Thursday, November 13, 2014

Nasi Kari Peria

Semalam dah makan peria..hari ni makan peria lagi. Feveret nih. Pahit-pahit pun kalau kena gaya masaknya... haih.. sedap sedap sedap !!

Semalam beli nasi kandar, nasi separuh, kuah kari ikan ngan peria goreng crispy. Harini pun sama gak. Nasi separuh, kuah kari ikan, peria goreng crispy, tapi ada tambahan gulai telur ikan (protein yang sangat sedap!).
Nasi Kari Peria Goreng

Dari kecik duk makan kari. Arwah Abah suka kari. Bak kata adik beradik kami dulu-dulu... "kari hari hari...hari-hari kari". Sehari takde kari tak sah!! Kuah sup atau singgang hanya bila Abah outstation sahaja. Biasalah... Abah orang utara. Harus la kari feveretnya.
Kadang-kadang bila Mama dah bosan masak kari hari-hari, Abah akan beli kuah kari siap-siap dari kedai. Beli banyak n simpan dalam freezer. Bila nak makan je, senang. Panaskan kuah, masukkan isi ikan. Nak lagi kick, taruk bendi n tomato. Anak-anak tak komplen. Asal sedap je kami telan. hehehe...

Meh nak kongsi 1 resepi kari sedap simple.
1 ekor ikan kembung saiz sederhana dipotong 2 (buat syarat je nak rasa ikan)
1 tangkai daun kari
2 bungkus serbuk kari ikan
1 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang merah (kecil) (dimayang)
1 sudu bedar asam jawa (dilarutkan dengan 1 cawan air, buang biji)
1 biji tomato (dipotong)
3 biji bendi (ikut suka, tanak letak pun ok)
2 camca minyak masak untuk menumis

Cara masak :
Tumis semua bawang (putih & merah) dengan daun kari sampai wangi.
Larutkan serbuk kari menjadi paste n masukkan bersama bahan tumis. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato. Tumis bersama seketika.
Masukkan air asam jawa.
Bila mendidih, masukkan ikan.
Bila ikan sudah masak, masukkan bendi.

Tu saja caranya. Masak kari orang malas. Tapi serius la.. walaupun masak macam ni je, kami adik beradik makan bertambah tambah. Kena pulak kalau ikan diganti telur ikan n sambal cili special Mama. Hohohoho.....

Untuk makluman, dapur Mama dulu jarang guna rempah ratus macam kulit kayu manis, bunga lawang etc.. hanya ada yang basic saja. Tu pasal la resepinya mudah sangat. Tapi selagi dimasak oleh ibu kita sendiri, selera tu takyah heran. Habis aje nasi seperiuk. Lagipun kari yang macam ni tahan lama dan tak mudah basi. Yelah kan.. mana ada guna santan.

Cubaan Meroti Roti Sarang Lebah

Cita-cita dah lama nak beli breadmaker. Tapi sampai skarang masih blom beli-beli. Hahaha....

Ahad macam biasa, adalah hari malas kami sekeluarga. Time ni lah kami nak lepak duduk rumah je. Layan tv, layan anak anak.

Entah kenapa tiba-tiba Tasneem bising. Komplen kata boring. Duk lah sibuk ajak keluar petang nanti.
Oklah.. petang kang kita keluar jap jalan jalan.

Jadi kisahnya, Irfan dah terlelap menunggu petang, dah tak boleh nak keluar pulak dah. Untuk elak Tasneem bising komplen, muncullah idea nak meroti. Semua bahan dah ada kecuali yogurt. Hahaha... takpe. Blasah je...

Sambil2 slongkar dapur cari barang, panggil Kakak join sama meroti. Part menapis, sukat, uli semua Ibu yang buat. Tasneem hanya tunggu tepung kembang n uli kecil kecil susun dalam bekas. Ala2 Kidzania la ni kut.

Jenuh Tasneem bukak tutup besen nak tengok doh dah kembang belum. Hehehe...
Dah susun bulat2, time utk bakar. Yeah... guna aja oven hadiah kawen 6 tahun lepas. Walaupun api dia dah senget sebelah (selalu kek hitam separuh dibuatnya), tetap mampu berbakti di kala perlu.

Menjelang Maghrib, maka siaplah roti sarang lebah ni. Tapi tanpa sos Butterscotch. Sebab salah resepi, last2 kuahnya da macam gula tarik. Haih.... takpe... ada kaya dalam petiais buat penyelamat. Encik Suami makan aje 3-4 ketul tanpa komplen. Waaaa......

Nah gambar buat pelengkap entry ni.
Siap Roti Sarang Lebah, bula nak makan, tak jumpa dinding sarang, terus koyak. Hahaha...

Sunday, November 2, 2014

Omegaguard bagus untuk anak-anak asthma

Assalamualaikum...
Setiap kali anak-anak deman atau hidung melelh, mula timbul risau di hati. Takut selsema melarat teruk menjadi asthma. Anak sukar bernafas, cepat penat dan yang paling tak tahan, rasa sedih bila anak sendiri meraung menangis tak nak neb di klinik/hospital. Sedih tengok anak menangis minta dilepaskan, tapi kalau tak neb, macam mana nak cepat lega ?

Bagi OmegaGuard untuk anak yang selalu batuk-batuk, selsema dan asthma. Terutama yg jenis selalu sangat neb. Cuba dulu 1 botol. Ada 90 biji. Tahan la 3 bulan utk 1 anak.

In sya Allah, pasti ada improvement.


Saya sendiri asthma n alergik macam macam. 
Anak saya juga pernah neb. Sedih sangat....

Setelah saya mencuba Omegaguard untuk anak-anak saya, hati rasa sedikit lega.

Skarang lebih banyak improvement. Walau demam atau selsema, cepat pulih and at least kahak tak masuk hingga ke paru paru.

Mak ayah... tolonglah anak anda ya. 
Bulan ni sepanjang November 2014 OmegaGuard promosi. Dah murah dah kalau nak cuba sebotol.

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Thursday, October 30, 2014

Sarapan Segera untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Shaklee Mealshake


Biasa tak... setiap pagi kita sangat sibuk sehingga lupa sarapan..terutama sarapan untuk anak-anak kita ? Sudahnya anak ke sekolah, tadika, taska tak sempat sarapan atau hanya makan bijirin saja dalam kereta... berkhasiatkan ? Cukupkah tenaga bertahan sehingga tengahari ?

Sejak saya terlibat dengan produk Shaklee ni, berbagai-bagai masalah kesihatan saya dengar. Bukan saja masalah kesihatan, masalah kurang fokus anak-anak, anak-anak selalu letih,  dan macam-macam lagi.  Bagaimana ya ?

Anak-anak kurang sihat dan hilang daya tumpuan berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang.

Shaklee Mealshake adalah salah satu produk Shaklee yang sesuai untuk kanak-kanak. Dengan 100% kandungan bahan semulajadi dan organik. Diyakini dan 100% dijamin selamat. Tiada salah untuk kita mencubanya untuk kesihatan anak-anak kita.

Apa rasanya ? Hmm.. pernah makan aiskrim Vanilla ? Yup... itulah rasanya. Sebiji sbijan..manis-manis wangi Vanilla. Sedap.... tambah lagi kalau dicampur dengan susu segar atau buat fruit smooties. Ohsem!! In sya Allah anak-anak pasti menggemarinya.



Shaklee Mealshake sangat sesuai untuk dijadikan sarapan segera anak-anak setiap hari. Terutama hari-hari persekolahan yang mana kita mungkin tak sempat untuk menyediakan sarapan lengkap untuk mereka. Dengan Shaklee Mealshake, hanya segelas penuh, mampu memberikan vitamin, nutrient dan protein untuk bekalan tenaga mereka siang hari untuk beraktiviti di luar rumah.



Kelebihan Shaklee Mealshake:

  • Tinggi Kandungan Protein Tenusu. Bancuhan 1 hidangan makan Mealshake bersama dengan susu segar mampu membekalkan kira-kira 15 gram protein. Kandungan protein dalam Mealshake juga bersumber dari susu rendah lemak. SO.... tak perlu risau kandungan lemak yang berlebihan.
  • 100% Bahan Semulajadi. Keseluruhan produk  Shaklee adalah dari sumber semulajadi, termasuk juga Mealshake. Bahan semula jadi yang digunakan oleh Shaklee adalah yang terbaik dan organik. Setiap bahan yang akan digunakan dalam penghasilan produk perlu menepati piawaian yang telah ditentukan oleh Shaklee. Setiap vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Mealshake adalah semulajadi dan bukan vitamin sintetik! 


WAJIB CUBA Shaklee Mealshake! 
Kenapa ?

  • Kerana ia adalah pilihan bagi ibu bapa yang bijak. 
  • Sarapan segera anak-anak di awal pagi. Tingkatkan kecergasan dan fokus anak-anak setiap mula hari persekolahan.
  • Lebih bekalan protein untuk tumbesaran badan.
  • Meningkatkan immuniti badan dari jangkitan penyakit atau bantu badan sembuh lebih cepat dari sebarang jangkitan penyakit.



Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171