Thursday, November 20, 2014

Oh coklat!!

Lunch tadi... bila time lapar, macam macam terbayang rasa nak makan. Buka peti ais... voila! Nampak susunan coklat yang org bagi hadiah kat anak-anak.
Ambik n letak tepi tv...

Layan tv, tengok Masterchef US. Sudahnya lupa lak nak makan coklat tu. Boleh pulak yer...? Kuasa minda..!!

Alang alang dah bukak cerita coklat, jom kita tengok apa kebaikab coklat utk kita kita nie terutama ladies.

JANTUNG YANG LEBIH SIHAT
Coklat bagus untuk kesihatan kardiovaskular. Kajian jangka panjang yang trlah dijalankan di Jerman mendapati coklat mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko seranhan jantung sehingga 39%.
Ia kerana kandunn flavanoids sebagai antioksidan yang meningkatkan keanjalan salur darah dan arteri.
Fakta: 1 bar coklat mengandungi 5 kali flavonoid berbanding sebiji epal.

PENURUNAN BERAT BADAN
Kajian dari University of Copenhagen mendapati dark chocolate lebih mengenyangkan berbanding coklat yang dicampur susu iaitu dengan kemampuannya mengurangkan keinginan makanan manis, masin dan berlemak. So jika anda selalu craving makanan makanan berlemak, manis dan sebagainya, pasti coklat dapat membantu!

ANAK ANAK LEBIH GEMBIRA
Apabila seorang ibu hamil mengambil sedikit coklat sepanjang kehamilan, kajian mendapati bayi yang dilahirkan lebih ceria dan lebih banyak tersenyum. Hmmm...interesting..

ELAK KENCING MANIS ?
Betul ke ni ?
Kajian di Itali mendapati mereka yang mengambil dark chocolate sehari sekali dalam 15 hari berturut turut, tahap insulin resistance jatuh hampir 50%.
Flavanoids meningkatkan penghasilan nitric oxide. --sumber ketua penyelidik Cloudio Ferri, M.D, Professor dari University of L'Aquilla, Italy.

KURANGKAN STRESS
Bukan lagi mitos apabila seseorang yang sedang stress atau kesedihan akan tiba tiba mencari coklat.
Makan secara emosi begini sebenarnya.bukan perkara yang buruk. Ahli sains dari Swiss (negara yang popular denn coklat) mendapati mereka yang stress dan mengambil 1 ounce dark chocolate setiap 2 hari, kadar hormoN stress mereka lebih rendah.
So ladies... kot kot korang frust berchinta ker apa, its ok to have dark chocolate rather than a pint of ice cream.

PERLINDUNGAN DARI SINARAN MATAHARI
Para pengkaji dari London baru baru ini menemui fungsi coklat dalam perlindungan dai sinar matahari. Selepas 3 bulan mengamalkan coklat yang kandungan flavanols yang tinggi, kulit akan mengambil masa agak lama untuk menjadi gelap apa ila berada di bawah sinaran matahari.
Hmm... mana kat Malaysia ni nak cari coklat banyak flavanol  eh ? So takdelah sunburn bila kena panas matahari.

LEBIH CERDIK
Waaaa.. makan coklat tingkat brain power!!
Kajian di University of Nottingham mendapati flavanols dari coklat meningkatkan aliran darah ke bahagian bahagian otak lebib lama (2-3jam), yang mana akan meningkatkan prestasi dan alertness otak kita dalam masa singkat.

COKLAT SEBAGAI UBAT BATUK ?
Kandungan theobromine dalam coklat megmbantu melegakan batuk.

PELEGA CIRIT BIRIT
Merupakan ramua perubatan tradisi masyarakat Amerika Selatan dan Eropah sejak abad ke 16.
Ok.. ni boleh bagi kat anak anak yang cirit birit. Good info!

So.. kesimpulannya, coklat ini bukanlah menggemukkan semata mata. Faktor coklat ke arah kegemukan bila kita makan coklat susu yang extra manis dan dallam.kuantiti yang banyak.
Amalkan dark chocolate. Lebih tinggi flavonoids dan flavanols..dan kurang gula.

Ok... jom lah makan coklat. :-)

1 comment: