Monday, November 30, 2009

Attitude pekerja gomen. Dari kaca mata pekerja gomen jugak

Dear PTD di BPH, JPM. Hari ini, 1 December 2009, Staff anda enggan angkat tepon. Saya telah di put on-hold for hampir 15 minit & finally kena cut off.

When called again, terus mesin jawab katanya masuk time lunch, so takde orang available untuk jawab tepon. Tapi jam baru kul 12.10 tghari.

Saya sangat kecewa dengan attitude kamu semua.

Ni la penyebab public duk kata staff gomen SEMUA PEMALAS. Tapi saya pun gomen gak. Camano tu ?

P/s: smalam (30 Nov 09)  saya called BPH spanjang hari pun takde orang angkat jugak. Adoyaii..

 



_________________________________________________

Pas lunch, saya call lagi BPH. Call disambut oleh sorang staff pompuan & kemudian disuruh plak call en xxxx untuk terus tanyer dairek.

Setelah borak beberapa saat, en xxxx membenarkan saya amek kunci umah petang ini. En xxxx telah meminta maap kerana tepon sebelum ini tiada jawapan kerana pada hari ini BPH kekurangan staff.

Oklah... at least kunci umah den dah boleh pi amek hari ni jugak.

Tuesday, November 24, 2009

BELIAU SUDAH PINDAH blog

PENULIS BLOG INI SUDAH TAMAU NULIS KAT BLOGSPOT. BELIAU SUDAH PINDAH KER WORDPRESS.

URL BLOG BELIAU MASIH LAGI SAMA TETAPI VERSIONING SUDAH TUKAR.

SILA KLIK SINI UNTUK KE BLOG BARU BELIAU

Bergalok vs Anak

Rasa jeles bila tengok gambar kawan-kawan sebaya masih lagi sempat bergalok tat kala umur dah masuk anak dua. Tapi depa yang bergalok ni adalah masih single atau tadak rezeki anak lagi. Bila tengok gambar2 berikut, timbul rasa jeles. Tapi for sure walau di ajak untuk join sama bergalok, harus pelawaan ditolak dengan baik & sambil beralasan anak kat umah susah nak tinggal.

After a few jemputan bergalok from frens ditolak beberapa kali, agaknya the bergalok frens dah malas nak ajak & terus be out of thier list of invitation.

Saya rasa tak kisah. Tak rasa terkilan sangat. Tapi bukan 'tak heran'. Memang masih lagi ada rasa nak hangout sama kawan-kawan & sama-sama bergalok. Tapi tanggungjawab kepada anak kecil amanah Allah lebih berat berbanding yang lain. Lagipun, rasa gembira bila bersama anak sendiri walaupun memenatkan bila si anak buat pe'el. Bila end of the day, si anak dah sound asleep, baru boleh rebahkan badan & tidur ayam.

So kepada kawan-kawan yang masih lagi mampu bergalok. Teruskan bergalok. Dah ada anak nanti, silalah kurangkan aktiviti berkenaan kerana anak lebih penting dari bergalok. Melainkan kprang nak wat aktiviti bergalok ala family day. Time tu jangan lupa jemput kami yang dah ada anak2 ni yer...

GPs sampai ke reban

Note to myself.... Jangan sekali-kali berpandu arah menggunakan GPS semata-mata.

Memanglah benda alah tu boleh tolong kita sampai ke destinasi yang di ingini. Tapi masalahnya, jarak perjalanan atau route yang GPS ni suggest tu yang dipertikaikan.

Tadi nak gi Salak Tinggi. OK lah, GPS ni tunjuk jalan guna highway. ..

Dah selesai urusan kat sana, kita pun nak balik lah. Tapi tangna ni gatai gak gi ON kan GPS tuh. Nak kuar commercial centre tu pun pakai GPS. Sangat la poyo nye...

Confident elephant je duk follow route GPS nih.

Dah tu, sedar2.. dah masuk kampung orang dah. Kampung Jenderam, dengkil, blakang umah orang, tepi kandang/reban etc... Nguaaaaaaa.... tadi mana ada lalu sini!!

Jalan plak berbukit-bukit, sempit, simpang-siur. Adeh laa... dah la drive sensorang. Sib baik siang hari. Kalau malam, harus nangis tepon laki suh datang escort balik sama-sama.

Lama gak drive ikut route GPS nih. Spanjang perjalanan duk menyumpah benda alah GPS nih. Hantu betul!

Kuar dari kampung, bleh plak salah simpang (salah sendiri tamau ikut GPS dah) pi masuk pinggiran putra. Tambah lagi 10km kena drive. Lagi sumpah2 maki dlm hati !

[gallery link="file"]

Pusing2 last2 jumpa gak jalan balik opis. Fuh.. lega.Dah tu terus off benda GPS tu. Dah tamau dah dgr route  instruction dia. Rasa sangat siot.

Sblm gi balik opis, singgah b.p.hesh. Submit borang umah & berharap bleh dpt kunci. Tapi frust sbb kunci takleh amek lagi sbb umah masih dalam pembaikan. Dah dikatanya saya tak baca surat offer bebetul. Nanti org opis tu sendiri akan tepon utk serah kunci. Hm... tunggu lagik. Nampaknya harapan nak wat 1st Birthday Bash Tasneem kat umah baru tak kesampaian kot. Ai sey mennn.....

Friday, November 20, 2009

I'm really mooving out

Ive made up my mind. I will moooooving out. Both off my current flat and off my current blog to both a new and better place(s).

I will not point out my newblog in the old blog. But... i've left a simple clue in there so that they can do the search on their own free time (if they still interested to read my 'bebel').

Errmm...i'm still new to this wordpress environment. Need to do some trial n arror first. Sabar yer....

Thursday, November 19, 2009

A new space for me to bebel

Since maybe by December, we are moving out to a new home. Why not i move my blog too ?

Have already 'chop!' a new space in the cyber world. Ada letak poll kat sana for my readers to vote.

Kalau tuan bijak bestasri,
Silalah cari tapak baru blog ini.

hehe...

Wednesday, November 18, 2009

Booking nama di wordpress

Perasaan rasa nak pindah blog. Tapi malas nak start tulis lagi. Masih selesa dengan blogspot. huhu..

Hmm.. pening ah dashboard wordpress ni.

OK. Jom vote. (sape nak vote ?)

[polldaddy poll=2278321]

Tuesday, November 17, 2009

We are moooooooving soooonnnnn....!

Smalam org bph called. Derang offer nak bagi duk kuarters teres plak.

Huhu.. tgh smangat2 nak cari kediaman milik sendiri, offer gini plak mai. So, mission mencari kediaman milik sendiri kena slow down sket.

Kami berkeputusan nak pindah ker teres tu dulu. & untuk sementara, buat saving kat bank sama anggapan seperti kami bayar loan umah bulan-bulan. nak tengok dulu camana tahap kesabaran kami. Yes, abah sblm ni ada ckp kalau anak2 dia perlu bantuan kewangan sprti pasal nak beli umah ker keter ker.. boleh je nak tolong. tapi biarlah dulu. kalau boleh kami nak dari usaha kami sendiri. Just nanti, when the time comes bila perlu pertolongan abah, at least kami dah ada sedikit modal & abah just top-up sikit je.. hehehe.... (ada hati nak jugak tu....!!)

Tadi gi tengok umah. Kat presint 11. Keadaan umah mmg dah diduga. Agak tak terurus dan kotor. Tapi kami dah nampak tong2 cat. tu tandanya umah tu contractor dah masuk utk proses pembaik pulih. So oklah... at least pasni Tasneem dah tak kena ujan masa nak masuk keter pegi & balik taska.

Pikir2 pasal pindah ni,... ada banyak la benda nak kena setelkan dulu. Huhu.. kalau boleh malas nak pikir sbb tau nanti sure penat gilo. Huhuhuhu.... kan best kalau ada doremon. Nak pinjam pintu suka hati. nanti pindah takyah sewa lori dah. Mwahahahaha.....

Perlu ker tambah loan asb ?

Tadi mama bagitau my sis buat loan asb 100K. Payment bulan2 utk 1st year kena rm600 ( 600 x 12 = 7200) . After that, utk 2nd year, dah takyah bayor sbb guna untung dividen tu wat pusing bayar bulan2 balik. Stiap tahun divident dianggar boleh dpt rm17K. Hmm.... $$$$ kaaaching!!

Ingat nak la tambah loan asb yang dah ada ni. Skang dah tahun ke 5, kalau tambah lagi loan..mungkin amek lagi 30K. agak2 bape yer divident sbulan ?

Tapi tadi, belek2 info kat tenet pasal ni, sbenarnya my sis kerugian rm70K. sbb.... pinjaman balik kpd bank nanti akan berjumlah 170k. Banyak tu..!!
please refer here (blog pakDi)

Tapi stiap bulan, my sis akan punyai duit lebih kalau memerlukan duit kot nak wat ape2 yg penting.

Huhuhu.. nak tambah loan ker tak eh ? hati ni berbelah bagi....
hmm... memang best kalau boleh nampak duit masyuk stiap tahun. tapi kot nanti nak wat loan umah ker hape.. kena cek kat CITOS, takut tak lepas plak loan umah tu...

Tapi.. kalau nak harapkan disiplin simpanan rm600 sbulan. Sure takkan boleh disiplin punyer...

Sunday, November 15, 2009

Mana mau duduk nanti ?

last two weeks. Kami sekeluarga jalan2 ke Jusco Equine. Rewang2 tanpa arah tuju. Saja cuci-cuci mata tengok lenglui & lengchai. Masuk pi tengok model rumah kat Saujana Impian Kajang. Promoter tu beria cerita keluasan rumah, brape bilik bla..bla.. lastly, kami bincang harga rumah. Gedebuk-gedebak, nilainya rm400K plus..plussss.....

Kami terfikir. Sampai bila nak duduk kuarters? Sampai pencen & then gomen akan kicked us out & its for balik kampung. Nak tumpang rumah saudara ke? Duit pencen cukup ke nak beli rumah ? Padan ke dgn baki umur yg masih bersisa? Kami fikir hingga ke malam... so the next day, kami google a few housing project. Targetting around shah alam & putra heights. Hmm.. harga boleh tahan mahal. Hadoyai...

Smalam kami jalan2 ke Shah Alam U12. Ada unit 2storey teres yang developernya offer 30K rebate. Kami sangat berminat, tapi promosinya sebulan je & akan berakhir jam 6 petang hari ni (ahad) !! Hmm.. mana dan nak cekau pitih down payment ? Kami rasa sangat frust.

Ahad pagi2, saya dah google a few sites around Bangi. Ada yang kami mampu, tapi sayang fikir agak jauh sebab letaknya hampir dengan Nilai. Agak jauh bagi sayang la, tapi bagi saya, ok je. Tapi takpe, kami pi jalan2 lagi. On theway kami nak pi Shah Alam (scouting rumah lagi), kami jumpa satu simpang di celah2 kampung area dengkil. Hmm.. jom ah Babah. Kami reverse keta sikit (sbb agak terlepas simpangnya at that time), then kami without hassitation, follow je jalan yang berdebu tu (cheh..mcm lirik lagu plak). Pastu sampai la kami ke Nusaputra.

Kami pi masuk showroom nya. Kawasannya luas tapi hanya baru ada 2 fasa. lebihnya adalah future plan. The salesguy there bawa kami pi tengok rumah contoh (tapi dah ada owner). Very the spaciouse I tell you. Saya sangat2 teruja. 4 bilik tidur yg sangat luas. Kitchen pun boleh letak meja makan 6 orang. Hall yang memang luas giler. Gate boleh masuk 2 keter skali gus. Sliding door pun ada 4 pintu. Bestnye !! Ehem... harga pun best gak. huhu...

Tapi skrang ni, semua unit yang siap dah sold out. So the sales guy cakap kami kena tunggu lagi 3 row nak launch ujung tahun ni. Hmm.. time ni saya dah angan2 dah nak beli umah kat sini. (Nanti lagi 3 bulan kita tengok saya beli ker tak ? haha...). Babah dah register nama kat site officenye. So that nanti derang boleh call aje bila nak bukak untuk jualan.

Pas kuar dari situ, kami stret pi BUkit Rimau (mcm citer kungfu - Tiger Mountain). Sana semua rumah besar2. Ambo tak mampu lagik. Begitu juga dengan Kota Kemuning (which is terlalu jauh for me).

Sebelum balik putrajyaa, kami singgah Pok Li (rutin biasa bila pi Shah Alam). Lepas lunch, kami pi PKNS, tgk pameran hartanah PKNS. Hmm.. harga perumahan Shah Alam ni mahal2 jugak yer..

Hasil ? Hmm... a few housing pamplets untuk Tasneem 'study'.

Kita tengoklah macam mana kesudahan pencarian kediaman kami ni nanti...

Monday, November 2, 2009

Kelate Animal Planet

Tadi baca forum (haa..kantoi tak wat keje!)

Kawe suko ko'o (gelak terkekek-kekek) bila baca satu thread ni yang membincangkan nama binatang di kelantan. Contohnya...

Bokbong
Pok Ko Angguk = Sesumpah
Ghiyyeay = Biawak yang besar giler
Rriey = reriang
Tuyup = pepatung
Pighah = kutu yg isap darah
Mmugo
Bendo
Kessing
Keluluk

dan banyak lagi aku tak ingat (nanti ingat update lagi)

Biasenya ayat yang biasa digunapakai untuk natey2 di atas seperti berikut:
Bokbong : Weih... tido la cepak, bokbong ambik keay.. (diucapkan untuk takut2kan budak2 kecik)
Pok Ko Angguk : "Mung ni duk anggguk jah yak takdih. srupo pokko angguk doh aku tengok" .
Mmugo : "Gi lah mek jaley2 daley gelap tuh, ambik mmugo baru tahu! " (makhluk yang tidak diketahui)
Bendo : "Pisey ambo tok jadi la tahun ni. Banyok keno kekoh ko mugo" (binatang yang tidak dapat dikenalpasti)

Huhu... nanti nak ajar Tasneem nama binatang dlm bahasa kelate lah. Biar multilingual. :D