Wednesday, December 10, 2014

Promosi Akhir Tahun. Year End Sale!!

Sempena akhir tahun Shaklee menawarkan Year End Sale pulak dah. Bukan 1 bukan 2 malah 3 produk akan diberikan tawaran terbaik!

Year End Sale, Disember 2014.
Promosi Collagen, Vita C & Vita E
Set Kulit Canik

  1. Beli 3 Percuma 1 Shaklee Collagen Powder 
    • Keahlian Percuma
    • Layak belian harga ahli
    • Bonus di bulan berikutnya
  2. Beli 6 Percuma 1 Sustained Release Vita C
  3. Beli Twinpack Sustained Release Vita C dapat 5% Diskaun
  4. Beli 6 Percuma 1 Vita E Complex
    • Keahlian Percuma
    • Layak belian harga ahli
    • Bonus di bulan berikutnya
  5. Beli Twinpack Vita E Complex dapat 5% Diskaun
Nah!! Ada 5 pilihan pakej belian. Boleh pilih berkenan mana satu. Lepastu sila kontek kami segera. Pasti harga terbaik saya berikan.

Hubungi Hayneem Legacy :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Hayneem Home. Impian Kami.

Alhamdulillah.... baru terima S&P untuk belian Hayneem Home. Harta kami di kampung, untuk kami bersara nanti.

Dah lama tunggu, sejak booking bulan Mei 2014 lagi. Akirnya permit developer dah perolehi, kini kita sign la aggrement apa patut untuk proceed loan rumah.

Walaupun dah punyai 1 unit apartment di PJ, tapi dah nama pun apartment. Tanah takde, rumah atas angin, parking kereta pun susah. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk cari property lain yang lebih sesuai. Nak landed dan kalau boleh Semi-D.

Rezeki kami agaknya, hasil carian google, kami jumpa rumah idaman. Berdekatan dengan kampung suami dan yang penting harga mampu milik. Kena pulak kami dapat harga promosi terhad untuk 5 unit sahaja. Dan kami sempat dapat 1 unit dari 2 unit promosi terakhir. Harga asal RM322k. Tapi bila dah diskaun promosi kami dapat dengan harga RM288k. Rezeki betul!!

Rumah terletak di kawasan perkambungan Pantai Balok, to be axact perumahan Balok Pine. Tapi bukan betul-betul tepi pantai. Kawasan rumah kami seberang jalan. Takut jugak kalau rumah betul-betul dekat pantai. Kang jadi apa-apa, tak pasal. hehehe...

Jom layan layout rumah kecil kami.

Pandangan Depan/Belakang

Pandangan Sisi

Layout

Oklahtu... tak besar sangat. 1 tingkat saja. Bukan takmau teres bertingkat tingkat, tapi fikirkan dah tua tua nanti, takkan larat dah nak panjat tangga. Baiklah beli rumah setingkat je. Agak-agak nak lagi luas, kita renovate sampai bucu pagar. hahaha.... yang best pasal rumah ni ialah tanah lebih tepi dan belakang dapur. So bolehlah agak-agak nak tanam cili ker..bunga ker... atau anak cucu main kejar kejar nanti. Haih... tak sabar nak tunggu derang pacak tiang. kikiki....

Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki kepada kami. Memang azam nak bayar installment rumah ni dengan duit Shakle saja jika diizinkan. Harap ini menjadi semangat untuk saya lebih berusaha. Amin!

Tuesday, November 25, 2014

Sayang suami..

Kata orang dulu dulu... sayang isteri tinggal tinggalkan, sayang anak tangan tangankan. Sayang suami ?

Haa..sayang suami sihat sihatkanlah dia. Sure..why not ? Dia suami kita. Dia yang bertanggungjawab mencari nafkah buat keluarga. Dia jugalah nakhoda kita, harapan tempat kita bergantung. Bila sakit siapa susah ? Kita sebagai isteri jugak akan susah nanti.

Suami saya sering bertugas di luar. Amat jarang dia hanya lepak lepak di ofis dan buat kerja di meja. Oklah...mungkin seminggu sekali ada juga hanya untuk siapkab laporan. Tapu most of the time memang bekerja di luar. Kerja yang memerlukan tenaga dan masa yang panjang. Long distance driving, panjat bukit, menyelit celah2 bangunan. Itu cara kerja dia. Kalau nasib xbaik berkejaran dengan anjing liar. Ya Allah.. selamatkanlah suamiku... hehehe...

Dia sejak kecil telah lama diperkenalkan dengan produk Shaklee. Malah kedua mertua saya dahulu juga pengedar produk Shaklee. Tapi disebabkan kurang berminat dengan pill atau makanan kesihatan, jarang jarang diambil Shaklee. Kalau ambil pun sebab kena paksa time tak sihat.

Sekarang dah berumahtangga. Isteri dia ni pulak dah terjebak dalam business Shaklee. Kencang meniaga. So tak adillah jika suami tak support business isteri kan.. hahaha...

Setiap pagi saya akan 'paksa' suami ambil supplement Shaklee. Sambil isikan tablet ke dalam pillbox, sambil membebel. Reminds 2,3 kali suruh makan selepas sarapan pagi kat luar tu.

Mula mula memang liat. Nak suruh telan pun muka dah lain macam. Tapi sekarang tidak lagi. Setiap pagi tanpa dibebel isteri, pandai pulak bukak petiais dan telan a few pills. Kalau.xsempat, pill box sentiasa terisi sedia dimakan di dalam pouch kerja suami.

Camana boleh ada kesedaran tu ?
Hmm... mungkin kerana cara kerja seharian yang memenatkan memaksa suami faham keperluan badan. Kalau penat sangat pun xelok. Nak nak bila anak anak meminta layanan si ayah bila balik kerja nanti. So ayah perlu bertenaga, sihat dan ceria walaupun selepas seharian bekerja di luar.

Jom tengok apa bekal yang ada dalam pillbox suami saya :

Vitalea untuk tenaga sehingga ke petang.
B Complex untuk anti stress dan mengekalkan kehenseman.
Zinc untuk  penghasilan enzim penting badan, penyembuhan luka dengan cepat (if any), atasi masalah keguguran rambut, bantu kekal slim, dan kesihatan dalam lelaki. (Kecik kecik cili padi betul zink ni).

Orang kita ramai kencing manis

Maaf, lama sket tak bersiaran. Biasalah.. musimg cuti sekolah ni banyak jemputan kenduri kawen. Last week saja ada 2 saudara kawen. Tapi 1 je saya sempat hadir. Anyway... Selamat Pengantin Baru Syed Azhar.

Last weekend kami balik kampung suami di Beserah Kuantan. Jumaat tu kami ambil cuti tujuan nak gerak awal. Tapi sekolah Kakak pula ada rehersal persembahan akhir tahun. So kami lewatkan perjalanan.

Bertolak dalam lepas Zohor gitu. Sampai di Kuantan dah masuk Maghrib. Lepas solat terus gerak ke Indera Mahkota, rumah mak pengantin kerana malamnya ada doa selamat.

Bila dah berkumpum, macam2 cerita kita boleh dengar. Yang menarik perhatian saya pasal sakit 3 serangkai. Yup..mejoriti yang dah berusia ada sakit ni.

Dalam duk bercerita kisah pasal kencing manis, pasal kaki gangren kena potong, efek buah pinggang sampai ke rabun dan buta. Berbagi bagai petua dan ubat ubat disyor dan dibincangkan. Ad yang berkesan, ada yang biasa biasa je. Tapi kalau makan ubat saja dan makan tak kawal, susah jugak kan ?

Dalam dengar pakcik pakcik duk borak tu (kami org muda tak berani menjampuk hehe..), saya bisik kat suami... allangkah bagus kalau mereka semua Vivix Shaklee. Dia senyum je.. yelah tu... nampak benar bini dia ni asyik fikir  pasal Shaklee je.

Tapi bukan niat nak ambil kesempatan nak menjual..tapi apa salah kalau produk tu bagus kita share kebaikan kepada semya kan ?

Saya dah nampak keberkesanan Vivix ke atas bapa rakan. Dari tapak kaki berlubang, sekarang nak tumbuh isi. Dari paras gula tinggi tak tarkawal, sekarang dah stabil. Even mak mertua saya sendiri amalkan Vivix selepas kena strok, sudah nampak kesan positifnya.  Alhamdulillah... :-)