Sesetngah orang akanmelalui suatu jangkamasa penyesuauan apabila mula mengambil pemakanan tambahan. Simptom-simptom yang hadir akan kelihatan seperti penyakit, yang mana sebenarnya adalah tidak. Healing Crisis adalah satu tindakbalas oleh tubuh kita adalah akibat kekurang khasiat hasil tabiat pemakanan kita yang tidak sihat. Apabila lebih banyak khasiat diterima secara mengejut oleh badan, di sinilah healing crisis akan timbul.
Sepanjang masa penyesuaian badan, ada kemungkinana penyakit yang dulu pernah dialami oleh badan akan kembali semula. Biasanya ia kana terjadi dalam beberapa hari selepas pengambilan supplement, atau dalam kes badan yang terlalu lemah akan mengalaminya lebih lama.
Keadaan ini adalah disebabkan oleh toksin yang telah lama terkumpul dalam badan seperti sisa perkumuhan yang tidak habis dikeluarkan oleh badan, bahan kimia dari pemakanan kita, lemak. Ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak seimbang seperti sering stress, diet tidak seimbang, kurang tidur, dan pengambilan ubat-ubatan dan antibiotik. Dengan pengambilan supplement yang betul akan dapat membantu mempertingkatkan sistem imune badan, tinggi kadar detoksifikasi serta pengawalan fungsi organ dalam badan.
Ketika proses detoksifikasi berlaku, akan ada kemungkinan berasa pening, lesu, sakit kepala, masalah ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit birit, kahak berlebihan, air kencing keruh, suhu badan naik mendadak, berpeluh dan lain lain.. Setiap simptom adalah berbeza antara individu dan tempoh healing crisis juga berbeza antara individu.
Adalah dinasihatkan supaya minum air secukupnya, lebihkan rehat dan amalkan pemakanan yang seimbang sepanjang mengalami healing crisis. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom healing crisis, kita akan mampu melalui fasa healing crisis dengan mudah.
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Krisis Penyembuhan --> Penerangan /Penyebab
- Sakit kepala yang melampau -->Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
- Demam --> tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
- Cirit-birit--> meningkatkan pergerakan usus
- Najis berbau, air kencing berbau --> Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
- Kembung --> perut Sistem penghadaman yang lemah
- Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir --> Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan yang kurang efisyen
- Penghasilan lendir seperti selsema, kahak --> Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
- Pendarahan Hidung --> Mungkin petanda bagi kekurangan darah
- Rasa sakit pada otot dan sendi --> Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
- Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan --> Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah
- Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif --> Sistem saraf yang lemah
- Kitaran haid yang tidak menentu perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak --> Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
- Lapar, Pening Tekanan darah rendah --> anaemia
- Loya, sembelit, tersedu --> Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
- Edema (membengkak) --> Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir