Monday, February 18, 2013

KEPERLUAN PROTEIN KEPADA IBU MENYUSU

KEPERLUAN PROTEIN KEPADA IBU MENYUSU
Wanita yang menyusukan bayi amat memerlukan pemakanan yang tinggi kandungan nutrisi dalam diet seharian. Apa yang ibu makan akan terus disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Selain keperluan vitamin dan mineral tambahan, ibu menyusukan juga memerlukan lebih protein bagi memastikan badan terus menghasilkan susu yang berkhasiat. Walaupun ramai yang mengatakan pemakanan mereka adalah cukup berkhasiat, namun masih ada lagi ibu-ibu yang memerlukan lebih protein dengan bantuan pemakanan tambahan.


KEPERLUAN PROTEIN BAGI IBU MENYUSU
Wanita yang menyusukan bayi memerlukan lebih banyak protein berbanding wanita yang tidak menyusukan. Mereka bukan sahaja perlu memenuhi keperluan badan sendiri, malah memerlukan lebih tambahan protein untuk mengekalkan tenaga kepada badan semasa proses penghasilan susu badan dan juga sebahagian protein juga perlu dibekalkan kepada bayi yang disusukan melalui susu ibu.

SIAPA YANG MEMERLUKAN PEMAKANAN TAMBAHAN ?
Kebanyakkan wanita sememangnya tidak mendapat cukup bekalan protein dari diet harian mereka. Malah walaupun mereka peka dengan pengambilan protein, masih lagi tidak cukup dan agak mencabar untuk mereka menampung keperluan protein oleh badan terutama bagi ibu menyusu. Maka di sini pemakanan tambahan seperti serbuk minuman protein mampu membantu.

BAGAIMANA MEMILIH PRODUK PROTEIN ?
Di pasaran terdapat berbagai jenama serbuk protein. Kebanyakkannya adalah sumber protein berasaskan soya atau telur. Walaubagaimana pun, apa yang penting di sini adalah jenis dan bilangan kandungan asid amino yang terkandung dalam produk terbabik. Asid Amino adalah sangat penting bagi pertumbuhan sel dan badan. Asid Amino tidak dapat dihasilkan oleh badan dan kehadiran Asid Amino yang lengkap (9 jenis) dalam produk yang dipilih adalah amat penting.

9 Jenis Amino Asid yang diperlukan:
  1. Histadine : berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.
  2. Isoleucine: Diperlukan untuk sintesis hemoglobin, unsur utama sel darah merah
  3. Leucine : Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
  4. Lysine : diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysine juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan
  5. Methionine : Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku
  6. Phenylalanine : Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
  7. Threosine : Dapat meningkatkan mood positif dan juga antioksidan.
  8. Tryptophan :Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan.
  9. Valine : Penting untuk pembinaan otot. Kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh. Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal
SHAKLEE ENERGIZED SOY PROTEIN (ESP)
Shaklee menawarkan minuman protein berasaskan Non-GMO soy (soya) yang terbaik.
Shaklee ESP mengandungi kesemua 9 Asid Amino yang diperlukan oleh badan dan mampu membekalkan tenaga bagi memulakan hari anda.
jom teruskan bacaan anda :
Energized Soy Protein (ESP)
Set Berpantang/Hamil/Menyusu + Shaklee ESP



Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

No comments:

Post a Comment