Sunday, February 17, 2013

Apa kami buat sepanjang cuti CNY 2013

Cuti CNY kami panjangkan jadi 1 minggu pasal Babahnya kena habiskan baki cuti 2 tahun lepas. Jadinya berkampunglah kami kat Beserah. Asalnya nak balik KB setelah sekian lama tak balik dan kebetulan ada akikah anak sepupu. Tapi bila dah Mama cakap nak gi umrah, kami kensel je balik KB dan beralih destinasi ke Beserah. Awalnya risau jugak duit nipis tengah2 bulan nak holiday. Tapi sape kita nak merancang. Walaupun tengah menipis, dapat rezeki hasil jualan Shaklee untuk tambang minyak sementara nak tunggu gaji kedua (Bonus Shaklee) 15 haribulan nanti.

Kebetulan sehari sebelum berangkat, Adek demam panas pulak. Serba salah jadinya nak jalan jauh. Mengharap Adek cepat kebah, bagi je dulu ubat demam dan campur sikit MealShake dalam susu Adek. Harap dengan xtra vitamin dalam badan dapat cepatkan penyembuhan. Demam on n off lebih kurang 3 hari dan diakhiri dengan campak kecil (ruam-ruam halus pada badan). Lepas tu kembali melasak seperti biasa. Orang cakap baby kalau demam ni nak beralih bulan n nak pandai benda baru. Memang pandai pun, pandai memilih orang. Dah jadinya tak dengan semua orang dia nak gi berdukung. Jadinya sepanjang minggu tu Adek asyik melekat dengan Ibu ajelah. Patah pinggang gini nak ooiii....
Tapi perubahan ketara ialah Adek makin suka makan. Kalau tak dapat makan bila bangun tido pagi, bisinglah mulut berbagai gaya. Bagi susu taknak, sua roti nasi, gaya makannya macam tak makan seminggu! So bermulalah ruti Wan dia menyediakan makanan untuk cucu bongsunya tu. Setiap pagi sarapan Adek mesti ada. Sarapan untuk orang lain kalau takde pun takpelah. Sarapan Adek pagi-pagi dah dapat Koleh Manis, Laksam, Roti Canai Telur. Tengahari pulak Wan dia sediakan Bubur nasi. Malam plak nasi kuah sup sayur atau kuah masak lemak. Humang aih... makan kalah Kakaknya macam ni!

Area rumah mertua ni memang banyak pantai, jadinya untuk tidak membosankan kakak, setiap petang kami jalan-jalan ke pantai, main pasir, kutip umang umang, sauk ikan kat pesisir pantai. Kena pulak petang-petang kan air surut. Syok la kami lari-lari sukati anak beranak sekitar pantai.  Cara holiday gini sangat jimat kos. Cuma perlu standby dalam RM20 je nak beli jajan, beli belon dan bayar sewa toilet je.Cuma on last day sebelum kami balik semula ke Putrajaya, kami lepas gian kakak nak mandi kolam kat De Rhu Beach Resort. Ok lah.. tak le semeriah Sunway Lagoon, tapi apalah sangat untuk budak budak (tapi aku mmg tak pernah pegi Sunway Lagoon pun). Bayar RM 7 utk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa. Mandilah puas-puas takde sape larang. Puas main kolam Kakak sampai terketar-ketar kesejukan.

Hari ni Isnin dah. Lepas 1 minggu tak masuk opis, pagi tadi lemau melanda. tapi bila fikir-fikir, rugi tak masuk opis. Rugi masa duk saja kat rumah. Hehehe....

Hmm.. pagi ni Sang Kenari meragam plak. Terpaksalah Babah EL nak nguruskan masalah kereta. Lagi RM nak terbang. Nasib baik ada backup gaji kedua yang itu.......

Opppsss!! Jangan lupa. Februari 2013 ada promosi Shaklee Omega Guard. Special price hanya dari saya. Beli TWiN PACK lagi jimat. Lebih jimat dari harga ahli tau!

No comments:

Post a Comment