Monday, May 24, 2010

Etika kenaikeay lift

Apa reaksi korang bila masuk lift?

Kalau masuk dalam lift awam tu, aku wat tak tau pandang nombor lift aje. Tapi kalau kat dalam lift awam tu ada baby chommel & Tasneem plak ala2 peramah gitu, at least aku senyum & kalau panjang lagi perjalanan liftnya, aku wat-wat la tanyer brape bulan dah budak tu. Kalau budak tu chommel, aku puji lah sikit2.

Kalau dalam lift kat apartment kediaman plak, biasenye aku akan tegur la 'jiran' aku tu. Tanye la duk tingkat brape. Dari situ boleh la borak benda kecik2 atau berita persekitaran. Contoh kul brape derang nak wat fogging denggue nanti ker...

Kalau lift kat opis plak, kalau kebetulan 2 org je dlm lift, aku akan senyum kalau nampak orang tu dalam mood tenang atau dia dulu yg  mula senyum. (ingatan: senyum itu sedekah). Kalau masuk lift ramai2, aku akan layan mana2 lawak atau teguran mesra yang berbunyik dari warga lift.

Tapi ada satu situasi yang aku tak tau nak wat apa. Aku masuk lift ofis. Masuk 2/3 org je termasuk aku. Sorang ni je... kalau masuk lift sama2, bleh je dia wat2 tak nampak. Kang kalau aku sengih2, dikatanya terhegeh-hegeh plak. Ishk... tak tau la apa issue dia ngan aku. Tapi yang pasti, bila ada benda nak tanya, boleh je mai jumpa bercakap elok. Tapi bila takde ape2 hal, nak tentang mata senyum pun takde. Masalah emosi kah individu tersebut ?

Korang2 yg baca blog ni, kalau tau ape2, wat2 tak tau je lah yerk. Malas nak kecoh2. Marilah kita sama2 naik lift dengan gumbira. Sekian.

Sunday, May 23, 2010

ex-man 2

Minggu ni minggu hibernasi kami sekeluarga. Tak keluar ke mana2 sangat.Sarapan & lunch kat umah aje. Petang baru keluar jalan2 tengok orang. heee... best.

Tadi jalan2 cari minum petang kat Sri Teja. Biasa pas makan2, kami jalan2 ke pasar minggu (ala2 uptown kecik) kat depan Sri Teja tu. Sambil jalan2, tengok2 ape barang menarik kat situ. Sambil2 tu kejar Tasneem yang sibuk berlari sana-sini kan cuit segala barang jualan kat situ, terutama meinan (Tasneem berjaya mengepau Babah utk beli meinan RM5).

Dah nak balik dah, kami jalan beriringan sambil Babah dukung Tasneem. Sambil lalu di sebuah gerai yang menjual tudung2 ekin, terdengar suara garau menyebut... "Hai.. nasib baik laki orang.....". Ayat tersebut disedari En. Suami dan terus tersengih2 akibat statement berkenaan.

Amboi... sukati lar tu. Rasa2 diri tu masih lagi high value in market. Hmm.. cubit kang....!

Tapi aku tak kisah. Lagi bangga duk ada, punyai suami yang ala-ala shommel (masuk bakul sendirik!). TAPI........ayat berkenaan dilafazkan oleh makhluk gini, rasa nak gelak guling2 pun ada gak.

.


.


...


.


.


.


.


..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.




... adeh laaaa... ada ati jugak org gini kat asben aku. Kesian btol.....

Saturday, May 15, 2010

1989


Gambar ni dicilok dari fesbuk ex-classmate (En. Wan Wira). Gambar ni diambil pada tahun 1989. Masa tu akubaru Standard 1 di SRK Tengku Indera Petra, Wakaf Mek Zainab,KB. Kebanyakan  bebudak sini aku masih boleh ingat rupa mereka, tapi nama2 mereka aku memang dah lupa disebabkan aku hanya bersekolah kat skolah tu sampa std 2 je. Utk std 3, aku pindah ke skolah yg lebih dekat ngan umah aku sbb Aboh Tok aku akan bersara dari tugasnya sebagai guru besar di sekolah berkenaan.

Sekeping gambar ni rasanya masih lagi ada dalam simpanan di celah2 buku di bilik ku. harap tidak dimakan anai2 laa...

Gambar ni nampak sangat klasik sebab student pompuannye masih mengenakan pinafore over white shirt.Nampaknye gambar ni dah berumur  22 tahun. Gila ah lama. Bucu gambar ni pun dah carik kena kerik (gigit) ko tikus. Terima kasih En W ira sbb upload gambar ni.

Kalau korang tarer,cuba cari aku dlm pict berkenaan. :D

Thursday, May 13, 2010

Mengapa Memilih Untuk Kerja Kerajaan

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

Elaun perumahan

Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2. Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?



3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya