Pengakhiran 2011, berbagai peristiwa berlaku. Yang paling tidak dilupa adalah pemergian Abah tercinta Haji Khaidir/Khidzir Bin Othman pada 15 Disember 2011, jam 7.53 petang bersamaan 20 Muharram 1433 dalam keadaan yang amat tenang dan melegakan kami sekeluarga. Tiada kata dapat digambarkan. Hanya doa mampu diiringkan.
Amat sedih bila cuba diingat kembali saat-sata menjaga arwah di hospital. Tidak perlu di catit di blog atau di mana-mana diari. Biarlah menjadi kenangan dan pengalaman peribadi. Syahdu dan pilu bila cuba diingat kembali.
Walau kenangan itu lambat laun akan pudar bersama umur yang semakin senja nanti, biarlah ianya satu titik kesedaran pada diri sendiri.
Hanya sebagai ingatan pada diri, iman seseorang ayah atau ibu tidak dapat diwarisi oleh anak-anak.
al-fatihah.
ReplyDelete