Wednesday, May 26, 2010

hari ini dalam sejarah (kerjaya blogger aku)

http://undermousearrest.wordpress.com/2004/05/27/461/ (27 May 2004)
2005.... aku tak tulis ape2
2006.... aku tak tulis ape2
2007.... aku tak tulis ape2
2008.... aku tak tulis ape2 (dlm blog lain mungkin ada)
2009.... aku tak tulis ape2

mode: malas nulis

Monday, May 24, 2010

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Siapa-siapa itu ? Memandang pada aku... ?

Opppp....!! Sape skodeng sembuyik2 tu ??

Aiseh... masuk umah org tak bagi salam yer? Ker demo nok korek aktiviti rahsia kawe ? OOooo.. tak malu......

nasib-cerek

Pagi ni sarapan, brunch, lunch & tea-time kami se-ofis bedal juadah pot-luck unit kami. Semua makanan sedap2. Terutama sira labu (masuk bakul lagik!).. Aiseh.. lupa amek gambar sira labu yg aku masak.

Kiranya cubaan pertama memasak sira labu tu menjadi jugaklah walaupun nervers. Walaupun labu tak cukup keras sebab rendam kapur sekejap sangat.

Idea nak wat sira labu ni tercetus (aiseh.. word bombastik la plak) masa layan fb kuih-muih/makanan kelantan. Lagipun dah lama tak merasa sira labu yang selalunya hanya boleh didapati di majlis bekwoh saja.

Antara juadah lain yang 'kami-kami' bawak utk pot-luck... ada spageti bolognese, karemel telur, nasi himpit kuah lodeh, mi sengapore, kek batik, bubur jagung, ayam panggang, nasik goreng kampung... err .. ape lagi eh? banyak gak la. & tak lupa jugak keropok segera buah tangan tangan dari geng opis yg baru balik o.s di pantai timur.

'kami-kami' jugak menjemput beberapa sahabat unit datang menjamu selera & mana2 staff/boss yang wat pusingan U kat tiang unit kami jugak 'kami-kami' sekat suh brenti makan dulu.

Alhamdulillah... rezeki hari ni, kenyang sampai ke petang.

Etika kenaikeay lift

Apa reaksi korang bila masuk lift?

Kalau masuk dalam lift awam tu, aku wat tak tau pandang nombor lift aje. Tapi kalau kat dalam lift awam tu ada baby chommel & Tasneem plak ala2 peramah gitu, at least aku senyum & kalau panjang lagi perjalanan liftnya, aku wat-wat la tanyer brape bulan dah budak tu. Kalau budak tu chommel, aku puji lah sikit2.

Kalau dalam lift kat apartment kediaman plak, biasenye aku akan tegur la 'jiran' aku tu. Tanye la duk tingkat brape. Dari situ boleh la borak benda kecik2 atau berita persekitaran. Contoh kul brape derang nak wat fogging denggue nanti ker...

Kalau lift kat opis plak, kalau kebetulan 2 org je dlm lift, aku akan senyum kalau nampak orang tu dalam mood tenang atau dia dulu yg  mula senyum. (ingatan: senyum itu sedekah). Kalau masuk lift ramai2, aku akan layan mana2 lawak atau teguran mesra yang berbunyik dari warga lift.

Tapi ada satu situasi yang aku tak tau nak wat apa. Aku masuk lift ofis. Masuk 2/3 org je termasuk aku. Sorang ni je... kalau masuk lift sama2, bleh je dia wat2 tak nampak. Kang kalau aku sengih2, dikatanya terhegeh-hegeh plak. Ishk... tak tau la apa issue dia ngan aku. Tapi yang pasti, bila ada benda nak tanya, boleh je mai jumpa bercakap elok. Tapi bila takde ape2 hal, nak tentang mata senyum pun takde. Masalah emosi kah individu tersebut ?

Korang2 yg baca blog ni, kalau tau ape2, wat2 tak tau je lah yerk. Malas nak kecoh2. Marilah kita sama2 naik lift dengan gumbira. Sekian.

Sunday, May 23, 2010

ex-man 2

Minggu ni minggu hibernasi kami sekeluarga. Tak keluar ke mana2 sangat.Sarapan & lunch kat umah aje. Petang baru keluar jalan2 tengok orang. heee... best.

Tadi jalan2 cari minum petang kat Sri Teja. Biasa pas makan2, kami jalan2 ke pasar minggu (ala2 uptown kecik) kat depan Sri Teja tu. Sambil jalan2, tengok2 ape barang menarik kat situ. Sambil2 tu kejar Tasneem yang sibuk berlari sana-sini kan cuit segala barang jualan kat situ, terutama meinan (Tasneem berjaya mengepau Babah utk beli meinan RM5).

Dah nak balik dah, kami jalan beriringan sambil Babah dukung Tasneem. Sambil lalu di sebuah gerai yang menjual tudung2 ekin, terdengar suara garau menyebut... "Hai.. nasib baik laki orang.....". Ayat tersebut disedari En. Suami dan terus tersengih2 akibat statement berkenaan.

Amboi... sukati lar tu. Rasa2 diri tu masih lagi high value in market. Hmm.. cubit kang....!

Tapi aku tak kisah. Lagi bangga duk ada, punyai suami yang ala-ala shommel (masuk bakul sendirik!). TAPI........ayat berkenaan dilafazkan oleh makhluk gini, rasa nak gelak guling2 pun ada gak.

.


.


...


.


.


.


.


..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.




... adeh laaaa... ada ati jugak org gini kat asben aku. Kesian btol.....

Saturday, May 15, 2010

1989


Gambar ni dicilok dari fesbuk ex-classmate (En. Wan Wira). Gambar ni diambil pada tahun 1989. Masa tu akubaru Standard 1 di SRK Tengku Indera Petra, Wakaf Mek Zainab,KB. Kebanyakan  bebudak sini aku masih boleh ingat rupa mereka, tapi nama2 mereka aku memang dah lupa disebabkan aku hanya bersekolah kat skolah tu sampa std 2 je. Utk std 3, aku pindah ke skolah yg lebih dekat ngan umah aku sbb Aboh Tok aku akan bersara dari tugasnya sebagai guru besar di sekolah berkenaan.

Sekeping gambar ni rasanya masih lagi ada dalam simpanan di celah2 buku di bilik ku. harap tidak dimakan anai2 laa...

Gambar ni nampak sangat klasik sebab student pompuannye masih mengenakan pinafore over white shirt.Nampaknye gambar ni dah berumur  22 tahun. Gila ah lama. Bucu gambar ni pun dah carik kena kerik (gigit) ko tikus. Terima kasih En W ira sbb upload gambar ni.

Kalau korang tarer,cuba cari aku dlm pict berkenaan. :D

Thursday, May 13, 2010

Mengapa Memilih Untuk Kerja Kerajaan

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

Elaun perumahan

Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2. Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?



3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya

Tuesday, May 11, 2010

Cuti 3 bulan buat anak

ni nak kongsi cerita dari satu blog hr manager sebuah kilang. Perbualan antara dia ngan bangla (pekerja kilang). Berkongsi Cerita & Rasa

pekerja : assalamualaikum boss.
aku : waalaikumsalam. ya sumon, ada apa?
pekerja : boss, buleh saye cakap sikit?
aku : boleh. apa?
pekerja : saya mau mintak cuti balik bangladesh.
aku : isi borang cuti dulu. kasi you punya manager approve baru boleh cuti.
pekerja : saya tau boss. tapi saya mintak sikit boss tolong. saya mau cuti 3 bulan. saya punya manager musti tadak kasi, boss satu orang boleh tolong.
aku : 3 bulan? apa bikin cuti lama.
pekerja : boss, dulu saya mari kerja sini, saya baru 2 minggu kawin. saya belum ada anak.
aku : so?
pekerja : boss kan sudah kawin, tentu ada tau. saya susah hati bulum ada waris.
aku : apa kena mengena dengan cuti 3 bulan?
pekerja : (dalam malu2) saya mau buat anak boss.
aku : buat anak sampai 3 bulan?
pekerja : boss sudah kawin musti tau, mau buat anak bukan sinang. kalau 3 bulan, saya gurenti ada jadi anak.
aku : satu bulan cuti cukup!
pekerja : tara cukup boss. saya takut tara jadi anak boss. kalau tara jadi, saya lagi 2-3 tahun lagi baru boleh balik bangla boss.
aku : last. saya kasi 2 bulan! belum beli tiket, you call dulu wife sudah habis darah (haid) belum. sampai sana dia sudah bersih darah, you jangan keluar bilik itu 2 bulan. kasi buat anak sampai jadi. kalau boleh terus kasi buat anak kumbar (kembar)terus.
pekerja : wokey boss. saya musti hari2 kasi buat anak boss. saya punya parents sudah bising anak bulum jadi.
aku : sekarang, you balik tempat kerja, kasi isi itu form cuti. cakap saya sudah approved cuti 2 bulan.
pekerja : banyak terima kasih boss.

Wednesday, May 5, 2010

Ini baru food review

Smalam beriya ajak Babah gi trymakan kat Y_at_i ay_am Per_ciks kat Bangi yang baru bukak tu. Cuma try sedap ker tidak ayam percik dia.

Kami order 2 set nasik kerabu + ayam panggang (yer.. dia tak tulis ayam percik). Harga each RM8.00, pesan telur rebus utk Tasneem mamam as side dish & appetizernya adalah 1 set sata ikan.

Sambil2 nunggu makanan kami sampai, sempat gak snap2 gambar Tasneem ngan logo kedai kat blakang. Nak posing depan kedai takut nampak beriya sangat plak.

[caption id="attachment_648" align="aligncenter" width="300" caption="Tasneem & Babah tgh tunggu hidangan sampai"][/caption]

Beberapa minit nunggu (tak lama mana pun...) hidangan nasik kerabu pun sampai. Nasiknya dalam bentuk semangkuk kecik (mcm mangkuk untk nasik ayam), perencahnya ok lar... cuma takde lada hitam je & ayam panggang (bhg dada) kuah percik sket. ps: tambahan kuah percik dikira side orders yer puan-puan.


Kendian tibalah pesanan yang lain ngan air (air agak lambat jika dibandingkan dengan kedai mamak).


Kami sgt terkesima bila sata ikan yang dipesan sampai ke meja. Dalam pinggan putih panjang cuma ada 2 ketul satar jer yg disusuk buluh. Owh...! How come like that ? Ingat2 balik harga kat menu tadi tertulis RM2.50. Ishk.. kalau kat kg dah bleh dapat paling tak 4 bijik. (pernah dpt beli satar singgit satu cucuk, 3 ketul). Urgh.. lagi satu satanye tak rasa ikan. Lebih rasa santan aje. kelapa je lebih. Rasa manis.




[caption id="attachment_649" align="aligncenter" width="300" caption="Tasneem tak puas hati sata tak sedap"][/caption]

Aku makan aje lah ngan tak berapa ceria. Tapi Babah saje nak menyejukkan bininya, katanya nasik kerabu dia boleh lah tahan. Eatable lah bagi kami.



Note: ishk.. takleh konsentrate tulis dah. Aku riki-riki, dia duk mengata lak ngan bdk lain pasal tadi. Aishk.. depan2 nampak baik, blakang takleh kira sangat! Office politics!

Facebook oh facebook

Hari ni aktiviti mengomen facebook akan dikurangkan seketika (boleh kah?). Rasa nak delete jer certain ppl from my facebook. Sebabnya..:

  1. Ada a few yang saya tak kenal atau tak ingat langsung.

  2. Selalu sangat kena tag produk2 jualan mereka.

  3. Rakan sekerja yg mana tak pernah bertegur sapa pun ada. So bila kita kuarkan ayat yang for me & me frens rasa biasa je, tapi bila org lain baca derang perperasaan plak (kecik ati laa.. ingat kita ni menunjuk2 la.. & banyak lagi tanggapan -ve lain). heee... ni hari ni punya kes.

  4. Orang yang tak dikenali jadi spy nak intip info kita utk 3rd party.


Hari ni aku nak layan Omegle je lah. Chat ngan sex maniac kat sana (untuk menghibur hati yg laraaa.......) :D

Ini bukan review makanan

Semalam kami pi diner kat Hassan's Bistro Bangi Seksyen 3.

Kami pilih meja yang ada seat kusyen melekat ker dinding tepi corner. Bertujuan supaya senang nak kepung Tasneem dari melasakkan dengan berlari-lari di sekitar restoran. Kami order 2 nasi beriani ayam & 1 banana wafer.

Makanan Ibu sampai dulu, then diikuti ngan nasik babah. Bila sampai aje nasik Ibu, Tasneem biasanya akan lebih tertarik kepada kelengkapan (cutleries..betulkah eja ni?) hidangan tersebut. Sudu, garfu, pisau, napkin tu lah. So kami bagilah Tasneem main ngan sudu & Tasneem pun konon2 makan la nasik beriani Ibu ngan sudu tu (takde butir nasik pun masuk mulut). Bila sampai aje wafer pisang, memang langsung tak masuk mulut wafer tuh. Tapi tangan sibuk duk tenyeh sudu kat wafer plak. Habis dah melekit2 tangan & tudung ibu jadik mangsa jugak.

Sementara Ibu berperang ngan Tasneem, menjadi kewajipan Babah untuk makan secepat mungkin (ala-ala flashman) so that Ibu akan dapat makan pulak (secepat mungkin juga) nanti.

Bila dah rasa surrender berperang ngan Tasneem  nak suh makan & stop playing with the food, Ibu dah tak larat. Saje bagi Tasneem turun kerusi & jalan2 sekitar restoran.

Tengah2 folow Tasneem menjelajah kedai, tiba2 terpandang satu kesukaan Tasneem. Huhuhu.. bleh wat umpan kasi senang control. :D

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Hoho... TISSSHHHH...!!!!!

Tasneem ni, kalau nampak ikan ker penyu ker.. gerenti duk diam konsentret tengok. Memang excited punya la.

Kat restoran tu ada mcm poster hidupan laun lengkap ngan segala ikan2, penyu, tapak sleman segala.

Bila dah nampak segala hidupan laut tu, melekat la Tasneem kat poster tu. Duk tunjuk Tish.. Tetes. Seronok sangat dah. Ala2 jumpa kawan lama dah lagaknye.

Bila Babah dah abes makan, Babah plak ganti temankan Tasneem tengok Tisshh. Ibu kendian bleh la makan lak.

Tu jer nak citer. Sekian

Keadilan layanan untuk anak-anak

Since sekarang ramai kawan2 yang pegnen. Terfikir jugak bila Allah takdirkan aku pegnen lagi.

Tak tau nak kata apa. Yang pasti kesyukuran perlu diucapkan kepada Nya.

Tapi kalau boleh, harap2 penambahan penduduk tidak terjadi dalam masa terdekat sebab tak sanggup tengok Tasneem mcm tak dapat cukup perhatian nanti. Even ada Tasneem sorang pun Ibu dia ada jugak kenkadang berperasaan emo & ada tertinggi suara kat Tasneem, sikap tak sabar..etc..( mintak dijauhkan. Nauzubillah...)

Bila baca artikel pasal Middle Child Syndrome.. lagi lah aku jadik risau nak tambah penduduk lagi. Haish.... (korang gugel je lah. malas nak tepek sini)

Tapi aku yakin, Allah tu maha adil. Mana2 anak yang dilahirkan ada rezeki & keperibadian masing2. Also aku harap kalaulah dikurniakan rezeki sorang lagi dalam masa yang tidak dijangkakan ni, sebolehnya aku nak layan sepertimana aku layan anak pertama juga.

PS: aku pun anak kedua jugak. Yup, gambar abang masa kecik lagi banyak dari aku. even adik2 aku pun takde banyak koleksi gambar masa kecik.

Monday, May 3, 2010

My blog ada product sendirik



Jumpa product ni that have the same name as my blog. http://shop.cafepress.co.uk/under-mouse-arrest

2 Tahun ?

Smalam time jemput Tasneem dari taska, nampak Chomm berlari-lari ker pintu bila nampak Ibu sampai kat porch taska. Huhu.. nampak badan berpeluh2 & mascham walaupun baru je tadi dimandikan. Hmm.. skang ni musim panas, budak2 yang aktif sememangnya cepat berpeluh.

Bila nampak ibu, terus lambai2 & angkat tangan mintak dokong, walaupun time tu cikgu blom buka pintu grill lagi. Ni mesti Chomm tak sabar2 nak balik & peluk cat & nyot2 puting. Yerr.. benda pertama yang dicari bila sampai umah adalah cat & puting. Pastu lepak2 tengok Play House Disney.

Smalam cikgu Taska  tanyer samada Tasneem dah pandai cakap ker belum? & the next Qs is... "Akak, Tasneem ni dah umur dua tahun brape bulan kak?". Huh ? Adik.. Tasneem baru 1 tahun 4 bulan. Sebab tu belum pandai cakap. Stakat simple words aje yg dia boleh sebut.

Haih! Adakah Tasneem nampak macam dah 2 tahun ? Ok, sememangnya Tasneem nampak agak 'panjang' badannya tapi tak berisi (alangkah bagusnya kalau badan Tasneem agak berisi..barulah nurse tak bebel time checkup nanti).