Tuesday, November 18, 2014

Kenapa perlu selalu MC ?

"Ya En. Y, boleh saya bantu ?"

"Entahlah doktor, pagi ni tiba-tiba saya rasa pening-pening.."

Tekanan darah diambil.

"Tekanan darah encik sedikit tinggi, nanti saya bagi ubat."

Selepas beberapa saat...

"Boleh doc bagi saya mc ? Badan masih rasa tak sedap."

"Masih rasa pening ye ? So saya bagi encik MC untuk berehat."

Selepas En. Y mengambil ubat dan terus keluar dari klinik swasta berkenaan. Langkah ke kereta semakin laju.

��������������������������

Anda biasa dengan situasi ini ?

CUEPACS ada melaporkan berkenaan 45 ribu penjawat awam memalsukan sijil cuti sakit.
Walaupaun ianya kes terpencil, perbuatan begini akan membawa kepada kerugian majikan dan juga diri sendiri. Kerana ia mengurangn produktiviti pekerja (dah asyik mc je kan... mana kerja nak siap ?). Nilai kepercayaan majikan kepada anda  menurun. Dan jug@ kredibiliti institusi perubatan yang mengeluarkan sijil sakit berkenaan akan terjejas dan di chop klinik menjual mc.

Jom tengok sebab sebab biasa orang suka tipu mc nih :
1. Nak buat kerja lain.
2. Bangun lambat.
3. Tiada keseronokan dalam bekerja
4. Ada yang lebih utama. Contoh seperti ahli keluarga tiba tiba sakit.
5. Sengaja dan tiada alasan kukuh.

Walau apa juga alasan, tanpa disedari kita sedang cuba menipu diri kita sendiri.

Kenapa harini saya membebel pasal mc ?
Sebab saya dah agak tertekan dengan golongan yang kerap sangat MC. Ya awak tau siapa awak. Hahaha...

Agak2 dah selalu sangat MC, apa kata cuba amalkan makanan kesihatan. Shaklee pun boleh.

Minimum try sebotol Vitalea saja. In sya Allah, masalah MC awak mungkin akan berkurangan. 

Thursday, November 13, 2014

Syukur gaji kedua

Awal bulan. Gaji baru masuk. Sakan bayar hutang.
Tengah bulan, Gaji Shaklee masuk, sakan belanja diri, family dan sedekah. So nikmat mana yang amu dustakan ?

Sejak join Shakle, setiap tengah bulan saya tak missed dapat extra gaji. Kalau tak masuk 15hb, mungkin masak awal like 13 atau 14hb. Takkan lebih dari tu. Pendapatan pulak kalau nak dikira, saya sangat bersyukur. Cukupla untuk sebahagiannya sebagai simpanan, dan selebihnya rolling modal dan belanja dan sedekah mana yang patut.

Fasa paling kritikal biasanya akhir tahun. Bulan Nov hingga Januari. Time ni memang nak pakai duit banyak. Hasil simpanan dari business Shaklee saya dan suami mampu bertahan. Yelah hujunghujung nilah macam-macam nak kena bayar dan belanja. Insurans dan roadtex kereta, persediaan sekolah anak, belanja cuti sekolah (entertain anak-anak), balik kampung...

Alhamdulillah... kami tidak merungut. Masih mampu hasil dari usaha kami business dan menyimpan.

Maaflah jika ada kawan2 di FB yang kurang senang dengan status rimau mengaum setiap tengah bulan. Sebenarnya saya seronok bila dapat extra money. Meaning boleh la tambah duit dapur, anak-anak nak enjoy atau tengok wayang pun boleh je nak bawak, boleh shopping masa tak ramai orang. Kan ker seronok tu. :-)

Hubungi saya segera : Fb : Marsyithah Khidzir Email : foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Nasi Kari Peria

Semalam dah makan peria..hari ni makan peria lagi. Feveret nih. Pahit-pahit pun kalau kena gaya masaknya... haih.. sedap sedap sedap !!

Semalam beli nasi kandar, nasi separuh, kuah kari ikan ngan peria goreng crispy. Harini pun sama gak. Nasi separuh, kuah kari ikan, peria goreng crispy, tapi ada tambahan gulai telur ikan (protein yang sangat sedap!).
Nasi Kari Peria Goreng

Dari kecik duk makan kari. Arwah Abah suka kari. Bak kata adik beradik kami dulu-dulu... "kari hari hari...hari-hari kari". Sehari takde kari tak sah!! Kuah sup atau singgang hanya bila Abah outstation sahaja. Biasalah... Abah orang utara. Harus la kari feveretnya.
Kadang-kadang bila Mama dah bosan masak kari hari-hari, Abah akan beli kuah kari siap-siap dari kedai. Beli banyak n simpan dalam freezer. Bila nak makan je, senang. Panaskan kuah, masukkan isi ikan. Nak lagi kick, taruk bendi n tomato. Anak-anak tak komplen. Asal sedap je kami telan. hehehe...

Meh nak kongsi 1 resepi kari sedap simple.
1 ekor ikan kembung saiz sederhana dipotong 2 (buat syarat je nak rasa ikan)
1 tangkai daun kari
2 bungkus serbuk kari ikan
1 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang merah (kecil) (dimayang)
1 sudu bedar asam jawa (dilarutkan dengan 1 cawan air, buang biji)
1 biji tomato (dipotong)
3 biji bendi (ikut suka, tanak letak pun ok)
2 camca minyak masak untuk menumis

Cara masak :
Tumis semua bawang (putih & merah) dengan daun kari sampai wangi.
Larutkan serbuk kari menjadi paste n masukkan bersama bahan tumis. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato. Tumis bersama seketika.
Masukkan air asam jawa.
Bila mendidih, masukkan ikan.
Bila ikan sudah masak, masukkan bendi.

Tu saja caranya. Masak kari orang malas. Tapi serius la.. walaupun masak macam ni je, kami adik beradik makan bertambah tambah. Kena pulak kalau ikan diganti telur ikan n sambal cili special Mama. Hohohoho.....

Untuk makluman, dapur Mama dulu jarang guna rempah ratus macam kulit kayu manis, bunga lawang etc.. hanya ada yang basic saja. Tu pasal la resepinya mudah sangat. Tapi selagi dimasak oleh ibu kita sendiri, selera tu takyah heran. Habis aje nasi seperiuk. Lagipun kari yang macam ni tahan lama dan tak mudah basi. Yelah kan.. mana ada guna santan.