Thursday, November 29, 2012

Perbandingan Shaklee VIVIX dengan lain-lain produk MLM seumpamanya di pasaran.




Shaklee Vivix adalah supplement paling asli dan semulajdi dan terbaik di pasaran hari ini. Hasil kajian makmal, kandungan Vivix telah terbukti mampu memberi impak positif kepada masalah penuaan sel badan. 

Tetapi, dengan terdapat berbagai jenama dipasaran, kenapa anda perlu memilih Vivix berbanding yang lain ? 


KENAPA VIVIX LEBIH BAIK BERBANDING JENAMA LAIN ?

"...The answer to that question is really three-fold. In the first place, the resveratrol in Shaklee's Vivix a higher potency, higher purity preparation than many of the other resveratrol supplements products on the market." - Dr. Stephen Chaney, a professor of biochemistry and nutrition at University of North Carolina - Chapel Hill, has authored over 80 published studies in scientific and medical peer-reviewed journals, and he teaches nutrition to medical students.


KANDUNGAN UTAMA
  1. VIVIX : Mengandungi Resveratrol yang mana tinggi kandungannya dari Wine Merah (Red Wine). Resveratrol adalah sejenis antioksidan diperolehi dari sumber kulit anggur Muscadine yang mana digunakan dalam proses membuat wine. Vivix adalah cecair pekat (concentrated liquid) dan ianya bukan jus.
  2. MONAVIE : Kandungan utamanya adalah Jus Acai berry dan campuran lain-lain jus (Acerola Cherries, Apricot, Aronia Fruit, Bananas, Bilberry Fruit, Blueberry, Camu Camu Berry, Cranberry, Goji (Wolfberry), Kiwi, Lychee Fruit, Passion Fruit, Pear, Pomegranate, Purple and White Grapes, Prunes, Nashi Pears) 
  3. XANGO Juice: Kandungan utama adalah Jus buah Manggis (Mangosteen) dan juga terdapat campuran jus buah-buahan lain (Apple, Grape, Pear, Strawberry, Raspberry, Blueberry and Cranberry). 
  4. TAHITIAN NONI Juice : Kandungan Jus Buah Noni


PENERBITAN HASIL KAJIAN & PATEN
  • Dari segi penerbitan hasil kajian, Vivix mengatasi ketiga-tiga produk dengan 2,340 hasil penerbitan. 
  • Vivix dan Tahitian Noni Juice telah dipatenkan oleh syarikat pengeluar masing-masing.


ASLI & SEMULAJADI
  • Vivix dan Tahitian Noni Juice terbukti semulajadi dan tidak mengandungi bahan tambahan lain. Manakala Monavie dan Xango mengandungi Sodium Benzoate sebagai bahan pengawet. 
  • Oleh kerana itu, cara terbaik untuk menyimpan Vivix yang telah dibuka adalah di dalam tempat dingin (peti ais) bagi mengekalkan kesegaran produk.


NILAI ORAC (Oxygen radical absorbance capacity )
  • ORAC adalah kaedah bagi mengukur kada antioksidan di dalam sesuatu bahan. Vivix menduduki tempat teratas dengan nilai ORAC 5,048 berbanding yang lain dimana nilai ORAC jauh lebih rendah.
  • Pengambilan Vivix selama 30 hari bersamaan dengan jumlah resveratrol di dalam 3,000 gelas red wine. 1 sudu teh Vivix bersamaan dengan jumlah resveratrol di dalam 100 gelas red wine!


Lain-lain kelebihan Vivix berbanding ketiga-tiga produk itu boleh dilihat di jadual berikut.
Kesimpulannya, Shaklee Vivix adalah minuman kesihatan yang terbaik berbanding jenama MLM lain di pasaran.
 

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Thursday, November 15, 2012

Alhamdulillah, Tasneem makin berselera

Assalamualaikum,
Hari ini saya rasa sangat happy. Baru tadi sempat snap gambar anak sulung, Tasneem tertidur dalam kereta. Ambil gambar pandangan sisi. Nampak pipi dan dagu sudah berisi.



Tak lekang lekang senyum saya sepanjang perjalanan dalam kereta hari ini. Ibu mana tak happy dapat tengok anak kesayangan sihat, ceria dan aktif kan?

Sebelum ini saya sangat risau bila bercakap soal makan si kakak ni. Makan hanya nasi putih dan kuah air sup sahaja. Kalau tambah lain sure terus tak mau makan. Lepas tu, makan pun tak sampai separuh. Boleh kata hanya makan paling banyak pun 5 suap saja. Teacher kat sekolah pun mengalah tak mampu pujuk si kakak ni habiskan makanan di tadika.

Pernah juga semasa saya dalam pantang di kampung beberapa bulan lepas, Tasneem langsung tak lalu makan sebab rindukan babahnya di putrajaya. Sayu melihat tubuh kecilnya yang kurus sehingga menampakkan tulang belakang.

Apabila saya diperkenalkan dengan Shaklee, saya berserah sahaja mencuba beberapa produk untuk Tasneem dengan harapan dapat menaikkan selera kakak. Saya tak kisah berapa pun harganya, asalkan anak saya lebih sihat dan ceria. Saya pejamkan mata saja.

Untuk permulaan saya mencuba Mealshake. Tetapi kakak tak berapa nak minum susunya. Kemudian saya mencuba pula mencampurkan setengah scoop esp ke dalam susu botol kakak selang 2 hari sekali. Alhamdulillah, kakak minum juga walau separuh. Selanh sebulan selrpas itu, kakak dah mampu habiskan sebotol susu+esp.

Kemudian saya cuba pula berikan Chewable Vitalea dan Chewable Vita C. Seronok tidak terkata apabila semunya dikunyah dengan senang oleh kakak.

Selepas itu saya cuba pula berikan Omega Guard kepada kakak. Dengan senang hati dikunyah begitu sahaja tanpa minum air pun. Lagi pula diminta tambah sebab tak cukup 1 biji katanya. Amboi, sejak itu saya sudah mula menyorok botol Omega Guard dari pandangan kakak. Risau pulak dia overdosed.

Hasil dari kesemua supplements Shaklee yang diberi kepada kakak, kini badannya semakin berisi, selera makan semakin bertambah, dan kakak semakin aktif hari demi hari. Selsema juga sudah lama tak hinggap. Alhamdulillah, antibodi badan semakin kuat. Syukur. .

Kepada ibu bapa diluar sana yang menghadapi masalah dengan pemakanan anak anak, saya sangat sarankan supplements seperti yang telah saya berikan kepada anak perempuan saya, Tasneem.

MealShake/ESP+chewable Vitalea+Chewable Vita C+ Omega Guard.

Jangan segan segan untuk hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan. Email saja kepada foxnike@gmail.com.

Sekian, wassalam



Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Monday, November 12, 2012

Shaklee Collagen Powder TERBUKTI BERKESAN!

Shaklee Collagen Powder TERBUKTI BERKESAN!

Ini adalah testimoni pelanggan yang telah menggunakan Shaklee Collagen Powder secara berterusan selama 1 bulan setengah. Nama dan rupa penuh pelanggan telah diminta dirahsiakan sebab dia malu. (huhu.. malu apa lagi.. dah cantik pun nak malu..heheh)

Hasil penggunaan collagen secara berterusan, hasilnya tona kulit lebih sekata, kulit lebih cerah, tanda jeragat semakin pudar, kedutan mula berkurangan dan yang pastinya kulit akan merasa lebih lembut dan gebu.

Shaklee Collagen Powder mengandungi 4,000 mg proprietari RSS (Res Snapper Scale / Sisik Ikan Merah) yang berkualiti tinggi. Molekul kolgen yang sangat ringan (1,000 Dalton), mampu diserap dengan mudah oleh badan dan dengan pantas membantu penghasilan kolagen pada lapiran dermis dengan lebih berkesan

Faedah-faedah pengambilan collagen:
  • Anti Penuaan, mengurangkan liang pori-pori di wajah, menegangkan kedutan dan garis garis halus tanda penuaan.
  • Melembabkan kulit dan mengelakkan penggelupasan
  • Mengembalikan keanjalan kulit (dan payudara) dan lebih lembut dan gebu
  • Menyuburkan penghasilan sel pada kuku, serta rambut
  • Mencerahkan kulit. Menghilangkan jeragat, pigmentasi dan memberi tona warna kulit yang sekata.




Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Sunday, November 11, 2012

Mengatasi Masalah Bau Badan (Body Odor) Secara Semulajadi



Mengatasi Masalah Bau Badan (Body Odor) Secara Semulajadi

Setiap individu yang lahir mempunyai ciri-ciri bau pada badan yang tersendiri (denga cara itu juga bayi baru lahir dapat mengenali ibunya melalui bau badan). Punca utama terhasilnya bau badan in ialah dengan kehadiran bacteria pada badan yang mana akan meningkat dengan bantuan peluh. Apabila lebih banyak peluh dikeluarkan, masa pada masa itulah bau badan menjadi lebih kuat dan ada juga sesetengah individu yang menganggapnya sangat mengganggu. Kondisi bau badan sering bergantung pada beberapa factor seperti cara pemakanan, cuaca persekitaran, bidang pekerjaan, umur dan juga emosi.

Method perubatan Ayurveda percaya bahawa bau badan menandakan terdapat kahadiran toxin dalam badan. Toxin yang hadir berpunca dari sisa makanan yang tidak dicerna dengan sempurna yang mana perlu dikeluarkan dari badan melalui sistem badan (terutama kulit).

CARA-CARA SEMULAJADI UNTUK MENGURANGKAN MASALAH BAU BADAN

1.       MELALUI PEMAKANAN : DIsebabkan masalah bau badan berpunca dari sistem pencernaan yang tidak sempurna, oleh itu makanan yang perludiambil perlulah dari jenis yangs senang dihadam.
a.       Kurangkan pengambilan makanan seperti daging merah, aiskrim, pencuci mulut yang berlemak, makanan pedas dan jeruk.
b.      Jangan makan makanan yang terlampau panas atau terlalu sejuk (suhu)
c.       Lebihkan pemakanan sayuran hijau dalam diet harian. Ini supaya sistem pencernaan lebih lancar (lawas) dan tidak sembelit yang mana akan mengganggu sistem pencernaan.
d.      Elakkan pengambilan snack yang berminyak. Boleh digantikan dengan buah buahan sebagai kudapan (snack) ketika perlu.
e.      Masukkan sekali 1 hidangan sayuran hijau dalam setiap hidangan.
f.        Minum air dengan cukup. Disarankan 1 liter air untuk setiap 15kg berat badan.

2.       KEBERSIHAN BADAN: Amalkan kebersihan badan yang optima.
a.       Mandi sekerap yang mungkin terutama sekali selepas melakukan aktiviti yang menyebabkan kita berpeluh. Selepas mandi, badan perlu dikeringkan bersama sedikit gosokan pada kulit bagi menanggalkan sel badan yang mati.          
b.      Sarungkan pakaian yang bersih setiap kali selepas mandi.
c.       Kebanyakan bau badan sering dikaitkan dengan bau pada ketiak. Mencukur bulu ketiak juga amat membantu bagi mengurangkan bau badan.

3.       PERUBATAN HERBA
a.       Alfalfa (Medicago satina) : Mengandungi kadar klorofil yang sangat tinggi yang mana klorofil bertindak sebagai ajen antibakteria yang sangat berkesan. Dengan pengambilan alfalfa, ia mengurangkan bau badan dengan fungsinya yang membantu membunuh bacteria jahat pada badan punca bau badan.
b.      Parsley (Petroselinum cripsum) : Sama seperti Alfalfa, parsley juga tinggi kandungan klorofil. Ia juga membantu membunuh bacteria punca bau badan.
c.       Rosmary (Rosmarinus officinalis) : Merupakan herba antibakteria. Rosemary seing sering digunaakn dalam penghasilan deodorants untuk membunuh bacteria punca bau badan.

ALFALFA COMPLEX dari Shaklee sangat disarankan kepada mereka yang mengalami masalah bau badan. 

Alfalfa Complex mempunyai tinggi kandungan klorofil yang bertindak sebagai detox semulajadi, menghilangkan nafas berbau dan juga mengatasi masalah kaki berbau dan bau badan (bodu odor). Selain itu, Alfalfal Complex juga membekalkan hampir 300 nutrient kepada badan (Iron, magnesium, copper, zinc dan iodine, chromium, molybdenum, selenium, manganese, tin, nickel, and potassium ) Terdapat juga vitamin A, vitamin C, thiamine, riboflavin, biotin, pantothenic acid, folic acid, niacin dan vitamin B dalam setiap biji Alfalfa Complex Shaklee.



Selain itu, Alfalfa Complex Shaklee juga  membantu menurunkan kadar gula dalam darah, melegakan sakit sendi dan kekejangan otot, mengurangkan sindrom menopause, meningkat tahap tenaga dan juga mengelakkan kelesuan akibat kekurangan nutrient.

 


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Tuesday, November 6, 2012

BADAN SIHAT DENGAN OMEGA GUARD

Asid lemak Omega-3 (EPA & DHA) merupakan sejenis lemak yang penting dan diperlukan untuk kesihatan badan. Ianya tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, oleh itu ia perlu diperolehi melalui diet pemakanan atau pengambilan supplement. ASI LEMAK onega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat dan juga untuk proses tumbesaran manusia. Ia juga menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

MENYOKONG KESIHATAN JANTUNG
Pengambilan EPA dan DHA di dalam asik lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuj mengekalkan kolesterol baik dan memastikan tahap tekanan darah pada paras normal.

MENGGALAKKAN FUNGSI OTAK YANG SIHAT
DHA merupakab asas dalam asid lemak Omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi.
Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hububgkait dalam meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan daya tumpuan.

MENYOKONG FUNGSI SENDI SIHAT
Asid lemak Omega-3 juga dapat menyokong kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sendi bergesel, lemak Omega-3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu melancarkan pergerakan sendi.

Shaklee OmegaGuard merupakan suplement pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Bagi setiap satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 twrmasuk DHA dan EPA.

Ultra pure &high quality
Ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laun. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plimbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan.

Sunday, November 4, 2012

Kenapa saya memilih perniagaan Shaklee MLM ?

Kenapa saya memilih Shaklee MLM ? Pasti ramai yang betanyakan soalan itu. Dan juga pasti ramai yang mencemuih sebab ianya satu perniagaan MLM.

Dulu pun saya macam tu juga. Sangat anti dengan orang MLM. Kalau boleh tak mau pun jumpa atau bercakap dengan orang bisness MLM nih. Tapi setelah saya betemu produk Shaklee, persepsi saya berkaitan Shaklee berubah. Dalam group saya, masing masing perlu berpegang pada konsep "siapa usaha lebih, dia akan dapat hasilnya. Ini perniagaan kita sendiri, Insya Allah ada rezeki kepada yang berusaha".

Saya mula mengenali Shaklee dari keluarga mertua. Mereka bukan jual pun, hanya menjafi ahli untuk kegunaan sendiri sahaja. Shaklee ESP mula diperkenalkan oleh bapa mertua semasa saya mengandung 8 bulan. Masa tu bapa mertua menyuruh saya mencuba minuman ESP walau setengah cawan. Katanya supaya saya lebih betenaga pada akhir-akhir bulan kehamilan ni.

Kali kedua saya diperkenalkan lagi dengan produk Shaklee Nutriferon. Bapa mertua bawakan sedikit untuk cucu yang selalu demam dan selsema. Pada masa itu Tasneem baru 7 bulan. Diberinya 1/3 paket untuk dimasukkan ke dalam susu anak. ALHAMDULILLAH, cepat aje hingus kering.

Dari situ, saya mula yakin dengan produk Shaklee, tapi masih lagi belum menjadi pengguna tetap.
Tahun 2012, saya melahirkan anak kedua dan telah diperkenalkan dengan set berpantang Shaklee oleh seorang rakan. Saya sangat berpuas hati dengan hasilnya pada badan. Memandangkan pengalam bersalin Czer pada kelahiran lalu, jika dibandingkan antara penggunaan ubatan tradisional seperti gamat dan haruan keli, produk Shaklee lebih mudah diterima tekak saya dan saya mula rasa perubahan yang positif selepas 2 minggu mengamalkan Shaklee. Luka pembedahan di perut juga cepat kering dan perut rasa lebih kemas tidak seperti dulu. Dan dari situ saya mula menjadi ahli hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.

Setelah mula bekerja selepas cuti bersalin, saya mula terfikir untuk memperkenalkan produk terbaik ini kepada ahli keluarga yang lain dan rakan rakan. Dan dari situ bermulalah kerjaya saya sebagai Distributor Shaklee. Alhamdulillah, saya telah berjaya membantu ibu saya dan beberapa rakan memperbaiki tahap kesihatan mereka dengan produk Shaklee.

Untuk pengetahuan, dulu anak sulung saya sering demam-demam boleh dikatakan setiap bulan dan selera makannya amat kurang sehingga saya pernah menitiskan air mata bila dia menolak makanan. Tapi kini Alhamdulillah, dengan bantuan beberapa produk Shaklee, Tasneem kini sudah jarang demam (Alhamdulillah, syukur sangat) dan selera makannya sudah ada, malah badan yang dulunya sangat kurus sehingga nampak tulang belakang, kini sudah berisi walau tidak tembam. Setiap kali nasi dihidang pasti dihabiskan walaupun  tak berapa sedap sebab ibunya memang tak pandai masak. Hahaa. .

Kerana itu, sehingga kini saya sangat yakin dengan produk produk keluaran Shaklee. Saya tidak menafikan keberkesannya.

Oleh itu, saya menyeru kepada sesiap sahaja yang merasakan penggunaan produk Shaklee ini tidak bagus supaya mencubanya dahulu. Mana tahu ia akan merubah persepsi anda nanti.

Ini sedikit maklumat berkenaan syarikat Shaklee untuk bacaan umum.

“Founded in 1956, Shaklee Corporation, headquartered in Pleasanton, California, is recognized as an industry pioneer and a trusted name in health and wellness.
Shaklee is a respected leader in the direct selling industry, with product lines including nutritional
supplements, personal care and household products as well as home water treatment and air purification systems. Shaklee products reflect the company’s commitment to the highest quality, service and customer
satisfaction, backed by a 100% guarantee.

Shaklee products are distributed through a network of independent distributors in the United States,
Canada, Mexico, and Malaysia as well as through a distributor relationship in Singapore. Products and technical resources are also provided to a sister company, Shaklee Japan.”  —Shaklee web site"


Sekian.

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 013-3252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Saturday, November 3, 2012

Kenapa saya memilih Shaklee?

KENAPA SAYA MEMILIH SHAKLEE?

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI



SENTIASA SELAMAT
  • Menjalankan kajian dari sumber semulajadi.
  • Menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami.
  • Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol.
  • Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa.
  • Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan.
  • Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. 

SENTIASA BERKESAN
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji.
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga.
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee.
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa.
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee.
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli  Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA SEMULAJADI
  • Shaklee Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai.
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 012-3252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir 

Cadangan supplement untuk warga emas.

Shaklee terbukti berkesan. Saya sendiri bekalkan supplement berikut untuk ibu di kampung.
  1. JOINT HEALTH TABLET : membantu melegakan dan mengatasi masalah sakit sakit sendi terutamanya ketika beribadah dan aktiviti harian.
  2. OMEGA GUARD : Membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak dan menguatkan daya ingatan.
  3. OSTEMATRIX : Membantu membekalkan keperluan kalsium yang cukup untuk ketahanan tulang.
  4. LECITHIN : Membantu mencairkan lemak dan sesuai untuk membantu menurunkan paras kolestrol.
Email saya, foxnike@gmail.com untu maklumat lanjut. Penghantaran terus ke alamat penerima disediakan.

Friday, November 2, 2012

ALFALFA : Father of all Foods (Promosi November 2012)

Father of all Foods = The King of Plants : ALFALFA



Alfalfa merupakan tanaman yang dikenali mempunyai berbagai manfaat kesihatan.
Tumbuhan Alfalfa memiliki keistimewaan kerena mempunyai sistem akar yang sangat dalam sehingga mencapai sekitar 4-5 meter. Dengan memiliki sistem akar yang amat panjang, ia mampu menyerap lebih banyak sumber mineral yang biasanya tidak dapat diserap pada tumbuhan lain.

Diberi dengan gelaran "Father of all Foods" oleh orang Arab kerana didapati kuda tunggangan mereka lebih kuat, tegap dan sihat setelah meragut tumbuhan Alfalfa.
Alfalfa juga sering digunakan dalam kaedah tradisional perubatan Cina dan Ayurveda.

KHASIAT ALFALFA
  • Tinggi kandungan pelbagai vitamin (Vitamin B, C, E dan K) dan mineral.
  • Kaya dengan kalsium, zat besi, magnesium, pottasium, fosforus, sulfur dan chlorin
  • Tinggi kandungan klorofil (sama seperti bayam dan kale)
  • Mengandungi 8 jenis asid amino yang amat diperlukan namun ianya tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia.
  • Mengandungi florida dan ini dapat membantu menghalang gigi dari mereput.

 KEBAIKAN ALFALFA
  • Membantu menurunkan kadar kolestrerol dan mampu mencegah pembentukan plak kolesterol di dinding arteri dan sekali gus mampu mengurangkan kemungkinan serangan jantung dan stroke.
  • Alfalfa mampu menurunkan kadar gula dalam darah. Sangat disyorkan  bagi pengidap diabetes (kencing manis).
  • Menghalang pengumpulan air (water retention) dalam badan. (masalah bengkak air)
  • Mengurangkan masalah simptom menopause.
  • Mampu membantu bagi masalah asma dan respitori.
  • Membantu mengatasi masalah pencernaan.
  • Membantu untuk proses detoksifikasi (detox) badan melalui sistem perkumuhan.
  • Mengurangkan ketidakselesaan sendi (artjritis) dan kekejangan otot.

Kandungan vitamin dan mineral yang tinggi di dalam Alfalfa menjadikannya pilihan terbaik  sebagai sumber perubatan semulajadi dan amat sesuai sebagai makanan tambahan (multivitamin) harian. Kandungan klorofil yang tinggi sangat berguna untuk mengatasi masalah mulut dab badan berbau, masalah pencernaan (kembung, ketidak hadaman, masalah kulit seperti jerawat dan akzema.

SHAKLEE ALFALFA COMPLEX
Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.






Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 Facebook id : Marsyithah Khidzir 

Thursday, November 1, 2012

ELAKKAN ANEMIA DENGAN SHAKLEE

Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Mudahnya, anemia bermakna masalah kekurangan sel darah merah. Komponen darah boleh dibahagi kepada 3, iaitu:
  1. Sel Darah Merah : Meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.
  2. Sel Darah Putih : berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.
  3. Platlet dan Plasma : berfungsi menghentikan pendarahan apabila luka.
 TANDA-TANDA ANEMIA
  • kulit dan tapak tangan pucat
  • jantung berdegup laju tanpa aktiviti berat
  • cepat letih
  • sesak nafas
  • sakit dada
  • kerap rasa pening
  • anggota badan berasa sejuk dan kebas
Bagaimana untuk mengetahui anda mengalami masalah anemia ? Boleh cuba jelirkan lidah dan lihat dan bandingkan warnanya dengan ahli keluarga lain. Adakah lebih merah atau pucat ?
Boleh juga cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan, Adakah ia pucat ? Jika anda mengalami sebahagian tanda di atas, anda mungkinmengalami masalah anemia.

BAGAIMANA ANEMIA BOLEH TERJADI?
Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya: 
  • Badan kurang menghasilkan sel darah merah
  • Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.

Anemia sangat merbahaya dan mampu memberi kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
Kepada ibu :
  • Risiko Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin
Kepada Janin :
  • Bayi kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Kelahiran tidak cukup bulan (pra-matang)
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut
 Oleh itu, para ibu-ibu diharap jangan ambil mudah berkenaan masalah anemia. Kesian baby nanti....

CARA UNTUK MENGELAK ANEMIA
Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).

TAPI AWAS! Daging merah dan organ dalaman juga tidak boleh diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.

ATASI  ANEMIA DENGAN SHAKLEE
 
VITA-LEA IRON FORMULA : Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.


SUSTAINED RELEASE VITA-C : Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.
B- COMPLEX : Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) :  Sebagai sumber protein  untuk membantu badan menghasilkan sel darah. Selain itu ESP juga membantu membekalkan tenaga kepada badn yang lemah terutama badan yang sedang mengalami proses pemulihan.





KESIMPULAN
Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS ke 012-3252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir