Sejak akhir-akhir ni, banyak terdengar rakan- rakan di kalangan usia lewat 20an dan awal 30an mengalamai masalah slipped disc. Berbagai soalan ditanya. Ada tak produk shaklee untuk sakit pinggang ? Produk Shaklee untuk tahan sakit urat ada tak ? Senang cerita mereka tak sebut pun slipped disc. Tapi tanya punya tanya, rupanya ada segelintir memang mengalami masalah ni.
APA ITU ‘SLIPPED DISC’?
Tulang belakang kita terdiri dari 26 tulang (vertebra ) yang ditampung oleh cakera . Cakera atau disc ini melindungi tulang dengan menyerap kejutan atau hentakan daripada aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing . Ianya seperti kusyen yang menyerap hentakan dan mengelakkan dari kecederaan.
Setiap cakera mempunyai dua bahagian iaitu, bahagian dalaman yang lembut dan bahagian luar yang keras. Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar. Inilah yang dikenali sebagai ‘slipped disc’ atau ‘herniated dics’. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika cakera ini menekan salah satu saraf tulang belakang, anda mungkin mengalami rasa kebas dan sakit di sepanjang saraf tersebut. Dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau memulihkan ‘slipped disc’ tersebut.
PUNCA ‘SLIPPED DISC’?
‘Slipped disc’ boleh terjadi apabila bahagian luar cakera menjadi lemah atau koyak dan menyebabkan bahagian dalam menyelinap keluar. Semakin meningiat umur, risiko untuk terjadinya ‘slipped disc’ ini lebih tinggi.
Pergerakan tertentu juga boleh menyebabkan ‘slipped disc’ contohnya ketika sedang berpusing atau ketika mengangkat dan mengalihkan objek berat. Apabila kita mengangkat objek berat dan besar, kita meletakkan satu tekanan atau beban pada tulang belakang kita dan ini boleh menyebabkan kecederaan.
Mereka yang sering terlibat dengan aktiviti lasak atau mempunyai pekerjaan yang sangat mencabar kekuatan fizikal juga mungkin berisiko tinggi untuk mendapat ‘slipped disc’.
Individu yang berlebihan berat badan juga berisiko tinggi kerana terpaksa membawa berat tambahan. Otot-otot yang lemah dan gaya hidup yang tidak aktif juga menyumbang kepada ‘slipped disc’ ini.
Mereka yang berusia 35 hingga 45 tahun lebih cenderung untuk mengalami masalah ini kerana cakera akan mula kehilangan kandungan air atau bendalir pelindung seiring dengan peningkatan usia.
APAKAH SIMPTOM ‘SLIPPED DICS’?
- kesakitan dan kebas, paling biasa pada satu bahagian badan
- kesakitan yang meliputi lengan dan / atau kaki
- kesakitan yang lebih teruk pada waktu malam
- sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
- sakit apabila berjalan jarak dekat
- kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
- kesemutan, sakit , atau radang di kawasan yang terjejas
CARA MENCEGAH ‘SLIPPED DICS’
Berikut adalah perkara yang boleh diamalkan untuk mencegah kecederaan tulang belakang:
- Senaman yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot.
- Senaman tulang belakang dibahagian yang lebih rendah terutamanya adalah penting untuk mengelakkan kecederaan berulang kembali .
- Gunakan teknik yang betul semasa melakukan senaman berat dan kerja berat, termasuk mengangkat dan mengalihkan barang.
- Elakkan mengangkat berat sambil berbongkok dan berpusing secara serentak.
CARA RAWATAN YANG SESUAI?
- Rawatan Thermal – bertujuan untuk mengurangkan sakit
- Steroid – suntikan steroid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa
- Fisioterapi – Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.
- Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang
ADAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI?
ADVANCED JOINT HEALTH TABLET - Formulasi khas untuk sendi. Membantu memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat, menyokong keselesaan sendi dan meningkatkan kesan kusyen. Kesan boleh dirasai seawal 5 hari penggunaan dan disahkan secara klinikal.
OSTEMATRIX - Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum.
OMEGAGUARD - Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi.
VIVIX - Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc. Menyokong kesihatan sendi dan menyokong kesihatan menyeluruh. VIVIX merupakan formulasi TERUNGGUL dari Shaklee yang membantu kesihatan dengan 4 mekanisme tindakan. Ia juga memperbaiki sel seawal peringkat DNA lagi.
No comments:
Post a Comment