Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Khasiat ESP yang anda perlu tahu.


Antara kebaikan ESP (Energized Soy Protein) yang anda perlu tahu:

  • ESP meningkatkan penyerapan protein.
  • ESP membantu meredakan masalah angin, ketidak selesaan perut dan gastrik.
  • 60 kajian menunjukkan ESP mampu meningkatkan ketumpatan tulang.
  • Dengan mengamalkan ESP bersama-sama Vitamin E, mampu menghalang pengoksidaan Kolesterol LDL (kolesterol jahat) yang membawa risiko kepada kesihatan jantung dan darah tinggi sebanyak 40%.
  • Mengelakkan pembentukan batu karang.
  • Mengelakkan kerosakan buah pinggang.Kandungan protein dari sumber haiwan yang tinggi memberi risiko kepada kerosakan buah pinggang, namun protein dari sumber tumbuhan (contoh soya) adalah sebaliknya dan senang disaring oleh buah pinggang dan diserap oleh badan.
  • ESP mengandungi protien yang lengkap dengan Isoflaven yang mana merupakan bahan semulajadi yang diperlukan oleh badan untuk melawan kanser.
  • Protein dan Isoflaven bertindak serentak dengan menghalang sel tidak normal dari membiak menjadi sel kanser.
  • Kandungan protein dalam ESP meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan pertama dalam melawan serangan virus dan bakteria.
  • Lysine dalam ESP jika diamalkan bersama Vitamin C mampu mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%.
  • ESP jika diamalkan dengan flavonoid  (sumber dari buahan citrus, berries, ginko, bawang merah, parsley... Vitamin C Shaklee juga mengandungi flavonoids) mampu mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10kali ganda.
  • ESP jika diamalkan dengan Carotomax mengurangkan risiko pembiakan sel kanser sebanyak 10 kali ganda.
  • ESP menggalakkan proses pemulihan sel dan penghasilan sel baru untuk mengekalkan fungsi organ dan keseluruhan badan dengan sempurna.
  • ESP yang mempunyai GI (Glisemik Indeks = Kadar pelepasan tenaga) rendah terbukti secara klinikal mampu membekalkan tenaga kepada badan dalam jangka masa yang lebih lama. sangat sesuai untuk mereka yang menghidap diebetes bagi mengawal paras gula dalam darah.
  • ESP membantu membina sel otot, sel kulit, seimbangkan hormon, menyokong sistem immune badan dengan baik dan memelihara kesihatan jantung dan prostat (untuk lelaki).
  • ESP membantu mengawal mood swing ketika wanita menghadapi PMS dan wanita menopause.
Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp : 012-3252171

Monday, February 18, 2013

KEPERLUAN PROTEIN KEPADA IBU MENYUSU

KEPERLUAN PROTEIN KEPADA IBU MENYUSU
Wanita yang menyusukan bayi amat memerlukan pemakanan yang tinggi kandungan nutrisi dalam diet seharian. Apa yang ibu makan akan terus disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Selain keperluan vitamin dan mineral tambahan, ibu menyusukan juga memerlukan lebih protein bagi memastikan badan terus menghasilkan susu yang berkhasiat. Walaupun ramai yang mengatakan pemakanan mereka adalah cukup berkhasiat, namun masih ada lagi ibu-ibu yang memerlukan lebih protein dengan bantuan pemakanan tambahan.


KEPERLUAN PROTEIN BAGI IBU MENYUSU
Wanita yang menyusukan bayi memerlukan lebih banyak protein berbanding wanita yang tidak menyusukan. Mereka bukan sahaja perlu memenuhi keperluan badan sendiri, malah memerlukan lebih tambahan protein untuk mengekalkan tenaga kepada badan semasa proses penghasilan susu badan dan juga sebahagian protein juga perlu dibekalkan kepada bayi yang disusukan melalui susu ibu.

SIAPA YANG MEMERLUKAN PEMAKANAN TAMBAHAN ?
Kebanyakkan wanita sememangnya tidak mendapat cukup bekalan protein dari diet harian mereka. Malah walaupun mereka peka dengan pengambilan protein, masih lagi tidak cukup dan agak mencabar untuk mereka menampung keperluan protein oleh badan terutama bagi ibu menyusu. Maka di sini pemakanan tambahan seperti serbuk minuman protein mampu membantu.

BAGAIMANA MEMILIH PRODUK PROTEIN ?
Di pasaran terdapat berbagai jenama serbuk protein. Kebanyakkannya adalah sumber protein berasaskan soya atau telur. Walaubagaimana pun, apa yang penting di sini adalah jenis dan bilangan kandungan asid amino yang terkandung dalam produk terbabik. Asid Amino adalah sangat penting bagi pertumbuhan sel dan badan. Asid Amino tidak dapat dihasilkan oleh badan dan kehadiran Asid Amino yang lengkap (9 jenis) dalam produk yang dipilih adalah amat penting.

9 Jenis Amino Asid yang diperlukan:
  1. Histadine : berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.
  2. Isoleucine: Diperlukan untuk sintesis hemoglobin, unsur utama sel darah merah
  3. Leucine : Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
  4. Lysine : diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysine juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan
  5. Methionine : Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku
  6. Phenylalanine : Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
  7. Threosine : Dapat meningkatkan mood positif dan juga antioksidan.
  8. Tryptophan :Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan.
  9. Valine : Penting untuk pembinaan otot. Kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh. Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal
SHAKLEE ENERGIZED SOY PROTEIN (ESP)
Shaklee menawarkan minuman protein berasaskan Non-GMO soy (soya) yang terbaik.
Shaklee ESP mengandungi kesemua 9 Asid Amino yang diperlukan oleh badan dan mampu membekalkan tenaga bagi memulakan hari anda.
jom teruskan bacaan anda :
Energized Soy Protein (ESP)
Set Berpantang/Hamil/Menyusu + Shaklee ESP



Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Wednesday, February 6, 2013

SET MENGANDUNG (HAMIL) / BERPANTANG / MENYUSU SHAKLEE

Dengan Shaklee kini anda mampu menghadapi dunia keibuan dengan lebih selesa.



  1. SEMASA & SELEPAS KELAHIRAN
  2. SEMASA MENGANDUNG
  3. SEMASA BERPANTANG

KANDUNGAN SET:
  • ESP : Membekalkan tenaga kepada ibu sepanjang hari serta membantu masalah gastrik (jika ada). Kekurangan protein juga dikaitkan kecacatan janin semasa semasa ibu hamil. Pengambilan protein yang cukup membantu perkembangan janin dengan baik.
  • VITA C : Memberikan perlindungan dengan meningkatkan imune badan. Dos yang tinggi diambil sebelum bersalin juga membantu mengurangkan sakit bersalin.
  • VITALEA : Memberi imbangan nutrient dan tinggi kandungan asid folic
  • B-COMPLEX : Mengurangkan tanda-tanda stress dan membantu menukar makanan yang dimakan kepada tenaga.
  • OSTEMATRIX : Sumber kalsium kepada ibu hamil dan menyusu. Membantu melegakan masalah sembelit.
  • OMEGA GUARD : DHA dari sumber minyak ikan membantu  perkembangan otak janin
  • ALFALFA : Sebagai penggalak susu (milk booster), memberi kesan detosifikasi kepada sistem pencernaan, mengembalikan sel-sel badan terutama bahagian sulit wanita ke keadaan asal selepas besalin (bertindak seperti kacip fatimah)
  • GLA COMPLEX : Memberi sensasi hangat kepada badan dan mengembalikan keseimbangan hormon wanita selepas bersalin.


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Monday, February 4, 2013

Omega-3 bantu tingkatkan paras Leptin untuk pengurusan berat badan


Apa itu LEPTIN ?

LEPTIN adalah antara hormon paling penting untuk badan menentukan LAPAR atau KENYANG. 

Apabila kadar hormon Leptin adalah tinggi, ia memberikan isyarat KENYANG  dan akan membuatkan kita berhenti mengambil makanan. Apabila hormon leptin rendah, rasa lapar dan mengidam kepada sesetangah makanan akan berlaku.

Your leptin LEVEL is high when you are full, low when you are hungry

 BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN LEPTIN ?


  1. Penuhi 30% dari jumlah kalori pemakanan anda dengan protein. Menurut Jilian Micheals, pengarang "Master Your Metabolism", kehadiran lebih protein meningkatkan sensitiviti Leptin yang mana memberikan sensasi rasa kenyang dengan lebih cepat.
  2. Amalkan makanan yang mengandungi minyak Omega-3. Dengan kehadiran Lemak Asid Omega-3, ia meningkatkan kehadiran Leptin dengan meningkatkan lagi pemprosesan glukosa dalam badan.
  3. Tambahkan lebih Zinc dalam makanan yang mana seperti Omega-3, ia juga membantu meningkatkan kadar Leptin.
  4. Elakkan berpuasa melebihi 36 jam. Menurut Dr. John Berardi (specialized in Nutrient Biochemistry & Exercise Biology), seseorang yang berpuasa lebih 36 jam mengalami kemerosotan Leptin lebih 77% dalam badan. ----ooo.. patutla ramai komplen bila time lepas puasa makan banyak berat badan naik. Oleh itu tingkatkan pemakanan tinggi protein dan minyak Omega-3 semasa berbuka :-D
  5. Amalkan senaman yang kerap. Menurut kajian Universiti Harvad, Department of Epidemiology 2001, seseorang yang mengamalkan senaman yang konsisten mampu meningkatkan sensitiviti Leptin dalam badan.
Sumber : How to Increase Your Production of Leptin | eHow.com http://www.ehow.com/how_5657529_increase-production-leptin.html#ixzz2JzGzZ87o


SHAKLEE membantu anda meningkatkan kadar Leptin dalam badan untuk pengurusan berat badan!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
  • SHAKLEE ENERGIZED SOY PROTEIN (ESP) : Memberi bekalan protein dari sumber kacang soya (Non-GMO) untuk penyerapan badan yang terbaik.
  • SHAKLEE OMEGA GUARD :  Mengandungi lebih 99% minyak Omega-3 berbanding jenama lain di pasaran dan juga tinggi kandungan EPA dan DHA.
  • SHAKLEE ZINC COMPLEX : Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Sunday, November 4, 2012

Kenapa saya memilih perniagaan Shaklee MLM ?

Kenapa saya memilih Shaklee MLM ? Pasti ramai yang betanyakan soalan itu. Dan juga pasti ramai yang mencemuih sebab ianya satu perniagaan MLM.

Dulu pun saya macam tu juga. Sangat anti dengan orang MLM. Kalau boleh tak mau pun jumpa atau bercakap dengan orang bisness MLM nih. Tapi setelah saya betemu produk Shaklee, persepsi saya berkaitan Shaklee berubah. Dalam group saya, masing masing perlu berpegang pada konsep "siapa usaha lebih, dia akan dapat hasilnya. Ini perniagaan kita sendiri, Insya Allah ada rezeki kepada yang berusaha".

Saya mula mengenali Shaklee dari keluarga mertua. Mereka bukan jual pun, hanya menjafi ahli untuk kegunaan sendiri sahaja. Shaklee ESP mula diperkenalkan oleh bapa mertua semasa saya mengandung 8 bulan. Masa tu bapa mertua menyuruh saya mencuba minuman ESP walau setengah cawan. Katanya supaya saya lebih betenaga pada akhir-akhir bulan kehamilan ni.

Kali kedua saya diperkenalkan lagi dengan produk Shaklee Nutriferon. Bapa mertua bawakan sedikit untuk cucu yang selalu demam dan selsema. Pada masa itu Tasneem baru 7 bulan. Diberinya 1/3 paket untuk dimasukkan ke dalam susu anak. ALHAMDULILLAH, cepat aje hingus kering.

Dari situ, saya mula yakin dengan produk Shaklee, tapi masih lagi belum menjadi pengguna tetap.
Tahun 2012, saya melahirkan anak kedua dan telah diperkenalkan dengan set berpantang Shaklee oleh seorang rakan. Saya sangat berpuas hati dengan hasilnya pada badan. Memandangkan pengalam bersalin Czer pada kelahiran lalu, jika dibandingkan antara penggunaan ubatan tradisional seperti gamat dan haruan keli, produk Shaklee lebih mudah diterima tekak saya dan saya mula rasa perubahan yang positif selepas 2 minggu mengamalkan Shaklee. Luka pembedahan di perut juga cepat kering dan perut rasa lebih kemas tidak seperti dulu. Dan dari situ saya mula menjadi ahli hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.

Setelah mula bekerja selepas cuti bersalin, saya mula terfikir untuk memperkenalkan produk terbaik ini kepada ahli keluarga yang lain dan rakan rakan. Dan dari situ bermulalah kerjaya saya sebagai Distributor Shaklee. Alhamdulillah, saya telah berjaya membantu ibu saya dan beberapa rakan memperbaiki tahap kesihatan mereka dengan produk Shaklee.

Untuk pengetahuan, dulu anak sulung saya sering demam-demam boleh dikatakan setiap bulan dan selera makannya amat kurang sehingga saya pernah menitiskan air mata bila dia menolak makanan. Tapi kini Alhamdulillah, dengan bantuan beberapa produk Shaklee, Tasneem kini sudah jarang demam (Alhamdulillah, syukur sangat) dan selera makannya sudah ada, malah badan yang dulunya sangat kurus sehingga nampak tulang belakang, kini sudah berisi walau tidak tembam. Setiap kali nasi dihidang pasti dihabiskan walaupun  tak berapa sedap sebab ibunya memang tak pandai masak. Hahaa. .

Kerana itu, sehingga kini saya sangat yakin dengan produk produk keluaran Shaklee. Saya tidak menafikan keberkesannya.

Oleh itu, saya menyeru kepada sesiap sahaja yang merasakan penggunaan produk Shaklee ini tidak bagus supaya mencubanya dahulu. Mana tahu ia akan merubah persepsi anda nanti.

Ini sedikit maklumat berkenaan syarikat Shaklee untuk bacaan umum.

“Founded in 1956, Shaklee Corporation, headquartered in Pleasanton, California, is recognized as an industry pioneer and a trusted name in health and wellness.
Shaklee is a respected leader in the direct selling industry, with product lines including nutritional
supplements, personal care and household products as well as home water treatment and air purification systems. Shaklee products reflect the company’s commitment to the highest quality, service and customer
satisfaction, backed by a 100% guarantee.

Shaklee products are distributed through a network of independent distributors in the United States,
Canada, Mexico, and Malaysia as well as through a distributor relationship in Singapore. Products and technical resources are also provided to a sister company, Shaklee Japan.”  —Shaklee web site"


Sekian.

Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 012-6030800 / 013-3252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir