Monday, November 18, 2013

Ringkasan 2 weekends

Dah 2 weekend kami agak sibuk.
Weekend pertama sibuk dengan aktiviti Graduasi Tadika Kakak. Petangnya pula kami berkunjung ke rumah AbeJu, meraikan  dia grad Phd. Alhamdulillah....
Keesokannya, tuan rumah suruh tunggu dulu sampai petang. Nak bawa semua termasuk Mama dari KB santai makan makan di Kuala Selangor, Aroma Ikan Bakar. Jauh jugak perjalanan kami. Dari Putrajaya - Sg Buloh - Kuala Selangor - Putrajaya.

Weekend kedua, kami ambil keputusan nak bawa Kakak enjoy ke Genting Highlands. Alang-alang bonus Shaklee bulan ni rezekinya lebih. Lepas tolak insurans kereta dan roadtax, masih ada baki untuk reward diri dan keluarga. Inilah masanya bawa anak-anak enjoy. Walaupun Genting je, at least anak-anak dah happy.
Tapi Genting agak bosan (bagi Ibu n Babah) memandangkan kami hanya boleh ke Indoor ThemePark sahaja. Pusing-pusing, mainan yang sama je. Nasib baik tak ramai sangat orang time tengah tengah bulan ni. Tapi penat nya tetap sama. Menginap 1 malam di First World Hotel je. Cukuplah ada katil dan keperluan membersihkan diri untuk satu malam. Tak perlu lebih-lebih.
Esoknya, on the way balik, kami singgah ke Strawberry Park. Bagi can Kakak feeling kutip buah strawberry. Si Adek sibuk nak  turun dari SSC. Nak petik sama ngan Kakak n terus makan. Haih... terpaksa keluarkan Adek dari kawasan pokok strawberry, kang tak pasal semua buah di petik makan kat situ jugak.

Minggu ni harapnya boleh duduk rumah sepuasnya... nak uruskan kain baju, kucing, cuci kereta, mop lantai segala. Rumah dah gaya cam rumah tinggal dah ni. Huihh..!!

No comments:

Post a Comment