Sunday, April 24, 2011

Dah pegi Daisio. Nak gi lagi bleh ?

Smalam pegi Daiso kat IPC Shopping Centre, The Curve. Ikano Power Center telah di'shortform'kan kepada IPC. Senang sket mak-mak nak sebutnye.

Banyak gak lah barang2 yg menarik yg rasa macam nak angkut semua bawak balik. Semua barang harga RM5. Antara barang yg tertarik hati tapi tak jadi beli ialah bekas bento cute (konon sesuai utk Tasneem), mangkuk comel (utk Tasneem) & cover mesin basuh auto. kalau tengok kat pasaraya, biasa harga belas-belas jugak. tapi kat Daiso, RM5 sahaja. Tapi tak beli pun, alasan nak keep budget tak lebih RM25.

Cuma beli plastic container untuk letak barang aksesori tudung (pin, brooch, jarum etc...) --amat praktikal time balik kampung--- , pisau ala2 iron chef, mug plastik comel untuk Tasneem (dag 2-3 bijik gelas pecah dek Tasneem). Babah plak pi ambik periuk aluminium kecik (katanya senang nak wat megi malam2) & Masker muka Daiso kaler Hitam tuh. Err... 1 barang lagi ape eh... lupa dah (tetiba hilang ingat). Total RM30.
oh dah ingat ! Mainan Tasneem. Hehehe..

Babah just bagi masa 1/2 jam nak belek2 barang kat sana. Tak puas ok. Bulan depan kena ajak lagi Babah datang sini. Banyak lagi benda mengarut nak dibeli nieh. :-D

Status fesbuk

Gua lapar... gua makan mamee snack and cheezels (paket kecit) saja untuk lunch...

kenape gua tak makan ? entah lah....

nota: badan kurang cergas + selsema + mata berpinau-pinau (skrin pun nampak blur)



selingan....

jom gelak sama gambar ini! hahahahaha.... kesian si mangsa (fashion victim)


Sekian terima kasih !

Friday, April 22, 2011

Daiso..oh daiso

haish.. apsal lah malas benar nak buat tugasan bos nieh. malas sangat nak baca2 n korek2 sejarah berkurun lama seumur dinosor tuh. Rasa macam karja yg dibuat tu tak berbaloi je memandangkan org yg request benda tu dibuat sbenarnya sendiri ada maklumatnya. Apsal duk suruh orgh baru plak complie sejarah2 tu ? Tak paham betul laa..

Sedang ralit bermalas-malas nieh, aku google Daiso. Kedai serbanika Jepun dgn harga barang RM5. Rasa cam best je kedai nieh. Sebab most review yg aku baca kat blog2, kedai ni macam syok giler. Aku ingat nak gi cari acuan 3 mata untuk buat roti jala tuh. heee...

Harap2 hujung minggu ni berjayalah nak pujuk Babah gi Daiso IOI Mall Puchong.

Hikss...!!

Pajak 1 Dinar PG kat Agrobank Ar-rahnu

hari ni Babah gi pajak 1Dinar public gold kat Agrobank buat pertama kalinya.

Kami hanya dapat 65% dari harga terkini iaitu RM419.00 dah tolal kost upah simpan. Perjanjian selama 6 bulan. Kira ok lah tu... kita try skeping dulu. Nanti 2nd time pajak, dah bleh dapat 70% lak.

Haish.. cepat lar dapat surat taraf pencen tu.. nak kuar epf.. nak bayar segala utang ni.....

Ni dia gambar 1Dinar PG yg digadai tuh kalau korang nak kenal.


Nak kena tebus cepat2 sebelum bulan 10.

Cara gadai emas kat bank ni lagi untung berbanding kita guna kredit kad untuk hutang memandangkan takde interes yg tinggi. Ini kerana bank hanya akan ambil upah simpan aje.

Tuesday, April 19, 2011

Status fb yang tak tertulis

ok.. aku dah mula rasa berbulu ngan satu forumer neh. gila ker hapa, asal balas thread je asyik nak cakap pasal tut jah. Freaking PERVERT !

-sekian, terima kasih-

Thursday, April 14, 2011

Mari bergoyang.....

Apsal kalau aku cakap ada rasa goyang2 di opis orang takmau percaya ?
Aku rasa bangunan opis aku ni agak tak brape selamat sbb asyik bergoyang je.
Pagi ni aku buat test, tiap kali rasa bergoyang, aku tengok kat tupperware air aku. Sah memang ada gelombang air okeh.

Rasanya antara sebab bangunan opis ni goyang-goyang..mungkin sebab sbelah opis ni ada construction site & skarang ni derang sibuk wat piling tiang. Ok.. yg tu aku boleh la faham.

Tapi ada jugak kadang-kadang bila aku terasa goyang and sejurus itu jugak aku tanya kawan kat fb, derang pun cakap ada rasa goyang2 jugak. Tapi kawan aku yg respond tu bukan se-opis malah se-jajahan ngan opis aku nih. Dia kerja kat tengah bandar KL nun.

Skarang ni aku dah mula rasa malaysia bukan lagi negara yg selamat dari gempa. Rasanya2 plat bumi ni dah bergerak-gerak dgn aktif. Kat twitter pun slalu aje dpt update latest earthquake yg lebi 4.0skala tu.

Adakah bumi dah nak sampai ke penghujungnya ? Wallahualam...

Wednesday, April 13, 2011

Mak Iti

Saje nak tepek gambar lama (refer entry Jumpe Datin) Mak Iti ni haa....

Cuba tengok kulit dia ngan kulit saya.... hehehe.... dia makeup.. saya tidak. mwahahaha....

TAPI.....tu 4 tahun lepas ok. skarang ? kulit saya mcm mana yer kalau compare ngan Mak Iti yang dah pakai produk simplyct tu eh ?

Terkenang semasa dulu... (TKD)

Tetiba teringat citer dulu-dulu pernah practice taekwondo. Tapi active time skolah je (rendah & menengah).  Ehem.. pernah jugak menang medal..tapi bukan acara sparring, tapi acara team taegeuk jer..
Teageuk berpasukan = aka bunga silat


Saja je tangan gatal nak google. Tetiba jumpa blog Sara Taekwondo Club bawah Master Manimaran. Coach saya dulu-dulu.

Ala.. saya takla tinggi sangat levelnya.. stakat 1st Poom je. Belt belang merah hitam macam ni....
Taraf budak-budak je.

Kenapa saya stay jugak 1st Poom sampai habes skolah ? Sebab mak saya tak bagi saya attend grading tendang pecah papan untuk naik 1st Dan macam ni.....



Agak-agak Tasneem besar nanti, nak hantar jugak lar blajar tkd sbagai skill mempertahankan diri sekiranya skill larian pecut gagal.

++++ Tambahan... sampai skarang aku masih takbleh terima bangsa eropah ber taekwondo (atau lain2 seni pertahan diri dari timur). Pasal apa ? Sebab kaki derang panjang sangat. And bila derang buat front kick atau side kicks, dah nampak macam rupa bangau nak take-off dah gayanya.... :-D

Review kamera baru kami

Ada kawan mintak review kamera yang saya dah terbeli secara tak terkawal hari tu. Haish.. meh sini nak review.
Mula nak kasi tau, saya ni bukan pengguna tegar dslr. selama ni saya hanya pakai Canon Powershot gabak yang lama tuh (lupa siri model). Beli pun yang display set dgn harga RM500 ++. Kalau harga set baru tak pulak saya berminat nak ambil tahu. Sebab utama saya beli kamera tu sebab dia ada function macam2 ala2 dslr, cuma nak buat bokeh aje tak bleh. Function2 oklah sbb saya ni berkamera bukan nak berniaga. Cuma nak gambar tu kalernya terang n boleh fokus cantik pada subjek.

(ok, aku gigih cari gamba kamera powershot aku tu kat website canon, dah takdo dah. Memang canon tu dah stop production agaknya kot...)

Meh sini nak bagitau, sejak2 pakai dslr ni, kemana saja kami sekeluarga melilau hujung minggu, kami bawak kamera tu. Babah mula2 macam segan nak bawak kamera tu sana-sini, tapi takkan nak perap je kat bilik kat umah tu kan ? Lama2 kami blasah je bawak walaupun masuk shopping mall. (takkan nak tinggal dlm keter kot ? ilang kang, nangis tak berlagu). Tapi skang sejak2 berkamera ni, kami dah jarang lepak2 shopping mall, kami lebih pilih lepak2 taman2 plak. Sebab nak amek peluang nak try skill sket. Kami tak amek kelas pun, torai-torai je.
Jadi kami dah ada tugas tambahan plak bila kluar skarang. Sorang control Tasneem, sorang lagi kilek kamera and snap2 gambo.
Terperasan gak bila ada statement kat fb duk kata, "jgn ingat korang ada dslr korang bleh jadi photografer". Kami tak rasa terganggu pun ngan statement macam tu. Pasal kami just amek gambar anak branak n alam skitar je. Takde plak nak ngaku pandai ke hape sampai brani ngambik upah bagai. Dapat kepuasan bila gambar yg diambil clear and mampu buat kami tersenyum. Balik umah nanti kami bokeh2 sket n letak le kat pc atau bb masing2. Tu je... Tapi kalau ada kawan2 yg nak kami tolong snap gambo suka2, kami takde masalah. Sebab kamera ni tak guna filem. Tapi kalau gambo tak memuaskan hati derang, kami no komen. Nak gambar cantik, korang pi cari pro-photographer yer.

Dslr ni lebih berat n cara pembawaannya juga berbeza (ko ingat pembawaan anak aje ker berbeza?). Kamera kena simpan dlm beg dgn disertakan penyedut lembapan thirsty hippo ker hapa (ni kami blom beli). Pastu kalau nak ke mana-mana, kena gantung kat leher. So susan nak kendong anak. Ends up kami gilir2 tengokkan (kejar2) anak.
Butang2 function pun banyak. Masih banyak lagi butang2 yang kami tak paham. (bayangkan seminggu lepas tu baru saya jumpa butang flash. Heeee.....) . Kami tak suka guna setting auto. Konon nak try segala, kami suka guna manual mode. Sudahnya, kalau outing menembak malam2, gambar2 tak cantik sebab tak cukup lighting. kehkehkeh.. takpe, bleh ejas ISO n speed shutter.. (see..dah paham la sket2).
Dah tu, bila pegi menembak, mengada nak fokus object2 jauh. Mula la berangan nak ada lense2 mahal. hehehe... ada rezeki kang, insya allah. (woit.. yg ni pun blom abeh blajar ok).

Memang gambar2 yg kami snap tak semua ok. So penyelesaiannya..balik umah nanti, kita edit ler balik. crop ler gambo tu tang mana yang patut. Tambah filter sket...blend...focus..bokeh sket... walla..!! cun gak akhirnya. hehe...

Okeh.. sape yg rasa nak nengok hasil awalan tembakan kami, boleh ker... 123-klik .


Ni jari2 gatal ajo nak bokeh gambar2 sekitar KLCC and Bukit Bintang outing malam minggu last week. Macam2 ado, tapi kat 123-klik, saya letak gambar2 yang patut je lah. Takleh letak semuo...sebab ado gambar rated 18sx (gambo pondan berseluar mini nampak longkang). Kalau boleh nak follow guideline fotografi Ustaz Azhar @digitalMukmin bila publish nanti.

Tuesday, March 29, 2011

Terrr....

Last wiken, kami jalan2 ke MidValley tujuannya Babah nak berkunjung ke "Eye On Canon 2011 (Fabulous Canon Showcase)" event.  

Sampai sana, kami round2 tengok camera. Sambil2 kacau awek2 ber'wigg' merah yg pegang Canon 1100D. Kami memang Zero knowledge pasal dslr nih, tapi cam biasa kami wat2 tanya ala2 org tahu semua. hah..hah... nasib baik awek yg pomoter tu pun dungu gak tak tau sangat. yang dia tau, nama produk, kaler yang ada (4kaler tak higat), & bagi pengunjung sana pegang2 fefeeling photographer professional. heee....

Sambil2 jalan tu, Babah dukung Tasneem yg duk tidur. Gigih kami bersesak-sesak ngan  celah2 pengunjung & camera lenses. Sempat jugak sorang fotographer ni snap gambar Tasneem duk tido. (harus carik mamat ni mintak royalti).

Kesimpulannya, kami jugak dah tersangkut jugak ngan ssbijik kamera Canon EOS 550 D. Hampeh! 

Thursday, March 24, 2011

Botol susu pun nak cerita ke ? (sukati gua lah)

Tadi dapat email dr kawan opis tepek url dari blog citer pasal botol susu BPA free. Sila tanya pakcik google utk penjelasan lanjut.

Dah lama dah plan nak tukar botol susu Tasneem tu. Skarang ni dah pakai 3 botol BPA free. Tapi taklah jenama Avent tu bagai. Yang biasa-biasa je memandangkan Tasneem minum susu skali buat habis, dah tu botol tu terus basuh. Alhamdulillah, skarang ni tak banyak dah membazir susu basi macam dulu. Selera dah naik sejak2 putingless nih.


Mungkin hujung minggu ni ajak Babah Tasneem gi cari lagi 3 bijik botol susu BPA free lagi.


Tak pelulah saya bagitau jenama botol susu anak saya tu. Yang biasa-biasa aje... :p

Wednesday, March 2, 2011

Alasan budak demam

Sejak2 ni memang malas nak update blog. Time bila ada idea nak menulis, pc pulak takde depan mata. Tambah-tambah skarang ni streamyx kat rumah dah de-activate. Malas nak gi bayar, biarkan je lah, bila nak guna nanti baru bayar lumpsum. Heh..heh... boleh kah gitu ?

Last weekend si Tasneem demam panas. Doc cakap puncanya selsema & membawa ke asthma (menurun lak penyakit ni). So, kenalah amek nebulizer. Time amek nebulizer nih, macam2 alas dak kecit ni pikir...nak cat ..nak tek... nak eat.. nak bing (tido)... nak jalan.... ade aje idea nak lepas dari sedot nebulizer tuh. Huh..

Tapi kalau tengok gaya sakitnya, taklah kronik sampai langsung takleh bersukan. Cuma asthma jenis yang sensitip kepada alergen jah. Kalau stakat nak lari-lari pecut tu, no problem. Buktinya Tasneem mampu berlari-lari di taman setangah jam tanpa duk diam bila ada peluang terlepas tangan ibu atau babah dia. Berpelu-peluh kami mengejar dak kecik tu. Laju larinya. Kalau main lari-lari dalam shopping mall harus kami cuak, sebab kat sana ramai orang. Takut kena langgar troli shopping ker... or worst ilang (nauzubillah !)

Selama sikecik demam tu jugak, Ibu dia kena amek cuti kecemase kecemasan (atau english edukesennye EL) 2 hari berturut-turut atas arahan Babah utk menjaga budak demam.

Spanjang demam tu jugak lah Tasneem bukan main demand lagi perangainya. Segala benda tak kena. Nak bagi makan ubat siap nak kena negotiate lagi. Kena ada pertukaran barter atau ugutan. (kalau nak buah, kena makan ubat... atau kalau tanak ubat, takleh katun...) . Letih nak pikir aidea baru supaya Tasneem makan ubat. Last-last jalan terakhir, kami berwrestling aje paksa suap ubat. Dan biasanya berakhir dengan aksi Tasneem nangis buat-buat batuk & muntah air (& ubat terakhir yg masuk). Di sini taktik bijak amat perlu dimana ubat yang penting perlu didahulukan (cth: antibiotik, ubat demam) dan kendian diikuti dgn ubat2 yang difikir tak brape diperlukan (kalau berjaya masuk adalah satu bonus!)

Dah abes makan ubat & muntah , Tasneem dengan muka muncungnya mintak cat ngan tek (puting). Pastu ala2 merajuk cari bantal & landing sambil tengok Tom & Jerry.

Sejak-sejak demam itu hari, selera makan pun dah takde. hari pertama makan apple dua bijik & susu je (sikit dari biasa). Hari ke-dua plak, apple 2 kerat, biskut jagung 2 gigit, milo suam 5-6 sudu, susu (sebotol pun tak luak). Huhu... camana yerk nak bangkitkan selera anak  ?

Friday, February 25, 2011

Milk A Deal

Meh joinMilkADeal. Kat web ni boleh dapat kupon diskaun up to 70% untuk berbagai perkhidmatan. Ada 2 hari lagi untuk offer RM44 hingget45 min photography session by pro photographer. Meh2 kita serbu!!

http://www.milkadeal.com/r/9171

Ada rezeki lebih, sama-sama kita kongsi. Apa lagi kalau offer yang best2 :D

Berakhirnya diskaun.

Hari ni 25 Feb 2011, tarikh akhir bayaran saman berdiskaun semakin hampir (28 Feb 2011). Maka ramailah warga malaysia berpusu-pusu pi bayar saman trafik & jpj macamlah isnin & selasa tu takleh bayar. Ditambah lagi dengan website MyEg yang skejap ok, skejap tak ok disebabkan hubungan ngan server pdrm tersekat-sekat.


Tahun lepas ambe (macang org ganu pulok) dah bayar dah segala mak nenek saman trapik sama-sama saman trapik parents. semua skali menelan belanja hampir RM1000 selepas diskaun 50%.

Kemudian, sambil lepak2 layan sistem, jumpa la saman baru bertarikh selepas bayaran saman yang banyak2 tu (err.. korang paham tak ni ?). Haish.. apsal la derang ni lambat update saman tu. Dah jadi dua kali kerja plak nak gi beratur membayornye.

Maka hari ini, gigihlah ambe melawat post office berdekatan dan website MyEG mencuba nasib (ayat cam tikan nomber plak) utk bayar saman. Malangnya akak kaunter post cakap kad utang tidak diterima (chiss.. dlm website berdegar-degar cakap bleh bayar pakai kad utang). Singgah jugak balai polis berdekatan (Cyberjaya), untuk cuba nasib, tapi balai berkenaan bagai dilanggar garuda. Takde sorang pun kelibat pegawai bertugas kelihatan (time tu jam 11pagi). Maka dengan sabarnya ambe mencuba nasib melalui website MyEG jugak.

Setelah 1 jam mencuba, akhirnya ambe berjaya query no kereta ambe dan berjaya bayar guna kad utang. Cuak gak takut tibe-tibe sistem hang ker hapa, payment sangkut. Satu hal plak nak kena call MyEG customer service tuh.

Bila dah bayar, resit plak print-out blank. Hadoiyai.... sib baik ado kawan boleh mintak tolong dapatkan resit. Kalau tak, kalau apa2 jadi, takkan nak bayar dua kali plak kan ?

Sehingga kini, ambe masih menunggu resit berkenaan.

Wednesday, February 16, 2011

Keh Poe Chee

Mengucap panjang bila time masak-masak petang tadi, terkerjut dengar jiran yg baru pindah sebelah menjerit-jerit marahkan anak. Sebagai seorang mak budak, ada terasa sedikit malu bila bayangkan suatu ketika dulu pernah jerit-jerit marahkan Tasneem yang tak masih tahu apa-apa.
Aksi jerit menjerit bertukar menjadi suara tengking menengking bila ada suara seakan anak gadis (mungkin umur dlm remaja) menengking balik si emak dgn perkataan "Bisinglah emak nih!!!". Pastu diikuti lak dengan bunyi pintu dihempas kuat.
Eeeee...naik seram bila dipikirkan. Harap-harap family aku tak jadi macam tu kalau boleh. Takut sangat.
Banyak lagi ayat-ayat tengking yg aku tak berapa nak dengar. Tapi biarlah. Takmau pulak dituduh meneybok hal tepi kain orang. Tapi kalau suara dah kuat terjerit kuat time-time maghrib tu, sah-sah lah jiran boleh dengar kan ?

Sunday, February 6, 2011

Tasneem Belajar Lagu Rakyat

Budak-budak skarang ni, pantang tengok atau dengar benda-benda, cepat aje boleh tangkap belajar. Mungkinkah kerana sel-sel otak telah berhubung (akibat minum susu tin) menjadikan mereka begitu ? hehehe...

Tasneem ni, kalau dengar lagu ape-ape, terutama lagu dari channer PlayHouse Disney, senang aje catch up & kenal lagu tu. Slambe je dia boleh main "Jangan Lupa Lirik" ngan Babah. Dari lagu Little Einstein, Clubhouse Disney, Chuggington, Dive Olly Dive, Special agen OSO (spy beruang lembab), Jojo Circus, Spongebob Squarepants ...etc. Lagu Baba Blacksheep & Itsy Bitsy Spider pun dia hafal. Siap boleh buat aksi tangan lagik. Lagu Doraemon plak hafal end-to-end. Kira Nippon habis dah tu.

Selain lagu kanak-kanak orang puteh, rasanya ibu bapa sekarang perlu ambik pendekatan untuk menerapkan nilai-nilai tradisi dalam lagu-lagu yang diajar kepada anak-anak kecik ni.

Smalam on the way nak keluar dinner, gua sudah kasi ajar Tasneem nanyi lagu dikir Anok Tupa. Tasneem nyanyi bunyi lebih kurang macam ni laa..:


Ado sheko anok pupa.... atash laaaa ote'.....
hhmmm.....eko...shmen apaa..... shale ayi ake'......


hahaha....baru je ajar rangkap pertama. Bagus2.. daroh kelate pekat mek kecit nih.

Nah... ni dia lirik sebenar dikir Anok Tupa (Anak Tupai):

Artis: Halim Yazid
Lagu: Anak Tupai

Ada sekor anak tupa, atah jula mokte,
kudung ekor perok lapar, jale cari make,

Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
kalu pasal jakit kot dahe, diolah yang paling panda,
jatuh jare-jare kerano dio tok soba,

pandai-pandai tupai melopat jatuh tanoh jugok,
nok wi gambar ko ore jahat, jange telajok manggok,
jange telajok manggok,

ore jame ghitu pakat hambat tupa,
bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,
ore jame ghitu pakat hambat tupa,
bimbe ko buoh kayu, takut tok de besa,
nyor, durie, duku, kalu de nyo kerik tupa,
pendek tahun tu nyor, durie tok leh nok jual

Ore sekapong tupa seko, berambak hari-hari,
nyo pakat likong, nyo pakat pekong, tupa tok leh lari

Sekak bedil ado, tupa habih mati,
hok ni la sayo raso kito sangat rugi,
kito manusia tinggi mano pun kita ngaji,
nok buat tupa seko, tentu sekali doh tok jadi

Lo ni kapong atau bandar, jare boleh tengok,
bapok tupa, ibu tupa jale bawok anok
jale bawok anok

raso kesian sunggoh tengok seko anok tupa,
kerano telajok kuruh sampai tok leh nok niti pagar,
bulu-bulu pun habih luruh, air mata bera-bera,
mari dale baroh, bekali kena racun tebaka

Jalan-jalan Raya Cina : Jebat City

Last weekend tiba2 Babah plan ajak gi jalan-jalan ke BANDARAYA Melaka. Di ajaknye ke Melaka sebab kena cancel plan balik Kuantan sebab tak orang kat sana. Semua out station keluar kawsan bawak anak beranak melancong. Yang Alongnya sefamily pegi Camaron Highlands, Mak Ayah pulak ke Terengganu pergi berurut, Angah pulak balik kampung mertua ke Terengganu. Kalau balik Kuantan pun, kami melangut je takde buat apa.

Kami bertolak dari Putrajaya kul 10.15 pagi (agak2 le..). Kami plan nak sarapan on the way je kat mana-mana. So kami plan nak brenti RnR Seremban. Tapi ramai sangat orang. Campur mat rempit convoi bagai, rombongan kawen laa... semua ada. Last-last, kesian kat Tasneem blom sarapan lagi, kami beli aje lemang seketul. Berselera dimakannya lemang tu. Tinggal kulit pisang je. (Tasneem memang suka pulut).

Kami sampai Hotel penginapan dalam kul 2 petang. Biasalah lewat memandangkan jalan-jalan di Melaka ni cute-cute je. Kami stay hotel Naza Talyya.

First nak check ini tu, bila aku sebut je aku booking online, tetiba staff situ macam kecoh-kecoh sket. Supervisor plak duk helo-helo walki-talkie dia tanya bos pasal online booking. Dijadikan cerita, rupanya derang tak terima any emails atau verification dari web admin pasal booking tu. Hah.. sudah....

Tapi atas kebijaksanaan supervisor situ, kami boleh dapat bilik gak dengan harga yang murah (harag booking tenet). Sebab harga peak season derang RM300 -+ gak laa... tapi kami dpt RM 169 je. hehe...

TAPI..... bilik yang kami dapat tu macam dah lama takde orang duduk. Ada bau-bau ubat gegat sket dalam almari dia. Takde bathtub. Karpet takde (sesuai utk org ada masalah asthma). Ok lah tu.. dari kami tido dalam keter, boleh je laaa....

Tengahari pas makan kat Jusco berdekatan (besar gak Jusco dekat sini) kami tido jap. Amek peluang bagi Tasneem tido tengahari dulu. Punyalah susah nak suruh sikecik ni tido. Duk jakun main telefon sebelah katil tu. Habis dikacaunya receptionist hotel nih. Last2 Babah dia cabut aje cable talefon tu. Nah.. mainlah puas-puas telefon tu... jangan rosakkan dah la.

Kami tido sampai ke senja. Tasneem tido nyenyak sangat-sangat (mentang-mentang ekon sedap). Malamnya kami keluar nak jalan-jalan cari makan.

1st plan nak ke Umbai. Tapi ntah camana, Babah buat de-tour masuk Banda Hilir, konon nak survey tempat makan kat situ je. Hooo... sangat silap. jalan2 di Banda Hilir sangat jemmm. Kereta bersusun. Bumper-to-bumper. Akibatnya kami bukak garmin & cari route ke Umbai. TAPIIII (lagi) setalite reception di Melaka ni slow ker haper..tak tau laa... sampai ke sudah kami tak dapat download map ke Umbai. Sudahnya kami gamble aje guna map dari BB (sib baik ada bb). Pening gak la sebab map dia tak bercakap. keh..keh..

Hidangan kami malam tu ikan bakar (lupa nama ikan), sotong masak pedas (babah suka ni) & nasik lemak (pelik seafood makan ngan nasik lemak). Tasneem lak, time nak makan tu, sibuk duk main ngan doraemon yang Babah baru belikan kat parking sebelah (gila mahal RM25!!, kalau kat rantau panjang, ntah2 RM15 je). Tasneem takmau nasik. Tapi sib baik ikan bakar tu dia makan. Kalau tak terpaksa menggagau cari pulut plak malam-malam buta tu.

Balik dari hotel, kami tidur lah. apa lagi nak buat kan...?

Pagi esoknya, kami turun sarapan kul 9am. Ramai sangat orang2. Meja tak cukup. Ramai gak makcik-makcik rombongan yang duk bersidai kat lobby tunggu meja kosong. Kami lepas amek2 makanan, lepak meja kongsi ngan uncle Singh.
Food review: tak memberangsangkan sangat. boleh la utk lapik perut (tu je...komen lebih2 kang kena saman plak).

Pas makan, kami makan kek (anniversary kawen/birthday Tasneem) kat bilik plak. Dekat 5 kali nak kena ulang lagu "Selamat Hari Jadi Tasneem" semata-mata Tasneem mau tiup lilin. Separuh kek dah terpercik air liur dia. Tapi takpe, anak sendiri gak. Makan habis gak la kek tu (kecit je keknye pun, krim je lebih).

Lepas check it out, kami direct gi Zoo Melaka. Punyalah jauh parking keter. Ramai gak orang kat sana. Nanti ada ingat, gua tepek gambar2 Tasneem di zoo nanti.

Kami jumpa Marlia Musa sekeluarga ngan suami dia sama-sama ngan kami duk tengok harimau kumbang. Time tu tiba-tiba je buat gua rasa mau nyanyi lagu Tanya Sama Itu Hud-hud. hehe....

Kami jalan-jalan tengok rimau dan lain-lain mergastua lebih kurang dalam sejam setengah. Kul 2.30 gerak balik ke Putrajaya. Tasneem tido kepenatan mula dari Ayer Keroh lagi sampailah ke Sepang. Kami ikut jalan kampung. So tak kenalah tol & konon dapat elak jem. Tapi memang betul la takde jem. Berenti-renti sikit je kat Bukit Pelandok sebab derang baiki jalan.

Sampai rumah dalan jam 6 petang gitu. Pas makan nasik bungkus, kami semua layan moovie & malamnya tidur tak hengat kepenatan.

Sekian....

Wednesday, January 26, 2011

Blog hobi gua

Hari ini gua telah create satu hobi baru yang tak brape baru. Origami !!

Sila lawat LipatLepatOrigami.

ps: Dah lama suka main lipat-lipat ni. Tapi gua tak suka acara lipat kain. #faktabukanauta
Arghh... lupa dah apa nak tulis. Makan semut rebus banyak kot ?!

Monday, January 24, 2011

Cicir

Owh.. patutlar takder peningkatan dari nuffnang. Rupanya blog ni dah tercicir dari list Gliterati Nuffnang.

Argh.... rugi!! Apasal la dulu gua 'rajin' sangat nak tukar2 hosting blog gua. Tengok sekarang sape yang rugi ?

Any tips untuk gua masuk balik lis Glotterati berkenaan ?

Hobi yang ada untung

Meeting pagi ni batal. Bosan ah. Bila bosan mula lah datang idea pelik2.

Jom cerita pasal hobi. Antara hobi yg tengah hot skarang ni...
  • cycling
  • futsal
  • berenang
  • kumpul emas
  • bercuti
  • lepak mamak (hobikah ?)
  • layan social network (ni tak macam hobi dah, dah ruper aktiviti wajib)
  • erk... ape lagi ehk ?
Apa yang tersenarai kat atas tu, semuanya memelukan perbelanjaan yang besar. Cam nak kena beli basikal & semua gear... beli kasut futsal & tontong duit sewa court, beli baju renang (2 piece), beli emas (banyak modal ni...emas tgh mahal skarang), lepak mamak (at least kena order toh o nipis skali duduk), social network (berkorban bayar bill internet).

Ishk.. semua benda memerlukan duit. Err.. ada tak hobi yang tak payah keluar duit yang banyak (stakat RM50 jer ker...). Pastu pulak hobi tu menguntungkan pengamalnya ? Hah! Cuba korang bagi idea. Kita brainstorm.

Rohingnya 2

Seperti yang dijanjikan, ni hasil carian kat Puan Wiki berkenaan pelarian Rohingnya....

Kopipes dari wiki je. Tak sempat wat summary.

Sejarah

Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.[2]
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.[perlu rujukan]

Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaanjunta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.[3] oleh
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009.[4]

Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,Pakistan, Arab Saudi, UAE, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.[5]
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.[6] Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.[7]

--------- (Sedikit ilmu untuk dikongsi)--------
ps: gigih aku berblog nih. harap2 nuffnang aku naik mendadak. gyeahhh!!

Rohingnya

Tadi bertugas supervise beberapa kontraktor utk upgrade network. Staff-staff dia 3 orang warga rohingnya. aku tengok kad pengenalan derang (bukan ic malaysia) tertulis pelarian UNHCR.

Dengar2, derang ni takde nagara yang nak terima. Pernah dulu terbaca kisah derang ni kat paper. Memang hidup susah. Nasib baik lah derang ni dapat perlindungan di Malaysia. Anak2 dapat sekolah di Malaysia. Tapi kenapa tak ramai aku tengok kerja opis & hidup senang ?

Jawapannya aku cari esok. Ni dah time dah ni. Nak kena bali jemput anak dulu.

Apo2 pun, gua salute itu 3 orang brader. Stakat panjat2 tinggi sangkut2 cable tu, takde hal. Lagi pulak, derang takdelar 'berbau' cam bangla. Cuma cakap melayu jer cam bangla. 
Puas ku godek blog ni semata-mata nak tukar template. hehe...

Gyeahhh....!!  Akhirnya berjaya jugak.

Nak tu dia template baru, gambar stationaries stabilo. hahahaha....

ps: otak aku dah jeng gara-gara nuffnang experiment. mwahahaha....

Sunday, January 23, 2011

Balik ker ...blogspot

Sibuk semua orang duk jana income guna nuffnang.

Tapi gua dah lama tepek itu nuffnang kat blog lama gua, stakat ni cuma mampu kumpul rm10 jah. Takleh tebus pun.

Kini gua nak try balik ke blogspot. kita tengok, mampu tak gua jana side income macam tokey ladang getah. Jom !

Saturday, January 1, 2011

2011

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Ilahi masih lagi mampu menikmati 2011.

Alhamdulillah......

Kini tiada sangat mood menulis blog agaknya. Baru aje hidupkan kembali twitter.