Monday, July 29, 2013

Nilai Vitamin Shaklee yang "mahal".

Bila bercakap tentang penjagaan kesihatan, ramai yang mengambil mudah. Selagi tak sakit, selagi itulah tiada persediaan. Lagi lagi pula tidak ramai yang mengambil berat penjagaan kesihatan semasa sihat. Dalam islam sendiri menyebut, kejar 5 perkara sebelum 5. Salah satu darinya "Masa Sihat Sebelum Sakit". Haa.. dalam islam sendiri pun ada menyebutnya... tapi kenapa kita tidak mengendahkannya ?

Penjagaan kesihatan yang baik memang memerlukan sedikit pelaburan. Sama ada dari segi persediaan insuran, pelaburan masa untuk beriadah dan pelaburan dalam pemakanan yang sihat.  

Sejak setahun lalu, keluarga saya telah sedikit demi sedikit bersedia dari segi penjagaan kesihatan. Insurans, masa riadah bersama keluarga dan pemakanan kesihatan. 

Sebagai individu yang mementingkan hasil yang memuaskan, saya telah berusaha melengkapkan keperluan pemakanan kesihatan sekeluarga dengan memilih Shaklee. Kenapa Shaklee ? Shaklee kan mahal...? Mahal ke untuk pelaburan kesihatan mampu milik bernilai kurang RM 1 sehari ? Lagipun jenama Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi, tiada bahan kimia merbahaya dan sememangnya telah diakui keberkesanan selama lebih 50 tahun di pasaran antarabangsa.
 Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi, tanpa pewara/pengawat/perasa tambahan. Penyimpanan tidak memelukan silika gel dan semestinya bukan vitamin sintetik.


Perbezaan di antara vitamin semulajadi berbanding vitamin sintetik:

1. Cara Penghasilan : sumber vitamin dan nutrient diekstrak dari bahan bahan semulajadi dengan cara pengekstrakan vitamin/nutrient dan fiber disingkirkan. Sedangakn vitamin sintetik terhasil dari kaedah manipulasi bahan kimia dan membentuk ciri-ciri seakan bahan yang terdapat di dalam vitamin. Contoh penghasilan vitamin C adalah gabungan molekul karbon, hidrogen dan oksigen danmembentuk formula empirik C6H8O06 (asid askobik)

2. Keserasian tindakbalas badan : Vitamin semulajadi yang terhasil dari makanan yang kita makan mampu bertindakbalas lebih baik dengan badan dan tiada kesansampingan. Sedangkan bahan sintetik walaupun asa formula yang sama, ianya tidak mampu menandingi bahan semulajadi. Jangan terkejut jika ada disebut salah satu bahann untuk menghasilkan Vitamin B Complex sintetik adalah tar (yang di guna untuk menurap jalan raya).
 

3. Harga : Vitamin sintetik biasanya lebih murah atau kadang-kadang diberikan percuma berbanding vitamin dari sumbersemulajadi. Ini kerana kaedah pengekstrakan vitamin semulajadi lebih rumit dan perlukan kos yang tinggi.

5. Kesan kepada badan : Vitamin semulajadi Shaklee tidak meninggalkan apa-apa bahan lebihan dan adalah sepenuhnya diserap oleh badan. Contoh Ostematrix kalsium mengandungi Vitamin D yang membantu penyerapan optimum kalsium pada badan dan tiada lebihan. Produk kalsium lain yang tidak mengandungi Vitamin D akan menjadikan penyerapan kalsium tidak sempurna dan lebihan kalsium dalam ginjal akan menyebabkan komplikasi batu karang atau buah pinggang.


Sekarang, hasil bacaaan dari sini, kini pilihan di tangan anda. Adakah vitamin semula jadi Shaklee berbaloi untuk anda ? Tepuk dada, tanya selera.