Tuesday, December 16, 2014

CekMek..resepi terbaik dari saya

Dah kul 1.30pm. Haih.. meeting sampai lupa lunch break nampaknya. Dah la spatutnya harini lunchbreak ada plan lain. Nak ke pos office, nak hantor coklat, nak ambik flyers... alahai.... saya hanya staff bawahan. Menurut saja perintah.
Masuk meeting jadi pemerhati saja. Tapi isu berkaitan tak rasa terbabit sangat. Jom lah... saya share resripi kuih CekMek Molek aauumm...aauumm...!!
Resepi CekMek :
7 ketul ubi keledek jepun(ore kelate panggil ubi stelor)(saiz kecik2 panjang tapak tangan).
2 sudu tepung gandum
Gula
Cara cara:
Steam atau rebus ubi keledek yang telah dikupas sehingga lembut.
Mash/tumbuk halus ubi ubi berkenaan.
Bila ubi cukup halus, tambah 2 sudu tepung gandum.
Uli sehingga adunan tidak melekat di jari. *tepung jgn banyask sangat, nanti cekmek keras
Gentel dan leperka adunan di tapak tangan.
Isikan inti tengah dengan stengah sudu teh gula.
Tutup doh membentuk bujur (sila google gambar cekmek)
Goreng dengan minyak secara deep fried sehingga keperangan.
Tunggu sejuk sket n sedia untuk dimakan.
Amaran : elak lidah melecur jika dimakan semasa panas kerana ini gula yg mencair di dalam kuih.
Alahai.... sedap makan ni pagi pagi hari minggu. Kena pulak ada air kopi panas...
Ubi Keledek Jepun sedia untuk di kukus
Hasil CekMek yang telah digoreng

CekMek Sedap

Clear Stock Promosi

Saya masih ada beberapa botol GLA Complex  promosi lepas untuk clear stock. Orang booking tapi tak jadi ambik.

So sape nak boleh whatsApp 012-3252171.

Sape cepat dia dapat!!

Monday, December 15, 2014

Sama ker Vit c ngan Vit E ?

Harini nak belanja sket petikan perbualan saya dengan sorang customer.
Beliau nampaknya sedikit keliru untuk bezakan kenapa kena ambil vit c kenapa kena ambil vit e. Ingat sama je ?

Vitamin C fungsi dia untuk kulit adalah mencerah dan menegangkan mana yang kendur. Bantu hasilkan collagen di bawah kulit.

Manakala Vitamin E pula memastikan bekalan darah sampai ke stiap inci tubuh termasuk di bawah kulit. Bila cukup bekalan darah pada kulit, kulit akan mempu berfungsi dalam keadaan terbaik dan secara langsung juga melembabkan kulit.
Sebab tu kalau sesiapa yang amalkan Vitamin E Shaklee, muka dia senang nampak kemerah merahan hasil aliran darah yang sempurna. Dah takyah blusher lagi dah la kiranya. Sihat dalaman dan juga sihat luaran.

Testimoni Beza Vitamin C dan Vitamin E.

Bila anak malas jalan

Lately Adek Irfan nampaknya makin malas khalan sendiri. Ke mana saja sibuk nak suruh dukung.
Semalam gi festival LAMPU kat Presint 3 tu kan... da satu hal pulak kami nak kena gilir gilir dukung Adek. Walaupun bagus utk kesihayan sbb xtra berpeluh, sudahnya esok pagi pinggang Babahnya mogok. Tak pasal pasal EL pulak dah.
Terpandang ssc yang tersadai lama, belek belek balik, nampak buckle ada yg tanggal sbb stitches tercabut. Yup... kami awal2 dulu agak lasak guna. Berbaloi beli.
Cari caru buckle dlm kotak brooch, Alhamdulillah masih tersimpan. Belek belek... nampaknya masalah boleh selesai dengan hantar ke tukang jahit je..takyah hantar ke Neeza kut. Kang lambat pulak nak dapat balik. Dah tak sabor k guna balik nih. Hohoho...
Ssc dah basuh. Jemur dlm rumah je. In sya Allah takde bau hapa sbb guna sabun basuh cap Shaklee. Haaaa...haaaa...
Dah kering kang mau hantar utk sedikit maintenance sok lusa.
Jemur SSC NeezaNeedles Merah