Tahukah anda... dari 100% keperluan Kalsium kita, sebanyak 99% kalsium disimpan di dalam tulang dan gigi ?
TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM
1. HYPOCALCEMIA
- Masalah kekurangan kalsium dikenali sebagai hypocalcemia (kandungan kalsium rendah dalam darah). Tahap kalsium boleh menjadi rendah secara berperingkat tanpa badan kita sendiri menyedarinya. Ini kerana tiada tanda significant yang mampu dilihat atau dirasai sehinggalah tahap kalsium dalam badan jatuh semakin rendah sehingga mencapai tahap merbahaya. Jika Hypocalcemia tidak berjaya dikesan lebih awal, ia mungkin boleh membawa maut (menurut Office of Dietary Supplements).
2. NEUROMUSCULAR DYSFUNCTION
- Jika hypocalcemia tidak dapat dikesan, ini akan membuatkan paras kalsium dalam badan lebih rendah dan anda mungkin akan mengalami KEKEJANGAN & SAKIT-SAKIT OTOT dan juga rasa badan menggigil/terhuyung hayang terutama apabila berjalan. (menurut Merck Manuals).
3. KEKELIRUAN DAN HILANG INGATAN
- Kekurangan kalsium yang amat ketara juga akan mengakibatkan seseorang mengalami tanda-tanda kekeliruan dan hilang ingatan. Ini terjadi kerana kekurangan kalsium dalam darah akan mengganggu fungsi sistem saraf dan akan mengakibat kekeliruan mental, halusinasi dan delusi, dan juga hilang ingatan (mnurut Merck Manuals). Perubahan mood yang mendadak dan tekanan (depression) juga boleh terjadi.
4. HYPERTENSION DAN ARRHYTHMIAS
- Keadaan hypotension adalah petanda dan disertai dengan rentak jantung yang abnormal (arrhythmias). Ini akan menyebabkan terjadinya kegagalan jantung (heart failure) dan diikuti dengan masalah pernafasan, lemah dan bengkak di sekitar kaki dan pergelangan kaki (edema) (menurut Cleveland Clinic).
- Dermatitis boleh juga berlaku apabila berlaku kekurangan kalsium pada kulit. Kulit akan kelihatan kering dan bercalar, kulit juga akan menunjukkan tanda-tanda eczema (menurut Cleveland Clinic). Bintik bintik gelap pigmentasi juga akan kelihatan pada kulit.
Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir
No comments:
Post a Comment