Tuesday, August 18, 2009

Lucky Number Eight

HAPPY 8 MONTHS OLD CHUMMIL !!

Setiap 19hb, akan genap bertambah 1 bulan umur Tasneem. As the date today, Tasneem dah officially masuk 8 bulan. Hmm.. lagi 4 bulan nak menapak ke umur 1 tahun. Terasa cepat masa berlalu...
Tasneem skarang dah tak kurus dah. Badan dah berisi hasil dari pembajaan Ibu, Babah dan cikgu taska. Setiap hari Tasneem kena makan bubur nasi & kentang lecek. So next check up nanti, takde la nurse tu nak bising2 kat ibu lagi pasal berat badan Tasneem.

Tasneem yang dah chubby. Bibir pun dah tambah cekci. hehe..

Makan ati makan nasi lemak

Smalam beli nasi lemak bungkus kat dapurMas, presint 9. Hampeh tak sedap, dah tu telur goreng empat segi saiz pemadam pensil jerk. sambal plak macam buh pakai hujung sudu je. Ikan bilis 3 ekor, timun skeping. Putus selera aku!!

Ni bukan fitnah, tengok la gambo ni kalau tak caya. Aku tak suka fitnah, tapi kalau hati dah marah, kena la jawabnya...!


Wednesday, August 5, 2009

Tasneem demam lagi

Weekend lepas, petang Ahad, lepas jalan2 Care4 & selepas Tasneem wat stunt nerap dlm stroller (rujuk entry sebelum), Tasneem tiba-tiba je demam. Badan tiba-tiba panas. Malam tu Ibu bagi Tasneem paracetemol (utk baby) & tempek koyok (kulfiver) atas dahi Tasneem.

Demam pun active

Hari isnin, Ibu hantar gak Tasneem gi Taska. Petang tu ibu 'cabut' lari dari opis secepat mungkin untuk jemput Tasneem. Tapi petang tu Tasneem masih lagi demam. Pas maghrib, ibu bagi lagi ubat demam. Astaga..susah nye nak suap ubat kat Tasneem tanpa bantuan Babah. Tasneem asyik kemam mulut je bila nampak shringe. Sabo je lah. Tapi ibu berjaya jugak injek ubat ke mulut Tasneem walau pun Tasneem dah sembur 1/4 dari ubat tu. Abih melekit2 & kaler2 merah t-shirt ibu. Pas makan ubat, Tasneem tido.
Selang 1 jam kemudian, Tasneem bangun sbb bunyik Babah bukak pintu (Babah ni tak reti masuk pelan2 ke ? .. hehe.. gurau je Sayang). Dah bukak je mata, terus nak merangkak. Pastu tetiba excited melompat-lompat nampak Babah. 1 jam kemudian, lepas lompat2 & golek2 dengan cargasnye, secara mendadak suhu badan Tasneem dah kembali normal. Whahaha.. bagusnya anak Ibu nieh!


Tasneem yang telah kembali sihat. Alhamdulillah...

As of today, Tasneem dah 7 months, 18 days.

Sunday, August 2, 2009

Stunt

Tasneem ada skill baru yang boleh dimasukkan sebagai salah satu X-treme Sport.




Stunt Meniarap dalam stroller.

Hehe.. nampak tak kaki terjulur keluar stroller tu ? Haha.... Babah cakap, biarkan aje. Asal jangan tertonggeng terkeluar/jatuh stroller atau mengakibatkan kecederaan diri sudah...

Hohoho.. macam-macam la Tasneem skarang nieh.

Thursday, July 30, 2009

Masked, makser, mascara


Beberapa orang di IT dah kena kuarantin. Ada staff sini duk ulang alik pi sana. Dah keluar arahan kat sana suh pakai topeng sewaktu dlm premis opis sana.
Sini blom ada arahan lagi. Tapi untuk elak risiko, kami diberi topeng jugak. Tapi tak wajib pakai.


Cuba teka mulut derang tgh wat ape?


Testing pakai utk 2 minit

Wednesday, July 29, 2009

Apa itu ?

Cuba tengok bawah pipi comel Tasneem ni. Ape yang anda nampak ?

Huhu.. hehe... love bite kah ?

Tanda merah ni dijumpai selepas menidurkan Tasneem atas pangku. Mungkin kena butang baju ibu kot ? Hasilnya terbentuk ada kesan merah benrbentuk hati. :-D

Tuesday, July 28, 2009

Tasneem 7 bulan

Chumil dah 7 bulan. Dah pandai buat pondok-pondok (pinjam ayat ninie). Activenye bukan main! Dah berani nak panjat-panjat tilam/bantal. Mulut pun dah makin bising. Sebelum ni hanya pandai sebut "te.te..tee..". Smalam dah pandai sebut "to..to..too..". Pagi tadi sambil borak ngan Ibu dah pandai sebut "bpe..pe..bphe..." (konsonan "P" kot). Tasneem dah pandai buat muka lawak macam cebikkan mulut & buat kepala ketar-ketar bila rasa seronok atau dengar paip air mengalir time ibu basuh pinggan. Tasneem dan pandai datang kat Ibu mintak dukong. Tasneem pun sekarang dah kenal orang. Hari tu kawan Babah datang, Tasneem nangis sebab kena dukong dgn orang yang Tasneem tak kenal. Bila nampak ibu, terus angkat tangan nak minta dukong. Huhu.... anak ibu dah pandai ! Sronot!

Daifuku

Aku suka sangat makan kuih ni. Kalau ada keinginan, aku singga la mana-mana 7E pi beli. Ada macam-macam perisa. Teksturenya liat macam kuih koci, ada macam-macam jenis inti, pastu bersalut tepung macam kuih tepung gomak (woh gomok).

Korang cuba la beli & rasa. Sedap tau. (tapi Syg tak suka sebab katanya kuih tu pelik)


Kuih ni nama dia Daifuku. Asal dari Jepun kot. Mungkin adik beradik kuih doremon. Huhu.. bestnye kalau dapat gi jepun & rasa kuih ni yang macam-macam perisa.

Friday, July 24, 2009

Tido la nak ooii.....

Smalam punye lah susah nak tidokan Tasneem. Dah bagi susu, pastu tepuk2, peluk2, mata dah lelap. Pastu tiba2 menggeliat plak nak bangun, tanak baring. Huhu.. sabar je lah. Ade la dekat 4 kali jadi mcm tu, pas geliat-geliat takmo tido, terus meniarap/merangkak sambil senyum-senyum kat ibu. Huuu... terus tak jadi marah kat anak yang sorang ni.
Masa cubaan nak tidokan Tasneem tu, aku sendiri dah 2 kali hampir terlelap. Tapi Tasneem still jugak takmo tido. Masih nak main-main walau pun jam dah nak masuk tgh malam.
Tasneem yang tanak tido

Tido la nak ooiii.... ibu dah ngantuk gaban dah ni.....



Tengok tu.. mata dah merah dah tu... dah ngantuk dah tu.. tido laa sayang.....

Setelah berhempas pulas tepuk2, bagi susu, bagi puting & nyanyi berdodoi segala, akhirnya Tasneem dapat tido juga pada jam 1.15 pagi. Tu pun masih lagi menggeliat-geliat sambil pejam mata tanda protes takmo tido. Sabar aje laa....


Akibat dari tido lewat semalam, pagi ni Tasneem tanak bangun bila Ibu nak kejut untuk pegi Taska. So, kenalah Ibu dukung Tasneem tido atas bahu ibu sampai ke kereta. Dah sampai Taska pun Tasneem tanak bangun. Just tunjuk muka mamai je masa ibu bagi Tasneem kat cikgu. Dah tu Tasneem sambung tido atas bahu cikgu plak on da way nak masuk taska. Hahaha....

Kalau tido gini, motor rempit lalu pun tak sure sedar ke tak.

Wednesday, July 22, 2009

Nak beli beras.. nak beli beras....nak beli beras...

Sabtu hari tu, kami berhajat keluar dari rumah pada petang hari minggu itu hanya semata-mata membeli sebungkus beras.

Sebelum beli beras, kami jalan2 round buang angin sekitar Amalanda dulu. Pastu tetiba aje kaki ni sampai ke kedai gadget.













.






.






.






.






.






.






.






.






.






.






..






.






.






. 2 jam kemudia, ada 2 plastik beg dgn kotak besar mengambil tempat Tasneem di dalam stroller. Tasneem da tanak naik stroller la plaaakk......

huhu.... penat dukung Tasneem (walaupun misi cakap Tasneem kurus. Hampeh la misi tu). Sambil jalan2, Tasneem sibuk giget2 henpon ibu dia. Tapi Ibu tak marah. Sebab .....


Ini !!



Kami masing2 telah menghadiahkan diri kami dgn henpon baru. Wahahaha... time nak beli tu, tiba2 je kluar 1001 sebab kenapa nak kena tukar henpon baru. keh..keh..keh...

Pas beli henpon, kami masih lagi tidak lupa untuk membeli beras kerana 2 biji henpon tidak dapat mengisi perut kami yang kelaparan nanti. hehe.. :D

Sama tapi tak serupa



Ni nak bagi bukti bahawa Tasneem ni amek rupa Ibu. Babah jangan nak bangkang. Hahahah...




Nampak tak persamaan tang dagu tu ? Ngehehe... Babah sama tang bulu mata jer.. wahahahaha.....

Tuesday, June 30, 2009

Berkorban apa saja

Sejak seminggu ni Tasneem chumil dah semakin sihat (walaupun ada hingus siket2 kadang2). Kini Tasneem dah kembali ceria. Dah pandai dah buat lawak & tunjuk muka jakun dia bila nampak something new. hehe....

Babah Tasneem skarang ni dah makin bz. Dah kurang masa berharga bersama Tasneem. Skarang ni time Babah gi kerja, Tasneem still tido lagi. Time balik keje je bleh main2 ngan Tasneem. Then next week, kelas Babah dah start dah. So Babah hanya dapat main ngan Tasneem weekend je. Sbb pagi2 buta Babah dah gerak gi keje, malam plak Babah sambung gi kelas. Babah balik dlm kul 11 or 12 mlm, Tasneem dah tido ngan Ibu.

Smalam Babah mengeluh, katanya sehari tak main ngan Tasneem, rasa rindu kat anak yang sorang tu. Sian Babah. Takpe lah Babah, keadaan gini harap akan berlalu dengan cepat. Nak buat macam mana, bersabar aje lah. Terpaksalah berkorban buat sementara.

Love You Sayang, always...

Thursday, June 18, 2009

Citer 2 hari lepas

Ni citer 2 hari lepas.

Tadi antar Tasneem gi Taska. Pesan macam-macam kat Cikgu Tasneem. Bagitau kaki Tasneem gatal-gatal and sangat terlupa nak letak ubat sapu dalam beg skolah Tasneem. So Tasneem kena pakai 'shoes' spanjang hari untuk ngelak kaki digaru-garu. & memandangkan Tasneem demam smalam, dah mintak KakPah (cikguBesar) bagi Tasneem makan ubat 2 kali hari ni, terutama ubat batuk.

Sampai aje kat ofis, macam biasa, aku sampai awal (8am). Naik opis, punch card dulu then turun bawah gi beli sarapan. Duk pikir nak makan nasik kerabu. Korang jangan pikir aku ngular eh... aku masuk opis kerja jam 8.30 laa...

Dah lepas beli nasik kerabu, naik opis & tengok email. Nampak bos duk melilau cari 'mangsa'. Hehe..memang aku ler mangsanya. Huuu....bos suh ganti dia gi PICC, ada forum pcn katanya. Start kul 8 pagi nih. Hoho... aku ok je... lagipun aku attend forum bukan kena wat apa pun. Dengar2 & catit je apa patut.

Sampai sana, pas daftar, inatkan nak la minum skejapkat luar dewan tu. Tapi biasalah aku, kalau dah ditugaskan tu, makan minum semua tinggal. Dedikasi betul la aku nih.

(selepas seketika...di dalam dewan...)

Arghhh......forumni much talking about networks. Huargh... bosan betul laa... Subjek network la aku tak brape nak ikut. Pasal tu time aku blajar aku tak option major network. Takpe laa.... nanti ape aje aku dapat dari forum ni, aku bagi je kat unit network nanti. Tau lah derang nak wat camana

errgghhh.....sejuknye dewan ni. Hidung duk asyik tersumbat je nih. Dah berkeping-keping tisu habes.

ALERT!! Aku nampak asben anis, en_kudus. Mungkin dia bertugas as AJK forum ni kot. Wallawei... lalu sbelah dia pun dia tak kenal aku. Takpelah, lagipun dia bukan kenal aku sangat pun... haha...

Thursday, June 4, 2009

Nasik ayam

Kepada pengusaha nasik ayam atau ayam golek, mintak perhatian!

Sila jangan sertakan sekalik serpihan tulang ayam yang hancur setelah dipotong-potong ke dalam hidangan pelanggan anda. Dikhuatiri akan membahayakan kesihatan pelanggan anda.

Aku cakap gini pasal tadi masa tengah makan nasik ayam kat cafe ofis nih, aku dah tergiget tulang ayam kecik. Rasa ngilu tiba-tiba, nak nanges pun ada. Namun berjaya dikontrol jugak muka supaya control hensem semasa makan dikhalayak ramai.

Sakrang ni gigi geraham bawah kiri aku sangat lah sengal. Ingat nak kuar gi kinik gigi je ptg nanti, tapi tak jadi sbb perkhidmatan rawatan pergigian walk-in dewasa hanya disediakan di sebelah pagi sahaja. Adoi laaa.....

So, terpaksalah aku menahan rasa sengal kat gigi nih. Harap-harap rasa sakitnya hilang by esok. Boleh lah aku cuti2 melaya dengan senang. Tapi kalau duk sakit/sengal jugak, terpaksalah aku gi klinik malam nanti atau pagi-pagi buta esok sebelum bertolak ker utara. Huhuhu....

Rasanya gigi geraham aku ni dah ter'chiped sikit. Bleh rasa gigi ni jadi kasar bila lalu dengan lidah. Ni...tergigit bijik lada pun rasa sangat sengal. (adeh...)

Wednesday, June 3, 2009

Terkucil

Masuk kali ni dah 3 kali aku ke jamban. Ni pun rasa nak terkucil ku tahan kan aje....

Sejuk giler ah opis ni !!

Posting ke-4 untuk hari ini

Aku tringin nak makan kek. Rasa nak sangat2 makan kek yang ada hiasan icing yang cantik-cantik, tambah plak kalau icing tuh kaler putih. Rasa mcm nak sedut aje krim icing atas kek tu. Aku selalu bayangkan rasa kek yang ada icing putih tu rasa sedap sangat-sangat....(walaupun hakikatnya tak sedap sangat)

Rupa kek idaman



Wah.... best nye kalau ade sesape yang sudi belanja kek time-time teringin ni. Dah lama ajak Sayang gi cari kek, tapi sampai laaa ni tak beli pun kek. Bukan sebab Sayang tanak belikan. Tapi sebab bila dah nampak kek, mula2 rasa terliur nak makan, tapi bila fikir plak, nanti sure tak habis makan sorang kek ni (walaupun beli sekeping je) & Sayang memang tak berehi sangat makan kek-kek nih (maknanya aku kena habiskan sorang2). Eerrkkk... tak sanggup nak bazirkan makanan sbb tak habis kek nanti. Sebab tu lah selalu aje batalkan hasrat nak beli kek, walaupun kek dah ada kat depat mata.

Teringin nak bersukan balik

Aku rasa macam nak mula bersukan balik. Tapi apa sukan yg bleh aku join ? Kena plak masa terluang yang agak minima, & anak yang masih kecil. Hurm......

Futsal ? ..... tadak team yg nak amek aku sbb aku kaki bangku
Swimming? .... badan tak cantik nak ber'swim' suite & tambah perutku yang tak berapa kempis
Berbasikal ? .... tadak beskal. (boleh dibeli)
Jogging ? ... bila nak jogging? nak jogging kat mana? ..... sukar nak kluar ke taman2 awam kalau tak berteman suami tercinta. Sangat susah nak ajak Sayang gi taman2 awam
Main congkak ? .... bahaya!! takut Tasneem eat biji guli. Tambahan, takde mengeluarkan peluh
Taekwondo ? .... dah tak kuasa nak join kelab. Uniform lama pun ntah mana aku campak.

hmm... nampaknya satu2nya cara aku bleh ber'eksersaiz' adalah dengan jalan2 round shopping kat hypermarket sambil beli barang dapur je laa...

Tunggulah Tasneem umur 3 tahun ker... maybe dah bleh mula join sukan secara berjadual. Munkin i'll take up swimming again. Kasi asah skill kuak kupu-kupu. haha..
Bosan hari ni. Tadak kijer kat opis. Tenet plak slow cam labi-labi. Facebook lambat ya amat nak load abes. Nyesal plak tukar waktu kije balik 5.30.

Since Sayang kije ni, asyik bz aje. hmm... takpelah.. nak wat camana, dah mmg kena kije. Walau ape pun, aku tetap bagi full support for Sayang.

Kan best kalau dlm dunia nih, kita takyah kije & tapi RM sentiasa masuk poket. Hahaha... sangat lah mimpi nyer...!

Esok kena pakai batik plak. Hurm.. malas btul nak iron baju batik sutera. Ade sape2 bleh suggest baju batik yang takyah iron ? Mana nak cari eh ?

Cepat lah esok (Khamis) berakhir.. aku mau cuti

Tuesday, June 2, 2009

Suasana di opis baru

New office, new enviro. Walaupun ofis baru nih dekat sangat ngan rumah, tapi untuk 3 hari ni, rasa macam pelik. Banyak benda baru yang aku jumpa. Suasana ofis yang baru dalam bangunan yang cantik, ahli ofis yang kadang-kadang buat aku terasa pelik, harga makanan yang agak mahal, kakcik Kaklong kakNgah yang pakai baju raya stiap hari ke pajabat....

Suasana ofis baru yang DALAM BANGUNAN CANTIK. Haha.. it doesnt mean ofis sini cantik. Ofis sini biase2 je... standet la.. walaupun office dept IT, tapi kertas bersepah-sepah. Nguahaha...

Ahli ofis yang kadang2 buat aku rasa pelik.. Sini ramai golongan akak2. Ada yang sama baya aku, ada yg lagi senior. Bos plak kepala rilek, bleh ajak borak2 bodo. Stakat ni bos baru nieh ok, senang wat kije ngan dia. Takde rasa segan ngan bos baru nieh. Pastu cara keja sini plak mcm terbalik sket. Bos plak yang nak kena dengar kata staff bawahan. huish.... tau la ada yang dah lama berpengalaman, tapi jgn la buat mcm tu... (aku ada gak TER... time tu, aku yang bercakap, bos plak yang menaip. huuu....).
P/s: Sesape budak ofis yang terbaca apa yang aku tulis nih, korang jangan marah aku arr... ini apa yang aku bleh nampak on 1st 3 days kat opis. Dah lama2 kang, maybe tanggapan aku berubah.

Harga makanan yang agak mahal. Senang citer.. nilah harga makanan yang aku telah dipaksa bayar:
Popia goreng yang agak kurus 2 batang = RM1.00 (RM0.50 sbatang tu !!)
Nasi dagang gulai ayam = RM6.00 (alasan dia... tu ayam kampung. Woi cik kak, ko tadak tulis pun situ ayam kampung ! )

kakcik Kaklong kakNgah yang pakai baju raya stiap hari ke pajabat.... yang ni memang banyak. Dalam 5 orang, 3 akan pakai baju raya. Maksud baju raya nih adalah baju yang aku rasa lebih sesuai dipakai pada pagi raya atau ke majlis-majlis kenduri sahaja...ala..... ala yang jenis liplap-liplap gitu laa.... Hmm.. agaknya banyak mana masa diaorang nak spend masa meng'iron' baju-baju raya ni setiap pagi eh ?

Monday, May 25, 2009

Jubah & X-Men

Ahad lepas gi jalan-jalan ke Shah Alam. Tempat feveret kami, Plaza Alam Sentral. Ntah lah.. walau mana pun kami tinggal, arakian Damansara yang penuh dengan shopping complex yang best-best(Curve, OU, MIdvalley, Tropicana), situ jugak kami pegi. Haha.. ntah laa... maybe kat sana tak serabut sangat dengan orang & kalau kat Shah Alam, sini tak le penuh ngan aktiviti sosial remaja yang ntahapehape. Dulu-dulu masa duk Tropicana, dalam seminggu, 4-5 kali ronda2 The Curve, OU. Memang rasa excited & rasa teruja (or adakah itu perasaan jakun atau darat) bila melangkah masuk ke tempat-tempat macam tu. Haha...nampaknya aku bukan lagi remaja sbb dah malas melayan benda-benda ngarut dah.

Masa kat Alam Sentral tuh, hajatnya nak cari soft ball untuk Tasneem atau cari kasut keje untuk aku masuk opis baru nanti (haiyyaaa... masuk opis baru pun nak kasut baru gak ke makcik?). Round...round... turun... naik.... takde plak barang yang nak dibeli tuh. Last2 masuk la kedai Busana Muslim yang kat tingkat 3 tuh (korang teka lah sendirik kedai ape). Kat situ banyak gak baju2 cantik yang aku pikir sesuai untuk dipakai ke opis. Tapi memandangkan aku malas nak queue kat ATM di bawah nun, ku batalkan aje niat nak beli apa-apa. Sambil2 mata tengok2 baju, terpandang sorang pompuan duk try test tengok jubah-jubah yang tergantung kat kedai tu. Dia ngan sorang lagi kawan lelaki dia. Humak aii.. tinggi nye minah nih. Best ar kalaubeli baju, dah takyah alter ker hape. :-)

Bila dah kluar dari kedai tu, Sayang cakap".. Tadi Tasneem ngan Babah tengok X-Men tukar baju kat kedai.." Woh !! Ape bende plak X-Men ? Mana ada lalu cinema ke hape tadi. Biar betik!!
"..Betul laa.... X-Men tu salin baju depan Tasneem ngan Babah tadi...". Aku konpius...

Pastu aku terpikir, laaa.... pompuan yang tinggi tadi ke yang X-Men ? Laaa... pondan rupanya !!

Hmm... so pengajaran kat sini ialah, sedangakn pondan rajin mencari baju-baju yang menutup aurat, inikan pulak kita wanita muslim sejati duk pakai seksi.

Haduih....nampak gayanya raya nih nak kena cari jubah moden la untuk baju raya. Yezzzaaa........

Wednesday, May 20, 2009

Short update

Last two weeks, for the 1st time, aku masak nasi ayam sendiri. Wahaha... giler sedap seh... bertambah-tambah aku makan. Best siot... (puji diri sendiri)

Nih gambar nasi ayam yang sempat diambik sebelum dibedal.

Smalam genap umur Tasneem 5 Bulan. So amek halfday gi kinik untuk injection yang tertangguh.

Tadi sebelum balik, bos 'baru' panggil nak kenal. hehe... alhamdulillah... akhirnya bertukar unit jugak aku. nanti taklah kena travel jauh lagi. Tak perlu lagi lah bangun 4.30 pagi ulang alik KL. Fuh lega... so skarang, aku just perlu tunggu memo arahan aje. Harap2 mula kerja tempat baru bulan depan. Dah takde mood dah nak keje kat sini. Hehehe....

Hmm.. tapi takleh hepi sangat gak.. kot nanti environment kat sana lagi haru. huhu... kena sedia hadapi cabaran nih. Lagipun kat sana dengarnya tak cukup staff. so agaknya akan banyaklah tugas yang akan diberikan nanti. Tak macam kat sini yang most of the time aku rilek je spanjang hari.

Next week aku balik kuantan. Ada kenduri sbelah keluarga sayang. Pastu the next week plak, jalan-jalan ke Pulau Pinang. Abah & mama pun turun penang gak. Nak gi tengok progress projek kat sana plak. Sure letih arr nanti... hehe...

Huhu.. seperti biasa, posting kat blog takkan lengkap tanpa gambar Cinta Hati Tasneem...

Tasneem & Mouse...

Saturday, May 2, 2009

Pe'el Tasneem

Skang Tasneem dah pandai nangis or jerit kuat kuat just tu get Ibu & Babah attention. Takleh tinggal dia skejap aje, walau pun gi jamban. Kang seminit kendian ready la tadah telinga.

Pe'el Tasneem dah macam-macam skarang. Kalau lapar je, dah takde warning2 cam time kecik-kecik dulu. Terus aje dia ngamuk tak kira tempat cam atas carseat, atas riba, atas dokong (ni Tasneem wat lentok-lentok badan & terus tukar ke posisi superman nak terbang). Aish....

Tasneem baru lepas ngamuk. Muke mrah2 sbb sembam atas bahu babah dia..

Satu lagi parangai Tasneem, akan ngamuk kalau dah start ngantuk. Bila Tasneem ngantuk, Babah & Ibu dah takleh nak wat kerja apa dah. Tasneem akan ngamuk sekuat-kuatnya, tanak baring, dukung pun asyik nak wat aksi superman jer.. pastu mula la tarik-tarik telinga (skang dah mcm luka dah tlinge Tasneem..ibu risau...). Aish.....

Tapi Tasneem skarang dah pandai borak dah ngan Babah & Ibu. Tasneem dah pandai panggil-panggil Babah kalau time tu Babah wat donno kat Tasneem sbb Sameer Nasri nak jaring gol. hehe... Lagi satu, Tasneem dah mula kenal imej dia kat cermin dah. Dah pandai gelak-gelak depan cermin bila nampak diri sendiri. Comel.

Thursday, April 30, 2009

Penat cam buroh on Hari Buroh

Hari ni cuti Labour Day. Dah rasa betul-betul penat cam buroh. Badan penat..lenguh-lenguh...
3minggu gi kursus induksi. Tetiap hari gi balik Putrajaya-INTENGAH drive. Kelas start kul 8, so stiap pagi bangun kul4.30am, gedebak-gedebuk..
..
jap, tasneem jaga...

.....sambung Ahad (lusenye..)

gedebak-gedebuk gerak dari putrajaya 6.15 pas subuh. Kelas start kul 8. Sempat sarapan roti sweety jer. ...ishk... dah malas nak sambung. dah laa...

Friday, April 10, 2009

Gila Karok Tingkat 7 Fasa 12 Presint 9

Kepada penghuni tingkat 7 di fasa 12 prst 9. Mintak maaf banyak-banyak. Tapi ni aku memang nak lepas geram kat korang.

Geram betul laaa.... tetiap hari korang duk wat bising. Ape ko ingat ko bikin konsert kaa?!

Eeeiiii...!! Suka sangat korang berkaroke kuat-kuat. Dah la korang pasang speaker/amplifier ker hapa sampai tahap decibel tak hengat punya. Tambah-tambah plak korang nyanyi lagu2 misha omar, siti, ziana-zain (penymbang karok itu adalah perempuan). Aku tau la korang prasan sora korang 'sedap'. Tapi please laa.... bleh tak pelan kan speaker karaoke korang tuh. Nih dah habis bergegar lantai umah aku bila korang berkarok. Anak aku nak tido pun takleh. Dah tu pulak, suka laa bebeno nyanyi time maghrib, malam-malam. Hari minggu plak korang memekak berkarok tak hengat kuat-kuat, pagi-pagi plak tu. Hari minggu yang time korang senyap pun time citer AF aje. Adoyaii...

Aku tak kisah korang nak berkarok ker.. berkerek ker... tu rumah korang kan.. tapi tolong la timbang rasa antara jiran-jiran sekeliling. Kita ni duduk umah flet. Kongsi-kongsi dinding ngan lantai. So tolong lah fikir perasaan jiran-jiran sekitar, kiri, kanan, atas, bawah....

Kadang-kadang, aku sampai rasa macam nak gi ketuk aje pintu umah korang & 'sound' aje korang depan pintu. Ishk....korang jangan salahkan aku lak kalau aku kata korang takde kesedaran sivik.

Ishk.... nak aje aku letak nombor rumah tu kat sini. Biar satu malaysia tau. Adoooiii.... sakit kepala la aku macam ni !!

Semut jahat !

Hangin satu badan !! Nampak je semut, rasa nak bakar aje sekor-sekor ngan fire torch. Benci !!!

Ni dah masuk kali ke 3 Tasneem nangis kerana semut. Suka-suki je nak mai hinggap celah anak aku & giget. Sian Tasneem, tidurnya terganggu dek gigetan semut jahat tersebut. Tasneem kalau kene giget semut masa tgh syok tido, sure nangis tak hengat punyer. Dah la Tasneem slalu tido pas maghrib. Bila kena giget, nangis tak hengat la makcik kecik tu. Dah jadi satu hal plak aku gelabah berlari-lari gi pujuk dia.

Masa mula2 Tasneem nangis, time tu betul2 pas org azan. Aku dah gelabah, takut ada apa-apa 'gangguan' (ni kes baca citer mistik si ilah dlm forum.cari). Pujuk punya pujuk, tido balik si Tasneem. Time tu, ingat baca Al-fatihah 3 kali & hembus2 kat ubun-ubun.

Kali kedua, tiba-tibe Tasneem nangis kuat masa tido. Time ni dah masuk Isyak. Pergh.. gila takut (ntah tetiba rasa gitu.. ngengade). Bila dah pujuk, Tasneem ok. Pastu nampak sekor semut kat celah leher Tasneem. Dah keras kejung dah kat celah lipatan leher Tasneem. Semut tu lemas kot. Huhu..laa... kene giget semut keee..... alaa....

Start situ, mana aje nampak semut dlm rumah, sure aku picit-picit sampai mampos. Pastu suh Babah Tasneem belikan Ridsect. Nampak aje ant trail kat mana-mana, aku sembur aje nanti.

Smalam terkejut bila nampak ant trail dari dapur ke bilik tamu (melalui bakul dirty diapers Tasneem). Huarghh....!! Malam tu jugak Babah Tasneem sudah ngamuk lalu di spray aje sepanjang ant trail tersebut (baru tau sayang anak sampai semut giget pun dah ngamuk. hehe..)

Sakit ati btul ngan semut-semut kat umah nih. Haiyyooo.... jaga arr korang, weekend ni tau lar nasib korang cam mana !!

Fyi: Bekas kapas basuh yak-yak Tasneem pun semut-semut ni bleh masuk lepak. Walhal tak manis pun. Dabel tensen !

Monday, April 6, 2009

After pegnen syndrome 1: Rambut gugur

Mak !! Segenggam rambut kat salur air kat bilik mandi. waaaa............nak nanges..... sob sob..

Kemana saja aku lepak, sure ade rambut sepah2 kat situ. Even bantal tido sayang pun ada rambut lekat. kat baju anak pun kene. Lantai dlm bilek toksah citer ah. penuh bergenggam-genggam. TENSI !!

Dari baca kat tenet (forum ibu2), memang rambut akan gugur lepas bersalin. Kata org2 tua lak, rambut mak-mak akan gugur bila baby dah pandai buat buih2 kat mulut.

Huhu... memang betul la petua mak-mak tuh. Tasneem dah mula pandai borak2 & suka buat buih2 & sembur2 time cakap. Risau lak sebanyak mana Tasneem buat buih, sebanyak tu la rambut akan gugur. Oh tidak......

Ni semua sebab perubahan hormon. Badan mula nak sesuaikan diri balik dengan keadaan asal lepas pegnen. Sabo aje lah.

Tapi memang tak tahan laa..... tetiap hari, kalau peluh-peluh extra sket, mula la badan gatal2 sebab rambut melekat2 kat leher, belakang, bahu.... ishk... mengenyam je rasa. 2minggu lepas, potong rambut pendek terus. konon nak elak gugur banyak. aiyyooo... sama jer. rambut tetap gugur jugak.

Memalam, sebelum tido, kalau tak tahan, kene basuh badan dulu utk ilang segala rambut2 gugur tuh. Nak aje kasi trim ala Demi Moore. Kasi licin terus. huhuhu....

Friday, April 3, 2009

Bonda-bonda berblog

Good morning. Pagi2 sabtu yang ceria ni (sgt suker SABTU!!), nak share citer pasal MomBloggersPlanet . Jumpa community ni pun setelah jalan2 ker blog Jiji.

Kat sini bleh listkan blog sendiri dlm dianyer directory, bleh lompat2 ker blog Bonda-bonda cyber, bleh join aktiviti derang. FYI.. bukan aktiviti2 mak-mak kat kampung yerr... tapi aktiviti mcm blajar amek gambo anak, donlod template blog yg cumil-cumil dan macam-macam lagi coming soon.

So, kepada kawan-kawan berstatus bonda tu, meh ler join MomBloggersPlanet . Kasi gegar ramai-ramai !!




Thursday, April 2, 2009

Macam-macam alasan

Dah kul 12.15tgh malam. Huargh...ngantuknyer... tapi nak kene taip minit mesyuarat pagi tadi. haru kalau dah angin malas datang bertandang. Saje jer cari alasan tanak buat.

Alasan petang tadi....
  • "....alah... baru kul 2... banyak masa lagi. bleh wat ptg kang. "
  • "aish... dah kul 3!... huhuhu.. takpe, layan lar forum jap."
  • "laaaa.... dah kul 4 ker... ok.. start nulis..." (taip senarai kehadiran jer)
  • "4.15 dah... haish... nak ujan ker? hmm.. kene cepat siap barang nak balik, takut ujan lebat, takleh gi kat kete"

Alasan malam lak...
  • Layan Tasneem main. Tapi sbenarnya babah dia yg duk layan main. Ibu dia duk tengok aje.
  • Tengok berita terkini, hiburan sensasi kat TB3suku
  • Tasneem nak minum susu.
  • Dodoikan Tasneem tido
  • "Tasneem tido dah... alah...rasa malas la plak. Kacau2 Babah Tasneem ler..."
  • "Nguahhh... Jom babah, angkat Tasneem masuk bilik. Mint tu bleh wat esok pagi kul 7.30"

Pastu... asalnya nak tido trus, tapi esok takut tak sempat siap, then skang ni tgh ngadap komputer taip minit. Errrrkkk.... ker aku taip blog ? Nampak gaya sambung taip minit nih pagi esok la agaknye.... ihik !!

Wednesday, April 1, 2009

BTN & Induksi

Huhu.. adeh... malasnye nak nulis. Pagi-pagi subuh gini, kan best kalau dapat tido... tapi nggak boleh... tetiap hari kene bangun as early as 5am utk bersiap gi opis nun kat Damansara. Nyampah...!! Bila la opis ni nak pindah saiber... sengal tol! Asyik tunda-tunda aje tarikh pindah. Walhal bangunan dah siap. Tapi smalam baru wat majlis serah kunci.

Smalam dpt surat dr JPA soh pegi BTN & Induksi Umum. Yang tang Induksi tu aku bleh aje gi, pasal dia wat kat INTAN KL. So, dari pencarian aku & pertanyaan tak formal kat org di sana, induksi ni bleh balik hari. Start kul 8 pagi, abes kul 5ptg. Kira aku takyah wat ape2 lah, just mcm biasa gi opis je.

Tapi yg BTN ni susah sket. Dha la tarikh hantar borang confirm hadir BTN 31 Mac. Aku terima surat tu dah 1 April. Tambah2 lak, surat tu bertarikh 23 Mac. Kiranya dah hampir 2 minggu surat tu tersadai kat HQ. So kira aku termissed BTN pun bukan sebab salah aku. Huahuahua..... Lagi satu, dah last minit nih, mana aku sempat nak setel hal jagaan Tasneem masa ketiadaan aku seminggu kat BTN nanti ? Tu menguatkan lagi reasons aku utk tak menyertai BTN kali ini. Aku dah hantar email kat urusetia kursus dah, jap agi nak cek kat opis ader tak reply dari derang. (fyi: aku dah banyak kali call derang, tapi takder org angkat tepon. dah tghari call, baru ada org angkat & bagitau yg derang outstesen. hampeh!!)

Tuesday, March 31, 2009

Cubaan meniarap

Skang bar masuk maghrib. Tasneem tido atas riba ibu. Ibu tanak biar Tasneem tido sorang2 time ni. Takut Tasneem ngigau mcm smalam.

Ni bukan sebab gangguan ker haper, saje jer.. dah lama tak pangku Tasneem to sleep. Lagipun, smalam Tasneem ngigau mungkin sebab penat perjalanan juah dari umah Aki di Kuantan :-D

Hari ni Tasneem dah 3 bulan, 1 minggu, 5 hari. Tasneem dah pandai balikkan badan nak maniarap. Tapi takleh niarap lama-lama. Sebab Tasneem tak mampu lagi nak tegakkan leher lama-lama. Bila bgatau pasal ni kat Wawan Tasneem, maka terkejutlah bonda itew... mana taknya... baby selalunya start meniarap bila mauk 4 atau 5 bulan jer... tapi anak ibu sorang ni, 3bulan dah nak nerap. Advan betul mokcik kecik sorang nieh. haish... !!

Then, skang ni, Tasneem dah takleh dibiarkan baring sorang2. Kang, tinggal aje lebih 30saat, mula la sibuk tunjal2 kaki nak pusing badan. Dah tu, dah pusing, tak reti nak telentang balik plak. hehe....

Masa tido umah aki ari tu, boleh nyer makcik kecik ni ngigau. Dan-dan dlm tido pun bleh pusing meniarap. Hadoiyai.. !! Sib baik masa tu Babah tersedar, terus baringkan balik Tasneem. Paginya, posisi peniduran Tasneem dah beralih 90darjah. Dah jadi mcm huruf H plak bila diapit oleh Ibu & Babah. huhuhu... takpe lar... asal jgn jatuh katil dag ler sayang....

Monday, March 30, 2009

Babah & Tasneem kat taman

Susah sangat nak ajah Babah Tasneem kuar jalan-jalan gi taman petang-petang.

Haa.. ni, dah dapat gi, Ibu tepek gambar Tasneem & Babah jalan2 kat Hotel Pulman Putrajaya

:-)

Friday, March 20, 2009

Anak teruna Suzie & Anis

8 am tadi, Anis (Cdgen) antar sms, katanya dah selamat bersalin kul 3.30 pagi tadi. Alhamdulillah...
ensem gak baby boy si Anis nieh. hehe...

petang kang, if kesempatan, nak gi jenguk kat Hosp. Serdang.

Kiranya, dlm bulan nieh, 2 org kawan aku dah selamat bersalin. Suzie bersalin minggu lepas. Baby boy gak. huhuhu... tahniah la weh semua..!!

Smalam Tasneem dah masuk 3 bulan. Huhu... anak ibu dah makin besar. Dah makin cerdik.kuat minum susu & dah pandai ajak borak. Tasneem dah mula nak balik-balik badan dia. Ibu biarkan aje stiap kali Tasneem cuba nak belikkan badan. Ibu taknak tolong, Ibu nak Tasneem belajar sendiri. Ada skali tuh, Ibu tolong Tasneem, dah berjaya meniarap. tapi muka lak tak alih ke tepi. Nampak Tasneem mcm nak ala-ala lemas ler plak. Ishk... takleh ler gitu. Kalu bleh, once Tasneem dah pandai balik badan sendiri, sure Tasneem akan pandai alihkan muka sendiri plak kan....

Friday, March 13, 2009

Tasneem Demam

Last 2 weeks, Tasneem demam.

Ibu sampai kat umah, bukak aje pintu, nampak Tasneem duduk atas riba babah. Babah cakap Tasneem tak active mcm biase & badan cam suam-suam kuku. Huhu.. cian Tasneem... badan dah cam terlentok jer atas riba babah.

Ibu suh Babah gi siap cepat-cepat pasal nak bawak Tasneem gi klinik. Nak gi klinik gomen, time ni dah tutup. So, Ibu Babah decided nak ke kinik prebet ajo...

Sampai kat presint 8, ada satu kinik tu, bukak, tapi doktor plak takder. Hallamakkk... !
Pastu, Babah gigih drive ke flet ijau plak. Situ ada 2 kinik. So Ibu pilih kinik yg nama cam comel. Kinik An-Nisa.

Lepas Babah daftarkan Tasneem, kami tunggu nak jumpa doc ada lar dlm 15min. Masa tu badan Tasneem dah makin panas. & Tasneem plak dah mula buat bunyi pelan-pelan. Cian Tasneem... Ibu tau, Tasneem bunyi cenggitu sebab Tasneem rasa tak selesa & tak larat. Tasneem macam cuba ngadu kat Ibu je, kan ?

Bila masuk bilik doc. Alhamdulillah... doc pompuan. Muka doc ni iras2 kawan ibu masa matric dulu. Masa cek Tasneem, doc cakap Tasneem memang demam panas. Suhu badan Tasneem dah naik 38 oc. Alaaa.... lagi buat ibu nak nanges...
Doc suh baringkan Tasneem kat katil. Doc cek perut Tasneem, mata Tasneem, mulut Tasneem. Doc cakap Tasneem kene jangkitan virus. Pastu doc suh bukak pampers Tasneem sebab dia nak masukkan ubat kat bontot Tasneem. Masa ni Tasneem dah ala2 ngamuk dah. Badan Tasneem dah merah2.
Lepas masuk ubat, doc cakap Tasneem tak apa2. Just mintak Ibu Babah monitor ajer malam ni, takut melarat. Kalau badan still panas, kul 11 mlm ni bagi Tasneem makan ubat & antibiotik.

Balik umah, ibu lapkan badan Tasneem & letak cooling pad kat dahi Tasneem. Panas badan dah menurun. Malam tu, sblm tido, Babah suap ubat kat Tasneem. Tasneem eat ubat sikit jer pasal banyak yang Tasneem sembur keluar. Ishk.. anak ibu....


Malam tu, Ibu Babah tak lena tido. Stiap 1 jam ibu sentuh kepala Tasneem. Suhu badan Tasneem naik balik. Time tu Ibu rasa nak bawak Tasneem gi ER aje.. tapi bila tengok Babah ngantuk, ibu sabarkan aje. Malam tu Ibu lap kepala Tasneem ngan air setiap selang stengah jam. Alhamdulillah... suhu badan turun balik ker suam-suam kuku.

Esoknyer, Ibu amek EL sebab nak jaga Tasneem. Lepas Babah balik dari solat Jumaat, Ibu ajak babah gi Klinik Putrajaya. Ni kes tak puas hati & risau. So kalau bleh nak jumpa doc gomen lak & mintak ubat selsema/batuk. Dah jumpa doc kat sana, dia cakap Tasneem mmg demam, tapi skang dah beransur ok. Doc tanak bagi Tasneem ubat batuk/selsema sebab doc cakap baby bawah 6 bulan tak digalakkan ubat2 cenggitu.

Balik umah, Tasneem makin baik. Dah mula senyum2 & panggil2 Babah & Ibu dia. Dah mula ajak Babah 'go' (suh dukung & jalan2 dlm umah). huhu.. lega rasanya bila Tasneem dah baik. Len kali jangan buat Ibu risau lagi yer Sayang.....

Wednesday, March 11, 2009

Wednesday, February 18, 2009

TASNEEM DAH MASUK 2 BULAN !!

Hari ni, 19 Feb 2009, genap umur Tasneem 2 bulan!! HoowwwYeayyyyhh.....!!



Bangun la Tasneem... dah kul 11 dah ni. Hari ni nak gi klinik lak.