Sunday, May 31, 2015

Kenali Tubuh Kita : Leptin, Hormon Pengenyang

APA ITU LEPTIN ?
Leptin adalah hormon yang berkait rapat dengan proses pengaliran dan penggunaan tenaga, mengawal selera, seimbangkan metabolisma dan kelaparan. Ia adalah hormon yang paling penting kepada badan bagi menterjemah keperluan badan sama ada masih lapar atau sudah kenyang.

Apabila kadar Leptin tinggi, ia akan menghantar signal menyatakan KENYANG kepada otak dan akan membuatkan kita berhenti makan. Apabila kadar Leptin adalah rendah, maka pada masa itulah kita akan rasa lapar dan mungkin mengidam (craving) untuk berbagai jenis makanan terutama yang bergula.

Paras Leptin pengaruhi Lapar atau Kenyang



Leptin kebanyakannya dihasilakn oleh lemak dari badan kita. Secara logiknya diakal kita akan faham, lebih banyak LEMAK kita miliki, maka lebih banyak Leptin akan terhasil. Ia mungkin bercanggah dari fakta sebelum ini, tapi ia agak logik jika kita kaitkannya dengan masalah Yo-Yo Diet. Oleh sebab itu, bagi proses penurunan berat badan dengan meningkatkan paras Leptin, badan mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk seimbangkan paras lepin dengan lemak sedia ada. MAKSUDNYA... penurunan berat dengan bantuan Omega-3 bagi meningkatkan paras Leptin memerlukan sedikit masa untuk kita nampak perubahan dari segi pengurangan berat badan. Lemak badan dah terkumpul selama yang kita tahu, ia takkan berkurang hanya dalam 3 hari. So bertabahlah.

So.. bila kita turun berat secara mendadak sama ada dengan crash diet (puasa minum air saja 3 hari ker...), buat liposuction ker.. atau tetiba tak makan karbohidrat langsung, paras leptin akan turun dengan mendadak (lebih kepada menjunam). Kemudian kita akan mula rasa lebih lapar, pengeluaran hormon toiroid main berkurang dan  paras metabolisma tiba-tiba drop sangat-sangat. Badan akan mula meningkatkan aktiviti hormon catabolic dan selera makan dan secara langsung buat kita termakan lebih dan berat badan akan semakin naik lebih dari sebelumnya.


SAINS DI SEBALIK LEPTIN
Memandangkan Leptin ni adalah kunci kepada mengawal lapar dan rasa kenyang, para saintis telah membuat lebih kajian  yang mampu membantu dalam proses penurunan berat badan.:
  • Harvard Medical School : Meningkatkan paras leptin dalam tikus kajian, ia mebuatkan mereka lebih aktif bergerak a.k.a bersenam (dalam otak fikir like hamster running on wheels. hehehe..)
  • Leptin berkait rapat dengan bagaimana badan kita mengawal metabolisma, tahap aktiviti badan dan juga anggaran tenaga.
  • Leptin juga mempengaruhi pemilihan makanan kita sama ada makanan itu menggoda atau tidak. Even makanan yang sangat disukai ramai pun kita mampu elak dan hanya pandang saja tanpa menyuapnya ke mulut. Nampaknya cara ini memang terbaik untuk turun berat badan. Datanglah pizza atau kek coklat sekali pun. hehehe...
SO, CAMANA NAK KURUS ?
  1. JANGAN CRASH DIET. Tiada guna hilang berat terlalu cepat jika ia boleh buat berat badan naik mendadak dan lebih dari berat sebelumnya. Sebaiknya cuba kurangkan pengambilan kalori secara sedikit sedikit. 
  2. Elak pengambilan gula yang tinggi. Gula atau makanan berkalori tinggi akan membuatkan otak kita kurang sensitif pada Leptin. Dan ini mengakibatkan badan kita tidak sensitif pada kehadiran Leptin dan dengan selamba makan, makan dan makan.
  3. TIDUR YANG CUKUP. Cukup mudah! Bila kita tidur, paras Leptin akan meningkat bagi mengelakkan kita lapar semasa tidur. Sebab itu bila kita tidur lena, kita tak terbangun tengah-tengah malam kerana lapar nak makan (betul tak ?). Tapi pastikan tidur anda lebih berkualiti (minimum 7 Jam). Kajian mendapati tempoh tidur yang singkat (6 jam atau kurang) akan merendahkan paras leptin sepanjang hari, meningkatkan selera makan dan juga mempengaruhi selera makan lebih kepada memilih karbohidrat dan makanan berlemak (coklat, aiskrim, fast food, extra creamy dan berlemak).
Secara ringkasnya:
  • JANGAN CRASH DIET
  • ELAK GULA ATAU MAKANAN YANG DIPROSES
  • AMALKAN OMEGA-3
  • TIDUR YANG CUKUP DAN BERKUALITI


SHAKLEE OMEGAGUARD
Shaklee Omegaguard. Bantu anda turun berat badan dengan meningkatkan Leptin
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.

Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

No comments:

Post a Comment