Monday, August 17, 2015

Masalah Handphone kena bar

Kisahnya harini... err.. actually.. since Jumaat kot, kalau kira harini dah masuk 4 hari Celcom dah bar line handphone.

Haih.. dulu masa pakai Maxis, rilek je tak bayo sampai rm300, takde kalut dia nak bar ker hapa. Just dia suruh Along dia je calling calling kacau hidup kami untuk bayar bill telefon. Haha.. kami bayar je, takde niat nak lari hutang. Tapi biasalah, bila tukang pembayornye sibuk spanjang hari. Walaupun duk lalu maxis centre tu 2-3 kali sehari, tetap jugak tak singgah bayar. Sudahnya bila bini call guna telefon ofis baru la berkejar nak pegi bayar. Dia tau businss bini dia sangat bergantung pada handphone dan internet.

Bila bertukar ke Celcom ni pulak. Macam2 masalah timbul.
1. Bill tak pernag dapat. Walaupun dah mintak di email kan, masuk bulan ke 3, masih tak terima bil.

2. Coverage ok je, tapi ada certain hari, internet amat menyukarkan. Selalu sangat kena buat tarian tunjuk langit.

3. Bil blom bayar pasal tak dpt bil kat email, oklah hutang rm200++ tu kira ue la korang nak bar. Tapi harini.. hutang rm56.00 je pun, beriya celcom pegi bar. Adoi laa... sikit punya hal mau kecoh.

So harini, sangat bernasib baik sbb boleh pinjam wifi ofis skejap. Tapi sangat limited sbb ramai berebut nak pakai. Hahaha....
Dari pagi memang usaha nak bayar bil kat website Celcom. Tapi payment tak lepas. Suspek line internet ofis tidak membenarkan aktiviti online shopping agaknya. So derang sekat semua online payment melalui website.

Masuk petabg sket, tadi try bayar pakai maybank2u. 2 kali jugak lah try, kali pertama tak lepas. Tak tau kenapa.
Try kali kedua dengan selawat banyak banyak, akhirnya berjaya juga buat payment.

Fuh, harini mmg agak mencabar. Dengan internet handphone kena bar, dengan nak melayan whatsAppp customer lagi. Nasib baik customer memahami. Sbb replay pun lambat. Ye lah kan.. terpaksa berebut internet ofis spanjang hari. Haih....

Thursday, August 13, 2015

Akibat kekurangan Iron (Zat Besi)

RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
~ Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
~ Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
~ Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
~ Ibu yang menyusukan bayinya

Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

“Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

Memahami anemia dan kehamilan

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan

Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.

Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia

Licin!

Follow up dari posting semalam pasal cheesecake.

Sudahnya tuan cake sendiri just dpt rasa 1 slice kecik aje each cake.

Dua dua oreo cheesecake dan lemon cheesecake licin dalam 1 batch tetamu saja. Hohoho... nampaknya rasa boleh tahan kut. Sbb tu cepat habis. Lagipun cheese dia takde la muak sangat sebab dlm tu dah tarus biskut oreo besar besar dah. Haha..I is kembang2 hidung dah tahan bongkak.

Wednesday, August 12, 2015

Cheesecake campak campak

Cheesecake... rasanya nilah resepi kek paling senang dan senang nak jadi bagi saya. Takyah fikir berapa gram tepung, serbuk penaik ker.. soda ker... xcukup butter ker. Takde semua tu. Kita main campak-campak aje.

Esok ofis nak buat jamuan raya unit. So macam tahun tahun lepas, kita buat gaya PotLucK. Main dish saja kita order caterer, lain2 hidangan sampingan kita pakat bawak.

So memandangkan tahun lepas dah bawak pizza mini (sumpah penat sebab kena buat satu2 kecik2 pulak tu, kebas pinggang oi). So tahun ni fikir nak buat hidangan yg senang je. Yang skali harung buat dah siap. Sudahnya kita google resepi Cheesecake. Buat 1 biji sure xcukup, so kita buat 2 bijik.
1. No Bake Oreo CheeseCake
2. Traditional Lemon Cheesecake

Dua dua kita buat style campak campak ajo. Yg penting ada crackers, cream cheese, gula dan fresh cream. Perisanya pulak bergantung pada apa ada kat dapur. In my case, ada 2 bungkus oreo n biskut tiger, n jelly perisa lemon. Huahuahua....

Semalam saya buat No Bake Oreo Cheesecake. Sangat gigih putar/pukul creamcheese segala tu menually dengan tangan. Rasa sado lak lengan. Malam tu nak tido punya la lenguh lengan kiri kanan, sampai nak berus gigi pun pause 2 kali. Hahaha... sudahnya memang wajib ambil 4 biji Ostematrix bagi lega segala otot lengan tu.
Sambil bancuh2 creamcheese, sambil berperang dengan Adek sbb dia sibuk nak ratah cream kapit dlm oreo tuh. Adoila anak....

Petang tadi, kebetulan Adek tak sihat, jadinya Ibu duduk rumah la jaga orang sakit. Petang tadi terus ambil peluang bancuh cheesecake lemon pulak.
Kali ni kita pakai blender je. Dah tak larat nak pukul, putar pakai pemukul telur tuh.
Ambil blender, buh 3 biji telur, gula, cream n cheesecake. Buh sikit perisa lemon (lupa beli lemon original kat pasar) n sedikit vanilla extract. Tekan2 butang blender, breng... breng... breng.... DONE!

Masuk oven jangan panas sgt, dlm 150°c je selama 1-1 1/2 jam je. Kita bakar atas air (double boiler kot). Tinggal n jangan kacau. Kang bukak tutup oven, kek malu nak kembang.

Dah siap masak, nampak pelik plak sbb rupa macam Japenese cheesecake. Gebu di dalam, warna coklat di luar. Huhuhu.. blasah lah. Takpe.. boleh je makan. In sya Allah sedap ( tunggu  je lah esok camana. Hahaha.. )
Atas cake kita letak jelly perisa blackcurrent. Plan awal nak letak strawberry tak jadi sbb xde dlm stock.

Hmm.. nervous lak esok ni. Entah apa la rasa cheesecake tu. Sbb dahla takleh nak rasa dulu. Kang dah rasa dulu, kek rompong plak kesan gigit.