Virus Influenza A merebak laju sekarang ni.
Bulan lepas kami sekeluarga dah terjangkit. Bermula dengan baby paling kecil. Tiba² suhu badan naik, terus cek di emergency Pusrawi, kebetulan dah lalu dalam kL balik dari meronda.
Doc suggest check in ward, tapi sebab hospital jauh dari rumah di Putrajaya, kami decide untuk jagaan di rumah saja dan selesaikan ubat tumiflu untuk 5 hari.
Baru selepas hari ke 3, ibu pulak tumbang. Tekak sakit nak menelan, selsema teruk, badan tak larat giler...... Pegi Klinik Kesihatan, dapat ubat selsema dengan panadol saja. Klinik kat buat pun test virus Influenza A. Takpela, mungkin masa ni KKM masih belum keluarkan amaran. Oklah dapat ubat buat tahan sakit sakit badan. Ambil tambahan 2 biji Vitamin C & Nutriferon setiap hari.
Hari ke-5, si Kakak pulak tumbang. Pun tahan dengan ubat selsema, panadol & double doses of Shaklee Vitamin C & Nutriferon 1 sachet sehari.
Next 2 days, Ipan pulak tumbang. Sama jugak tahan dengan paracetamol, ubat selsema & Nutriferon.
Bukan tak mahu warded. Tapi rasa leceh sangat berkampung kat hospital. Tak kisah lah swasta atau gomen. Duduk saja pun tak selesa. Sakit sakit badan. Yang tukang tunggu jaga pun boleh sakit sama.
Minum banyak air. Makan banyak buah & masak sup ayam. Bersin, batuk sila tutup mulut & hidung.
#HayneemLegacy #ShakleePutrajaya
No comments:
Post a Comment