Monday, December 14, 2015

Baju sekolah ? Duit Belanja ? Makan apa ?

Siapa sini anaknya bakal masuk tahun 1?
Mesti gelabah kan ? Tak tau apa nak expect  nanti.

Antara perkara yang perlu difikir bila anak masuk sekolah:

  1. Berapa helai uniform sekolah dan uniform KAFA ?
  2. Beg sekolah, Beg KAFA, Beg Transit (kalau ada).
  3. Jam berapa nak kena mula gerak hantar anak sekolah.
  4. Jam berapa nak kejut anak bangun.
  5. Sarapan pagi apa nak masak.
  6. Waktu rehat anak nak makan ape.
  7. Berapa duit belanja anak setiap hari.

........

Pengalaman saya tahun lepas.... ada soalan di atas yang saya rasa kita sebagai parents yang first timer anak masuk tahun satu over expacted.

1. Uniform sekolah & KAFA - excited punya pasal, bulan 11 minggu pertama start cuti sekolah kami dah jelajah mall dan pkns. masa tu baju-baju sekolah masih belum dijual lagi. Excited punya pasal, maka beli la 1 set baju kurung sekolah. Kain cotton dan harga lebih kurang RM70++ sepasang (belum masuk tudung sekolah lagi).
Selang 2 minggu, pegi beli lagi sepasang brand canggih. Cotton jugak.
Lepas tu Kakak Ipar ada sedekah 2 pasang baju dan kain sekolah, baju cotton dan kain sedikit licin.

Nak dekat dekat buka sekolah, kami pegi cari 2 helai kain coklat untuk kelas KAFA petang dan sedikit licin.

Jadinya sekarang dah ada 4 helai baju putih, 4 helai kain biru, 2 helai kain coklat.

Tapikan.... anak tak berapa selesa dengan kain biru yang tebal dan keras. Sudahnya anak just pakai kain biru yang licin tu je. Katanya selesa dan tak panas.

So kami hanya duk ulang pakai yang dia selesa ajelah. Kain biru yang 2 helain baru tu langsung dah tak pakai.

Kasut minimum 2 pasang. Stokin biar lebih. 6 pasang pun takpe. Tak tahan stokin asyik hilang sebelah. hahahaha.....

2. Beg Sekolah - Rasanya tak perlulah beli beg besar beroda bagai. Cikgu kelas memang bagi jadual, so kita parents boleh isi buku-buku ikut jadual. Jangan jadi macam kami, beli beg beroda hampir RM100++, tapi sudahnya tak sampai 3 bulan , zip rosak gitu je. So kami recycle balik beg tadika tahun lepas. Boleh je pakai sampai habis tahun. Lagi pun kalau beli beg beroda, anak susah nak bawak naik tangga dan kadang-kadang dia merasa nak pikul beg jadi sukar sebab tak selesa palang beli/plastik belakang beg tu. Kita sendiri pun as parents rasa sakit bila pikul beg yang terhalang besi, apa lagi anak kita kan ?

Untuk beg KAFA dan beg transit, kami beli aje beg biasa-biasa kat pasaraya. Senang dan ringan.

3. Jam berapa nak gerak hantar anak sekolah ? Jam berapa anak perlu bangun ?
Kejut anak - 6.15
Siap mandi & Sarapan - Paling awal jam 7.00, paling lewat jam 7.20 . Takpela kan dah sekolah pun belakang rumah je. hehe..

4. Sarapan pagi anak ? - Takde masalah bagi kami. Tak perlu hidup api dapur pun. Hahaha.... setiap pagi sarapan segera je. Sori yer... bukan cereal conflakes ker apa. Benda mcm tu tak kenyang dan tenaga cepat aje habis.
Sarapan pagi senang je. Just minum 2 sudu Mealshakes dengan susu atau milo atau apa saja jus feveret anak.

5. Waktu rehat anak makan ape ? - Yang ni pun mula-mula saya risau. 1st day sekolah...punya la risau anak tak dapat makan. Parents pulak lebih ramai dari murid beratur kat kantin. hehehe.. bagi memudahkan.. 1st day biarlah cikkgu-cikgu yang ajarkan anak beratur. Biar derang ambil pengalaman beli makanan dengan acik kantin. Mak ayah duduk tepi tengok je. Tapi kalau boleh sediakan bekal jugak. Mana la tau kut la 1st day tu anak beli kuih seketul je, dah tu air pun tak sempat beli sebab kantin sesak sangat dengan parents dan murid-murid lain. Siap siap bekal nasi goreng ker... kuih cokodok ker...

6. Berapa duit belanja ? - RM3 untuk sesi pagi rasanya dah cukup. OK la setakat nak beli milo ais dengan nasi ayam pinggan kecik. Dan pastikan juga kita audit balik apa dibelanjakan masa di sekolah. Dari situ kita boleh tau anak kita ni pandai urus duit atau tak. Atau mungkin ada murid lain ambil kesempatan.

Gitulah sikit sebanyak panduan buat 1st timer parents anak masuk darjah satu dari pengalaman saya. Mungkin dapat memberi manfaat.

Kisah hari pertama anak tahun satu ? Huhu.. nantilah kita cerita. Yang tu agak panjang jugak. Macam macam kisah tau. hahaahaa..

No comments:

Post a Comment