Monday, March 25, 2013

Kelaut kah?

Dah lama tak update citer kat sini. Bukan ape, mood nak blog benda-benda peribadi ni dah kelaut dah. Tak tau dah ape nak dikongsi kat sini. Lagi pulak sepanjang hari masa terisi dengan macam macam.
Kat ofis, sibuk kerja.
Bila ada masa terluang, Sharing produk Shaklee online (sedang berusaha ke arah mengurangkan jurang pendapatan dengan pak menteri).
Petang lepas opis, berkejar balik ambik Adek kat taska pulak. Yer.. kena la berkejar sbb taska tutup kul 6.
Sampai rumah, Adek sure punya bising nak snack. Layan anak makan biskut plak.
Babah dia balik dengan Kakak dari tadika, baru la boleh nak masuk dapur. Kluar ayam itik ikan untuk defroze sebelum masak. Tu pun kalau Babahnya tak kerja malam, sure ajak makan kat luar. Ya, sudah pasti Babahnya tau saya ni jenis slow ya amat bila memasak. Sebab tu dia tanak buang masa menunggu saya masa dinner kalau dia duty malam.
Time dinner makan tak hadam betul. Mana taknya, kerenah anak-anak di meja makan kadang-kadang buat makan tak sempat kunyah. Hahaha.. dengan kakak sibuk bercerita kisah kat skolah, negotiate tanak makan laa.. si Adek plak nak makan sendiri, meronta nak keluar dari highchair... humang aih.. sabor ajelah.
Lepas dinner, lepak skejap. Jam 10, dah siap-siap hangkut anak naik bilik paksa tidur. Ya sangat mencabar nak tidurkan mereka. Yang kecik sibuk nak meniti di birai katil. Yang kakak tak sudah-sudah ada aje alasan nak turun katil. Skejap nak susu, lepas susu nak kencing plak. Pastu guling2 katil, kendian lupa pulak nak gosok gigi. Pastu bila dah semua hampir nak lelap, tambahan susu lagi sebotol untuk kakak.
Dah sudahnya anak dah tido, kita pun ikut tertido sama sampai ke subuh. Dah satu kerja tak jalan waima untuk melipat kain. Hehehehe.....
Ya saya adalah ibu bekerja sepenuh masa yang sibuk.

Tu pasal la kalau tak makan Shaklee sehari rasa tak lengkap. Ye lah, dah badan penat, otak pun kelaut. Mula lah mood tunggang tebalik. Kenkadang nak cuci muka sblm tido pun lupa bila dah penat sangat tu kan.
Sebab tu saya kalau boleh tak tinggal makan Shaklee nih. Badan pun cergas, kulit pun dah tak berminyak. So senang maintain dan kalau lupa nak cuci muka pun tak risau. hehe...

2 budak comel yang buat ibu makan tak hadam



Friday, March 22, 2013

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI DARI SHAKLEE

Anda sedang berusaha mendapatkan zuriat ?


Untuk mendapatkan PROPOSAL PRODUK Shaklee bersesuaian bajet anda, boleh hubungi saya melalui: email foxnike@gmail.com SMS/WhatsApp ke 0123252171 Facebook id : Marsyithah Khidzir

Hok Sengoti by Lim Swee Tin

Hok Sengoti [SAJAK DALAM BAHASA KELATE]

Laghe tok serupo denge suroh,
Hok comey bakpo duk pakat kato hudoh,
Saye sohh doh laeng denge beci,
Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi.

Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,
Serupo dahago ado sabit denge lapar,
Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,
Selok tak dok bezo denge tok kaba.

Sapo kato buluh tu galoh,
Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,
Naka laeng sikit denge jahat,
Dawa pun oghe duk pangge krawak.

Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,
Sengotilah tolo tok srupo denge panda,
Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.

Demey tok keboh bezo denge leloh,
Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,
Baling tu laen denge kipah angin,
Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng.

Kito tok leh wak tok tetu kalu,
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,
Kito duk ralit berembah badi cah keting,
Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling.

Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,
Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,
Kalu karak buleh lagi kito peteri,
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?

Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro
Culah lagu laeng tok srupo denge celiko
Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro
Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!

- Lim Swee Tin.

Indah sungguh Bahasa Negeri Kami bersesuaian dengan keunikan budaya dan adat resamnya. Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain kami bersatu dan teguh menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Kelate.

♥ Selamat Datang ke Negeri Kelantan Darul Naim ♥ ----- lamo tok kelik kkapong weh!!!!