Saturday, May 15, 2010

1989


Gambar ni dicilok dari fesbuk ex-classmate (En. Wan Wira). Gambar ni diambil pada tahun 1989. Masa tu akubaru Standard 1 di SRK Tengku Indera Petra, Wakaf Mek Zainab,KB. Kebanyakan  bebudak sini aku masih boleh ingat rupa mereka, tapi nama2 mereka aku memang dah lupa disebabkan aku hanya bersekolah kat skolah tu sampa std 2 je. Utk std 3, aku pindah ke skolah yg lebih dekat ngan umah aku sbb Aboh Tok aku akan bersara dari tugasnya sebagai guru besar di sekolah berkenaan.

Sekeping gambar ni rasanya masih lagi ada dalam simpanan di celah2 buku di bilik ku. harap tidak dimakan anai2 laa...

Gambar ni nampak sangat klasik sebab student pompuannye masih mengenakan pinafore over white shirt.Nampaknye gambar ni dah berumur  22 tahun. Gila ah lama. Bucu gambar ni pun dah carik kena kerik (gigit) ko tikus. Terima kasih En W ira sbb upload gambar ni.

Kalau korang tarer,cuba cari aku dlm pict berkenaan. :D

Thursday, May 13, 2010

Mengapa Memilih Untuk Kerja Kerajaan

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

Elaun perumahan

Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2. Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?



3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya

Tuesday, May 11, 2010

Cuti 3 bulan buat anak

ni nak kongsi cerita dari satu blog hr manager sebuah kilang. Perbualan antara dia ngan bangla (pekerja kilang). Berkongsi Cerita & Rasa

pekerja : assalamualaikum boss.
aku : waalaikumsalam. ya sumon, ada apa?
pekerja : boss, buleh saye cakap sikit?
aku : boleh. apa?
pekerja : saya mau mintak cuti balik bangladesh.
aku : isi borang cuti dulu. kasi you punya manager approve baru boleh cuti.
pekerja : saya tau boss. tapi saya mintak sikit boss tolong. saya mau cuti 3 bulan. saya punya manager musti tadak kasi, boss satu orang boleh tolong.
aku : 3 bulan? apa bikin cuti lama.
pekerja : boss, dulu saya mari kerja sini, saya baru 2 minggu kawin. saya belum ada anak.
aku : so?
pekerja : boss kan sudah kawin, tentu ada tau. saya susah hati bulum ada waris.
aku : apa kena mengena dengan cuti 3 bulan?
pekerja : (dalam malu2) saya mau buat anak boss.
aku : buat anak sampai 3 bulan?
pekerja : boss sudah kawin musti tau, mau buat anak bukan sinang. kalau 3 bulan, saya gurenti ada jadi anak.
aku : satu bulan cuti cukup!
pekerja : tara cukup boss. saya takut tara jadi anak boss. kalau tara jadi, saya lagi 2-3 tahun lagi baru boleh balik bangla boss.
aku : last. saya kasi 2 bulan! belum beli tiket, you call dulu wife sudah habis darah (haid) belum. sampai sana dia sudah bersih darah, you jangan keluar bilik itu 2 bulan. kasi buat anak sampai jadi. kalau boleh terus kasi buat anak kumbar (kembar)terus.
pekerja : wokey boss. saya musti hari2 kasi buat anak boss. saya punya parents sudah bising anak bulum jadi.
aku : sekarang, you balik tempat kerja, kasi isi itu form cuti. cakap saya sudah approved cuti 2 bulan.
pekerja : banyak terima kasih boss.