Semalam gi jemput Tasneem memandangkan Babahnya ada kelas. Memang stiap kali menjemput Tasneem, pasti ada sesi main kat playground depan tadika secara paksa rela. Mau spend masa kat buaian at leats stengah jam stiap hari. Dah malas nak gaduh2 ajak balik, biar je lah dia main2 sebelum balik berkurung di rumah. masa sesi main-main, habis semua budak-budak kat situ dia bertegur, waima baby 3 bulan skalipun. Nampaknya social skill dia dah bagus. Heran pulak camanalah Babahnya boleh buat trick elak main playground bila turn Babahnya menjemput. Susah nak fikir. (Tapi memang ya Tasneem gerun lebih sikit dengan Babah berbanding Ibunya).
Bila dah rasa lama sangat main-main kat playground, Ibu berjaya pujuk Tasneem balik. Masuk2 kereta, kecoh nakkan Cat dia. Bukak dlm beg, Cat nya takde lak. Dah satu hal kena masuk Tadika balik nak mencarinya.
Maka petang tu, kecohlah Teacher-teacher tadika selongkar almari bantal tilam mencari Cat Tasneem. Bukan stakat Teacher aje, Cikgu Besar & Owner Tadika pun join skali the search party. Serius kecoh. Tapi si Tasneem ni pulak boleh lompat sana-sini bergumbira dalam tadika (seperti tadika tu dia yang punya) masa sesi mencari tu. Hampir 15 minit mencari, Teacher dah jumpa cat & bantal tido dia dalam kabinet tilam tido. Ada duk kat bawah sekali. Heran plak camana benda tu boleh ada kat situ sebab tadi Teacher tu baru je nampak Tasneem main2 sambil gosok kat pipi kawan tangan Cat dia. Dalam pulak terperosoknya Cat tu.
Tapi takpelah, Alahamdulillah Cat dah dijumpai. Bolehlah Ibu balik dengan hati yang tenang (ape kes ibu plak ada efek lebih-lebih ?). Kalau tak, mau malam ni tido meracau-racau ngamuk nakkan Cat comot dia tu.
nanti kalau berkesempatan, nak tepek gambar Cat yang baru dibeli & Cat selepas 2 tahun. Banyak betul bezanya !!
No comments:
Post a Comment