Thursday, November 1, 2012

ELAKKAN ANEMIA DENGAN SHAKLEE

Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Mudahnya, anemia bermakna masalah kekurangan sel darah merah. Komponen darah boleh dibahagi kepada 3, iaitu:
  1. Sel Darah Merah : Meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.
  2. Sel Darah Putih : berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.
  3. Platlet dan Plasma : berfungsi menghentikan pendarahan apabila luka.
 TANDA-TANDA ANEMIA
  • kulit dan tapak tangan pucat
  • jantung berdegup laju tanpa aktiviti berat
  • cepat letih
  • sesak nafas
  • sakit dada
  • kerap rasa pening
  • anggota badan berasa sejuk dan kebas
Bagaimana untuk mengetahui anda mengalami masalah anemia ? Boleh cuba jelirkan lidah dan lihat dan bandingkan warnanya dengan ahli keluarga lain. Adakah lebih merah atau pucat ?
Boleh juga cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan, Adakah ia pucat ? Jika anda mengalami sebahagian tanda di atas, anda mungkinmengalami masalah anemia.

BAGAIMANA ANEMIA BOLEH TERJADI?
Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya: 
  • Badan kurang menghasilkan sel darah merah
  • Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.

Anemia sangat merbahaya dan mampu memberi kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Kepada ibu :
  • Risiko Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin
Kepada Janin :
  • Bayi kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Kelahiran tidak cukup bulan (pra-matang)
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut
 Oleh itu, para ibu-ibu diharap jangan ambil mudah berkenaan masalah anemia. Kesian baby nanti....

CARA UNTUK MENGELAK ANEMIA
Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).

TAPI AWAS! Daging merah dan organ dalaman juga tidak boleh diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.

ATASI  ANEMIA DENGAN SHAKLEE
 
VITA-LEA IRON FORMULA : Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.


SUSTAINED RELEASE VITA-C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.
B- COMPLEX : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) :  Sebagai sumber protein  untuk membantu badan menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada badn yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.





KESIMPULAN
Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS ke 012-3252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

No comments:

Post a Comment