Monday, March 25, 2013

Kelaut kah?

Dah lama tak update citer kat sini. Bukan ape, mood nak blog benda-benda peribadi ni dah kelaut dah. Tak tau dah ape nak dikongsi kat sini. Lagi pulak sepanjang hari masa terisi dengan macam macam.
Kat ofis, sibuk kerja.
Bila ada masa terluang, Sharing produk Shaklee online (sedang berusaha ke arah mengurangkan jurang pendapatan dengan pak menteri).
Petang lepas opis, berkejar balik ambik Adek kat taska pulak. Yer.. kena la berkejar sbb taska tutup kul 6.
Sampai rumah, Adek sure punya bising nak snack. Layan anak makan biskut plak.
Babah dia balik dengan Kakak dari tadika, baru la boleh nak masuk dapur. Kluar ayam itik ikan untuk defroze sebelum masak. Tu pun kalau Babahnya tak kerja malam, sure ajak makan kat luar. Ya, sudah pasti Babahnya tau saya ni jenis slow ya amat bila memasak. Sebab tu dia tanak buang masa menunggu saya masa dinner kalau dia duty malam.
Time dinner makan tak hadam betul. Mana taknya, kerenah anak-anak di meja makan kadang-kadang buat makan tak sempat kunyah. Hahaha.. dengan kakak sibuk bercerita kisah kat skolah, negotiate tanak makan laa.. si Adek plak nak makan sendiri, meronta nak keluar dari highchair... humang aih.. sabor ajelah.
Lepas dinner, lepak skejap. Jam 10, dah siap-siap hangkut anak naik bilik paksa tidur. Ya sangat mencabar nak tidurkan mereka. Yang kecik sibuk nak meniti di birai katil. Yang kakak tak sudah-sudah ada aje alasan nak turun katil. Skejap nak susu, lepas susu nak kencing plak. Pastu guling2 katil, kendian lupa pulak nak gosok gigi. Pastu bila dah semua hampir nak lelap, tambahan susu lagi sebotol untuk kakak.
Dah sudahnya anak dah tido, kita pun ikut tertido sama sampai ke subuh. Dah satu kerja tak jalan waima untuk melipat kain. Hehehehe.....
Ya saya adalah ibu bekerja sepenuh masa yang sibuk.

Tu pasal la kalau tak makan Shaklee sehari rasa tak lengkap. Ye lah, dah badan penat, otak pun kelaut. Mula lah mood tunggang tebalik. Kenkadang nak cuci muka sblm tido pun lupa bila dah penat sangat tu kan.
Sebab tu saya kalau boleh tak tinggal makan Shaklee nih. Badan pun cergas, kulit pun dah tak berminyak. So senang maintain dan kalau lupa nak cuci muka pun tak risau. hehe...

2 budak comel yang buat ibu makan tak hadam



Friday, March 22, 2013

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI DARI SHAKLEE

Anda sedang berusaha mendapatkan zuriat ?


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Hok Sengoti by Lim Swee Tin

Hok Sengoti [SAJAK DALAM BAHASA KELATE]

Laghe tok serupo denge suroh,
Hok comey bakpo duk pakat kato hudoh,
Saye sohh doh laeng denge beci,
Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi.

Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,
Serupo dahago ado sabit denge lapar,
Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,
Selok tak dok bezo denge tok kaba.

Sapo kato buluh tu galoh,
Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,
Naka laeng sikit denge jahat,
Dawa pun oghe duk pangge krawak.

Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,
Sengotilah tolo tok srupo denge panda,
Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.

Demey tok keboh bezo denge leloh,
Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,
Baling tu laen denge kipah angin,
Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng.

Kito tok leh wak tok tetu kalu,
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,
Kito duk ralit berembah badi cah keting,
Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling.

Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,
Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,
Kalu karak buleh lagi kito peteri,
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?

Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro
Culah lagu laeng tok srupo denge celiko
Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro
Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!

- Lim Swee Tin.

Indah sungguh Bahasa Negeri Kami bersesuaian dengan keunikan budaya dan adat resamnya. Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain kami bersatu dan teguh menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Kelate.

♥ Selamat Datang ke Negeri Kelantan Darul Naim ♥ ----- lamo tok kelik kkapong weh!!!!

Monday, March 11, 2013

APA ITU HEALING CRISIS ?



Sesetngah orang akanmelalui suatu jangkamasa penyesuauan apabila mula mengambil pemakanan tambahan. Simptom-simptom yang hadir akan kelihatan seperti penyakit, yang mana sebenarnya adalah tidak. Healing Crisis adalah satu tindakbalas oleh tubuh kita adalah akibat kekurang khasiat hasil tabiat pemakanan kita yang tidak sihat. Apabila lebih banyak khasiat diterima secara mengejut oleh badan, di sinilah healing crisis akan timbul.

Sepanjang masa penyesuaian badan, ada kemungkinana penyakit yang dulu pernah dialami oleh badan akan kembali semula. Biasanya ia kana terjadi dalam beberapa hari selepas pengambilan supplement, atau dalam kes badan yang terlalu lemah akan mengalaminya lebih lama.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh toksin yang telah lama terkumpul dalam badan seperti sisa perkumuhan yang tidak habis dikeluarkan oleh badan, bahan kimia dari pemakanan kita, lemak. Ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak seimbang seperti sering stress, diet tidak seimbang, kurang tidur, dan pengambilan ubat-ubatan dan antibiotik. Dengan pengambilan supplement yang betul akan dapat membantu mempertingkatkan sistem imune badan, tinggi kadar detoksifikasi serta pengawalan fungsi organ dalam badan.

Ketika proses detoksifikasi berlaku, akan ada kemungkinan berasa pening, lesu, sakit kepala, masalah ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, air kencing keruh, suhu badan naik mendadak, berpeluh dan lain lain.. Setiap simptom adalah berbeza antara individu dan tempoh healing crisis juga berbeza antara individu.

Adalah dinasihatkan supaya minum air secukupnya, lebihkan rehat dan amalkan pemakanan yang seimbang sepanjang mengalami healing crisis. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom healing crisis, kita akan mampu melalui fasa healing crisis dengan mudah.

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan


Krisis Penyembuhan --> Penerangan /Penyebab
  • Sakit kepala yang melampau -->Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
  • Demam --> tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
  • Cirit-birit--> meningkatkan pergerakan usus
  • Najis berbau, air kencing berbau --> Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
  • Kembung --> perut Sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir --> Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan yang kurang efisyen
  • Penghasilan lendir seperti selsema, kahak -->  Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
  • Pendarahan Hidung -->  Mungkin petanda bagi kekurangan darah
  • Rasa sakit pada otot dan sendi --> Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan --> Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah
  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif --> Sistem saraf yang lemah
  • Kitaran haid yang tidak menentu perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak --> Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
  • Lapar, Pening Tekanan darah rendah --> anaemia
  • Loya, sembelit, tersedu --> Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
  • Edema (membengkak) --> Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir