Wednesday, December 10, 2014

Hayneem Home. Impian Kami.

Alhamdulillah.... baru terima S&P untuk belian Hayneem Home. Harta kami di kampung, untuk kami bersara nanti.

Dah lama tunggu, sejak booking bulan Mei 2014 lagi. Akirnya permit developer dah perolehi, kini kita sign la aggrement apa patut untuk proceed loan rumah.

Walaupun dah punyai 1 unit apartment di PJ, tapi dah nama pun apartment. Tanah takde, rumah atas angin, parking kereta pun susah. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk cari property lain yang lebih sesuai. Nak landed dan kalau boleh Semi-D.

Rezeki kami agaknya, hasil carian google, kami jumpa rumah idaman. Berdekatan dengan kampung suami dan yang penting harga mampu milik. Kena pulak kami dapat harga promosi terhad untuk 5 unit sahaja. Dan kami sempat dapat 1 unit dari 2 unit promosi terakhir. Harga asal RM322k. Tapi bila dah diskaun promosi kami dapat dengan harga RM288k. Rezeki betul!!

Rumah terletak di kawasan perkambungan Pantai Balok, to be axact perumahan Balok Pine. Tapi bukan betul-betul tepi pantai. Kawasan rumah kami seberang jalan. Takut jugak kalau rumah betul-betul dekat pantai. Kang jadi apa-apa, tak pasal. hehehe...

Jom layan layout rumah kecil kami.

Pandangan Depan/Belakang

Pandangan Sisi

Layout

Oklahtu... tak besar sangat. 1 tingkat saja. Bukan takmau teres bertingkat tingkat, tapi fikirkan dah tua tua nanti, takkan larat dah nak panjat tangga. Baiklah beli rumah setingkat je. Agak-agak nak lagi luas, kita renovate sampai bucu pagar. hahaha.... yang best pasal rumah ni ialah tanah lebih tepi dan belakang dapur. So bolehlah agak-agak nak tanam cili ker..bunga ker... atau anak cucu main kejar kejar nanti. Haih... tak sabar nak tunggu derang pacak tiang. kikiki....

Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki kepada kami. Memang azam nak bayar installment rumah ni dengan duit Shakle saja jika diizinkan. Harap ini menjadi semangat untuk saya lebih berusaha. Amin!

No comments:

Post a Comment