Showing posts with label Advance Joint Health. Show all posts
Showing posts with label Advance Joint Health. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Shaklee untuk masalah Ghout

Fast note Shaklee solution untuk masalah Gout.

Masalah gout berpunca dari lebihan asid urik falam badan yang mana akan memberikan kesan toksik jika melebihi had. Berikut dicadangkan set Shaklee yang diperlukan untuk membantu mengatatasi masalah Gout.

  1. Alfafa: Menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat. Ia turut menyingkirkan asid urik dari badan.
  2. Performance Drink: Mengekalkan kandungan cecair dalam badan. Perlu juga meneruskan minum air setiap masa. Minum sikit-sikit tapi kerap.
  3. Omega Guard/AJHT: Memberi keselesaan pada sendi.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan set ini, boleh email kepada saya di foxnike@gmail.com atau sms/WhatsApp ke nombor 012-3252171. Thank you.

- sent from mobile. . .

Wednesday, February 6, 2013

SET KESIHATAN SENDI & TULANG

Kesakitan sendi dan tulang sangat menyeksakan. Dengan Shaklee, kesakitan dapat dikurangkan malah terbukti berkesan mengatasi masalah kesakitan sendi.



 KANDUNGAN SET
  1. ADVANCED JOINT HEALTH : Menyokong keselesaan dan memelihara sendi sendi (terbukti secara klinikal selepas 5 hari penggunaan)
  2. OMEGA GUARD : Mengawal sakit dan inflamasi sendi dan menangani kekakuan
  3. OSTEMATRIX : Menghalang kemerosotan tulang dan sumber kalsium terbaik

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Monday, January 7, 2013

Shaklee: Penyelesaian kepada Derita Sakit Sendi

ARKIB Utusan 08/01/2012 :Derita selepas berusia 35

KES 1
Semasa usia mudanya Rosli (bukan nama sebenar) 45, amat aktif bermain bola sepak malah kecederaan yang berlaku tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus aktif. Alasan yang diberikan, ‘sakit sikit je dan tak lama lagi baiklah tu’ menyebabkan Rosli tetap meneruskan aktivitinya. Sakit yang berpanjangan menyebabkan Rosli mendapatkan rawatan berurut dan sakit hilang sekejap dan timbul semula selepas beberapa minggu.
Degil untuk terus bermain walaupun lututnya sakit sehingga suatu hari kakinya terpelecok dan berbunyi ‘pop’ ketika beliau hendak menendang bola. Rosli rebah kesakitan dan beliau terus dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pada kecederaan kali ini, Rosli dirujuk ke pakar bedah Ortopedik untuk rawatan lanjut untuk X-Ray dan MRI. Rupa-rupanya Rosli mengalami kecederaan anterior crucriate ligamen atau ligamen krusiat hadapan (ACL). Jika tidak dirawat dan lututnya kerap terkehel dan kemungkinan akan terkunci jika meniskus terkoyak akibat tersangkut di celah sendi dan tidak dapat diluruskan


KES 2
Laili (bukan nama sebenar) berusia 35 tahun sering merungut lututnya mengilu sakit ketika memanjat dan menuruni tangga. Beliau terpaksa menuruni tangga perlahan-lahan dengan meletakkan sebelah kaki penuh hati-hati kerana kesakitan apabila lututnya dibengkokkan. 
Laili juga sering mengeluh lututnya sakit semasa duduk tahiyat ketika solat dan susah hendak bangun jika mencangkung terlalu lama.
Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami menyebabkan Laili mendapatkan rawatan di hospital. 
 
Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai Ampang, Selangor Dr. Ezlan Merican berkata terdapat dua jenis sakit lutut yang biasa dihadapi oleh masyarakat.
“Jenis pertama sakit lutut akibat kemalangan dan kedua sakit lutut yang biasa dihidapi oleh wanita berusia 35 tahun ke atas,” katanya. 

Dr. Ezlan berkata, Rosli menghidapi sakit lutut jenis pertama akibat kemalangan semasa bermain bola sepak.
“Biasanya wanita jarang menghadapi masalah ini kecuali mereka yang biasa menjalankan aktiviti lasak seperti bermain bola sepak, futsal atau ski.

Tanda-tanda kecederaan lutut ACL:
  • bengkak dan sakit setelah terpelecok atau dikasari
  • kesakitan dan bengkak tetapi akan reda setelah beberapa minggu
  • fungsi lutut tidak normal dan mudah terkehel
  • setelah beberapa tahun, lutut akan merasa sakit dan bengkak akibat kehausan tulang rawan dan lutut bertambah longgar
Dr. Ezlan berkata, biasanya pemain bola sepak menghadapi masalah berkenaan dan kecederaan serius akan berlaku jika tidak dirawat dengan segera. Kecederaan semakin serius selepas lima hingga 10 tahun di mana lutut akan haus, bengkak dan kesakitan atau osteoarthritis.

Kecederaan ACL boleh apabila kaki terpelecok semasa
  • terpijak lopak yang dalam atau longkang
  • melakukan larian pintasan dengan berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba-tiba
  • semasa hendak menendang bola dengan memusingkan badan sambil kaki terpacak di tanah
  • melompat dan mendarat menggunakan lutut
  • dikasari dan dijatuhkan dengan rempuhan
Menurut Dr. Ezlan, kes kedua lebih ramai melibatkan wanita dalam usia 35 tahun ke atas biasanya disebabkan duduk terlalu lama, banyak naik tangga, terlalu aktif, berat badan berlebihan, mengangkat barang berat dan tidak cukup rehat.

Struktur badan wanita seperti pinggang yang besar, berat badan dan otot yang tidak kuat memudahkan mereka diserang sakit lutut.

“Biasanya mereka yang menghidapi sakit lutut akan merungut susah untuk membengkokkan lutut semasa naik turun tangga, duduk tahiyat dalam solat, bangun selepas duduk bersila dan keluar daripada kereta,” katanya.
Sakit lutut jenis kedua lebih mudah diubati dengan senaman ringan, kurangkan berat badan, fisioterapi dan makan ubat mengikut nasihat doktor. Bagaimanapun kedua-dua jenis sakit lutut perlu segera diubati sebelum parah.

“Sakit lutut yang parah seperti Rosli perlu mendapatkan rawatan suntikan gel acid hyaluronic secara berkala selain fisioterapi. “Dan jika kecederaan semakin parah, pembedahan merupakan langkah terakhir dengan menukar bahagian lapisan lutut,” katanya. Ini bertujuan mengurangkan kesakitan dan memudahkan pesakit berjalan.

 SHAKLEE TERBAIK UNTUK KEKUATAN SENDI & TULANG

Dengan Shaklee, anda mampu mengatasi masalah ketidakselesaan sendi (sakit, lenguh, sukar membengkokkan sendi) dengan berkesan.

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET + OMEGA GUARD + OSTEMATRIX


Juga jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Advanced Joint Health tablet pada HARGA PROMOSI hanya sepanjang Januari 2013 sahaja.


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Friday, January 4, 2013

PROMOSI JANUARI 2013: Advanced Joint Health Tablet

Sepanjang Januari 2013, Shaklee menawarkan promosi Buy 6 Free 1 untuk produk Advanced Joint Health Tablet (AJHT).

Dengan belian Buy 6 Free 1, anda mampu jimat sehingga 20% dari harga pasaran.

Jom jimat. Hadiahkannya kepada diri sendiri, hadiahkannya kepada ibu bapa, hadiahkannya kepada saudara mara. In Sya Allah, AJHT amat membantu mengurangkan masalah ketidak selesaan sendi terutamanya kepada mereka yang berumur 40 an ke atas, warga emas dan mereka yang kerap menjalankan aktiviti fizikal.



Selain itu, AJHT juga boleh disertakan dengan tambahan Omega Guard serta pil kalsium Ostematrix bagi mendapatkan kesan yang lebih optimum.



Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Tuesday, October 9, 2012

Joint Health Tablet : membantu memberi keselesaan masalah sakit sendi (testimoni)

Minggu lepas saya pulang ke Kelantan atas urusan kerja. Singgah 1 malam bermalam bersama mama. Nampak mama makin sihat, lebih cergas dan yang utama sudah tidak mengeluh sakit lutut lagi. Alhamdulillah.

Syukur sangat bila dapat feedback positif dari orang yang kita sayang. Tak sia sia hadiahkan Omega Guard dan Advance Joint Health untuk mama. Apalah sangat stakat belanja sedikit setiap bulan untuk keselesaan orang yang kita sayang kan..?

Sebelum ni, mama kerap mengadu sakit lutut dan menjadikan beliau sukar untuk rukuk dan bersujud. Mama juga mengadu belakang lutunya seperti bengkak dan sakit bila ditekan. Dari bacaan saya, antara ciri-ciri seseorang mengalami masalah sendi adalah seperti berikut :
  • Ketegangan pada otot berhampiran sendi
  • Lenguh-lenguh
  • Bengkak di kawasan berdekatan sendi
  • Rasa sakit bila menggerakkan sendi
  • Sendi berkeriut atau ada bunyi 'klik' bila sendi digerakkan


Masalah pada sendi adalah sebahagian daripada efek proses penuaan.
  • Kepadatan tulang akan berkurangan kerana kehilangan kalsium dan lain lain mineral.
  • Terdapat gel antara setiap tulang belakang (vertebra) yang bertindak sebagai kusyen. Kehilangan atau kenipisan bendalir antara vertebra akan  mengakibatkan ruang antara tulang lebih mampat dan sukar untuk digerakkan.
  • Sendi-sendi akan lebih keras dan kurang fleksibel kerana kekurangan bendalir antara tulang. Tulang rawan akan mula bergesel antara satu sama lain dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Kaedah yang biasa digunakan untuk merawat masalah sendi biasanya adalah melalui suntikan atau pembedahan yang mana akan melibatkan kos yang mahal.



Advance Joint Health dari Shaklee mampu membantu. Kandungan yang terdapat di dalam setiap tablet sememangnya dirumus khas bagi mengatasi masalah sendi. Digunakan secara tradisional dalam perubatan Ayurvedic sejak lebih 5000 tahun dahulu untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.
  • Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
  • Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
  • Vitamin C, Zink, Tembaga dan Mangan : Memelihara tisu penyambung yang sihat


Kajian membuktikan bahawa Ekstrak Boswellia yang terkandung dalam AJT mampu memberi kesan positif dalam masa 5 hari pengambilan.


Sememangya Advance Joint Health terbukti berkesan hasil dari feedback positif dari ahli keluarga sendiri. Produk ini sangat sangat dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah ketidakselesaan sendi. Thumbs up !!

ps: sedang berusaha untuk memujuk nenek mencuba AJT. Doakan kejayaan kesihatan nenek saya ye. (peace! v)

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS ke 012-3252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir