROL ialah bahan lembut seperti lilin yang terdapat dalam aliran darah dan sel badan kita. Ia penting untuk membantu badan berfungsi dan pembentukan membran sel dan hormon yang dibawa melalui lipoprotein. Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri.


Ini akan menyempitkan aliran darah dan oksigen yang membuatkan seseorang diserang sakit jantung atau strok. Justeru itu, amat penting bagi anda mengawas tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung. Semua orang tahu bahawa kolestrol mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti kardiovaskular atau strok. Kita selalu dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
Namun, apabila semua langkah itu tidak berjaya merendahkan paras kolestrol , tidak ramai yang mengetahui tindakan seterusnya. Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan. Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.
Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen yang menyeimbangkan LDL:HDL (kolestrol ‘jahat’: kolestrol ‘baik’) dalam tubuh menerusi sterol tumbuhan. Suplemen ini memberikan sterol tumbuhan yang relevan. Kandungan sterol membantu mengurangi penyerapan kolestrol. Selain itu, ketika proses pencernaan, sterol bersaing dengan kolestrol dalam proses penyerapan. Dengan itu, kolestrol lebih sedikit diserap dan lebih banyak dikeluarkan.
DIET SIHAT
Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien harian dan komponen makanan lain yang membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yang sihat dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian anda. Sebaiknya, makanlah pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan. Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama (seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang berbeza dalam jumlah yang berbeza.
Makanlah diet yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.
Untuk mendapatkan keseimbangan kolestrol sihat, kurangkan kuantiti kolestrol dan makanan berlemak daripada daging.
Selain itu, tingkatkan pengambilan ikan (bukan ikan goreng) dan makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.
GAYA HIDUP SIHAT
Menjadi aktif secara fizikal adalah sama pentingnya dengan makan secara sihat . Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori untuk menjadikan anda sentiasa sihat dan langsing serta membuatkan anda kelihatan, rasa dan berfikir dengan lebih baik.
Senaman yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlebihan berat badan atau obes di mana akhirnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius. Sekurang-kurangnya bersenam selama 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, maka anda perlu bersenam dengan lebih kerap (dan untuk jangka masa yang lebih lama) untuk mengurangkan berat badan yang berlebihan.
Sumber : FB Kementerian Kesihatan Malaysia

Shaklee Phytocol_ST™

phytocol st
Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol yang tinggi ialah salah satu faktor risiko utama penyakit jantung, dan antara cara terbaik untuk merendahkan risiko anda adalah dengan mengurangkan kolesterol keseluruhan serta kolesterol LDL (“tidak baik”).
Kajian telah membuktikan bahawa bahan-bahan semula jadi yang dipanggil sterol dan stanol tumbuhan dalam pemakanan yang seimbang dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL dengan ketara. Sterol dan stanol wujud secara semula jadi dalam tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk bijirin. Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, sterol dan stanol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Oleh itu, ia dapat mengurangkan paras kolesterol dalam tubuh dengan berkesan.
Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol
Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.
  • Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
10390175_653060218113535_7721559761230014912_n
Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Thursday, July 17, 2014

Cara Mudah Dapat Facebook Like Percuma dan Berkualiti

Bagi orang yang ada facebook page, satu perkara yang paling memeningkan kepala ialah mendapatkan like untuk facebook page kita. Malah ada yang sanggup membeli like, mengupah orang untuk mendapatkan like, membuat aplikasi untuk menambah like dan macam-macam lagi. Banyak duit dan masa terbuang macam tu je… hanya untuk mendapatkan like…
Kali ni aku nak kongsi cara mudah dan percuma untuk mendapatkan like di facebook. Sebenarnya bukan like fan page facebook sahaja, kita juga boleh menambah subcriber, tambah share di facebook, tambah follower instagram, tambah like untuk post di facebook dan banyak lagi. Bukan untuk facebook sahaja, malah youtube, pinterest, twitter dan lain-lain… 

Yang penting kalau kita menggunakan web ini, kita tidak melakukan spam atau pun menyebarkan virus. Caranya senang sahaja:
1. Daftar percuma DISINI.
2. Sahkan emel dengan mengelik link yang dihantar ke emel korang tadi.
3. Add Site (letakkan link facebook page / youtube / twitter) yang ingin diproses.
4. Klik Page orang lain untuk mendapatkan “point”.
5. Selepas beberapa minit, lihat balik facebook/ youtube/ twitter tadi. Kalau takde perubahan maknanya ada tersilap setting di mana-mana.
Tak perlu risau.. saya baru je guna kaedah ni, dalam sehari dapat minimum 30 like. Kalau hari hari ? hehehehe.....
Selamat mencuba

Wednesday, July 9, 2014

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 4 (Pengurangan Pengumpulan Protein AGE ) - Anti Penuaan

Jadi apakah sebenarnya Protein AGE ?  Dan mengapa pengumpulannya akan memudaratkan kesihatan ?

AGE = Advanced Glycation End Product
Merupakan protein atau lipid (lemak) yang terikat pada molekul gula tanpa bantuan  enzim untuk mengawal tindakbalas. Dalam ilmu kimia, tindakbalas gula tanpa bantuan enzim dikenali sebagai glycation. Jadi AGE ini adalah "Produk Akhir" (end product) hasil dari  glycation.


AGE dan penyakit
Walaupun masih banyak persoalan tentang protein AGE ini, satu perkara yang kita ketahui ialah pembentukannya akan menjadi lebih ketara apabila terdedah kepada gula. Kerana pembentukan AGE mengambil masa yang lebih lama, ia tidak sempat terkesan kepada protein yang jangka hayatnya lebih singkat. Protein yang mempunyai jangka hayat lebih lama contohnya protein kolagen pada kulit, myelin pada saraf, otak, mata dan sel-sel telinga tidak begitu bernasib baik. Protein-protein ini akan berinteraksi  dengan lebih banyak gula untuk jangkamasa yang lama dan akan lebih cenderung untuk mengalami proses glycation.

Beirkut adalah beberapa contoh tindakbalas AGE dan komplikasi penyakit yang dikaitkan:
  • Diabetes Tahap II - kerosakan sel beta pada pankreas. Kadar gula dalam darah pesakit diabetes akan menyebabkan proses glycation terjadi.
  • Kerosakan pada kolagen kulit - sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menjurus kepada kedutan.
  • Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.
  • Penyakit kardiovaskular - AGE membuatkan permukaan LDL (kolesterol jahat) lebih kasar dan lebih cenderung melekat pada dinding arteri. Kerosakan kolagen pada dinding saluran darah akan mengakibatkan tekanan darah tinggi atau melemahkan  dinding saluran darah dan menyebabkan aneurisms.
  • Protein Amyloid, yang menyebabkan Alzheimer, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.
  • Sistem Saraf - Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sell (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).
Adakah Vivix mampu mengatasi semua masalah ini. Tidak semestinya. Tetapi kandungan polyphenol dalam Vivix telah terbukti secara saintifik mampu mengurangkan AGE yang mana memberi impak kepada penyakit yang kronik. 

Rujukan :
1.  Shen K. Advances in Advanced Glycation Endproducts (AGE’s) Yale Scien Mag. May 1, 2010.

2.  Ramasamy R, Vannucci S, Shi Du Yan S, Herold K, Yan S, Schmidt A.  Advanced glycation end products and RAGE: a common thread in aging, diabetes, neurodegeneration, and inflammation.  Glycobiology 2005;15(7):16-28.



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171