Tuesday, December 16, 2014

CekMek..resepi terbaik dari saya

Dah kul 1.30pm. Haih.. meeting sampai lupa lunch break nampaknya. Dah la spatutnya harini lunchbreak ada plan lain. Nak ke pos office, nak hantor coklat, nak ambik flyers... alahai.... saya hanya staff bawahan. Menurut saja perintah.
Masuk meeting jadi pemerhati saja. Tapi isu berkaitan tak rasa terbabit sangat. Jom lah... saya share resripi kuih CekMek Molek aauumm...aauumm...!!
Resepi CekMek :
7 ketul ubi keledek jepun(ore kelate panggil ubi stelor)(saiz kecik2 panjang tapak tangan).
2 sudu tepung gandum
Gula
Cara cara:
Steam atau rebus ubi keledek yang telah dikupas sehingga lembut.
Mash/tumbuk halus ubi ubi berkenaan.
Bila ubi cukup halus, tambah 2 sudu tepung gandum.
Uli sehingga adunan tidak melekat di jari. *tepung jgn banyask sangat, nanti cekmek keras
Gentel dan leperka adunan di tapak tangan.
Isikan inti tengah dengan stengah sudu teh gula.
Tutup doh membentuk bujur (sila google gambar cekmek)
Goreng dengan minyak secara deep fried sehingga keperangan.
Tunggu sejuk sket n sedia untuk dimakan.
Amaran : elak lidah melecur jika dimakan semasa panas kerana ini gula yg mencair di dalam kuih.
Alahai.... sedap makan ni pagi pagi hari minggu. Kena pulak ada air kopi panas...
Ubi Keledek Jepun sedia untuk di kukus
Hasil CekMek yang telah digoreng

CekMek Sedap

No comments:

Post a Comment