Wednesday, August 19, 2015

Makan banyak masih kurus

Sejak sejak nak ke hujung bulan ni, kami dah banyakkan memasak je untuk dinner. Takde lagi gedik-gedik nak makan kedai stakat nasi putih telur dadar tu.

Ye lah, lebih jimat, anak-anak pun lebih selesa makan di rumah. Boleh kata derang dah cemuih makan kat kedai, lagi lagi kalau mamak. Oh.. maafkan Ibu ye anak anak.

Harini masa simple je. Telur goreng (2 biji), kembung bercili dengan sayur lemak kobis.

Balik-balik kerja terus masuk dapur memasak untuk makan malam. Sebelum maghrib, anak-anak dah siap makan bersuap.

3 senduk nasi setel dihabiskan Adek dan Kakak. Skarang ni Ibu dah tak perlu risau anak tak mahu makan, atau takde selera makan. Derang ni asal tak pedas n lauk ikan goreng atau telur... semua kasi licin. Kalau dulu sebelum derang amalkan Shaklee, Ibu hampir setiap hari nangis nak memujuk derang makan. Namun sekarang tidak lagi. Hahah...penangan Mealshake lah ni. Dulu badan anak bila duduk melengkung, nampak tulang belakang berbonjol bonjol. Sekarang dah takde semua tu. Tulang tulang dah diselaputi isi dah semua. Alhamdulillah.. anak sihat, Ibu tak susah hati dah.

Hari ni, entah apa kisah si Adek ni. Masa makan bersuap dengan Kakak, dah habis sepinggan. Pastu trip kedua pulak dengan Babah dia pukul 9 pulak sambil tengok siaran bola Pahang lwn Felda. Tak habis setakat tu, cuci mulut pulak dengan biskut Apolo 4 bungkus. Nak tido ni, 1 botol susu+Mealshake setel sebelum lena.

Anak-anak ni kan.. makan banyak tapi tak jugak gemuk gemuk.  Haih.. yg pasti derang sangat aktif walau di mana saja. Melompat, berlari, bermain sana sini. Tambahan pula, dengan amalan 1 biji OmegaGuard setiap hari, juga membantu tukarkan lemak lemak badan kepada tenaga. Tu pasal agaknya derang ni tak gemuk-gemuk. Ye lah tu kan...

Tuesday, August 18, 2015

Manfaat Shaklee OmegaGuard

24 Manfaat Minyak Omega-3 dari Shaklee OmegaGuard

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia - Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Masalah Blackhead ?




APA ITU BLACKHEAD
  • Blackhead - nama dalam keperubatan adalah Open Comedo.
  • Ia adalah kandungan yang  menjadikan liang pri pada kulit muka tersumbat.
  • Selalunya berlaku ada dinsekitar hidung, pipi, kawasan tepi bibir dan dagu.
  • Berwarna kekuningan atau hitam. 


Apa yang menyebakan blackhead ?
  • Blackhead tidak berpunca dari kotoran dari persekitaran.
  • Blackhead terjadi apabila terdapat lebihan minyak dan sek kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous' di permukaan kulit.
  • Apabila lebihan minyak ini terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan lebihan minyak yang terperangkap pada liang kulit menjadi hitam. 
  • Kerana itulah jika kita picit keluar blackhead ni, warna hitam hanyalah pada bahagian atas sahaja.

Sekiranya liang pori-pori kita kecil, maka ianya akan kurang terdedah kepada udara dan sukar untuk membentuk blackheads, tetapi kemunhkinan masih ada juga iaitu dikenali sebagai whiteheads. 
Blackhead akan menjadi teruk jika terdapat kotoran dan serangan bakteria tersumbat berasama dalam liang pori-pori yang mana akan menghasilkan jerawat.




Cara cara mengatasi masalah blackhead.

Hormon
Hormon badan yang tidak stabil adalah salah satu punca terhasilnya lebihan minyak pada permukaan kulit. Kecelaryan hormon biasanya berlaku di kalangan remaja terutama semasa fasa perubahan umur akil baligh. Masalah ketidakseimbangan hormon juga sering berlaku kepada wanita sekitar waktu menstruasi (period). Pada masa inilah akan berlaku masalah jerawat dan kulit berminyak yang berlebihan.

 
Rajin-rajinlah mencuci muka
Perlu rajin sikit membersihkan muka. Ini bagi membersihkan kotoran yang terperangkap di celah celah liang kulit. Namun perlu dipastikan produk pencuci yang digunakan adalah sesuai dengan jenis kulit. Contohnya jika kulit anda lembab dan berminyak, gunakan pencuci muka yang berbuih. Manakala jika kulit muka anda kering dan menggelupas, elakkan penggunaan pencuci muka yang berbuih kerana ia akan menghilangkan lapisan minyak pada kulit dan menjadikan kulit muka lebih kering dan menggelupas. 


Makan makanan yang membantu dalam mencantikkan kulit
Amalkan memakan buah buahan dan sayur sayuran segar, bijirin organik dan ikan. Ini membantu mengurangkan masalah kulit berminyak dan juga membantu menstabilkan hormon yang mana merupakan punca terjadinya blackhead.
Jura, kurangkan makan beminyak, bergoreng, manis bergula dan mengandungi kafein.
Jaga pemakanan anda. Seperti yang selalu disebut, perut adalah punca segala penyakit. 


Berhenti merokok
Jika anda merokok, sangat digalakkan anda supaya berhenti merokok.
Bahan kimia dari asap rokok sangat menganggu fungsi hormon dalam badan.
Gantikan ketagihan merokok itu dengan mengamalkan minum air putih.


Tidur secukupnya 
Dapatkan sesi tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada waktu malam. Ini bagi memastikan tubuh badan betul-betul rehat dan rileksbagu memberi peluang kulit untuk proses pemulihan. Tidur juga sebagai anti stress. Stress yang berlebihan akan membuatkan kulit lebih berminyak dan kusam.


Bersenam
Bersenamlah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu kerana ini membantu hormon kita berfungsi dengan lebih stabil. Jika tidak dapat melakukan senaman penuh, amalkan senaman berjalan kaki.


Daripada info diatas, saya kini ingin cadangkan beberapa supplement untuk membantu memenuhi pemakan harian anda kearah mengatasi masalah blackhead dan seterusnya ke kecantikan kulit.


GLA Complex - GLA adalah satu supplement yang membantu menstabilkan hormon baik lelaki mahupun perempuan. Apa yang best dengan GLA Complex Shaklee adalah ia di padukan dengan vitamin E..

Vitamin E complex - Seperti yang kita sedia maklum vitamin E adalah vitamin yang sudah femes untuk kecantikan kulit dan awet muda. Ia membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru. Namun jika anda mengamalkan Vitamin GLA, tidak perlulah memakan Vitamin E complex. Kalau nak juga makan kedua-duanya, hubungi saya untuk konsultasi ya...

Vitamin B complex - Membantu dalam sintesis dan tisu baru, membantu dalam pengagihan oksigen pada tisu, mengatur hormon, terlibat dengan pertumbuhan sel, membantu dalam keadaan stress, memelihara kulit dari dalam dan menghilangkan garis-garis halus pada muka..

Vitamin C - Membentuk Kalogen yang mengukuhkan sel kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing) untuk membantu pemulihan luka dan kudis.


Itulah supplement yang minimum ya.. kalau nak tambah ESP lagi bagus.. Protein dari ESP membantu penggantian sel mati dengn lebih cepat, hasilnya sudah tentu kulit yang lebih lembut dan mencerah.


Jika nak tambah skincare yang berasaskan bahan semulajdi, ada Skincare dari Shaklee iaitu Set NutriWhite atau Set Enfuselle. Saya sangat syorkan set Enfuselle bagi mereka yang berkulit sensitif atau mengalami kerosakan akibat tersilap memakai produk kecantikan.