Tuesday, September 23, 2014

Gemuk..kurus... berat naik turun. Makan makan makan... eh.. senangnya kurus !?

Susahnya nak kekal berat badan....

Tau tak ? Dulu masa form 5 (oh... Ahmad Maher di hati...), saya sangat obes. Rasanya dulu tak pernah nak timbang badan..tau tau badan gemuk bila tengok gambar. Seluar jeans pun pakai saiz 38.

Bila masuk matrik, saya buat kali pertama kembali kurus. Tak sure pulak berapa berat, tapi hasil duduk hostel, naik turun bas, makan pun berjadual, badan dah kecik balik. Fikirkan zaman matrik dulu dulu memang seksa. Ye lah... kita ni jenis tak pernah duduk hostel. Bila dah duduk hostel, semua benda kena buat sendiri. Basuh kain, kemas-kemas dorm, jadual study yang padat dan sesi berkejar kejar dengan warden. Haih... bila ingat-ingat balik, lepas habis matrik, sebanarnya ia banyak mengajar saya hidup berdikari. Pusat Matrikulasi Kolej Negri, Bukit Chedang....... oh.. tak lupa juga Astel Mambau yang menyeramkan. kikiki....

Selepas berhempas pulas cukup 1 tahun di Seremban, saya melangkah ke alam universiti pulak. Yang ni sedikit lega n sangat enjoy. Badan pun maintain je tak naik sangat. Ngam ngam je body. Tapi bab selera makan tak kalah. Pagi sarapan dah nasi lemak lepas kelas, tengahari bungkus nasi lauk sadin, petang minum petang berjemaah dengan adik-adik hostel (biskut cream crackers je pun..), malam plak lepak foodcourt ngan geng meraban blasah char koy tiow. 2 kali seminggu bawak rombongan beli nasi tomato ngan murtabak kedekut kat pasar malam. Kena pulak dapat geng Tini yang memang suka makan. Memang jaranng perut lapar la kiranya.
Tapi Alhamdulillah... masih mampu kekal dengan berat yang munasabah sebagai mahasiswi. Ye lah.. walaupun makan banyak, dah counter dengan aktiviti harian di fakulti dan kolej. Bilik hostel di tingkat 3, kurang tidur siang sebab ada kelas, petang pulak beriadah dengan geng (sambil pungut buah kat dusun Bukit Expo UPM). So makanan yang banyak-banyak dimakan seharian memang digunakan sepenuhnya.

Dah grad 2004, mula la menambah berat. Tapi masih dalam kadar yang sederhana. 1st time dapat kerja sementara sebagai temp staff kat Damansara. Kerja dengan lawyer ni hanya bertahan 1 minggu je. Tukar kerja... dapat offer dari company IT di Cyberjaya, Sapura Nokia. Bila start kerja sini, makan memang mewah, kena pula kerja ni under program internship MDec, so gaji pun sedap (time tulah) dan geng makan opis hampir setiap hari ajak sarapan n lunch. Belanja makan tak ingat dunia dah. Ye lah.. orang baru merasa gaji dan hidup sendiri kan... gedebak-gedebuk.... lompat kerja masuk company IT lain on 2006. Sini dah dah mula membina badan. Ye lah... dah bos pun gemok. Asyik aje ajak makan. Masalahnya saya yang kena bayarkan kalau kami outing makan kat tempat mahal. Tapi lepas tu dia suruh claim ngan company. Konon nak ajar saya cara org korporat berbusiness. Hohoho.... yo lah sangat.... Seksaan dihadapi sehingga 2008, saya kawen n dapat offer gomen. Alhamdulillah... time ni badan dah ala-ala comel dah, tapi tak kisah la kan dah ada yang sayang. mwahahaha.....

Hamil anak pertama, berat naik dari 60kg ke 76kg (kalau tak silap laa). Tak kisah lah dah kita mengandung kan... lepas bersalin czer, tak kisah sangat pasal berat. Perut menggeleber. Orang lain berpantang dengan maajun n rempah ratus, saya pantang makan ubat hospital je. Kena bentan sampai demam menggigil. Ngeri bila kenangkan balik. Badan masih sedap-sedap walaupun anak dah 2 tahun umurnya.

Hamil anak kedua, berat naik turun. Sebab masa 5 bulan, seminggu berendam air mata sbb arwah abah sakit. Alfatihah untuk Haji Khaidir. Check up lepas tu berat turun 5kg. Sedih sangat time tu, kesian baby sebab makan terabai. Kemudian saya gigih ambil lebih makanan, dah pulak kena kencing manis. Ni sebab selera dah berubah asyik la makan ngan minum milo setiap hari. Kan dah masalah dah. Berat naik ke 78kg...last nak bersalin menghampiri 80kg.
Lepas bersalin, berat susah nak turun. Kita stressed susu tak banyak nak menyusu baby, makan dah macam macam, badan bagai di pam-pam.
Seorang kawan kenalkan porduk Shaklee, saya cuba dan Alhamdulillah ada hasil dan rezeki untuk baby. Bila menyusu, pelik pulak sebab badan bagai di pam pam. Dah makan Shaklee dah.
Bila cek cek balik, baca n cari ilmu, rupanya sebab ambil ESP sebelum tidur. Haa.. patut laa....

Bila dah tau macam mana nak gunakan produk Shaklee dengan betul, saya disiplin amalkannya mengikut jadual. Time ni saya dah mula nampak kebaikan produk dan potensi membantu saya menambah pendapatan. Tapi saya tak terus promote set kurus, sebab saya nak produk ni terbukti ke atas saya terlebih dahulu. Alhmadulillah... ternyata berkesan. Dari badan gebu bam-bam, tahun berikutnya berat kembali menyusut dan sehingga 54kg. Time ni ramai yang tegur bila balik beraya di kampung. Semua duk sebut dah kurus dah sekarang ni berbanding dulu. Yeah.. senyum sampai telinga!!

Saya amalkan produk Shaklee bukan hanya makan produk saja. Masa saya betul-betul gigih nak turunkan berat pada mulanya, setiap hari saya naik tangga dari Ground Floor ke tingkat 2. Mula-mula memang mengah, lama-lama dah jadi kebiasaan. Cabar diri. Kalau penat brenti jap buat-buat jenguk tingkap. hahaha....

Apa yang penting kat sini, dalam uasah nak menurunkan berat badan, tak semestinya makan supplement, catu makanan tolak segala nasi roti, seminggu badan dah kurus. Hoo... tidak. Tu memang la kurus, lepastu risiko naik berat lagi hebat sangat tinggi.
Tips terbaik untuk kurus, makan pada waktunya. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Pengambilan supplement membantu melengkapkan nutrisi badan. Bila badan cukup nutrisi, segala fungsi dalam badan akan lebih seimbang. Operasi badan dan enzim akan lebih lancar. Dari situ badan akan kurang stressed dan kekal punyai stamina untuk terus membakar kalori dan memberi tenaga kepada badan. Metabolisma akan meningkat dan in sya Allah kekal stabil. Bila metabolisma dah stabil, akan lebih mudah untuk kekalkan berat badan ideal.

Penulisan ini hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Sharing is caring.





--- Saya tahu ada yang pernah ambil produk Shaklee tapi berat tak turun-turun. Sila cek balik cara hidup dan cara makan ya ---


Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

No comments:

Post a Comment