Semalam beli nasi kandar, nasi separuh, kuah kari ikan ngan peria goreng crispy. Harini pun sama gak. Nasi separuh, kuah kari ikan, peria goreng crispy, tapi ada tambahan gulai telur ikan (protein yang sangat sedap!).
Nasi Kari Peria Goreng |
Dari kecik duk makan kari. Arwah Abah suka kari. Bak kata adik beradik kami dulu-dulu... "kari hari hari...hari-hari kari". Sehari takde kari tak sah!! Kuah sup atau singgang hanya bila Abah outstation sahaja. Biasalah... Abah orang utara. Harus la kari feveretnya.
Kadang-kadang bila Mama dah bosan masak kari hari-hari, Abah akan beli kuah kari siap-siap dari kedai. Beli banyak n simpan dalam freezer. Bila nak makan je, senang. Panaskan kuah, masukkan isi ikan. Nak lagi kick, taruk bendi n tomato. Anak-anak tak komplen. Asal sedap je kami telan. hehehe...
Meh nak kongsi 1 resepi kari sedap simple.
1 ekor ikan kembung saiz sederhana dipotong 2 (buat syarat je nak rasa ikan)
1 tangkai daun kari
2 bungkus serbuk kari ikan
1 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang merah (kecil) (dimayang)
1 sudu bedar asam jawa (dilarutkan dengan 1 cawan air, buang biji)
1 biji tomato (dipotong)
3 biji bendi (ikut suka, tanak letak pun ok)
2 camca minyak masak untuk menumis
Cara masak :
Tumis semua bawang (putih & merah) dengan daun kari sampai wangi.
Larutkan serbuk kari menjadi paste n masukkan bersama bahan tumis. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato. Tumis bersama seketika.
Masukkan air asam jawa.
Bila mendidih, masukkan ikan.
Bila ikan sudah masak, masukkan bendi.
Tu saja caranya. Masak kari orang malas. Tapi serius la.. walaupun masak macam ni je, kami adik beradik makan bertambah tambah. Kena pulak kalau ikan diganti telur ikan n sambal cili special Mama. Hohohoho.....
Untuk makluman, dapur Mama dulu jarang guna rempah ratus macam kulit kayu manis, bunga lawang etc.. hanya ada yang basic saja. Tu pasal la resepinya mudah sangat. Tapi selagi dimasak oleh ibu kita sendiri, selera tu takyah heran. Habis aje nasi seperiuk. Lagipun kari yang macam ni tahan lama dan tak mudah basi. Yelah kan.. mana ada guna santan.
No comments:
Post a Comment