Wednesday, August 5, 2015

Supplement untuk membantu masalah Slipped Disc

Sejak akhir-akhir ni, banyak terdengar rakan- rakan di kalangan usia lewat 20an dan awal 30an mengalamai masalah slipped disc. Berbagai soalan ditanya. Ada tak produk shaklee untuk sakit pinggang ? Produk Shaklee untuk tahan sakit urat ada tak ? Senang cerita mereka tak sebut pun slipped disc. Tapi tanya punya tanya, rupanya ada segelintir memang mengalami masalah ni.

APA ITU ‘SLIPPED DISC’?

Tulang belakang kita terdiri dari 26 tulang (vertebra ) yang ditampung oleh cakera . Cakera atau disc ini melindungi tulang dengan menyerap kejutan atau hentakan daripada aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat, dan berpusing . Ianya seperti kusyen yang menyerap hentakan dan mengelakkan dari kecederaan.


Setiap cakera mempunyai dua bahagian iaitu, bahagian dalaman yang lembut dan bahagian luar yang keras. Kecederaan atau cakera yang lemah boleh menyebabkan bahagian dalaman cakera itu terbonjol keluar. Inilah yang dikenali sebagai ‘slipped disc’ atau ‘herniated dics’. Ini menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika cakera ini menekan salah satu saraf tulang belakang, anda mungkin mengalami rasa kebas dan sakit di sepanjang saraf tersebut. Dalam sesetengah keadaan yang lebih teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang atau memulihkan ‘slipped disc’ tersebut.

PUNCA ‘SLIPPED DISC’?

‘Slipped disc’ boleh terjadi apabila bahagian luar cakera menjadi lemah atau koyak dan menyebabkan bahagian dalam menyelinap keluar. Semakin meningiat umur, risiko untuk terjadinya ‘slipped disc’ ini lebih tinggi.

Pergerakan tertentu juga boleh menyebabkan ‘slipped disc’ contohnya ketika sedang berpusing atau ketika mengangkat dan mengalihkan objek berat. Apabila kita mengangkat objek berat dan besar, kita meletakkan satu tekanan atau beban pada tulang belakang kita dan ini boleh menyebabkan kecederaan. 


Mereka yang sering terlibat dengan aktiviti lasak atau mempunyai pekerjaan yang sangat mencabar kekuatan fizikal juga mungkin berisiko tinggi untuk mendapat ‘slipped disc’. 


Individu yang berlebihan berat badan juga berisiko tinggi kerana terpaksa membawa berat tambahan. Otot-otot yang lemah dan gaya hidup yang tidak aktif juga menyumbang kepada ‘slipped disc’ ini. 

Mereka yang berusia 35 hingga 45 tahun lebih cenderung untuk mengalami masalah ini kerana cakera akan mula kehilangan kandungan air atau bendalir pelindung seiring dengan peningkatan usia.

APAKAH SIMPTOM ‘SLIPPED DICS’?

  • kesakitan dan kebas, paling biasa pada satu bahagian badan
  • kesakitan yang meliputi lengan dan / atau kaki
  • kesakitan yang lebih teruk pada waktu malam
  • sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
  • sakit apabila berjalan jarak dekat
  • kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan
  • kesemutan, sakit , atau radang di kawasan yang terjejas

CARA MENCEGAH ‘SLIPPED DICS’

Berikut adalah perkara yang boleh diamalkan untuk mencegah kecederaan tulang belakang:

  • Senaman yang kerap boleh meningkatkan kekuatan otot.
  • Senaman tulang belakang dibahagian yang lebih rendah terutamanya adalah penting untuk mengelakkan kecederaan berulang kembali .
  • Gunakan teknik yang betul semasa melakukan senaman berat dan kerja berat, termasuk mengangkat dan mengalihkan barang.
  • Elakkan mengangkat berat sambil berbongkok dan berpusing secara serentak.

CARA RAWATAN YANG SESUAI?

  1. Rawatan Thermal – bertujuan untuk mengurangkan sakit
  2. Steroid – suntikan steroid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan kesakitan untuk kesakitan biasa
  3. Fisioterapi –  Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot temasuklah menggunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.
  4. Pembedahan – Langkah terakhir di mana disc yang terkeluar akan dikikis.Untuk kes yang serius,Kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang

ADAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI?


ADVANCED JOINT HEALTH TABLET - Formulasi khas untuk sendi. Membantu memelihara ligament (tisu penyambung) yang sihat, menyokong keselesaan sendi dan meningkatkan kesan kusyen. Kesan boleh dirasai seawal 5 hari penggunaan dan disahkan secara klinikal. 

OSTEMATRIX -  Sumber kalsium yang penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum. 

OMEGAGUARD - Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi. 

VIVIX - Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc. Menyokong kesihatan sendi dan menyokong kesihatan menyeluruh. VIVIX merupakan formulasi TERUNGGUL dari Shaklee yang membantu kesihatan dengan 4 mekanisme tindakan. Ia juga memperbaiki sel seawal peringkat DNA lagi.

Tuesday, July 28, 2015

Hilang Seketika

Cerita semalam.

Tak terbayang rasa hati bila kita rasa kita akan kehilangan someone yang sangat kita sayang, yang sangat kita kasih, yang kita sendiri rasa tak boleh hidup bila dia tiada. Rasa cemas, rasa takut akan kehilangan. Kalau boleh ingin dikongsi rasa itu bersama yang suami. Agar sama sama terasa pedih, perit dan berkongsi tangis.

Itu yang saya rasa walau tidak lama. Mungkin dalam hanya 30minit. 30minit yang rasa masanya terhenti.

Apa rasa bila anak yang dijangka muncul di pintu pagar sekolah tidak muncul seperti yang diharap ? Ibu mana tidak panik ? Tell me.

Dari sabar menunggu di tepi tiang, tukar posisi ke tepi tangga sambil menjenguk jenguk ke kawasan sekolah. Tiada sabar lagi, mula melangkah masuk ke kawasan kelas kebiasaan anak. Hanya tinggal beberapa murid dan seorang guru. 3 pusingan sekitar ditawaf laju sambil memanggil nama. Sunyi, tiada yang menyahut. Bilik darjah sunyi.

Capai telefon hubungi Ayahnya. Mengadu sambil mengeluh. Rasa gagal dalam hati. Rasa tak mampu jaga anak sendiri. Rasa takut, rasa bersalah.

Diluaskan pencarian bersama adik Pengawal. Dia pun tak tahu mana nak mula. Sambil looking cool, dibawa Ibu panic ni sekitar sekolah. Sunyi... Hanya nampak seorang dua murid yang masih menunggu dijemput di hadapan sekolah.

Kami turun ke sekitar kantin, much lower ground. Sunyi, tiada siapa. Jenguk ke belakag bangunan, dengar gelak kecil anak anak dari dalam sebuah bilik. Gema bunyi gembira. Pintu bilik saya tolak. Rasa lega nampak wajah yang disayang, but at the same time geram yang amat kepada mereka.

3 anak kecil dileter secara tak sengaja dan emosi. Manakan tidak, hari dah senja, sekolah kembali sunyi, mereka masih bergelak bergurau dan mungkin bersembunyi di kawasan terpencil sebegini. Anak anak disuruh pulang segera. Yang tersayang dipimpin tanpa suara. Silent treatment sehingga ke kereta dan ke pintu rumah.

Malamnya, hukuman berjalan. Tiada TV tiada Internet. Ibu Bad Cop, Ayah Good Cop sesi ini.

Hubungi saya segera : Fb : Marsyithah Khidzir Email : foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Monday, June 15, 2015

Tips Cergas Walau Berpuasa

Ramadhan lagi 3 hari. Dah ready ke nak kembali berpuasa 30hari ?

Dah 4 tahun kami sekeluarga sahur dengan Shaklee. Testimoni terbaik dari suami saya bila dia mampu kerja rilek je tanpa mengeluh penat berpuasa walau kerja outdoor.

Kami memilih untuk sahur bersama Shaklee adalah kerana kami...

~ Kenyang Lebih Lama dengan ESP.
~ Lebih bertenaga dengan Vitalea.
~ Cergas Sentiasa dan kurang dahaga dengan Performance Drink.
~ Tenang dan tidak stress walau perut keroncong dengan B Complex.

Ni set wajib saya dan suami untuk sahur sepanjang Ramadhan. Dapat ni kami memang dah tak ambil nasi time sahur. Cukup dengan habiskan kuih yang baki berbuka maghrib tadi je.

Dengan set ni jugaklah yang sangat membantu saya turun berat badan sebelum Raya.

Nak special price ?
WhatsApp 012-3252171 #HayneemLegacy #ShakleePutrajaya #shakleeCyberjaya #ShakleePresint11 #shakleeUPMserdang #shakleeMalaysia #hargaIstinewa

Tuesday, June 9, 2015

Perlu ke supplement semasa hamil dan menyusu ?

Waktu mengandung dan menyusu adalah satu satunya tempoh yang mana tabiat pemakanan kita mempengaruhi seseorang yang lain.

Kalau biasanya makan tak kisah bab kalori, khasit… tapi waktu mengandung dan menyusu.. silalah beri perhatian.

Kalau biasanya suka beri alasan : Saya tak boleh telan la susu protein, atau saya tak boleh telan la pil besar besar, maka waktu mengandung ni telan sajalah. Jangan pentingkan diri sendiri tau. ada seseorang istimewa yang mahu membesar dan sihat di dalam. Dahulukan dirinya ya para Ibu.

Set YES Prenatal. Ambil secara lengkap setiap hari demi kesihatan ibu dan janin sepanjang 40 minggu kehamilan.

YES HEALTHY PRENATAL:
1 ESP
1 OMEGAGUARD
1 OSTEMATRIX
1 B-COMPLEX
1 VITA-LEA
1 SUSTAINED RELAESE VITA C

HARGA PASARAN : RM616.00
Dengan PAKEJ YES :JIMAT 22% ( Hanya sepanjang April-Oktober 2015 )

Set YES Postnatal. Ambil secara lengkap setiap hari sepanjang tempoh berpantang dan menyusu sehingga bayi berusia 2 tahun.

YES HEALTHY POSTNATAL:
1 ESP
1 OMEGAGUARD
1 ALFALFA (S)
1 B-COMPLEX
1 VITA-LEA
1 SUSTAINED RELAESE VITA C

HARGA PASARAN : RM616.00
Dengan PAKEJ YES :JIMAT 22% ( Hanya sepanjang April-Oktober 2015 )