Wednesday, March 27, 2013

Siapa Duta Produk Shaklee ?

Ramai cakap, produk A bagus sebab ada artis join.. produk B bagus sebab selebriti ni promote, produk Z bagus sebab marketing plan dia ramai orang masuk.

Haaa.... ya betul, tidak dinafikan banyak produk berjenama dan MLM yang melantik atau memberi sponser kepada selebriti untuk endorse dan menjadi duta produk mereka dan seterusnya menarik lebih ramai pelanggan dan ahli baru untuk mendaftar.

Tetapi kenapa Shaklee tiada duta produk ? Tiada artis nak endorse di papan-papan iklan dan akhbar ? Jawapannya adalah... Produk yang bagus tidak memerlukan duta selebriti atau papan iklan besar besaran. Cukuplah sekadar wakil jualan atau Shaklee Independent Distributor (SID) sendiri yang menjadi model produk dan success stories. Macam mana nak layak jadi model Shaklee ?

Jawapannya : Harus menggunakan sendiri produk Shaklee. Dah guna, dah suka, dah Jatuh hati... Barulah layak menjadi model/duta produk Shaklee. Orang cakap, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Bila dah cinta, apa saja berkenaan produk Shaklee kita faham dan boleh jawab.

Ya..! itulah kelebihan duta produk Shaklee. Mengamalkan Shaklee dengan ilmu. Bukan main ikut-ikutan aje.

Berikut adalah gambar duta-duta Shaklee. Dari anak dara sampai ibu beranak kecil. Semuanya bertenaga dan berkarisma. Ada yang baru nak mencuba, dan ada juga Masters di kalangan kami. Semuanya bagaikan satu keluarga. Satu Keluarga Duta Shaklee!!

Kami bagaikan keluarga

Sharing Session dari Leaders
Sharing Session yang amat santai


Kami Duta produk Shaklee
Gambar Kredit kepada Mamafaiz.com

Perasan tak, kebanyakkan (atau rata-rata) duta produk Shaklee adalah golongan wanita dan ibu-ibu. Ini kerana di Malaysia, golongan inilah yang setiap hari sentiasa berfikir ke arah kebajikan dan kesihatan keluarga. Dari situ mereka mencuba produk Shaklee dan setelah jatuh cinta, mereka dengan rela hati menjadi duta produk di samping mampu menjana pendapatan tambahan keluarga. WAH...HEBAT!!

ANDA JUGA MAMPU UNTUK MENDAJI DUTA SHAKLEE. PILIHAN DI TANGAN ANDA


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Tuesday, March 26, 2013

Bz kerja.. bz bershaklee. sampai lupa nak makan.
Baru terfikir nak makan, ada orang call tanyakan Set Berpantang. Terus ambil price list yang terselit celah cover Tab.

Zrasssss!! Koyak! Hahahaha.....
Putus 2 dah!

Waaaaa...... nampak sangat pricelist ni selalu sangat kena belek. Maklumla, harga tak berapa nak hafal. Orang tanya baru cari. Tapi tak kisah lah. Janji saya bagi best price untuk setiap customer saya. Dalam ni ada member price, retail price ngan UV (mcm point laa) untuk setiap produk n set.

Maaflah, saya takleh nak kongsi harga2 yang dalam ni. Kalau nak tahu, kenalah jadi ahli dulu. hehehe... (sila contact saya kalau nak jadi ahli)

Huhuhu... jom makan. Dah kul 3 dah. Lambat nampaknya lunch harini.




Monday, March 25, 2013

Kelaut kah?

Dah lama tak update citer kat sini. Bukan ape, mood nak blog benda-benda peribadi ni dah kelaut dah. Tak tau dah ape nak dikongsi kat sini. Lagi pulak sepanjang hari masa terisi dengan macam macam.
Kat ofis, sibuk kerja.
Bila ada masa terluang, Sharing produk Shaklee online (sedang berusaha ke arah mengurangkan jurang pendapatan dengan pak menteri).
Petang lepas opis, berkejar balik ambik Adek kat taska pulak. Yer.. kena la berkejar sbb taska tutup kul 6.
Sampai rumah, Adek sure punya bising nak snack. Layan anak makan biskut plak.
Babah dia balik dengan Kakak dari tadika, baru la boleh nak masuk dapur. Kluar ayam itik ikan untuk defroze sebelum masak. Tu pun kalau Babahnya tak kerja malam, sure ajak makan kat luar. Ya, sudah pasti Babahnya tau saya ni jenis slow ya amat bila memasak. Sebab tu dia tanak buang masa menunggu saya masa dinner kalau dia duty malam.
Time dinner makan tak hadam betul. Mana taknya, kerenah anak-anak di meja makan kadang-kadang buat makan tak sempat kunyah. Hahaha.. dengan kakak sibuk bercerita kisah kat skolah, negotiate tanak makan laa.. si Adek plak nak makan sendiri, meronta nak keluar dari highchair... humang aih.. sabor ajelah.
Lepas dinner, lepak skejap. Jam 10, dah siap-siap hangkut anak naik bilik paksa tidur. Ya sangat mencabar nak tidurkan mereka. Yang kecik sibuk nak meniti di birai katil. Yang kakak tak sudah-sudah ada aje alasan nak turun katil. Skejap nak susu, lepas susu nak kencing plak. Pastu guling2 katil, kendian lupa pulak nak gosok gigi. Pastu bila dah semua hampir nak lelap, tambahan susu lagi sebotol untuk kakak.
Dah sudahnya anak dah tido, kita pun ikut tertido sama sampai ke subuh. Dah satu kerja tak jalan waima untuk melipat kain. Hehehehe.....
Ya saya adalah ibu bekerja sepenuh masa yang sibuk.

Tu pasal la kalau tak makan Shaklee sehari rasa tak lengkap. Ye lah, dah badan penat, otak pun kelaut. Mula lah mood tunggang tebalik. Kenkadang nak cuci muka sblm tido pun lupa bila dah penat sangat tu kan.
Sebab tu saya kalau boleh tak tinggal makan Shaklee nih. Badan pun cergas, kulit pun dah tak berminyak. So senang maintain dan kalau lupa nak cuci muka pun tak risau. hehe...

2 budak comel yang buat ibu makan tak hadam