Wednesday, September 3, 2014

Kenapa Kolagen dari sumber Ikan Lebih baik ?

KENAPA KOLAGEN DARI SUMBER IKAN LEBIH BAIK UNTUK ANDA


Kolagen adalah struktur utama yang didapati di dalam dan di luar badan kita. Ianya terdiri dari asid amino yang memberikaan ketegangan kulit dan kekuatan sokongan tulang, ligamen dan saluran darah. Walaupun kita mampu mendapatkan sumber kolagen dari pemakanan harian, namun faktor seperti pencemaran, penuaan, tabiat merokok mampu menyumbang pada kemerosotan penghasilan kolagen berkadar dengan masa/umur. Hasilnya muncullah kedutan, garis-garis halus dan kulit menggeleber. Dengan mengamalkan pemakanan sumber kolagen tambahan, ia mampu membantu mengurangkan masalah kekurangan penuaan.
Terdapat 3 jenis sumber kolagen:
  1. Kolagen dari Bovine : sumber dari binatang berkaki empat seperti lembu, kerbau
  2. Kolagen dari Porcine : sumber dari khinzir
  3. Kolagen dari Ikan : atau dikenali sebagai marine collagen sumber dari ikan laut dalam.
Kolagen Bovine dan Porcine lebih senang didapati dan kos pemprosesannya lebih murah. Oleh itu banyak syarikat yang mengeluarkan produk kolagen menggunakan kolagen dari sumber-sumber ini memandangkan ia mampu menjimatkan kos dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah. 
Namun, hasil kajian, hampir 3% populasi dunia mengalami masalah alah kepada kolagen bovine. Oleh itu digantikan dengan kolagen porcine yang mana simptom alahan adalah sangat jarang dan lebih dekat sifatnya dengan kolagen manusia. 

HATI-HATI YA! PASTIKAN SUMBER KOLAGEN ANDA HALAL

Kolagen dari sumber ikan  pula mempunyai bioavailability yang mana kadar peresapan pada badan yanglebih baik.

KELEBIHAN KOLAGEN DARI SUMBER IKAN

Kolagen sumber ikan biasanya diekstrak dari ikan salmon atau ikan merah (red snapper). Kolagen ikan mempunyai kada serapan yang tinggi iaitu sehingga 1.5 kali lebih tinggi dari kolagen bovine dan porcine. Ini kerana ia mempunyai berat molecular yang lebih rendah. Kolagen ikan mampu meresap melalui dinding sistem penghadpan dan terus ke saluran darah dan membawanya ke seluruh badan sehingga ke bawah lapisan kulit.



Kolagen adalah molekul terbesar dalam sistem badan manusia. Digelar 'supermolecule' kerana everage saiz molekul kolagen biasa adalah 300,000 Daltons dan ia sangat besar dan tidak mampu diserap oleh badan jika diambil dalam bentuk kolagen yang asal (contoh merebus sendiri rumpai laut/kaki ayam untuk sumber kolagen).

Untuk memproses kolagen supaya  senang diserap oleh badan, kolagen ikan akan melalui proses hydrolyzed (diuraikan dengan haba dan cecair) kepada molekul peptida yang lebih kecil bagi meningkatkan bioavailability. Shaklee Collagen Powder mengandungi kandungan kolagen dari sumber ikan merah yang bersifat hanya 1000 Dalton yang mana sangat membantu dalam proses penyerapan semasa melalui sistem penghadaman.





Dengan mengamalkan Shaklee Collagen Powder dari sumber ikan merah, berikut adalah kebaikan yang akan diperolehi :
  • Kulit rasa dan kelihatan lebih halus dan mulus
  • Membantu melembabkan kulit
  • Mengurangkan kedutan kasar pada kulit
  • Menyegarkan dan mengembalikan keserian kulit wajah
  • Membekalkan building blocks bagi penghasilan kolagen badan.
Dengan mengamalkan pengambilan produk kolagen, ia mampu membantu memperlahankan penuaan. Adalah digalakkan kita mengamalkan pengambilam kolagen seawal usia 30an, bila tanda-tanda penuaan semakin muncul. 
Testimoni Shaklee Collagen Powder
Molekul kolagen adalah sangat kasar (besar) untuk meresap melalui kulit. Oleh sebab itu kolagen berasaskan krim tidak memberi kesan yang baik untuk jangkmasa panjang berbanding dengan kolagen yang diambil secara pemakanan. 



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

No comments:

Post a Comment