Tuesday, February 23, 2016

Jom kita buat Outbound Marketing

Salaam Sayang.

Entah mengapa tahun 2016 rasa berkobar kobar nak all out berniaga. Bukan stakat business online je, rasa nak sangat jual secara offline, bukak gerai, bukak booth. Belajar approach customer. Belajar terima rejection.

Saya sekarang tengah implement Outbound Marketing. Apa tu ?

OUTBOUND MARKETING : Walaupun kita ada kedai jual tudung, kita fokus untuk menjual produk dengan kadar yang cepat. Kita buka booth kat mana-mana strategik, kita buat sales promotion, kita sponsor event (belum sampai tahap ni lagi. hehe). Semuanya untuk push produk kita supaya jalan laju.

Haaa... faham kan ?

Dah ada OUT mestilah kena ada IN kan ?

INBOUND MARKETING : Kita buka kedai, kita maklumkan yang kita adalah PENGEDAR DAN PEMBORONG semua jenis tudung (contoh je). Dalam website kita pula, kita share cara nak kenal kualiti kain dan perincian tudung. Bagi yang berminat, mereka boleh datang CARI KITA dan dapatkan servis/produk dari kita.

---- Yang inbound dah lama saya buat. Ya memang ada orang yang mencari, orang yang baca tips tips produk. Yang membeli pun tak kurang.


So sebab dah lama sangat rasa duk buat Inbound Marketing nih, saya nak buat Outbound pulak. Lebih all out dan orang lebih nampak. Jangan tunggu orang cari. Kita kena standout bagi orang nampak kita. hahaha....

In sya Allah, selagi kita usaha, rezeki takkan salah alamat.

Hubungi saya segera :
Fb : Marsyithah Khidzir
Email : foxnike@gmail.com
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3252171

Sunday, February 21, 2016

Vitamin C membantu perokok

Asap Ohhh Asap
.
Tahu tak apabila asap rokok MENGHENTAM badan, muka dan kulit badan kita, Vitamin C di dalam sel-sel darah putih badan kita boleh menurun sehingga sebanyak 40%. .

Ini tentu memberi TAMPARAN dan  TEKANAN kepada para pejuang dalam sistem imun kita dan akan menyebabkan pembentukan lebih ramai penceroboh bertapak dan merebak dalam badan seperti radikal bebas & kanser.
.

Kelebihan kepada lelaki terutamanya suami suami. Vitamin C dapat bantu masalah kolestrol tinggi, darah tinggi, jantung, kesihatan gusi, batuk, selsema dan boleh bantu kalau nak stop sembur asap.
.
Sayang suami tak?
Suapkan la 3-6 biji Vitamin C setiap hari untuk mereka. .

Notakaki : Untuk orang yang nak belajar berhenti merokok boleh ambil high dose Vitamin C 5-8 biji sehari, membantu, menurut pakar bedah HUKM Dr. Azhan.

Mana nak cari vitamin c ni? �� SMS / WHATSAPP 0133252171
�� SMS / WHATSAPP 0123252171
�� SMS / WHATSAPP 0123252171

#ShakleePutrajaya #shakleeCyberjaya #shakleemalaysia #shakleeUPMserdang #HayneemLegacy #vitaminCShaklee #perokok

Friday, February 12, 2016

Singgah Sebentar Janda Baik The Riverside

Sempena cuti panjang Tahun Baru Cina, seminggu kami cuti sekeluarga. Balik Beserah meraikan majlis sambut menantu Ateh budak budak ni.
Majlis kecil kecilan saja meraikan pengantin dan keluarga pengantin perempuan dari Banting.
Family decide buat majlis makan malam saja. Bermula jam 9 malam hingga 11 malam. Buat kecil kecilan, jemputan pun saudara terdekat saja setakat sepupu sepapat sekitar yang berdekatan.
Kami berada di Beserah dari Sabtu hingga Khamis. Hari Khamis kami bertolak balik ke Putrajaya, tapi bila sampai Temerloh, lain pulak jadinya. Abahnya tiba tiba dapat idea nak singgah Janda Baik. Saja jalan jalan ambil angin je katanya.
Maka bermula jam 4 petang kami mula masuk simpang Janda Baik. Permulaan simpang nampak macam lorong entah ke mana. Kiri kanan hutan berdaung. Drive masuk dalam lagi baru la nampak rupa ada penempatan.
Asalnya kami plan nak singgah je, tapi tiba tida berhenti sekejap tepi sungai kebetulan lokasi chalet The Riverside. Nampak timing pun dah lewat n rasa malas dah nak turun, kira2 duit cash, ada la sikit. So kami decide nak call terus kut ada chalet kosong untuk check in.
Alhamdulillah.. tuan tanah cakap ada kekosongan. Lagi pulak ni tengah minggu. Masih kosong most of the chalet.
Kami ambil chalet dengan queen bed n tv. Sewa RM110.00/sehari. Sesuai la dengan budak budak ni. Tak boleh nak ambil pondok je sebab tak bawak kelengkapan camping. Hehehe..
Masuk chalet, letak barang n lepas tu kami keluar cari dinner sekejap. Ada kedai kat simpang utama. Situ ada gerai makan dan juga kedai runcit. Nak apa semua ada.
Sambil menunggu dinner, masuk kedai runcit sekejap untuk beli sabun, ubat nyamuk dan sedikit makanan buat alas perut kut anak anak lapar.
Malam tu kami tidur aman tanpa gangguan serangga (sebab dah pasang Fumakilla). Kalau tak.. budak budak ni asyik la menjerit bila seranggan hurung i-Pad derang sebab bercahaya. Hahaha...
Esok pagi kejut anak anak bangun awal. Kami turun mandi sungai takla awal sangat, dalam jam 9++ gitu. Air sejuk sangat sangat. Kami semua turun sungai pakai baju tido semalam je. Jimat baju dan elak kesejukan melampau masa mandi nanti.
Adek dan Kakak seronok sangat dapat mandi sungai. Katanya sungai lagi best dari swimming pool. Haaa... baru tau penangan mandi sungai !
Jam 12 tengahari kami check out. Tapi sebelum check out, sembur perfume Dexandra seluruh bilik dulu bagi hilang bau ubat nyamuk Fumakilla. Sebab baru terbaca syarat sewa bilik tak boleh masak, pasang lilin atau pasang ubat nyamuk dalam chalet. Hehe..