Sebulan dua ni... asyi duk fikir.. Fikir pasal nanti Kakak nak masuk darjah 1.
Yang pasti, waktu kerja Ibu sah sah kena tukar jadi WBB1. Dah maklum kat En. Suami... tahun depan kul 7.15 dah kena siap terpacak depan gate skolah.
Dah masuk Darjah 1, fikir pulak camana petangnya nanti. Nak masuk skolah KAFA aje terus, atau cari private KAFA yang ada program Transit ? --- yang ni masih dalam kajian.
Seriusly.. sangat risau. Tak tahu camana. Kalau lah boleh, nak macam kita dulu dulu. Pagi gi skolah.. petang balik skolah, makan, mandi, pastu naik beskal gi rumah to guru mengaji. Petang kul 4.30 dah boleh lepas tepi padang tunggu geng main tali getah. 7.30 maghrib, bertempiaran lari balik rumah sebelum kena rembat ngan batang paip. hehehe...
Tapi untuk Kakak, terdapat sedikit kerisauan. Risau takut Kakak penat lepas habis sesi pagi. Dah penat, nanti takde mood pulak dia nak gi KAFA. Tau dah la Kakak tu... kalau dia penat, mula la macam-macam alasan keluar nanti.
Dah tu.. kalau cuti skolah, KAFA surely cuti gak kan ? Dah camana tu ? Adakah perlu Ibu bercuti sama lepak-lepak di rumah ? Atau daftarkan Kakak join aktiviti cuti Sekolah ? OH.. penatnya jadi budak 7 tahun skarang ni... T____T
And One more question: Kelas KAFA ada sesi mengaji ker eh ? Kalau takde.. nak kena hantar kelas mengaji malam pulak kan ?
---Promosi GLA Complex Sepanjang Ogos. Buat Ibu-Ibu yang sering stress...macam saya...---
No comments:
Post a Comment