Monday, November 14, 2011

Iklan kesedaran Denggi

PLEPAP!!! - bunyi tangan ibu tepuk belakang kakak.

Tasneem cam terkejut... " kenapa Ibu pukul kakak ?"
Ibu : Ibu pukul nyamuk tadi.... dia hisap darah kakak kat belakang...
Tasneem: oo.. ok... Ibu kalau nyamuk giget kakak nanti kakak jadi macam abang. sakit demam, pastu pengsan. kan ibu kan ?
Ibu: Yer lah... Tanak la kakak jadi macam abang nanti kan....

Itu perbualan kami pada satu petang.

Cepat betul kakak ni tangkap ape-ape. walhal iklan kesedaran Denggi tu baru sekali dia tengok. Dah boleh faham kalau nyamuk giget nanti sakit n masuk hospital.

Haaa.. tu lah, sape suruh memandai tanak pakai baju. Kang dah kena giget nyamuk. Tapi tau pulak takut ngan nyamuk. Haish....

Tuesday, November 8, 2011

apa kaitan cuti ngan rumah sewa ?

Semalam cuti. sambung lagi sehari dari cuti raya haji, kononnya mau berehat.

Tapi macam biasalah, otak ni suka bebenor banyak berfikir. Tiba-tiba pagi tu saound kat asben tersayam nak jenjalan ker rumah sewa kami di tropicana utk tengokkan tong surat. Takut ada lagi bil atau surat peribadi yang sampai ke sana & juga untuk check it out keadaan sekitar rumah tu.

Sebelum ke rumah sewa, kami ker bank dulu untuk urusan nak amek geran kereta kat bank sekitar Bukit Bintang. Gila bosan masuk KL, so kita abaikan citer di sana. Rumusannya kini aku berjaya memiliki sediri 2 keping geran kereta. 1 dah abes bayar n 1 lagi masih utang bank.

Kami kendia gerak ker rumah sewa dah agak tengahari. sampai sana, alang alang dah nak pegi tengok tong surat, opis management pun bukak lagi, terus mintak husband pegi tanyakan service fees yang rasanya dah hampir setahun tertunggak. Mana taknya, asyik malas aje kalau fikirkan nak kena travel jauh dari putrajaya ker PJ di masa office hour untuk urusan pembayaran. Ishk.. apesal laa takde kemudahan bayaran online. Senang sket segala urusan hanya di hujung jari. hehe..

Bila di check, kami tertunggak bayaran hampir 1500. Huh.. sib baik bawak cash, dan dan tu jugak terus bayor sikit. Selebihnya bayarkan bulan depan tolak dari sewa rumah. Kami mintak tanent kami tolong bayarkan dan resitnya simpan & scan untuk email pada kami. Untuk penyewa kali ni (dah masuk 2 tahun menyewa), brader ni lah penyewa yang paling senang berurusan. Takde banyak kerenah & duit sewa akan masuk setiap 1hb stiap bulan. Kalau dia kena outstation, awal2 lagi dia akan bagitau atau transfer duit sewa awal-awal. Bukan macam penyewa lama dulu. Macam-macam pe'el nak kena layan. Sampaikan ada jugak yang lari & tanak jumpa muka sebab tak mampu nak setel 4 bulan hutang sewa rumah. huh!! sampai skarang aku masih lagi mengira berapa derang hutang + interest yang akan dikenakan (tu pun kalau derang ada niat nak datang setelkan hutang). Kalau diikut hati, mau aje aku cari derang tu sampai kampung mak bapak derang, tapi entahlah. kalau derang tak bayar hutang aku tu di dunia, tunggulah akhirat nanti.

Semalam tengok tong surat, melambak-lambak surat penyewa berhutang tu dalam tong surat. Ada salah satunya nampak macam surat lawyer. Entah-entah nak kena saman pasal tak bayar hutang keter ker hapa. Wallahualam... kami bairkan aje surat-surat tu dalam tong tu, biar berkulat pun takpa.

apasal tetiba keluar mode geram ni ? choy !!

Sunday, October 23, 2011

Keluhan

"Gua tak join bukan sebab wa sibuk menjahit atau mengait crosstitch. Kerja lain pun ada nak dibuat. Kalau tak buat time tu, bila nak boleh buat ? Kerja gua bukan fokus 1 benda saja."

Friday, October 21, 2011

Kisah sliper jepun

Smalam kami ke alamanda dengan tujuan nak cari susu n pampers kakak. Tapi sebaliknya terjadi. Sampai aje alamanda, susu kakak dah habes, pamper plak mahal nak mamp,,, sudahnya kami masuk kedai kasuit.

Hasilnya terbelilah kasut bola babah & IPANEMA flipflops utk kakak. Yang kasut babah tu okleh..dah memang lama hajat babah nak beli. Tapi slipar jepun kakak tu memang tak sangka. Boleh pulak dia tertarik nak beli slipar jepun mahal. Lagi mahal dari slipar uptown ibu neh.



Dah dibayar kat kaunter, terus sebok nak pakai dah. Agak slipar tu cam besar sket, longgar lah. Memang asyik terlucut memanjang ler kalau tasneem lorat berlari.

Dah sampai balik rumah, kakak simpan sliper dia dalam rumah. Risau hilang agaknye. hehehe...

Tapi takdir allah menentukan, malam sebelum tido kakak telah mengelami sedikit kecederaan di kaki. Akibat berjalan di dalam gelap, langsung kaki terlanggar bucu toys yg rosak dan tajam. Dah tak pasal-pasal babah dah jadi petugas pbsm malam tu. Nasib baik luka tak dalam. Cuma kulit kaki je terseyet n sedikit darah.

Pagi ni bangun tido, meragam kaki sakit. Mandi pun takleh basah kaki. Sudahnya sliper mahal tu bawak aje masuk beg skolah & tak pakai pun. Ibu jugaklah yg nak kena dukung kakak sampai masuk ke kelas.

Harap petang nanti kaki kakak dah "ok".

Thursday, October 20, 2011

Dah Oktober rupanya...

Tup tap tup tap dah nak akhir tahun. Gedebak gedebuk tetiba dapat utusan jemputan ke hari graduasi skolah kakak.

Wah...! umur 3 tahun dah grad. haha...

Grad apenye weh... lagi tahun depan nak sambung masuk skolah lagi. Ni biasa biasa je majlis sambutan akhir tahun. Bagi sijil kat budak 6 tahun yg tamat pengajian.

Selasa lepas babah jemput Tasneem dari skolah. Teacher ada berikan skeping gambar kelas dia untuk tahun ni. Laa hai... comel aje budak budak ni. Kecik aje kakak duduk sbelah Cikgu Besar tu.



Dalam ramai ramai, Tasneem lah nampak smart pasal duduk tegak kaki bersilang. Ada gaya jadi prefect. :D

Thursday, October 13, 2011

jom bayar cukai

Baru lepas bayar cukai kat website MBPJ. Ingat tadi dah nak kena gi opis mbpj yg sememangnya teramat sukar nak dapat parking. hehe... nasib baik terfikir ePBT. Segala bill boleh di query terus (saman ker hapa ker pun boleh query je), user just perlu daftarkan diri, masukkan nombor ic & selang sminit, sistem dia akan query no ic kita &paparkan aje segala hutang, saman & tunggakan kita ngan mbpj.

Bayarn aje online. setel.... hehee.. (berpeluh jugak nengokkan amountnyer...)

Wednesday, October 12, 2011

Jeming Intan Berlian

Cuba korang google nama Jeming Intan Berlian. Apakah akan keluar ?

hehehehe.......

Tuesday, October 11, 2011

Selamat Hari raya

Ni haa.. saja baru nak letak gambar raya. Sori lah lambat. Dah masuk raya deepavali haji, baru nak upload gambar raya. hehehe...




SELAMAT HARI RAYA SEMUA !!

ps: apehal gambo atas tuh takleh nak pusin? 

Thursday, September 29, 2011

Mimpi disiang hari.. (harga kereta tanpa cukai)

kan best kalau kita-kita sebagai warganegara malaysia yang bermastautin sepenuhnya di Malaysia boleh beli kereta dengan harga tanpa cukai.....




haish... berangan le korang...

sumber : http://www.gilerkentang.com/harga-kereta-tanpa-cukai-di-malaysia/

Tuesday, September 27, 2011

hasil keyword minggu ini

gila, ada jugak keyword tak snonoh sampai ke sini. ape ko ingat blog aku neh tpt lempias nafsu kah ?



gila punya orang.....

Monday, September 26, 2011

Search Party. Cat ilang

Semalam gi jemput Tasneem memandangkan Babahnya ada kelas. Memang stiap kali menjemput Tasneem, pasti ada sesi main kat playground depan tadika secara paksa rela. Mau spend masa kat buaian at leats stengah jam stiap hari. Dah malas nak gaduh2 ajak balik, biar je lah dia main2 sebelum balik berkurung di rumah. masa sesi main-main, habis semua budak-budak kat situ dia bertegur, waima baby 3 bulan skalipun. Nampaknya social skill dia dah bagus.  Heran pulak camanalah Babahnya boleh buat trick elak main playground bila turn Babahnya menjemput. Susah nak fikir. (Tapi memang ya Tasneem gerun lebih sikit dengan Babah berbanding Ibunya).

Bila dah rasa lama sangat main-main kat playground, Ibu berjaya pujuk Tasneem balik. Masuk2 kereta, kecoh nakkan Cat dia. Bukak dlm beg, Cat nya takde lak. Dah satu hal kena masuk Tadika balik nak mencarinya.

Maka petang tu, kecohlah Teacher-teacher tadika selongkar almari bantal tilam mencari Cat Tasneem. Bukan stakat Teacher aje, Cikgu Besar  & Owner Tadika pun join skali the search party. Serius kecoh. Tapi si Tasneem ni pulak boleh lompat sana-sini bergumbira dalam tadika (seperti tadika tu dia yang punya) masa sesi mencari tu. Hampir 15 minit mencari, Teacher dah jumpa cat & bantal tido dia dalam kabinet tilam tido. Ada duk kat bawah sekali. Heran plak camana benda tu boleh ada kat situ sebab tadi Teacher tu baru je nampak Tasneem main2 sambil gosok kat pipi kawan tangan Cat dia. Dalam pulak terperosoknya Cat tu.

Tapi takpelah, Alahamdulillah Cat dah dijumpai. Bolehlah Ibu balik dengan hati yang tenang (ape kes ibu plak ada efek lebih-lebih ?). Kalau tak, mau malam ni tido meracau-racau ngamuk nakkan Cat comot dia tu.

nanti kalau berkesempatan, nak tepek gambar Cat yang baru dibeli & Cat selepas 2 tahun. Banyak betul bezanya !!

Thursday, September 22, 2011

Ucapan Selamat Berjaya untuk Babah

Good Luck kepada Babah yg memulakan kerja di tempat baru (sbenarnya 2minggu lepas dah mula kerja). Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan. Doa rezeki sentiasa ada untuk anak-anak.

Babah kerja kat mana ? Takpelah... biarlah rahsia. Taknaklah citer lebih-lebih. Tak suka dibanding-banding orang. Lagipun kami masih merangkak-rangkak dalam membina hidup. Pisssssss... V(' -')V

Wednesday, September 21, 2011

ape nak tulis ah ?

kenkadang heran dengan blogger yg boleh update blog 3-4 entry sehari. banyak benor bende yang diorang nak ceritakan ehk..?

Santai Petang bersama Gloria Gaynor

Petang2 ni lepak2 tunggu nak balik. kat radiao keluar lak lagu "I Will Survive" by Gloria Gaynor. Ini bikin gua teringat citer "The Replacement". Heronya Keanu Reeves yg kacak. Yer.. citer tu best. Bagi aku lah. Orang lain aku tak tau. meh sini kita share lirik dulu.


Image ehsan Nek Google
I WILL SURVIVE
by: Gloria Gaynor

First I was afraid
I was petrified
Kept thinking I could never live
without you by my side
But I spent so many nights
thinking how you did me wrong
I grew strong
I learned how to carry on
and so you're back
from outer space
I just walked in to find you here
with that sad look upon your face
I should have changed my stupid lock
I should have made you leave your key
If I had known for just one second
you'd be back to bother me

Go on now go walk out the door
just turn around now
'cause you're not welcome anymore
weren't you the one who tried to hurt me with goodbye
you think I'd crumble
you think I'd lay down and die
Oh no, not I
I will survive
as long as i know how to love
I know I will stay alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
and I'll survive
I will survive

It took all the strength I had
not to fall apart
kept trying hard to mend
the pieces of my broken heart
and I spent oh so many nights
just feeling sorry for myself
I used to cry
Now I hold my head up high
and you see me
somebody new
I'm not that chained up little person
still in love with you
and so you felt like dropping in
and just expect me to be free
now I'm saving all my loving
for someone who's loving me 
Amacam ? Jom kita nyanyi karaoke jamban lagu nih. Kasi gegar dinding. Lagi best kalau bleh wat line dance guna lagu nieh. Ni nak kena mintak kak kay ajar nieh. boleh kak kay ?

Winona Ryder saya

Tasneem dah bertukar gaya rambut ala-ala Winona Ryder raya lepas. Perubahan tu sangat pantas. Semua tindakan adalah diluar dugaan.

Asalnya tujuan keluar hari tu nak beli starter lampur rumah wawan KB dia. Pastu tiba-tiba Babahnya cakap nak gi potong rambut Tasneem pasal nampak style yg amoi  dulu potong macam gaya tak siap aje. Bila selesai proses beli starter lampu, kami lepak lunch kat Kedai Mi Musa dulu. Pastu round-round bandar pekan KB cari kedai gunting. Satu bandar dipusing, last-last masuk kami ke salon yg biasa ibu dia duk pegi potong rambut skolah masa skolah-skolah dulu kat Jalan Berek 12.

masuk aje kedai tu, nyonya ni suruh Babah je riba Tasneem atas krusi. Lapik kain ala kadar, terus zass..zass...zass.. cantas rambut sepantas kilat. abih la rambut budak chomm tu jatuh atas jeans Babah tanpa sebarang amaran.

Bila dah abes sesi potong rambut, dah kebas-kebas semua, tiba2 nyonya ni tanya... "ini budak lelaki ka perempuan ? Banyak putih laa.. " (ni nyonya tu lah cakap, bukan saja nak bangga). Alahai.. dah abes gunting baru nak tanya ? adoiyai... sib baik gunting aje, tak guna mesen. kalau tak jadi boboi lah chomm. haha..

Skang ni semua org tanya kenapa Tasneem potong rambut ? Oklah dah potong. Nampak lebih kemas n ssesuai untuk ke tadika. lagipun Tasneem bukan jenis suka ikat rambut. Takdelah rupa mcm budak lelaki. Tasneem masih lagi pakai tudung kalau dia rasa nak, masih lagi carry kucing kesayangan ke mana saja & masih pakai kasut gigirl. So jangan la kata dia boy. Tasneem tetap budak pompuan yg comel (sukatilah dah anak saya).

AkuJeBest

heran betul la. kita yang takde kena mengena dengan dia pun, sibuk jugak duk petik/jaja nama kita bila dia nak bercakap. suka banding membanding. adoi laa.... grow up lah babe. aku tau lah dah takde sape lagi hebat selain dari kau. kau semuanya bagus belaka. dari sekecik-kecik kuku jari sampai sebesar-besar tanggungjawab berkeluarga. tapi pleaselah... people around sbenarnya dah bosan ngan citer kau yang alih-alih...duk citer kau lah paling best. as if the world only revolves around you. oktenkiubai.

ps; sila cerna dengan pemikiran yg matang.

Monday, August 1, 2011

Tasneem 1st Day Tadika (2 Ogos 2011)

Pagi tadi selesai sudah pendaftaran merangkap hari pertama Tasneem di Tadika Vonad.

Risau semalam dah terjawab sebab Tasneem punyalah mengamuk takmau tidur awal. Takut paginya nak ke sekolah di buat perangai takmau bangun ker hapa. Tapi pagi ni Alhamdulillah... by 6.30am, Tasneem dah siap mandi dan bersarapan (walau sedikit).

Kali pertama Tasneem nampak Tadika dia, tiba2 muka Tasneem dah macam suspen. Pastu sibuk-sibuk ajak main playground kat depan tadika (mmg feveret la kalau playfround neh). Kami buat tak tau aje, ajak masuk ke dalam.

Masuk aje dalam tadika, Tasneem tarik beg sekolah letak tepi & terus terpa ke kelas budak 5 tahun dan terus mau duduk kat kerusi. Ok, ni petanda baik.

Sedang kami tengah berurusan pendaftaran dengan Guru Besarnya, Tasneem dah meluru jelajah sampai ke dapur. Takde takut dah. Pastu lepak2 ngan kakak abang depan tv layan katun Tom & Jerry. Budak2 layan Tom n Jerry dulu sementara cikgu mengajar Iqra one by one secara bergilir.

Dah dapat uniform tadika (kaler purple, pink) Tasneem dah tak sabar nak tukar baju. Dah siap tukar baju (sib baik ada saiz), terus dia join kakak abang lepak2. Sekali tengok si Tasneem dah tak nampak sebab blending in ngan budak-budak beruniform sama. Hee.. nampak gaya dah boleh tinggal neh.

Bila semua urusan dah selesai, ni nak kena tinggal lah ini budak. Bila kami amin and  babai aje, dia sibuk  nak ajak keluar pegi main kat playground depan tu. Aiyyooo... camana neh ? Kami pujuk pelan-pelan, cakap Ibu & Babah nak pegi kerja ofis, Tasneem duduk sekolah ngan Cikgu. Tasneem angguk. Kami hantar dia masuk kelas & duduk di meja dengan kawan-kawan baru. Lepas say babai cepat-cepat, kami pelan-pelan keluar.

On the way keluar, nampak sorang budak yang baru juga masuk hari ni. Duk lap-lap mata tepi pintu. Sian plak fikir kalau Tasneem jadi macam tu. Apa-apa pun, tawakal aje lah. Harap-harap Tasneem ok on her 1st day nih.

Risau sampaikan lupa nak snap gambar 1day tadika Tasneem. Alamak... :D

Sunday, July 31, 2011

Kisah Si Hafidat Abd Rashid

Rajin betul mamat/minah ni hantar email nak berkenalan ngan aku.

"Apa kabar,SALAM,my name is Hafidat Abd Rashid,i am presently in Uk, My father is
from (sabah) Malaysia and my mum from UK,i will be coming to Malaysia for
my Vacation soon.i want us to be close before i come to Malaysia so that
you can show me around Malaysia when i visit.please feel free to write me
,so we can get to know our self more. hope to hear from you,, my email is
hafidatrashid@hotmail.co.uk "

Nah gambor awek gebu yang dia hantarkan skali ngan email :
Gambor si Hafidat (bajet cun)


Nampak benor la email scammers. Rasa geram nak carut2 je kat muka penghantar email neh. Tapi selepas selidik, ada blog dedicated pasal scam nih. ( http://isc60.blogspot.com/2011/06/hafidat-abd-rashid.html ). Ni lah maklumat yang ada orang bagik :
IP address: 120.140.103.83
IP country: Malaysia
IP Address state: Selangor
IP Address city: Puchong
IP latitude: 3.0000
IP longitude: 101.6167
ISP: Packet One Networks (M) Sdn
Organization: Packet One Networks (M) Sdn

Kepada sape-sape yang rasa nak pedajal mat/minah scammers nieh, amat dialu-alukan. Apa2 perkembangan mintak share sama-sama. :D

Okbai

Friday, July 29, 2011

Mau potong rambut

Plan nak potong rambut weekend nih. Tapi tak sure nak potong camana. Dulu-dulu zaman bujang aku blasah aje style 'papah' layered (istilah kelate). Tak tau camana nak cakap. Potong pendek tapi still ada ekor2 panjang tak sama kat blakang. Cuba korang bayangkan. Haaa... (pandai2 lah korang)

Dah lama berharap dapat potong rambut gaya Winona Ryder. Sangat cun dan nampak meyakinkan.

foto ehsan pak google

Tapi apakan daya, bentuk muka tidak lonjong & rupa paras tak secantik Winona Ryder. (ayat tak bleh blah). Dan pastinya Babahnya tidak akan setuju rambut sependek itu.

Ok.. harap misi ke salon minggu ni berjaya. Dah lama tak kasi urut-urut kepala ni. Dah naik sengal dah rasanya. Chaiyyok !

Nama pelik

Ramai bertanya kenapa pelik benar nama tadika tasneem tu. Tak reti aih nak menjawabnya. Apa-apa pun, korang boleh je google pasal tadika tu. Ataupun klik saja link ni kalau nak tahu ( Tadika Vonad )

Thursday, July 28, 2011

Mr. Froggy

Bersempena Tasneem mau start skolah minggu depan, dengan semangatnya Ibu dah handmade"kan" Mr.Froggy Luggage Tag untuk beg tadika Tasneem dari kain felt.



oh.. ni sape yang excited ni ?

Cute kan ? (bajet orang nak puji)
Ehem... sape2 nak tempah, boleh mesej. harga blom ditetapkan lagi. hehe...

Tuesday, July 26, 2011

Tasneem akan ke sekolah

Mengikut saranan TokChek Tasneem minta didaftarkan ke Tadika Islamic. Tiba2 jadi bersemangat survey tadika. Hasil carian google, ada lah beberapa Tadika yang ada subject islamic. Tak banyak pun pilihan sekitar putrajaya ni. Antara yang jumpa CIC, BrainyBunch (Putra Perdana), satu Tadika kat Pulau Meranti. CIC & BrainyBunch guna medium English untuk komunikasi. Kat sini dah rasa excited dah bila dapat tahu yang Tasneem akan speaking London spanjang berada di Taska. Agak teruja jugak lah dalam seminggu sebab rasa macam CIC adalah the best untuk Tasneem. Yang melemahkan cuma yurannya dan contract nya saja (memang tak berapa gemar sign2 contract nih).

Agak lama jugak fikir, pastu cari-cari lagi... finally jumpa Tadika & Taska Vonad. 1st impression melalui blog owner dia nampak macam menarik. Lagipun ruang tadikanya agak luas. Budak-budak boleh bergerak bebas. Selepas bercakap telefon dengan pengetua dia. Rasa makin tertarik. Sebab pengetua dia ni, dari segi perbualan sangan baik. Sangat bersifat keibuan dan keguruan. Rasanya pengetua dia bekas guru kot.

Hari ni, habis saja meeting, mintak excuse dari bos untuk masuk dari lunch lewat sikit untuk survey tadika Vonad nih & booking place untuk Tasneem kalau berminat. Kebetulan Babah dia masuk kerja lewat petang sket, ajak lah teman untuk 2nd opinion.

Sebaik melangkah masuk, kami disambut oleh cikgu yang sedang berehat di ruang tv bersama 2 orang anak2 transit. Pakaiannya ok lah. Takdelah berkain batik ker hapa. Berseluar slack dan t-shirt longgar. umur lingkungan 40-an. Ala mak-mak dah. Masa kami sampai tu, time budak-budak tidur siang.

Kami dibawa berjumpa pengetua. Pengetua bawa kami melawat sekitar tadika. Keadaan bersih, ada toilet kanak-kanak, bilik mandi kanak-kanak. Kami dibawa ke ruang tidur. Budak-budak mostly sedang tidur. Nampak  semuanya tidur dalam nap cot macam dalam gambar ni :


Ada yang berlapik comforter, ada yang tidak. Tapi walau tak berlapik, nampak selesa. Budak-budak semua nyenyak tidur kecuali sorang dua yang cikgu dia cakap dah memang tertidur dalam kelas tadi :-D .

Tadika ni terbahagi kepada 3 kelas ikut umur 4,5,6 tahun. Kelas 4 tahun ada jugak campur sorang dua budak 3 tahun. Meja-meja plastik warna-warni disusun macam dalam bilik darjah. Kan best kalau tadika aku dulu-dulu macam ni. hehe..

Kelas untuk 5 tahun

Sambil-sambil borak tu, pengetua ada release sorang dua budak yang balik awal (anak cikgu kot). Sementara tu, kami dilayan oleh cikgu kelas 4 tahun. Budak-budak tadika diberikan buku aktiviti. Best jugak tengok kerja sekolah budak-budak ni. Pastu terdengar pengetua berbincang dengan pengusaha bas untuk trip anak-anak tadika esok untuk round sekitar putrajaya dan berpiknik. Aiseh... Tasneem terlepaslah aktiviti ni nampaknya. Selain trip ni, ada juga sebelum ni trip ke macam-macam tempat. Kilang coklat, pusat sains negara, ict.. rajin bebenor cikgu-cikgu derang ni. Sesi petangnya pulak, lepas bangun tido, minum petang segala, solat asar berjemaah dan iqra (kalau ambil package iqra' la). Sementara tunggu dujemput, baru cikgu akan bukak educational vcd ker..atau apa-apa aktiviti bebas. Rasanya Tasneem takkan bosan main-main petang dalam Tadika tu pasal ada banyak buku-buku dan permainan.

Teringat balik request TokChek minta hantar ke Tadika Islamic. Kat Vonad ada jugak kelas iqra'. Plan asal nak ambik aje. Tapi bila cikgunya cakap anak-anak 3 tahun tak digalakkan sebab takut derang bosan atau tertekan, terus kami batalkan aje. Lagipun memang ada subjek agama dia ajar masa tadika (stakat kenal alif ba ta, doa asas, bacaan sembahyang, kisah nabi etc..) so tak pe lah dulu. Tunggu 5 tahun baru start iqra'.

Konklusinya, terus aje kami booking pendaftaran. Bayaran pendahuluan RM80. Balence yang ratus-ratus tu boleh dijelaskan sebelum mula hari pertama. Fikir punya fikir, daripada menunggu januari 2012, baik terus start kelas bulan September 2011. Takpelah kalau dia belajar sikit-sikit dulu. Bukan nak tekankan sangat pun. Kalau Taneem minat, dia belajar, kalau tak dia boleh main-main kenal huruf dan follow nyanyi ker. Tapi kalau Tasneem boleh catch up, alhamdulillah...(ps: Tasneem akan menjadi budak termuda dalam kelas 4 tahun pasal umur dia bila masuk tadika nanti baru 2 tahun 9 bulan. Biasalah lahir bulan doblas...)

Hai.. berat je hati nak bagitau cikgu Taska Tasneem sekarang ni yang Tasneem nak pindah sekolah. ape alasan nak bagi ye ? Taska sekarang pun ok dah. Cuma tu lah, takde pengisian untuk budak 2tahun 7 bulan.

ps: kalau nak tahu pasal yuran-yuran lain, sila call Tadika Vonad (maklumat no tepon boleh di google). Saje tanak tulis kat sini sebab rate yuran mungkin berubah-ubah mengikut package Tadika/Taska

Wednesday, July 20, 2011

13 July 2011, Arsenal vs. Harimau Malaya

Kronologi:
Bangun pagi cam biasa, kerkocoh-kocoh siapkan diri ker opis. Tapi husband rilek jer. Katanya nak EL je n mintak tinggalkan aje Tasneem ngan dia. Takyah gi taska.
Sementara saya di ofis, Babah layan Tasneem spanjang hari. Pi sarapan tosei kat mamak (makan tosei n ribena), bawak jalan-jalan kat Floria Putrajaya. Bila tengahari, kami semua keluar lunch sama-sama kat seri serdang.
Petang kul 5, pecut balik rumah. Mandikan Tasneem n siapkan apa-apa bekal/peralatan perjalanan.
Kul 8.30 am, berjaya sampai masuk stadium setelah mengharungi berbagai cabaran.

Ni ada beberapa keping gambar jarak jauh yg berjaya disnap. Maafkanlah atas imej yang kurang jelas. Ambo pakai kit lense sahaja....

























Sehari lepas friendly game ni, keluarlah macam-macam berita mengatakan team malaysia di boo, penyokong tak patriotik laa... player malaysia nervers laa, sbb tu kalah. Ala... dah memang sah-sah arsenal tu player dia ramai star. Tak payah lah nak lorat duk kata  macam-macam kalau kalah. Kalah 4-0 tu pun dah kira ok. taklah samapi 12 -0 ker hapa. Lagi satu, kaler baju pun nak kecoh. Biarlah penonnton nak pakai baju kaler apa pun. Kebanyakan penonton yang ada sekeliling kami pun pakai baju merah gak, tapi kami sokong dua-dua team. Takde la nak kutuk ker hapa, jauh lagi nak boo team malaysia. Apa-apa pun kami seronok layan game hari tu.

ps: Apekah Negara Malaysia ni sensitif dengan kaler baju ? Mintak tolonglah jangan jadikan isu remeh macam ni. Banyak lagi isu lain yang lebih penting untuk difikirkan. Sila jangan bazirkan sel otak anda dengan isu-isu remeh.

Cam Kulit Lutut

Pagi ni, rasa agak tercabar bila ada menegur kulit muka gua berkedut. Yes.. berkedut. Memang lah tak sekedut nenek tua. tapi kasar n agak kelam..maybe.

Memang pun.. tak dinafikan. Tapi apakan daya. skarang ni..sejak-sejak dah ada anak, memang dah kurang masa untuk 'mencantikkan' diri sendir. Sudahnya memang diri ni akan jadi spesis tak siap. Baju pun ala kadar aje. Takde lah nak pakai baju raya setiap hari untuk ke ofis. cuma kalau ada meeting ker hapa function baru cari baju yang baru sikit n tepek secalit gincu. Bedak compact pun dah hampir stahun stengah beli, tak habis-habis lagi ni. Nampak sangat jarang berbedak compact (fyi : bedak baby adalah bedak rasmi kami sekeluarga).

Ingat dulu zaman-zaman matrik, stiap pagi cuci muka, sapu toner, letak krim n bedak sikit kat muka. Pastu baru bersiap tunggu bas ke kelas. Balik dari kelas, malamnya ulang lagi skali regim yang sama & tambah sikit krim vitamin C. Baru selesa nak tido. Bila kenang-kenang balik, dulu-dulu memang sangat rajin jaga kulit muka. Lagi pun, dah duduk satu dorm ramai-ramai, mungkin rasa terikut-ikut gaya rakan-rakan lain yang suka berhias. haha.. maybe...

Gambar ehsan google


Skarang ni... balik aje kerja, siapkan keperluan anak (masak, suap makan, main sama). Dah masuk maghrib, tunggu husband balik. Dah husband sampai, terkocoh-kocoh mandi solat. Time ni aje pun aku cuci muka guna pencucui muka semata-mata.  kalau husband balik awal sket, sempatlah tepek mask & lepak dlm bilik aircond skejap sementara tunggu mask kering sebelum dikopek. Bila malam time tido, nak kena peluk-peluk n tepuk-tepuk anak kasi tidur dulu. Kadang-kadang anak blom lelap, maknya dah hanyut dah. Tu pasal lah muka ni tak sempat dibelek sblm tido. Tido terbongkang macam tu aje. Takdenye nak ber'krim' ker hapa.

Nampak gaya, memandangkan kelas  malam husband dah makin berkurang semester akan datang ni, mungkin malam-malam yang akan datang akan sempatlah nak manjakan kulit ni ngan macam-macam krim ker hapa. Kulit dah makin kering. kasar-kasar dah cam kulit lutut dah.

Agak2 gaji naik ni, berangan nak beli set penjagaan muka yang elok sket. kasi clear balik kulit ni. Ape eh brand aku pakai dulu ? alaa... dah lupa la.. nampak sangat dah lama sangat tak dikisahkan. heee...

Monday, June 13, 2011

Pagi ni ada earthquake kat Sumatera Utara

5.3 earthquake, Northern Sumatra, Indonesia. Patutlah whiteboard opis aku goyang. Apsal dak2 opis ni rilek jer..? Takdesape rasa ke ?
 Ya Allah... ku mohon perlindungan dariMu. Semoga diberi keselamatan kepada semua kaum keluarga ku. Amin.
seriau wehhh....!!

Birthday Present Babah

Bersempena Babah's coming birthday lagi 2 bulan, Ibu cuba merialisasikan impian Babah untuk menonton perlawanan bola Arsenal walaupun setakat main lawan team Malaysia je & bukan kat Stadium Emirates.

Dah nak rezeki babah dah depan mata.



Arsenal Asia Tour  !! Yess..yess...!! Friendly match lawan Malasia (malu2 mau sebut) on 13 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jadi la yer dok ? Dari takde kan... nak tunggu sampai sendiri ke Stadium Emirates tu tak tahu ntah bila. Ntah2 bila2 pun takkan sampai. Heee....

Semalam gi nak beli tiket kat Kedai Nike Alamanda. Tapi semua tiket dah habis. Agak frust jugaklah. Hasilnya mood semalam agak down bagi laki bini. Laki mood down mungkin sebab frust tiket takde. Bini mood down adalah sebab penat puasa perut lapar blom makan nasik n si Tasneem yang hyperactive tak pepasal dalam keter and di luar kereta (laaagi la menjadi-jadi).

Pagi ni, eden torai beli tiket thru online plak. Selepas 2 kali cubaan, akhirnya berjaya. Beli la tiket yg elok sikit alang-alang nak bagi kat husband tersayang kan... nanti tiket sampai, akan ku cuba paste kat blog dan mempamerkan tiket berkenaan dengan bangganya (nada agak riak disini).

Ok, for those yg masih mencari-cari tiket. Jangan lengah2 lagi. Tiket online kat TicketPro sedang selling fast. Cepat-cepat la beli. Habis tiket dek ulat tiket kang, bergandalah kamu perlu membayarnya. :D

Thursday, June 9, 2011

AwkwardAgama jugak

Baca2 tulisan CursingMalay. Bercerita pasal Awkward Agama. Agak menarik ceritanya (http://cursingmalay.blogspot.com/2011/06/awkward-agama-gelangrantai-dan-siapa.html)

Beberapa hari lepas pun aku ada ternampak situasi awkward agama ni. Terjadi depan masjid kampung area Kuala Selangor.
Time tu dah masuk maghrib. Dan memang ramailah jemaah yang baru selesai solat. aku kebetulan 'girlfren' datang, tunggu je lah husband dari dalam kereta dengan si kecik. Kebetulan masa tu, ada satu kereta sekeluarga cina rosak di depan masjid. Seorang brade yang baru selesai solat sekeluarga (bermusafir agaknya) tanya masalah mereka dan tolong tolak kereta family cina tu masuk ke parking kosong dengan dibantu anak lelaki cina tu dan beberapa jemaah lain turut membantu. Memandangkan abang tu dalam perjalanan, dia minta diri utk beredah dan tindakan seterusnya terpaksalah chinese sekeluarga ni fikir sendiri.

Agaknya kereta tu enjinnya panas. Cina sekeluarga ni macam teragak-agak nak masuk ke masjid nak ambik air memandangkan kesemua ahli keluarga berseluar pendek termasuk perempuan.

Yang peliknya, ada aje jemaah kat situ duk lepak-lepak di birau masjid sambil pandang kosong aje kat chinese family yang kesusahan ni. Kalau yer pun, at least tanyalah apa masalahnya. kalau perlu nak air ke, boleh nak tolong ambil air dari toilet surau. Ni tak, dibiarkan aje orang yg dalam kesusahn terkial2 depan masjid tu.

Haish... aku nak tolong pun takleh nak wat ape memandangkan ada anak kecil yang perlu ditengok dalam kereta.

Last-last, sekeluarga cina tu masuklah juga perkarangan masjid untuk ambil air dengan kelakuan yang nampak segan-segan tak tau nak bagi reaksi apa.

Stakat tu je lah aku sempat tengok, lepas tu aku tak tau dah apa jadi sebab aku terpaksa meneruskan perjalanan.

Tujuan aku tulis ni bukan nak burukkan sesiapa. tapi kalau dah macam tu, apa pandangan non muslim kepada kita  agaknya ye ?

1MalaysiaPenggunaBijak

Rentetan rasa Ketempiasan kenaikan harga barang, tiba2 rasa nak tengok harga barang kat website 1MPB (1 Malaysia Pengguna Bijak).

Untuk makluman, selain melalui website ni, public jugak boleh request info thru SMS DAPAT (15888). Tapi stiap sms yang dihantar di charge RM0.15 dan setiap mesej yg diterima di charge RM0.20 .

Daftar : RM 0.15
Request semakan harga : hantar (RM0.15), terima balik sms (RM0.20)

So untuk starter pack package SMS nih, kira kena invest RM 0.50. :D



Kalau korang jenis sengkek cam aku, ko guna aje pc n internet opis untuk masuk website 1MPB neh. hehe..


Nak guna website neh, aku rasa mcm leceh sket. Sebab nak kena pilih-pilih negeri, daerah (ok la lagi), pastu jenis premis, pastu harga barang. Pastu klik lain plak untuk buat perbandingan utk jenis premis lain. Macam agak leceh la semata-mata nak tengok harga susu tepung anak kan ...
Tambahan, kat table-table yg kita nak kena pilih tu, takde pulak dia tulis apa2 instructions untuk memudahkan pengguna. agak macam website tak siap ja. Mungkin kalut benar nak launch capat2 websitenya, details yang mudah banyak tertinggal.

Bagi aku yang berbackground IT ni pun rasa mcm malas nak klik banyak2 macam2 menu. so lepas 5 min hasil carian macam sikit je (area putrajaya masih tak banyak kedai yg listed), rasa putus asa nak guna website ni tiba2 muncul.

Baik la aku pi tengok flyers ker Tesco/Giant promotion katalog yang bersepah2 dalam post box kat rumah dan dalam keratan akhbar. lagi senang n jimat masa.

(Nota: komen ini dibuat berdasarkan pemerhatian aku ketika ni je, tak tau la masa depan website ni masih wujud atau tak atau dah jadi lebih baik.)

Rasa tempias

Semua harga barang naik. kos sara hidup makin tinggi. gaji yang tak pernah cukup makin menyusut. entah sampai bila benda ni nak berlarutan ?

Orang cakap 9 dari 10 punca rezeki datang dari perniagaan, tapi nak meniaga apa ? bakat takde. modal pun tak tentu mampu untuk pusing balik. haish...bosan lah macam ni. patutlah Kak Limah merungut.

Thursday, June 2, 2011

Test

Test lagi

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Test

Testing blog from bb.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Gaya aBangLa bercuti

Bulan lepas, balik kampung, sempat skodeng Bangla mandi manda sempena cuti hari Pekerja.
Nah untuk tatapan korang. Bukan niat menghina, tapi macam kelakar bila derang masuk Gambang Water Park, mandi masih pakai singlet cap pagoda tu. Pastu ada ati nak ngorat awek local pun ada. Banyak aksi Salman Khan aku ternampak sambil2 mata peratikan anak mandi.

Main urut-urut ka ?




Rangkaian jenama Ben10 bertambah lagi

Itu budak kecik sudah kemaruk Ben10.
Semalam hasil lepak bazir duit kat Uptown Jalan Reko, sudah berhasil sepasang selipar jepun Ben10. Merayu-rayu nak selipar Ben10. Mungkin sebab dengki Babah duk pilih kasut, dia pun nak jugak laa kan. Haish...budak ni.

Tengahari tu Ibu dah belikan baju tido Ben10. Konon nak surprise kan Tasneem. Bila dah pakaikan malam tadi, sukati pulak duk sebut Babah yang belikan bajutu. Hmm...sukatilah nak ooii.. asal bahagia. Hasilnya, Tasneem jadi good girl dengan memakan dinner siket (nak memujuk ibu lah tu kan...).

Malam tu, bila masuk bilik tido, masih lagi duk sebut nak slipper Ben10. Amboi...sampai ke katil nak dipakainya slipper jepun tuh. Hahaha...

Malam ni kami nak gerak ke Penang. Harus jugak dibawa segala baju-baju Ben10 dia. Baju tido yang Tasneem pakai tadi pun nak kena bawak jugak walau belum basuh. Takpe...boleh basuh kat sana nanti. kalau tak, mau nak kena cari uptown penang plan semata-mata nak kena beli baju Ben10 baru nanti.

Monday, May 30, 2011

Lysine for Tasneem the picky eater

Smalam sbeleum jemput Tasneem dari taska, tiba2 rasa tergerak nak belikan multivitamins utk Tasneem memandangkan hampir 2 bulan stop sebab dah habis. Kali ni cuba belikan yang ada Lysine pulak.

sumber : http://kordelskids.com.my

Belikan brand Kordel's sebab nampak ada gambar Mickey Mouse nak tarik Tasneem supaya suka kat vitamin neh.

Kat rumah, sebab terlampau excited dah lama tak jumpa vitamin, Tasneem sampai mintak dua round. Mula rasa macam keberatan nak bagi dua, tapi kalau dah sampai nangis bergayut kat handle peti ais tuh, memang lah terpaksa bagi jugak.
Selang setengah jam lepas makan vitamin mickey tu, cubalah suap mihun sup yang beli petang tadi, memang laju aje mintak nak...nak..nak.. (tapi sayur/daging tanak plak). Ambil maklum sebelum suap mihun sup, Maksu Tasneem ada offer banana kat Tasneem & berjaya habiskan 2/3 (pisang siz besar gaklah).

Sebab perut Tasneem kecik, sesi makan mihun sup berulang 3 kali. finally habis sebungkus dia sorang makan. Alhamdulillah.... tak pernah, pernah macam ni. Siap mintak lagi nak tambah. Haa... sudah...!!
Masuk dapur, bukak sebungkus lagi, tapi kali ni sengaja taruk cili supaya nampak merah dan pedas n Tasneem takmau makan. Hee.. nasib baik trick ni jadik :D. Bukan takmau bagi, tapi taknak lah diturutkan sangat nafsu besar si kecik tu, kang kalau sakit perut, Ibu dia jugak yang susah hati nanti.

Lepas makan mihun sup, dia cari roti gak, tapi makan sikit je. Pastu  sebelum tido, sambil layan2 tv, habis gak susu sebotol setengah.

Nah...!! Ambik kau penangan Lysine neh !

Sunday, May 29, 2011

1st time bawa Tasneem tengok wayang

28 Mei 2011. Tetiba Babah ajak tengok wayang, citer Kungfu Panda 2. Kami excited, sempat balik umah dulu ambik jaket utk Tasneem. Gigih nak kami semua. keja-kejar ke Alamanda. TAPI semua tiket dah sold out. Tak kira movie apa, semua full house sampai ke petang. Ape hal ramai sangat org kat sini. Oh..ok.. Hari Belia tu lah kot.

Kemudian, kami gigih ke IOI Mall Puchong plak. Sampai sana, kunfu panda screening tghari n petang laju menyusut jumlah seatnya. Kebetulan Tasneem dah terlena, Babah buat keputusan (yer.. Babah aje yg buat keputusan) kami semua kena tengok citer Krak screening petang. Punyalah lama menunggu Q utk beli tiket pasal sana bukak 1 kaunter aje. Chess...!! Dah tau weekend ramai orang, bukak la kaunter 2-3. Mau lenguh Babah dokong Tasneem sementara menunggu kami beli tiket (maksu Tasneem pun ada skali).

Petang tu, bila masuk tgk Karak, kami pilih seat 3 paling atas. So ada 1 extra seat kat sebelah. Memandangkan Tasneem dah bangun, dia sure nak duduk seat sendiri kan? Maksu Tasneem duduk seat free tu lah. Hahaha.. jimat cost macam tu.
Mula-mula screen tayang iklan citer2 coming soon, Tasneem elok aje duduk pandang depan (terpegun agaknye). Bila start aje citer Karak (part antu makan kepala orang atas keter tuh), dia dah mula sebut "Husheiennn....husheienn...." (mcm citer kak limah tu..), sebut antu..antu.. dan jerit gelak-gelak. Dah bosan gelak2, mulalah turun seat dia, mulut bising nak itu ini (popcorn, air, nuggets, slipper dia jatuh laa...). macam2 la mulut kecik tu duk bising. Pastu sambil pegang naget, dia bergayut tangan kat seat depan plak. haha.. sian 2 couple depan kami. Tak senang nak romantik feeling2 peluk takut antu. hahaha...
Dah lepas minum susu sebotol, Tasneem mula nak baring2 bawah seta GSC plak. Sukati lah naakk... asal jangan keluar dari barisan seat ni sudah lah. Macam-macam gaya dia kat bawah tu. Nasib baik Maksu Tasneem ada nak tolong melayan. Kalau tak, mau kami semua keluar awal separuh citer.

Review citer: Hmm...antu dia mcm keras je kalau difikirkan balik. Antu2 citer tu semua urban lagend area Karak. Tapi rasanya hantu Kereta Volkswagen tu kalau dengar sbenarnya ada kat area selatan aje kan ? suakti aje derang campur2 kisah antu neh. heh..

Thursday, May 26, 2011

Telemarketer Citibank 03-23331100 / 03-23831100 rude / kurang ajar / annoying / menjengkelkan .

0323331100 / 0323831100

ok. Bosan dengan telemarketer Citibank.

Dah orang taknak ambil loan utk overlap kad kredit, dah lah. Janganlah memaksa-maksa. Asyik duk tanya why taknak..why taknak.. why taknak. Tak paham bahasa melayu kah ? Sepposed kamu dapat kerja kat malaysia ni pun kena at least lulus BM SPM kan ? Tak boleh paham ker ? Sukatilah aku taknak duit loan atas sebab ape? Aku tau lah apa aku nak atau taknak.

Boleh kata setiap hari korang call. Aku cuba ignore korang. Kenkadang 3 kali sehari duk call. Aku nak cuci berak anak pun tak senang.



Ini amoi tak reti bahasa ker? Last month kan dia dah call aku ? Aku cakap elok2 aku tak berminat. Bulan ni call lagi banyak2 kali selama sebulan. Tadi aku dah hilang sabar, jawab ler call dia. Lagi mau paksa aku ambik loan dari Citibank. Ape kejadah aku nak ambik laon tu kalau hanya menambahkan interest bank  yang terpaksa aku bayar. Korang tak payah lah nak mintak time aku untuk explain pasal plan loan ker hapa. Skarang ni aku tak berminat. Kalau aku perlu duit, pandai-pandailah aku cari kalau perlukan sangat loan bank. Janganlah paksa-paksa orang stuju ambik loan atas offer telefon je.

kang kalau aku maki carut2 kang, ko jugak yang malu sbb Citibank rekod semua perbualan.

Bila aku cakap taknak, ko putuskan aje tanpa cakap Thank you ker hapa. F***ing rude la amoi !! Ko tau tak. Kalau aku yg rude kat ko aku rasa takpe pasal ko yg menganggu ketenteraman aku. Ni aku cakap elok2 taknak, ko lak rude. Kepala ***** dia !!

Kan aku dah marah ni !

(aku harap artikel ini dijumpai bila others google nanti , biar padan muka korang telemarketer citibank )

Wednesday, May 25, 2011

Tasneem is Boo (Monsters Inc.)

Saja nak share. Sama tak ? Gambar ni kebetulan je sama. Comel & kelakar pun ada jugak.

Aktor kecik kami

Asal nak masuk malam je, badan aku ting tong... asal ting tong aje time malam. Letih la kalau hari-hari macam ni. muntah dah kurang dah. Yer anak-anak, itu macam tanda2 Tasneem nak dapat adik lagi. Tapi skatakt ni, bila test sendirik kat rumah, masih lagi -ve ( dah 4 kali test okeh! ). So tak mengharap sangat lah (eh ye ke ? haha..).

Tau tak Tasneem dah pandai berlakon. Paling suka dia berlakon tukar karakter jadi baby yg dlm lingkung umur 5 bulan. Pantang bila kita tersalah panggil dia baby, terus aje buat muka blur2 takde fokus dia, tangan bikin kibas2 mcm gaya baby bila di agah. Bila kita suruh dia datang kat kita, mula la wat gaya cubaan nak merangkak tapi tak mampu angkat bontot lagi. Naik bontot sikit, selangkah, then buat2 tersembam muka atas tilam. Adoi laa.. kalau time suka2 boleh la nak melayan. Tapi kalau time kita tgh kalut nak cepat, naik marah ada jugak. Bila dah ditegur suruh dia stop berlakun baby, mula lar dia nangis (ala2 kita tak support lakonan dia). haish.. sangat lah drama queen ini budak..

Semalam baru ternampak ada sorang budak lelaki yang share kereta Ben10 ngan dia sebaik dia masuk pintu Taska. Pastu tak pandang kita dah bila dapat kereta mainan tuh. Patut lah bulan lepas mengamuk nak car-car (kereta) Ben10. Pengaruh abang kat taska rupanya. Sebab ni lah dah terkumpul beberapa barang bertema Ben10 kat rumah. Baju Ben10 pun ada 2. Tu pun jenuh rotate sebab boleh kata setiap hari mintak nak pakai baju Ben10 tuh. Terpaksalah sorok atau cakap basuh.

Kalau dapat teddy bear pun dia tak layan sangat, stakat buat main2 skejap aje, dah bosan nanti, kereta ben10 ngan patung cat tu jugak yang dicari.

Smalam duduk skejap kat teddy bear MakSu dia. Excited sebab besar kot..?

Monday, May 23, 2011

Aku mau pindah Sweeden

Antara fakta yang menarek minat aku nak pindah Sweeden:
  1. The Swedish healthcare system gives everyone who lives or works in Sweden equal access to heavily subsidized healthcare. The system is taxpayer-funded and largely decentralized, and performs well in comparison with other countries at a similar level of development. (Subsidi perkhidmatan kesihatan kepada semua rakyat tak kira status)
  2. All parents get 480 days of paid leave per child, which must be claimed before the child turns eight. The bulk of parental leave is taken by mothers. But more fathers are spending time at home with their children. They now claim about 20 percent of all parental leave.  (Mak ayah dapat cuti khas bergaji untuk luang masa berharga bersama anak-anak)
  3.  
  4. Thirty years ago, Sweden became the first nation in the world to prohibit all corporal punishment of children. (NO SPANKING!!)
  5.  
  6. Children born in Sweden are entitled to child allowance. A parent does not need to apply for child allowance. The child allowance is paid to the parent who is registered with Försäkringskassan. The benefit is paid from the month after the birth of the child or later if the child moves to Sweden. The child allowance is tax-free and is paid until the quarter when the child reaches the age of 16. The child allowance is SEK 1,050 per child per month. Large family supplement is paid automatically if child allowance is received for at least two children. (Ada anak and jaga sendiri, dapat elaun anak)
  7.  
  8. New dads get ten days off work when their child is born, and then share with their partner a further 480 days of paid parental leave. This allows women to continue to pursue their careers, while allowing men to play a larger role in their children’s formative years. (wah... bapak bleh amek cuti bergaji jaga anak sementara maknye kerja/study).
Lain-lain maklumat berkenaan Sweeden, boleh klik sini: http://www.sweden.se/eng/Home/  .

Huhu....tapi sweeden takde budu, belacan, ikan kering, laksam, akok, nasik kandar dsb. Haish... How I wish Malaysian Government ada polisi mcm sweeden. Senang hati mak ayah nak membesarkan anak.

Thursday, May 12, 2011

Nak Handmade ID Lanyard Baru (yg comel)

ID lanyard yang duk pakai ni dah nak putus n sangat buruks. Teringin sangat nak yang baru.
Tapi yang baru perlulah dari jenis handmade and commel. Contoh sila lihat di bawah:
http://www.jajakraf.com/


Rasa cam nak beli terus jer. tapi tetap tak puas hati sebab takleh tengok sendiri produk tu. Harap diri ini boleh bersabar.

Tuesday, April 26, 2011

Dugaan Melayan nafsu tekak berpuasa ganti

Hari ni aku puasa ganti.
Pagi2 dah dapat nasihat pengisian rohani dari ustaz di twitter pasal kesabaran menahan dugaan ketika brpuasa. Terima kasih ustaz_nazleeee.
Biasalah, kalau dah perut kosong, macam2 makanan duk main2/pusing2 dalam fikiran.
Skarang ni aku tak taulah..kepala otak dah meroyan nakkan popia goreng. Memang gigih aku menggugel cerita popia goreng aje kat internet. Macam2 jenis popia terkeluar. Popia ketam, popita kentang, popia ayam, sayur, sengkuang, popia pisang pun ado. Haish.. memang menguji kesabaran n iman betul laa...



Kan best kalau dan-dan ni jugak boleh balik rumah & buat sendiri popia goreng tuh. Boleh makan banyak-banyak sesuka hati. (nampak sangat nafsu tak terkawal !).