Saturday, June 21, 2014

Sembang Santai Awek Shaklee

Blog dah bersawang. Kalau blog ni macam rumah, entah macam mana la rupa nyer kan ? Dalam usaha nak rajinkan diri balik update blog ni. Haih.. dah anak dua  ni, makin tak sempat nak buat apa. Masa banyak tertumpu pada anak dan kerja (hakiki & partime). Waaa..... mak bizi sangat dah gayanya.

Fast update... skarang anak saudara dah bertambah. Tahniah Kak Nisa (kakak ipar) dah selamat bersalin baby girl. Harap diberikan kasih sayang terbaik kepadanya. Buktikan kamu wanita hebat! Coming soon lagi 2 anak saudara will be arriving. Alhamdulillah... makin meriah lah nanti yer rumah Wawan!

Pagi tadi lagi dapat berita gembira. AbeJue naik pangkat. Skarang berjaya bergelar Timbalan Dekan di UMK. Alhamdulillah lagi! Berkat sabar dari Diploma sehingga PHD, berbaloi usaha dan kesabaran. Walau pegi kelas sambil bawak si Tasha. Anda hebat Bro! Kebanggaan keluarga :-D

Hari ni report card day sekolah Kakak. Jumpa Cikgu Suhaida. Report bagus, takde perangai pelik di sekolah.  And surprisingly mostly of her test papers dapat markah 100-98%. Amboi... kalau kat rumah punya malas nak buat homework yer... nasib baik cepat pickup. Sel sel otak bergabung mungkin dari hasil usaha Ibu duk tambah MealShake dalam susu dan Omega Guard Shaklee setiap minggu.

Lepastu, sementara nak tunggu jam 5, kami sempat singgah Eh..Eh..Bazar kat MAEPS. Ya Rabbi... ramai gilak orang. Orang memang ramai... tapi tak semua membeli. Ramai yang lalu tengok je barangnya. Sebab gerai macam kecik-kecik. Nak tanya, belek-belek barang pun susah. Lorong plak sempit. Bila ada selebriti kat gerai tu... jalan kecik tu mula la jem sbb org berenti nak tangkap gambar ngan retis. Haiyyoooyoo.... ini macam bukan publisiti, tapi lebih pada kesian lak booth jiran sebelah nanti. Orang tak nampak gerai dia n susah nak brenti tengok barang jualan.
Setiap kali lalu depan public tgh ambil gambar ngan selebriti, stiap kali tu lah saya tanya..."Sape tu ?". Ye lah... tak kenal sangat dah artis skarang ni kalau dah hari2 terpaksa hadap channel kartun atau channel sukan je kan... maaf lah kepada artis yang terdengar soalan saya "Sape tu ?" tu.... saya memang tak kenal. Tu pasal la tanya. Maap yer....

Dah kul 5, kami gerak ke IOI Marriot. Sana sudah appointmen sama Master Azlin. Mau sembang sembang business. Business ratus ribu takkan nak sembang kat Mapley kan ? Paling koman McD. hahaha... (gila statement sombong). Dak aiiihhh.... jumpa kat hotel sebab geng2 Masters duk ada kelas (yup.. Master pun kena gi coaching gak. blajar kembang duit).  Alang2 derang dah ada situ, kami anak2 ikan baru nak blajar berenang ni ambil peluang gathering la skejap. Sedut ilmu business, sharing masalah, borak2 santai. Lebih mengenali rakan-rakan satu group sambil eratkan ukhwah. Mana tau...later2 boleh mintak tolong ker... kan ?

Sesi santai awek2 Shaklee. Takde baju bling2, takde handbag mahal . Kami semua biasa2 saja... berbekal semangat kental dan harapan yang menggunung. Rakan2 Shaklee bantu saya berubah untuk lebih dekat dengan-Nya dan sentiasa bersangka baik. AllahuRabbi...  semoga ukhwah ini berpanjangan.
Ingin sertai kami ? WhatsApp 012-3252171. Saya sedia membantu.
Wah... panjang caption gambar. Ni kes malas dah nak pikir. Copy paste je dari fb. Tapi kot la ada yang nak join kami sama-sama business Shaklee kan .... jangan segan la nak contact nombor kat gambar tu nanti. Kot la ada yang nak income 300, 500, 1k, 2k, 15k kerrr.... contact laaa... modal pun kecik je. RM 75 sahaja seumur hidup.

Balik rumah anak-anak semua dah kenyang. Sambil ibu coaching, derang ngan abahnya dah setel  pizza ngan fetuchinni. Tinggal kat ibu 2 keping je pizza. Takpelah anak... ibu dah kenyang dengan ilmu business, stakat lapar sikit je.. paling teruk malam bangun minum ESP.


No comments:

Post a Comment