Agak lama jugak fikir, pastu cari-cari lagi... finally jumpa Tadika & Taska Vonad. 1st impression melalui blog owner dia nampak macam menarik. Lagipun ruang tadikanya agak luas. Budak-budak boleh bergerak bebas. Selepas bercakap telefon dengan pengetua dia. Rasa makin tertarik. Sebab pengetua dia ni, dari segi perbualan sangan baik. Sangat bersifat keibuan dan keguruan. Rasanya pengetua dia bekas guru kot.
Hari ni, habis saja meeting, mintak excuse dari bos untuk masuk dari lunch lewat sikit untuk survey tadika Vonad nih & booking place untuk Tasneem kalau berminat. Kebetulan Babah dia masuk kerja lewat petang sket, ajak lah teman untuk 2nd opinion.
Sebaik melangkah masuk, kami disambut oleh cikgu yang sedang berehat di ruang tv bersama 2 orang anak2 transit. Pakaiannya ok lah. Takdelah berkain batik ker hapa. Berseluar slack dan t-shirt longgar. umur lingkungan 40-an. Ala mak-mak dah. Masa kami sampai tu, time budak-budak tidur siang.
Kami dibawa berjumpa pengetua. Pengetua bawa kami melawat sekitar tadika. Keadaan bersih, ada toilet kanak-kanak, bilik mandi kanak-kanak. Kami dibawa ke ruang tidur. Budak-budak mostly sedang tidur. Nampak semuanya tidur dalam nap cot macam dalam gambar ni :
Ada yang berlapik comforter, ada yang tidak. Tapi walau tak berlapik, nampak selesa. Budak-budak semua nyenyak tidur kecuali sorang dua yang cikgu dia cakap dah memang tertidur dalam kelas tadi :-D .
Tadika ni terbahagi kepada 3 kelas ikut umur 4,5,6 tahun. Kelas 4 tahun ada jugak campur sorang dua budak 3 tahun. Meja-meja plastik warna-warni disusun macam dalam bilik darjah. Kan best kalau tadika aku dulu-dulu macam ni. hehe..
Kelas untuk 5 tahun |
Sambil-sambil borak tu, pengetua ada release sorang dua budak yang balik awal (anak cikgu kot). Sementara tu, kami dilayan oleh cikgu kelas 4 tahun. Budak-budak tadika diberikan buku aktiviti. Best jugak tengok kerja sekolah budak-budak ni. Pastu terdengar pengetua berbincang dengan pengusaha bas untuk trip anak-anak tadika esok untuk round sekitar putrajaya dan berpiknik. Aiseh... Tasneem terlepaslah aktiviti ni nampaknya. Selain trip ni, ada juga sebelum ni trip ke macam-macam tempat. Kilang coklat, pusat sains negara, ict.. rajin bebenor cikgu-cikgu derang ni. Sesi petangnya pulak, lepas bangun tido, minum petang segala, solat asar berjemaah dan iqra (kalau ambil package iqra' la). Sementara tunggu dujemput, baru cikgu akan bukak educational vcd ker..atau apa-apa aktiviti bebas. Rasanya Tasneem takkan bosan main-main petang dalam Tadika tu pasal ada banyak buku-buku dan permainan.
Teringat balik request TokChek minta hantar ke Tadika Islamic. Kat Vonad ada jugak kelas iqra'. Plan asal nak ambik aje. Tapi bila cikgunya cakap anak-anak 3 tahun tak digalakkan sebab takut derang bosan atau tertekan, terus kami batalkan aje. Lagipun memang ada subjek agama dia ajar masa tadika (stakat kenal alif ba ta, doa asas, bacaan sembahyang, kisah nabi etc..) so tak pe lah dulu. Tunggu 5 tahun baru start iqra'.
Konklusinya, terus aje kami booking pendaftaran. Bayaran pendahuluan RM80. Balence yang ratus-ratus tu boleh dijelaskan sebelum mula hari pertama. Fikir punya fikir, daripada menunggu januari 2012, baik terus start kelas bulan September 2011. Takpelah kalau dia belajar sikit-sikit dulu. Bukan nak tekankan sangat pun. Kalau Taneem minat, dia belajar, kalau tak dia boleh main-main kenal huruf dan follow nyanyi ker. Tapi kalau Tasneem boleh catch up, alhamdulillah...(ps: Tasneem akan menjadi budak termuda dalam kelas 4 tahun pasal umur dia bila masuk tadika nanti baru 2 tahun 9 bulan. Biasalah lahir bulan doblas...)
Hai.. berat je hati nak bagitau cikgu Taska Tasneem sekarang ni yang Tasneem nak pindah sekolah. ape alasan nak bagi ye ? Taska sekarang pun ok dah. Cuma tu lah, takde pengisian untuk budak 2tahun 7 bulan.
ps: kalau nak tahu pasal yuran-yuran lain, sila call Tadika Vonad (maklumat no tepon boleh di google). Saje tanak tulis kat sini sebab rate yuran mungkin berubah-ubah mengikut package Tadika/Taska
wah tasneem nak g skolah dah. hr tuh aku ade gak komunikasi ngn pengetua vonad ni. mmg bleh agak die cm keibuan sket.
ReplyDeleteyup. pengetua dia Puan Saniah. dari duk tengok hari tu, rasa2 ni bekas cikgu skolah rendah. muka tak nampak garang pun. ala mak-mak kita je
ReplyDelete