Assalamualaikum,
Sekian lama duk diam je. Blog tak update. Bukan sibuk, cuma pc di ofis kena block n kalau pakai netbook sendiri pun slow cam sloth. apa nak buat? nasib la mampu berinternet pakai handphone, kalau tak mau kedai Shaklee ku tutup. Alhamdulillah ada juga rezeki.
Ni kebetulan kawan bagi pinjam McBoook dia, umak aih.... suka rasa pakai machine nih. Laju semacam. Bukak mebeng pun urusan setel tak sampai 10 minit. Alang alang dah ada yang pinjam ni, kita update blog la yer dak ? hahaha....
Setakatkan kerja dan business Shaklee bergerak seiring. Kerja kerja jugak, tugasa disiapkan dulu, sambil-sambil tu business tetap diuruskan walaupun melalui samsung saja. Update status, sharing, product update, product reveiw, order barang, reply customers... pakai henpon sampai terpaksa caj 2 kali sehari. Nasibla dataplan banyak jugak. kalau tak nangis je macam bulan lepas. Sampai terpaksa bawak wireless modem ke ofis. T__T
Alhamdulillah bulan lepas berjaya naik rank ke Senior Supervisor. Gila kentang rasa. 1 jam sebelum closing mampu reach target bersama anak Shaklee saya. Yup, setiap bulan kalau ada closing for sure akan nerves, kelamkabut segala. Kat ofis muka masih boleh control, tapi kat wasap segalanya lintang pukang, gelabah tak menentu. Sekejap sekejap kira UV, skejap skejap order utk customer. Harapn tingggi untuk hit target setiap kali closing di akhir bulan.
Tapi stakat ni segala rasa nerves dan gelabah tu berbaloi. Setiap bulan terima bonus, makin bulan makin bertambah walaupun sikit. Harap ia berkadar terus la kan. Doa..doa...doa...
Bulan ni sekali lagi saya dan anak Shaklee saya berjaya efektif (Senior Supervisor & Superisor). Syukurnya... kenapa suka sangat efektif ? Semestinya ada kepuasan kerana berjaya mencapai target dan satu lagi Shaklee Malaysia akan reward kita dengan pendapatan tambahan (bukan hanya bonus jualan). Sape tak nak kan ? Congak-congak..kira-kira... Bonus dah nak sama gaji sendiri awal tahun haritu. Alhamdulillah...
Dulu target kalau dapat RM200 sebulan aje pun dah cukup, sekarang rezeki dah lebih. Walau apa pun, rezeki lebih tetap saya berkongsi dengan mereka yang tersayang. Simpan dulu baru belanja. Itu konsep yang perlu dipegang.
Owh.. next target will be Car Bonus pulak. SAYA NAK SHAKLEE BAYAR LOAN KETER SAYA. Boleh ? Semoga segalanya dipermudahkan...
No comments:
Post a Comment