Wednesday, July 9, 2014

Bagaimana Vivix Berfungsi ? - Mekanisma 4 (Pengurangan Pengumpulan Protein AGE ) - Anti Penuaan

Jadi apakah sebenarnya Protein AGE ?  Dan mengapa pengumpulannya akan memudaratkan kesihatan ?

AGE = Advanced Glycation End Product
Merupakan protein atau lipid (lemak) yang terikat pada molekul gula tanpa bantuan  enzim untuk mengawal tindakbalas. Dalam ilmu kimia, tindakbalas gula tanpa bantuan enzim dikenali sebagai glycation. Jadi AGE ini adalah "Produk Akhir" (end product) hasil dari  glycation.


AGE dan penyakit
Walaupun masih banyak persoalan tentang protein AGE ini, satu perkara yang kita ketahui ialah pembentukannya akan menjadi lebih ketara apabila terdedah kepada gula. Kerana pembentukan AGE mengambil masa yang lebih lama, ia tidak sempat terkesan kepada protein yang jangka hayatnya lebih singkat. Protein yang mempunyai jangka hayat lebih lama contohnya protein kolagen pada kulit, myelin pada saraf, otak, mata dan sel-sel telinga tidak begitu bernasib baik. Protein-protein ini akan berinteraksi  dengan lebih banyak gula untuk jangkamasa yang lama dan akan lebih cenderung untuk mengalami proses glycation.

Beirkut adalah beberapa contoh tindakbalas AGE dan komplikasi penyakit yang dikaitkan:
  • Diabetes Tahap II - kerosakan sel beta pada pankreas. Kadar gula dalam darah pesakit diabetes akan menyebabkan proses glycation terjadi.
  • Kerosakan pada kolagen kulit - sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menjurus kepada kedutan.
  • Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.
  • Penyakit kardiovaskular - AGE membuatkan permukaan LDL (kolesterol jahat) lebih kasar dan lebih cenderung melekat pada dinding arteri. Kerosakan kolagen pada dinding saluran darah akan mengakibatkan tekanan darah tinggi atau melemahkan  dinding saluran darah dan menyebabkan aneurisms.
  • Protein Amyloid, yang menyebabkan Alzheimer, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.
  • Sistem Saraf - Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sell (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).
Adakah Vivix mampu mengatasi semua masalah ini. Tidak semestinya. Tetapi kandungan polyphenol dalam Vivix telah terbukti secara saintifik mampu mengurangkan AGE yang mana memberi impak kepada penyakit yang kronik. 

Rujukan :
1.  Shen K. Advances in Advanced Glycation Endproducts (AGE’s) Yale Scien Mag. May 1, 2010.

2.  Ramasamy R, Vannucci S, Shi Du Yan S, Herold K, Yan S, Schmidt A.  Advanced glycation end products and RAGE: a common thread in aging, diabetes, neurodegeneration, and inflammation.  Glycobiology 2005;15(7):16-28.



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

No comments:

Post a Comment