Tuesday, September 30, 2014

Oktober Bulan Promosi Enegized Soy Protein (ESP)

Promosi ESP Buy 6 Free 1 Kembali lagi. Ramai penggemar ESP ni. Saya punya stock pun dah habis kat dapur. Nampaknya sesuai sangat timing dpat ESP harga murah. hehehe....

Retail Price : RM150
Buy 6 Free 1 Price : RM 726 
(Layak harga Ahli + With Free Membership + Cash Back Bonus RM36 bulan berikutnya)

Kalau nak beli 1 je : 30% LEBIH MURAH! (exclude delivery)

Mana yang nak order 1,2,3 or less than 7, boleh PM atau WhatsApp saya 012-3252171 ye.

Kena cepat-cepat sbb biasa promosi ESP, stock kat HQ akan cepat HABIS!!



Promosi ESP Buy 6 Free 1


Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Thursday, September 25, 2014

Bagaimana Lemon membantu anda turun berat badan ?

Trend terkini penurunan berat badan sedang hebat melanda negara. Banyak yang tidak munasabah dan ada juga kaedah yang mungkin membahayakan kesihatan tubuh.
Menambah sedikit perahan lemon ke dalam air minuman adalah satu idea yang baik untuk membantu menurunkan berat badan. Kajian yang dilakukan di Sugiyama Jogakuen University, Jepun mennyarankan kandungan polyphenol dalam lemon sangat membantu dalam penurunan berat badan. Selain itu, dengan kerap meminum air (dengan sedikit perahan lemon atau tidak) adalah cara yang bagus untuk mengekalkan kandungan air dalam tubuh badan.

LANGKAH 1:
Perahan lemon segar
Penuhkan cawan atau mug/kole dengan air panas.
Tambahkan 1 sudu besar jus lemon segar.
Amalkan meminumnya setiap awal pagi dan juga sebelum tidur.
Jus lemon memliki sifat diuretik , jadi ini akan membantu menjaga hati dan buah pinggang anda berfungsi dengan lancar .


LANGKAH 2:
How to Drink Lemon Water to Lose Weight
Air soda mengandungi sodium yang tinggi
Gantikan minuman berkalori tinggi dan manis atau berkafein kepada air lemon sejuk (iced lemon water). Ini akan membantu anda mengurangkan pengambilan kalori dan juga bahan sampingan lain seperti kafein, bahan perasa tambahan dan pengawet.



LANGKAH 3:
Infused water. Isikan sebotol air penuh, tambah beberapa hirisan lemon, pudina segar dan sedikit potongan buahan segar (strawberi). Biarkan ia semalaman dalam peti sejuk. Boleh diminum keesokan harinya sepanjang hari.


LANGKAH 4:
Minum selegas air campuran perahan lemon 15-20 minit sebelum makan (terutama makanan berat). Ini akan membuatkan anda lebih kenyang dan membantu anda mengawal pengambilan makanan.

Tips
Bekukan perahan lemon menjadi kiub ais kecil-kecil. Memudahkan anda menambahnya ke dalam minuman seharian anda.




Hubungi saya segera : 
Fb : Marsyithah Khidzir 
Email : foxnike@gmail.com 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Tuesday, September 23, 2014

Gemuk..kurus... berat naik turun. Makan makan makan... eh.. senangnya kurus !?

Susahnya nak kekal berat badan....

Tau tak ? Dulu masa form 5 (oh... Ahmad Maher di hati...), saya sangat obes. Rasanya dulu tak pernah nak timbang badan..tau tau badan gemuk bila tengok gambar. Seluar jeans pun pakai saiz 38.

Bila masuk matrik, saya buat kali pertama kembali kurus. Tak sure pulak berapa berat, tapi hasil duduk hostel, naik turun bas, makan pun berjadual, badan dah kecik balik. Fikirkan zaman matrik dulu dulu memang seksa. Ye lah... kita ni jenis tak pernah duduk hostel. Bila dah duduk hostel, semua benda kena buat sendiri. Basuh kain, kemas-kemas dorm, jadual study yang padat dan sesi berkejar kejar dengan warden. Haih... bila ingat-ingat balik, lepas habis matrik, sebanarnya ia banyak mengajar saya hidup berdikari. Pusat Matrikulasi Kolej Negri, Bukit Chedang....... oh.. tak lupa juga Astel Mambau yang menyeramkan. kikiki....

Selepas berhempas pulas cukup 1 tahun di Seremban, saya melangkah ke alam universiti pulak. Yang ni sedikit lega n sangat enjoy. Badan pun maintain je tak naik sangat. Ngam ngam je body. Tapi bab selera makan tak kalah. Pagi sarapan dah nasi lemak lepas kelas, tengahari bungkus nasi lauk sadin, petang minum petang berjemaah dengan adik-adik hostel (biskut cream crackers je pun..), malam plak lepak foodcourt ngan geng meraban blasah char koy tiow. 2 kali seminggu bawak rombongan beli nasi tomato ngan murtabak kedekut kat pasar malam. Kena pulak dapat geng Tini yang memang suka makan. Memang jaranng perut lapar la kiranya.
Tapi Alhamdulillah... masih mampu kekal dengan berat yang munasabah sebagai mahasiswi. Ye lah.. walaupun makan banyak, dah counter dengan aktiviti harian di fakulti dan kolej. Bilik hostel di tingkat 3, kurang tidur siang sebab ada kelas, petang pulak beriadah dengan geng (sambil pungut buah kat dusun Bukit Expo UPM). So makanan yang banyak-banyak dimakan seharian memang digunakan sepenuhnya.

Dah grad 2004, mula la menambah berat. Tapi masih dalam kadar yang sederhana. 1st time dapat kerja sementara sebagai temp staff kat Damansara. Kerja dengan lawyer ni hanya bertahan 1 minggu je. Tukar kerja... dapat offer dari company IT di Cyberjaya, Sapura Nokia. Bila start kerja sini, makan memang mewah, kena pula kerja ni under program internship MDec, so gaji pun sedap (time tulah) dan geng makan opis hampir setiap hari ajak sarapan n lunch. Belanja makan tak ingat dunia dah. Ye lah.. orang baru merasa gaji dan hidup sendiri kan... gedebak-gedebuk.... lompat kerja masuk company IT lain on 2006. Sini dah dah mula membina badan. Ye lah... dah bos pun gemok. Asyik aje ajak makan. Masalahnya saya yang kena bayarkan kalau kami outing makan kat tempat mahal. Tapi lepas tu dia suruh claim ngan company. Konon nak ajar saya cara org korporat berbusiness. Hohoho.... yo lah sangat.... Seksaan dihadapi sehingga 2008, saya kawen n dapat offer gomen. Alhamdulillah... time ni badan dah ala-ala comel dah, tapi tak kisah la kan dah ada yang sayang. mwahahaha.....

Hamil anak pertama, berat naik dari 60kg ke 76kg (kalau tak silap laa). Tak kisah lah dah kita mengandung kan... lepas bersalin czer, tak kisah sangat pasal berat. Perut menggeleber. Orang lain berpantang dengan maajun n rempah ratus, saya pantang makan ubat hospital je. Kena bentan sampai demam menggigil. Ngeri bila kenangkan balik. Badan masih sedap-sedap walaupun anak dah 2 tahun umurnya.

Hamil anak kedua, berat naik turun. Sebab masa 5 bulan, seminggu berendam air mata sbb arwah abah sakit. Alfatihah untuk Haji Khaidir. Check up lepas tu berat turun 5kg. Sedih sangat time tu, kesian baby sebab makan terabai. Kemudian saya gigih ambil lebih makanan, dah pulak kena kencing manis. Ni sebab selera dah berubah asyik la makan ngan minum milo setiap hari. Kan dah masalah dah. Berat naik ke 78kg...last nak bersalin menghampiri 80kg.
Lepas bersalin, berat susah nak turun. Kita stressed susu tak banyak nak menyusu baby, makan dah macam macam, badan bagai di pam-pam.
Seorang kawan kenalkan porduk Shaklee, saya cuba dan Alhamdulillah ada hasil dan rezeki untuk baby. Bila menyusu, pelik pulak sebab badan bagai di pam pam. Dah makan Shaklee dah.
Bila cek cek balik, baca n cari ilmu, rupanya sebab ambil ESP sebelum tidur. Haa.. patut laa....

Bila dah tau macam mana nak gunakan produk Shaklee dengan betul, saya disiplin amalkannya mengikut jadual. Time ni saya dah mula nampak kebaikan produk dan potensi membantu saya menambah pendapatan. Tapi saya tak terus promote set kurus, sebab saya nak produk ni terbukti ke atas saya terlebih dahulu. Alhmadulillah... ternyata berkesan. Dari badan gebu bam-bam, tahun berikutnya berat kembali menyusut dan sehingga 54kg. Time ni ramai yang tegur bila balik beraya di kampung. Semua duk sebut dah kurus dah sekarang ni berbanding dulu. Yeah.. senyum sampai telinga!!

Saya amalkan produk Shaklee bukan hanya makan produk saja. Masa saya betul-betul gigih nak turunkan berat pada mulanya, setiap hari saya naik tangga dari Ground Floor ke tingkat 2. Mula-mula memang mengah, lama-lama dah jadi kebiasaan. Cabar diri. Kalau penat brenti jap buat-buat jenguk tingkap. hahaha....

Apa yang penting kat sini, dalam uasah nak menurunkan berat badan, tak semestinya makan supplement, catu makanan tolak segala nasi roti, seminggu badan dah kurus. Hoo... tidak. Tu memang la kurus, lepastu risiko naik berat lagi hebat sangat tinggi.
Tips terbaik untuk kurus, makan pada waktunya. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Pengambilan supplement membantu melengkapkan nutrisi badan. Bila badan cukup nutrisi, segala fungsi dalam badan akan lebih seimbang. Operasi badan dan enzim akan lebih lancar. Dari situ badan akan kurang stressed dan kekal punyai stamina untuk terus membakar kalori dan memberi tenaga kepada badan. Metabolisma akan meningkat dan in sya Allah kekal stabil. Bila metabolisma dah stabil, akan lebih mudah untuk kekalkan berat badan ideal.

Penulisan ini hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Sharing is caring.





--- Saya tahu ada yang pernah ambil produk Shaklee tapi berat tak turun-turun. Sila cek balik cara hidup dan cara makan ya ---


Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Saturday, September 20, 2014

Dulu gemuk 3 kali ganda

Last week, Mak saya dari Kelantan datang menjenguk cucu.
Dia tenung gambar di dinding... tiba-tiba kata..
"Dulu saiz badan macam 3 kali ganda sekarang".

#ShakleeEffect. Berjaya kembali ke berat asal tanpa diet steroid.


Waa.... betul la tue....

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Kerek tul muka Adek ni. Hohoho...Review Mealshake

MAMA KORANG DAH BAGI MEALSHAKE HARI NI ?

MAMA SAYA DAH. 

SEDAP..............


Haih.... comel sangat anak yang sorang ni. Suka sangat dia minum susu campur Mealshake.
Dulu mula-mula campurkan Mealshake dalam susu, Adek macam tak berapa suka & kalau minum pun sure ada baki lagi. Tapi sekarang ni... licin sebotol dihabiskan tanpa bunyi. Waaa.....

Saya mula memberikan minuman Mealshake kepada kedua anak-anak saya kerana...

  1. Saya memberikan susu formula seawal mereka 1 setengah tahun. Bagi melengkapkan keperluan nutrient mereka yang mana sukar diperolehi melainkan dari susu Ibu, saya berusaha memberikan lebih nutrient dan vitamin selengkapnya melalui pemakanan tambahan Shaklee Mealshake.
  2. Berat badan kedua-dua anak saya memang selalu berada di paras garisan kuning. Bukan lah kurus kering, tapi sedikit underweight tapi masih tetap aktif. Dengan bekalan protein dari Mealshake, kedua mereka mampu meningkatkan berat badan walaupun secara sedikit-sedikit. 
  3. Bukan saja berat badan meningkat, ketinggian juga meningkat!
  4. Masalah kurang makan atau malas makan. Lebih rela bermain dan makan Jajan. So saya memilih Mealshake untuk membantu meningkatkan selera makan mereka. Dah jadinya sekarang ni hari-hari dah mintak dimasak nasi seawal pagi sebaik bukak mata. Pening dah Ibu derang. hehehe...
  5. Melawaskan pembuangan air besar. Tiada lagi sembelit. Yup.. seriusly betul. Tak tipu. Asal lepas makan je si Adek berak, si Kakak lak sibuk ke tandas. Tu pasal perut derang kempis walaupun makan banyak. Hmm... teori tu boleh pakai lah kan . ;-p
Dan... hasilnya kini... Si Kakak yang dulu sangat kurus sehingga boleh nampak tulang belakang berbonjol kini dah tambah berisi. Muka pun dah bulat. Bab makan, tolak batu, kayu atau pedas aje. Si Adek pulak dah mula dagu bertindih. Haa...lega dah nampak anak-anak semakin sihat kan ?

Mealshake Shaklee terbaik buat mereka setakat ini. Alhamdulillah...


Hubungi saya :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Cross Coaching di Faizland, Atmosphere Sri Kembangan

20 Sept 2014. Dah siap-siap block date kat kalendar. Hari untuk refresh semangat business.

Seawal pagi dah siap bagi, nak aim sampai ke Faizland sebelum jam 9 pagi. Macam biasa akan dijemput untuk join potluck. Tapi dek sebab takdan nak plan apa mau masak untuk potluck,  dengan pantas singgah Petronas Presint 9 dulu beli bekal apa yang patut. Tak tau dah apa nak bawak, ku capai aje 2 ikat air mineral ngan sebekas muffin coklat. At least ada something untuk dibawa. Yup... dah tau dah, apa yang dibawa tu tak sehebat apa yg orang lain bawa nanti. Takpe..yang penting ikhlas.

Sampai Faizland jam 9.15 am la gitu. Tak sure sangat memandangkan aku jenis tak pakai jam sejak-sejak kawen ni. Pintu opis belum bukak rupanya. So kita tunggulah kejap lepak atas tangga sambil layan FB.

Kali ni punya class dibuat style cross coaching. Leader dari group lain datang join coaching dan share ilmu kepada anak cucu dari susur galur berlainan. Kira takde konsep kedekut ilmu lah yer.. Best jugak cross coaching macam ni, kita boleh belajar dan share ilmu dan dengan lebih ramai orang. Takdelah kita hadap mak (upline) kita aje kan ? Sekali sekala mau jugak bertukar angin.

Kelas kali ni berpeluang belajar tentang target, peluang pendapatan RM5k, cara kickstart business, sharing pengalaman amalan rohani, ilmu pasal internet marketing dan juga tips-tips copywriting. Walaupun ada yang dah sedia tahu, tapi best jugak dapat penyampaian yang berbeza.

Pemberian dari Leaders
Di akhir kelas, ada la buat sikit kuiz & edaran goodie bags. Part ni yang paling best. Bukan setakat dapat buku nota ngan pen je, kali ni Master bagi botol brand tupperware, Leaders bagi hadiah kuiz GLA Complex (frust tak menang Vivix), and Mak saya bagi ole-ole dari trip US Long Beach yang dia join last month..dapat purse Coach. Part Coach tu rasa ralat sangat sebab tak biasa la nak guna barang-barang jenama nih. Mau agaknya purse tu disimpan je dalam gerobok buat perhiasan. kikiki...

Sebagai penutup kisah... ni ada sekeping gambar bukti kelas yang telah dihadiri.
Kami selesai kelas. Feeling refreshed!!

Thursday, September 11, 2014

Rindu si Tukang Urut.

Agak-agak dah seminggu.
7 hari tak jumpa.
Rindu dendam pada si Tukang Urut.

Haih... asyik lupa mau bersama gara-gara sibuk bersama anak anak muda. Kerap terlena bersama mereka.

Hmmm.... masa bersama sungguh bahagia. Hilang segala kusut sengsara. Hingga terlena diulit si Tukang Urut.

Tunggu saya datang nanti yaa....

Monday, September 8, 2014

Makan Collagen jadi Gemuk ?!

Makan Collagen Shaklee takkan ade naik-naik badan ni. 
Sebab saiznya hanya 1000 Dalton sahaja. Kecil dan mudah diserap oleh sistem penghadaman dan terus ke salur darah.
Collagen yang duk cakap bikin gemuk tu biasanya Collagen murah (maaf ye). Termasuk jugak kolagen dari rumpai laut yang direbus sendiri kat rumah. 
Sebab saiznya melebihi 3000D alton, sukar atau tidak diserap dengan mudah oleh badan. So bila makan jadikan kita kenyang je lah. Extra protein untuk badan lah kiranya.
Promo bulan ni Shaklee Collagen Powder. Murah dari harga biasa. Kualiti terjamin. 
TERBUKTI UJIAN KLINIKAL, HASIL MEMUASKAN DALAM MASA 8 MINGGU !!
Badan mampu menyerap kolagen dengan sempurna pada saiz 1000-3000 Dalton Sahaja

Badan mampu menyerap kolagen dengan sempurna pada saiz 1000-3000 Dalton Sahaja

Promosi Shaklee Collagen Powder. Buy 6 Free 1 (Oktober 2014)



Hubungi saya segera : 
Fb : Marsyithah Khidzir 
Email : foxnike@gmail.com 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171


Kenapa perlu sarapan berprotein tinggi ?

Sarapan Pagi Saya (ESP+Mealshakes+Honey Stars)
Sarapan berprotein tinggi mampu memberikan lebih tenaga untuk permulaan hari anda. Protein juga mampu membantu untuk tidur malam yang sempurna. Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu bersarapan dengan makanan berprotein tinggi!

KENAPA PERLU MAKAN PROTEIN ?
Protein adalah blok asas penghasilan sel-sel badan
Protein adalah building block  (blok pembina) bagi setiap sel badan kita. Ia amat diperlukan untuk kesihatan kulit, kuku, otot, rawan dan sel darah. Protein membantu membaiki dan memulihara tisu-tisu badan dan ianya juga diperlukan dalam penghasilan hormon dan enzim.
Protein Hebat untuk Tenaga Berkekalan
Apabila mengambil protein semasa sarapan, seseorang akan merasa lebih bertenaga dan lebih bersedia untuk memulakan hari di awal pagi. Badan juga lebih berasa bertenaga lebih lama yang mana akan turut menymbang kepada amalan pemakanan yang lebih sihat dan mampu mengawal berat badan.
TELUR
Telur seringkali disalahkan kerana kandungan lemaknya. Sebenarnya, hanya sedikit kandungan lemak di dalam 1 biji telur, malah berdasarkan kajian, telur sebenarnya membantu dalam merendahkan paras kolesterol. 
Telur adalah sumber yang baik untuk choline (sejenis mikronutrient), yang mana sangat penting untuk kesihatan otak dan sistem saraf. Choline juga membantu mengurangkan keradangan terutama mereka yang mengalami masalah jantung, kencing manis dan osteoporosis. Telur juga mengandungi carotenoids  jenis Lutein yang sangat diperlukan untuk kesihatan mata. Ia mampu membantu mengurangkan risiko masalah katarak.
Oleh itu, pecahkan sebiji telur setiap pagi ke dalam menu sarapan anda, dan jangan risau kerana ianya lebih menyihatkan.
Shaklee ESP (non-GMO). Mengandungi 9 jenis asid amino perlu


KEKACANG
Kekacang adalah sumber yang baik untuk bekalan protein. Ianya mengandungi lebih banyak serat dan antioksidan.
Tapi berhati-hati, tidak semua orang boleh mengambil kekacang. Mungkin ada di kalangan kita yang alah kepada sesetangah jenis kekacang.

PRODUK SOYA
Jika anda mengamalkan pemakan sayur-sayuran, soya mungkin salah satu sumber protein anda. Soya adalah sumber protein dari tumbuhan yang mana boleh didapati dalam berbagai bentu. Air, makanan, serbuk dan juga pill.
SHAKLEE ESP 

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Harga Pasaran : RM 150.00

Hubungi saya segera untuk lebih penjimatan 
Fb : Marsyithah Khidzir 
Email : foxnike@gmail.com 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Wednesday, September 3, 2014

Kenapa Kolagen dari sumber Ikan Lebih baik ?

KENAPA KOLAGEN DARI SUMBER IKAN LEBIH BAIK UNTUK ANDA


Kolagen adalah struktur utama yang didapati di dalam dan di luar badan kita. Ianya terdiri dari asid amino yang memberikaan ketegangan kulit dan kekuatan sokongan tulang, ligamen dan saluran darah. Walaupun kita mampu mendapatkan sumber kolagen dari pemakanan harian, namun faktor seperti pencemaran, penuaan, tabiat merokok mampu menyumbang pada kemerosotan penghasilan kolagen berkadar dengan masa/umur. Hasilnya muncullah kedutan, garis-garis halus dan kulit menggeleber. Dengan mengamalkan pemakanan sumber kolagen tambahan, ia mampu membantu mengurangkan masalah kekurangan penuaan.
Terdapat 3 jenis sumber kolagen:
  1. Kolagen dari Bovine : sumber dari binatang berkaki empat seperti lembu, kerbau
  2. Kolagen dari Porcine : sumber dari khinzir
  3. Kolagen dari Ikan : atau dikenali sebagai marine collagen sumber dari ikan laut dalam.
Kolagen Bovine dan Porcine lebih senang didapati dan kos pemprosesannya lebih murah. Oleh itu banyak syarikat yang mengeluarkan produk kolagen menggunakan kolagen dari sumber-sumber ini memandangkan ia mampu menjimatkan kos dan boleh dijual dengan harga yang lebih murah. 
Namun, hasil kajian, hampir 3% populasi dunia mengalami masalah alah kepada kolagen bovine. Oleh itu digantikan dengan kolagen porcine yang mana simptom alahan adalah sangat jarang dan lebih dekat sifatnya dengan kolagen manusia. 

HATI-HATI YA! PASTIKAN SUMBER KOLAGEN ANDA HALAL

Kolagen dari sumber ikan  pula mempunyai bioavailability yang mana kadar peresapan pada badan yanglebih baik.

KELEBIHAN KOLAGEN DARI SUMBER IKAN

Kolagen sumber ikan biasanya diekstrak dari ikan salmon atau ikan merah (red snapper). Kolagen ikan mempunyai kada serapan yang tinggi iaitu sehingga 1.5 kali lebih tinggi dari kolagen bovine dan porcine. Ini kerana ia mempunyai berat molecular yang lebih rendah. Kolagen ikan mampu meresap melalui dinding sistem penghadpan dan terus ke saluran darah dan membawanya ke seluruh badan sehingga ke bawah lapisan kulit.



Kolagen adalah molekul terbesar dalam sistem badan manusia. Digelar 'supermolecule' kerana everage saiz molekul kolagen biasa adalah 300,000 Daltons dan ia sangat besar dan tidak mampu diserap oleh badan jika diambil dalam bentuk kolagen yang asal (contoh merebus sendiri rumpai laut/kaki ayam untuk sumber kolagen).

Untuk memproses kolagen supaya  senang diserap oleh badan, kolagen ikan akan melalui proses hydrolyzed (diuraikan dengan haba dan cecair) kepada molekul peptida yang lebih kecil bagi meningkatkan bioavailability. Shaklee Collagen Powder mengandungi kandungan kolagen dari sumber ikan merah yang bersifat hanya 1000 Dalton yang mana sangat membantu dalam proses penyerapan semasa melalui sistem penghadaman.





Dengan mengamalkan Shaklee Collagen Powder dari sumber ikan merah, berikut adalah kebaikan yang akan diperolehi :
  • Kulit rasa dan kelihatan lebih halus dan mulus
  • Membantu melembabkan kulit
  • Mengurangkan kedutan kasar pada kulit
  • Menyegarkan dan mengembalikan keserian kulit wajah
  • Membekalkan building blocks bagi penghasilan kolagen badan.
Dengan mengamalkan pengambilan produk kolagen, ia mampu membantu memperlahankan penuaan. Adalah digalakkan kita mengamalkan pengambilam kolagen seawal usia 30an, bila tanda-tanda penuaan semakin muncul. 
Testimoni Shaklee Collagen Powder
Molekul kolagen adalah sangat kasar (besar) untuk meresap melalui kulit. Oleh sebab itu kolagen berasaskan krim tidak memberi kesan yang baik untuk jangkmasa panjang berbanding dengan kolagen yang diambil secara pemakanan. 



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Monday, September 1, 2014

Promosi Mealshake September 2014 Buy 3 Free 1

Biasa promosi Shaklee Mealshake kena beli 6 baru free 1.



Untuk September & Oktober 2014 sahaja....
Beli 3 Free 1
Beli 6 Free 2
Beli 9 Free 3
Beli 12 Free 4

dan seterusnya.... haa.. kalau congak2 dah murah gila babas dah tu.

Masih berkira ker nak beli untuk kesihatan keluarga ?

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171