Friday, August 22, 2014

Salam Takziah Buat Keluarga dan Penumpang #MH17


Kepulangan yang dinanti. Walaupun hanya jasad yang tiba tetap memberi satu kesyukuran buat keluarga kumpulan pertama 20 jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas Penerbangan Malaysia MH17. Mereka antara 43 rakyat Malaysia yang terbabit dalam tragedi yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Jumaat 22 Ogos 2014 telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Malaysia sempena menyambut pulang jenazah mangsa-mangsa nahas ‪#‎MH17‬. Jalur Gemilang akan dikibar separuh tiang dan rakyat Malaysia disarankan memakai pakaian dengan warna suram. Kegiatan dan rancangan berunsur hiburan juga akan digantikan dengan program-program keagamaan.
 
Seluruh rakyat juga diminta bersama-sama bertafakur serentak selama seminit bagi menghormati mangsa tragedi MH17.
 
Al-Fatihah dan takziah.

No comments:

Post a Comment