ARKIB Utusan 08/01/2012 :Derita selepas berusia 35
KES 1Semasa usia mudanya Rosli (bukan nama sebenar) 45, amat aktif bermain bola sepak malah kecederaan yang berlaku tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus aktif. Alasan yang diberikan, sakit sikit je dan tak lama lagi baiklah tu menyebabkan Rosli tetap meneruskan aktivitinya. Sakit yang berpanjangan menyebabkan Rosli mendapatkan rawatan berurut dan sakit hilang sekejap dan timbul semula selepas beberapa minggu.
Degil untuk terus bermain walaupun lututnya sakit sehingga suatu hari kakinya terpelecok dan berbunyi pop ketika beliau hendak menendang bola. Rosli rebah kesakitan dan beliau terus dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pada kecederaan kali ini, Rosli dirujuk ke pakar bedah Ortopedik untuk rawatan lanjut untuk X-Ray dan MRI. Rupa-rupanya Rosli mengalami kecederaan anterior crucriate ligamen atau ligamen krusiat hadapan (ACL). Jika tidak dirawat dan lututnya kerap terkehel dan kemungkinan akan terkunci jika meniskus terkoyak akibat tersangkut di celah sendi dan tidak dapat diluruskan
KES 2
Laili (bukan nama sebenar) berusia 35 tahun sering merungut lututnya mengilu sakit ketika memanjat dan menuruni tangga. Beliau terpaksa menuruni tangga perlahan-lahan dengan meletakkan
sebelah kaki penuh hati-hati kerana kesakitan apabila lututnya
dibengkokkan.
Laili juga sering mengeluh lututnya sakit semasa duduk tahiyat ketika
solat dan susah hendak bangun jika mencangkung terlalu lama.
Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami menyebabkan Laili mendapatkan rawatan di hospital.
Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai
Ampang, Selangor Dr. Ezlan Merican berkata terdapat dua jenis sakit
lutut yang biasa dihadapi oleh masyarakat.
Jenis pertama sakit lutut akibat kemalangan dan kedua sakit lutut
yang biasa dihidapi oleh wanita berusia 35 tahun ke atas, katanya.
Dr. Ezlan berkata, Rosli menghidapi sakit lutut jenis pertama akibat kemalangan semasa bermain bola sepak.
Biasanya wanita jarang menghadapi masalah ini kecuali mereka yang
biasa menjalankan aktiviti lasak seperti bermain bola sepak, futsal atau
ski.
Tanda-tanda kecederaan lutut ACL:
- bengkak dan sakit setelah terpelecok atau dikasari
- kesakitan dan bengkak tetapi akan reda setelah beberapa minggu
- fungsi lutut tidak normal dan mudah terkehel
- setelah beberapa tahun, lutut akan merasa sakit dan bengkak akibat kehausan tulang rawan dan lutut bertambah longgar
Kecederaan ACL boleh apabila kaki terpelecok semasa
- terpijak lopak yang dalam atau longkang
- melakukan larian pintasan dengan berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba-tiba
- semasa hendak menendang bola dengan memusingkan badan sambil kaki terpacak di tanah
- melompat dan mendarat menggunakan lutut
- dikasari dan dijatuhkan dengan rempuhan
Struktur badan wanita seperti pinggang yang besar, berat badan dan otot yang tidak kuat memudahkan mereka diserang sakit lutut.
Biasanya mereka yang menghidapi sakit lutut akan merungut susah untuk membengkokkan lutut semasa naik turun tangga, duduk tahiyat dalam solat, bangun selepas duduk bersila dan keluar daripada kereta, katanya.
Sakit lutut jenis kedua lebih mudah diubati dengan senaman ringan, kurangkan berat badan, fisioterapi dan makan ubat mengikut nasihat doktor. Bagaimanapun kedua-dua jenis sakit lutut perlu segera diubati sebelum parah.
Sakit lutut yang parah seperti Rosli perlu mendapatkan rawatan suntikan gel acid hyaluronic secara berkala selain fisioterapi. Dan jika kecederaan semakin parah, pembedahan merupakan langkah terakhir dengan menukar bahagian lapisan lutut, katanya. Ini bertujuan mengurangkan kesakitan dan memudahkan pesakit berjalan.
SHAKLEE TERBAIK UNTUK KEKUATAN SENDI & TULANG
Dengan Shaklee, anda mampu mengatasi masalah ketidakselesaan sendi (sakit, lenguh, sukar membengkokkan sendi) dengan berkesan.ADVANCED JOINT HEALTH TABLET + OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
Juga jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Advanced Joint Health tablet pada HARGA PROMOSI hanya sepanjang Januari 2013 sahaja.
No comments:
Post a Comment