Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Testimoni. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

Gemuk..kurus... berat naik turun. Makan makan makan... eh.. senangnya kurus !?

Susahnya nak kekal berat badan....

Tau tak ? Dulu masa form 5 (oh... Ahmad Maher di hati...), saya sangat obes. Rasanya dulu tak pernah nak timbang badan..tau tau badan gemuk bila tengok gambar. Seluar jeans pun pakai saiz 38.

Bila masuk matrik, saya buat kali pertama kembali kurus. Tak sure pulak berapa berat, tapi hasil duduk hostel, naik turun bas, makan pun berjadual, badan dah kecik balik. Fikirkan zaman matrik dulu dulu memang seksa. Ye lah... kita ni jenis tak pernah duduk hostel. Bila dah duduk hostel, semua benda kena buat sendiri. Basuh kain, kemas-kemas dorm, jadual study yang padat dan sesi berkejar kejar dengan warden. Haih... bila ingat-ingat balik, lepas habis matrik, sebanarnya ia banyak mengajar saya hidup berdikari. Pusat Matrikulasi Kolej Negri, Bukit Chedang....... oh.. tak lupa juga Astel Mambau yang menyeramkan. kikiki....

Selepas berhempas pulas cukup 1 tahun di Seremban, saya melangkah ke alam universiti pulak. Yang ni sedikit lega n sangat enjoy. Badan pun maintain je tak naik sangat. Ngam ngam je body. Tapi bab selera makan tak kalah. Pagi sarapan dah nasi lemak lepas kelas, tengahari bungkus nasi lauk sadin, petang minum petang berjemaah dengan adik-adik hostel (biskut cream crackers je pun..), malam plak lepak foodcourt ngan geng meraban blasah char koy tiow. 2 kali seminggu bawak rombongan beli nasi tomato ngan murtabak kedekut kat pasar malam. Kena pulak dapat geng Tini yang memang suka makan. Memang jaranng perut lapar la kiranya.
Tapi Alhamdulillah... masih mampu kekal dengan berat yang munasabah sebagai mahasiswi. Ye lah.. walaupun makan banyak, dah counter dengan aktiviti harian di fakulti dan kolej. Bilik hostel di tingkat 3, kurang tidur siang sebab ada kelas, petang pulak beriadah dengan geng (sambil pungut buah kat dusun Bukit Expo UPM). So makanan yang banyak-banyak dimakan seharian memang digunakan sepenuhnya.

Dah grad 2004, mula la menambah berat. Tapi masih dalam kadar yang sederhana. 1st time dapat kerja sementara sebagai temp staff kat Damansara. Kerja dengan lawyer ni hanya bertahan 1 minggu je. Tukar kerja... dapat offer dari company IT di Cyberjaya, Sapura Nokia. Bila start kerja sini, makan memang mewah, kena pula kerja ni under program internship MDec, so gaji pun sedap (time tulah) dan geng makan opis hampir setiap hari ajak sarapan n lunch. Belanja makan tak ingat dunia dah. Ye lah.. orang baru merasa gaji dan hidup sendiri kan... gedebak-gedebuk.... lompat kerja masuk company IT lain on 2006. Sini dah dah mula membina badan. Ye lah... dah bos pun gemok. Asyik aje ajak makan. Masalahnya saya yang kena bayarkan kalau kami outing makan kat tempat mahal. Tapi lepas tu dia suruh claim ngan company. Konon nak ajar saya cara org korporat berbusiness. Hohoho.... yo lah sangat.... Seksaan dihadapi sehingga 2008, saya kawen n dapat offer gomen. Alhamdulillah... time ni badan dah ala-ala comel dah, tapi tak kisah la kan dah ada yang sayang. mwahahaha.....

Hamil anak pertama, berat naik dari 60kg ke 76kg (kalau tak silap laa). Tak kisah lah dah kita mengandung kan... lepas bersalin czer, tak kisah sangat pasal berat. Perut menggeleber. Orang lain berpantang dengan maajun n rempah ratus, saya pantang makan ubat hospital je. Kena bentan sampai demam menggigil. Ngeri bila kenangkan balik. Badan masih sedap-sedap walaupun anak dah 2 tahun umurnya.

Hamil anak kedua, berat naik turun. Sebab masa 5 bulan, seminggu berendam air mata sbb arwah abah sakit. Alfatihah untuk Haji Khaidir. Check up lepas tu berat turun 5kg. Sedih sangat time tu, kesian baby sebab makan terabai. Kemudian saya gigih ambil lebih makanan, dah pulak kena kencing manis. Ni sebab selera dah berubah asyik la makan ngan minum milo setiap hari. Kan dah masalah dah. Berat naik ke 78kg...last nak bersalin menghampiri 80kg.
Lepas bersalin, berat susah nak turun. Kita stressed susu tak banyak nak menyusu baby, makan dah macam macam, badan bagai di pam-pam.
Seorang kawan kenalkan porduk Shaklee, saya cuba dan Alhamdulillah ada hasil dan rezeki untuk baby. Bila menyusu, pelik pulak sebab badan bagai di pam pam. Dah makan Shaklee dah.
Bila cek cek balik, baca n cari ilmu, rupanya sebab ambil ESP sebelum tidur. Haa.. patut laa....

Bila dah tau macam mana nak gunakan produk Shaklee dengan betul, saya disiplin amalkannya mengikut jadual. Time ni saya dah mula nampak kebaikan produk dan potensi membantu saya menambah pendapatan. Tapi saya tak terus promote set kurus, sebab saya nak produk ni terbukti ke atas saya terlebih dahulu. Alhmadulillah... ternyata berkesan. Dari badan gebu bam-bam, tahun berikutnya berat kembali menyusut dan sehingga 54kg. Time ni ramai yang tegur bila balik beraya di kampung. Semua duk sebut dah kurus dah sekarang ni berbanding dulu. Yeah.. senyum sampai telinga!!

Saya amalkan produk Shaklee bukan hanya makan produk saja. Masa saya betul-betul gigih nak turunkan berat pada mulanya, setiap hari saya naik tangga dari Ground Floor ke tingkat 2. Mula-mula memang mengah, lama-lama dah jadi kebiasaan. Cabar diri. Kalau penat brenti jap buat-buat jenguk tingkap. hahaha....

Apa yang penting kat sini, dalam uasah nak menurunkan berat badan, tak semestinya makan supplement, catu makanan tolak segala nasi roti, seminggu badan dah kurus. Hoo... tidak. Tu memang la kurus, lepastu risiko naik berat lagi hebat sangat tinggi.
Tips terbaik untuk kurus, makan pada waktunya. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Pengambilan supplement membantu melengkapkan nutrisi badan. Bila badan cukup nutrisi, segala fungsi dalam badan akan lebih seimbang. Operasi badan dan enzim akan lebih lancar. Dari situ badan akan kurang stressed dan kekal punyai stamina untuk terus membakar kalori dan memberi tenaga kepada badan. Metabolisma akan meningkat dan in sya Allah kekal stabil. Bila metabolisma dah stabil, akan lebih mudah untuk kekalkan berat badan ideal.

Penulisan ini hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Sharing is caring.





--- Saya tahu ada yang pernah ambil produk Shaklee tapi berat tak turun-turun. Sila cek balik cara hidup dan cara makan ya ---


Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Saturday, September 20, 2014

Kerek tul muka Adek ni. Hohoho...Review Mealshake

MAMA KORANG DAH BAGI MEALSHAKE HARI NI ?

MAMA SAYA DAH. 

SEDAP..............


Haih.... comel sangat anak yang sorang ni. Suka sangat dia minum susu campur Mealshake.
Dulu mula-mula campurkan Mealshake dalam susu, Adek macam tak berapa suka & kalau minum pun sure ada baki lagi. Tapi sekarang ni... licin sebotol dihabiskan tanpa bunyi. Waaa.....

Saya mula memberikan minuman Mealshake kepada kedua anak-anak saya kerana...

  1. Saya memberikan susu formula seawal mereka 1 setengah tahun. Bagi melengkapkan keperluan nutrient mereka yang mana sukar diperolehi melainkan dari susu Ibu, saya berusaha memberikan lebih nutrient dan vitamin selengkapnya melalui pemakanan tambahan Shaklee Mealshake.
  2. Berat badan kedua-dua anak saya memang selalu berada di paras garisan kuning. Bukan lah kurus kering, tapi sedikit underweight tapi masih tetap aktif. Dengan bekalan protein dari Mealshake, kedua mereka mampu meningkatkan berat badan walaupun secara sedikit-sedikit. 
  3. Bukan saja berat badan meningkat, ketinggian juga meningkat!
  4. Masalah kurang makan atau malas makan. Lebih rela bermain dan makan Jajan. So saya memilih Mealshake untuk membantu meningkatkan selera makan mereka. Dah jadinya sekarang ni hari-hari dah mintak dimasak nasi seawal pagi sebaik bukak mata. Pening dah Ibu derang. hehehe...
  5. Melawaskan pembuangan air besar. Tiada lagi sembelit. Yup.. seriusly betul. Tak tipu. Asal lepas makan je si Adek berak, si Kakak lak sibuk ke tandas. Tu pasal perut derang kempis walaupun makan banyak. Hmm... teori tu boleh pakai lah kan . ;-p
Dan... hasilnya kini... Si Kakak yang dulu sangat kurus sehingga boleh nampak tulang belakang berbonjol kini dah tambah berisi. Muka pun dah bulat. Bab makan, tolak batu, kayu atau pedas aje. Si Adek pulak dah mula dagu bertindih. Haa...lega dah nampak anak-anak semakin sihat kan ?

Mealshake Shaklee terbaik buat mereka setakat ini. Alhamdulillah...


Hubungi saya :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Monday, April 22, 2013

Testimoni sendiri : Bertenaga, Kurang Lapar, & Kurang Snack dengan Shaklee

Hampir 1 bulan saya meninggalkan sarapan dengan Shaklee. Saya tidak mengambil ESP, Vitalea dan B Complex. Hari ini, saya telah memulakan kembali rutin sarapan saya dengan segelas ESP, Vitalea dan B Complex.

Perbezaan yang sangat ketara dapat dirasai...

Tanpa Shaklee di awal pagi :
  • Kurang tenaga di awal pagi. Mengantuk, slow, dan lapar
  • Memerlukan sarapan pagi seawal jam 8.30 pagi.
  • Minum pagi dengan snack pada jam 10++ pagi.
  • Makan tengahari ada seawal jam 11 pagi.
  • Kerap mengambil snack sepanjang di pejabat (jajan, kacang, kuih muih) walaupun selepas hidangan berat.

Hari ini dengan Shaklee:
  • Segelas bancuhan ESP, Vitalea dan B Complex seawal jam 7am.
  • Bertenaga sehingga ke tengahari.
  • Lupa mengambil sarapan (maaf, ini jangan diamalkan selalu ye)
  • Rasa lapar tapi keinginan untuk mendapatkan makanan berkurangan. Membuatkan saya hanya mengambil hidangan nasi (hidangan tengahari) pada jam 3 petang.
  • Kurang mengambil snack (harini hanya snack kerepek pisang sahaja). 
  • Keinginan ke arah sesuatu makanan (craving) berkurang.

Apa yang dinyatakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin ianya akan berbeza dangan individu yang berlainan.

Bagi rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh lah menghubungi saya seperti maklumat berikut:
Fb: Marsyithah Khidzir
Email :foxnike@gmail.com
Sms/whatsApp: 0123252171

Wednesday, April 10, 2013

Mencuba Shaklee bila anak-anak tidak sihat.

2 minggu lepas sangat sibuk. Sibuk dengan anak-anak dan diri sendiri yang tidak sihat.
Aik? Makan Shaklee pun dapat demam jugak ke ? Yup, demam dan sakit itu anugerah Allah. Melalui demam badan akan dengan sendiri membina dan mempertingkatkan sistem ketahanan badan. So kalau demam sikit-sikit tu oklah. Kalau tak demam langsung tu, must be something wrong somewhare la kan.

Kisah demam bermula dengan sesi dinner di Islamic Kitchen Bangi. Tengah kami baru nak mula makan, Kakak Tasneem tiba tiba muntah. Habis la baju segala dengan lantai restoran. Nasib baik pekerja restoran tu sangat bekerja sama. Tak sampai 5 minit, semuanya dibersihkan. Thumbs up to you guys!
Balik rumah kakak terus melepek tapi belum ada tanda-tanda demam. Esoknya kami bawa ke Annur Bangi. Macam biasa dapat ubat demam. Selepas 2 hari, kakak Tasneem masih lagi demam. Saya bawa ke Klinik Kesihatan P9 dan selepas blood test, didapati bilangan sel darah putih rendah. serendah 4.7 sahaja. Doktor  suspek kakak Tasneem denggi atau viral fever dan diberikan multivitamin dan oral rehydration salt. Dah nampak botol2 ubat tu, kakak Tasneem awal-awal lagi cakap taknak makan ubat sebab katanya tak sedap (aik, belum rasa pun lagi dah tau tak sedap ?). Memandangkan kakak Tasneem taknak ubat klinik, saya gantikan dengan Chewable Vitalea (for children) dan air isotonik Performance Drink sahaja sepanjang hari di rumah menggantikan multivitamin klinik dan air garam. Esoknya kami ke klinik lagi untuk blood test kali kedua. And guess what...! Bilangan darah putih dah naik ke 6.78. Doktor sendiri pun surprise dan kakak kelihatan lebih aktif dari semalam. Alhamdulillah :D

Lepas kakak demam, Ibu pulak demam. Tapi nasib baik sekejap aje. Se rasa mukus dan kahak mula berkumpul dan tiba-tiba bersin dan batuk tak henti, terus telan 1 paket Nutriferon dan Vitamin C chewable 3 biji. Lepas rehat sekejap, tekak dah kurang rasa peritnya. Dan selsema beransur kurang selepas 3 ambil Vitamin C dengan disiplin. Nutriferon tu sempat makan 1 paket je sebab lupa. Tapi Alhamdulillah ia mampu memberi kesan positif.

Next demam tu berjangkit pula ke Adek. Demam sekejap aje, tapi masalah muntah dan cirit birit pulak berpanjangan dekat 4 hari. Memandangkan adek beberapa hari lagi nak masuk 12 bulan, saya hanya berikan cuba 2 auns air isotonik Performance Drink kepada Adek dan cuba habiskan dalam 2 jam (sebab susah sangat nak suruh dia minum, kalau air masak kosong, laju aje). Bila muntah-muntah dah berkurangan, saya campurkan sedikit Meal Shake ke dalam susu Adek. Biarlah diminum sikit pun, asal jangan tak minum langsung. Paling tak, ada juga tenaga dari melepek kepenatan akubat kurang selera makan dan cirit birit. Alhamdulillah, dengan 1 paket ubat cirit birit yang dibekalkan paed, cirit birit adek berancur baik. Tapi badan dah kurus la pulak. Sehingga hari ni, saya berikan Meal Shake 1 kali sehari sedikit ke dalam susu pagi Adek. Alhamdulillah, selera makan dah kembali dan lebih hebat dari sebelum demam hari tu. Petang semalam aje, 1/2 paket oreo boleh dihabiskan sorang dia je. Nasi 1 mangkuk dah boleh habis. Bekal susu malam time tidur 3 kali bancuh habis. Alhamdulillah...

Susuah jugak demam berjangkit jangkit ni. Banyak cuti yang perlu  dikorbankan untuk anak- anak. Kan best kalau boleh jaga anak tanpa apply cuti. Haih.. bilalah boleh pencen nih. hiihihi..

Oh.. sempena April 2013 adalah bulan Promosi Nutriferon. Adalah sangat disarankan supaya ambil peluang ini untuk mendapatkannya memandangkan harga tengah murah. Biasa harga retail price RM RM180. Tapi sempena promosi ni, harga menjunam sehingga RM 130 sahaja (+ RM 10 kos penghantaran). Jimat banyak. 1 kotak ada 30 paket. So kalau makan seminggu sekali takdelah mahal mana kan... Tapi kalau nak laaagi murah, boleh pakat-pakat kawan atau saudara mara, beli promosi Buy 6 Free 1. 1 kotak jatuh harga RM 125 sahaja dan free delivery!

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp : 012-3252171